surat makluman kutipan data

Upload: joshua-ak-abong

Post on 04-Oct-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

Rujukan : JP(SB)800/05/09/( )

Tarikh : 26 Februari 2015Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah

Tuan,

PENGUMPULAN DATA MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2015.

Adalah saya diarah untuk merujuk surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj: KPM.BKK.(KOKU)100-16/05( 19 ) bertarikh 20 Januari 2015.

2.Sukacita dimaklumkan, bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengemaskini data penglibatan murid sekolah rendah dan menengah dalam aktiviti kokurikulum bagi tahun 2015.

3.Sehubungan dengan itu, Pihak Jabatan memohon kerjasama tuan/puan agar dapat Mengumpulkan Data Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah dalam daerah tuan tuan. Data pelajar Tahun 4,5 dan 6 dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang telah tuan tuan kutip dari sekolah sekolah tersebut dan telah dikumpulkan hendaklah di hantar sebelum 15hb Mac 2015 dalam Hardcopy dan softcopy atau emil terus ke kepada Pegawai Meja Kelab dan Persatuan Unit Kokurikulum, Sektor Pembangunan Kemanusiaan bagi tujuan penyelarasan.4.Pegawai Meja unit ini Encik Japar Osman di talian 019-8209090 email: [email protected] Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menurut perintah,

IR. DATU JAMIGUL B. HJ. DATU SALIN

Ketua Sektor

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

b.p Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM