surat jemputan yb ke pibg 2015

Upload: azimah-farudz

Post on 13-Mar-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

surat jemputan

TRANSCRIPT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 3 (F)72200 BATU KIKIR, N. S. D. K.

TEL: 06-4961477 FAKS: 4962346

Ruj. Kami: JPNS.PPDJJ.NBA6012.PIBG.100-3/3( ) Tarikh: 13 Jan 2015

Kepada:

Tuan,JEMPUTAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK PASOH 3 (F) KALI KE-36, SESI 2015/2016Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2.Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG sekolah akan dilaksanakan seperti ketetapan di bawah :Tarikh: 5 FEBRUARI 2015 (KHAMIS)Masa: 2.30 petangTempat: Dewan Terbuka SK Pasoh 3 (F)Perasmian Oleh: Y.B TUAN HJ. ZAINUDDIN BIN ISMAIL

3.Sehubungan dengan itu Jawatankuasa PIBG SK Pasoh 3 (F) dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG tersebut. Bersama-sama ini saya sertakan aturcara program bagi majlis tersebut.

4.Kehadiran dan kerjasama tuan amatlah kami harapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung kali ini. Semoga mendapat perhatian dan tindakan dari pihak tuan.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(BAKRI BIN MANAF)Yang Dipertua,PIBG SK PASOH 3 (F)