surat jemputan penerima anugerah

3
Ruj. Kami : JEA 1050/600-3/2/2(9) Tarikh : 06 Mac 2014 Kepada : Tuan/Puan, MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG –PENERIMA ANUGERAH Merujuk kepada perkara di atas,dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa anda adalah salah seorang penerima anugerah di dalam Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-17, SMK Seri Perling, Johor Bahru. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anda. 2. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput anda untuk hadir dan menerima anugerah pada majlis yang akan diadakan: Tarikh : 15 Mac 2014 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Perling ANUGERAH : 3. Bagi tujuan kelancaran perjalanan majlis, pihak sekolah berharap anda akan dapat memaklumkan kepada pihak urusetia melalui no. telefon: 012-7317264 (Puan Siti Azar Rafee) sekiranya anda tidak dapat hadir pada majlis tersebut selewat-lewatnya pada 13 Mac 2014(Khamis).Sila maklumkan juga butiran wakil kepada pihak sekolah, jika wakil yang akan hadir ke majlis tersebut. 4. Penerima anugerah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan bersih. Manakala wakil bagi penerima anugerah perlu memakai pakaian yang formal, sopan dan kemas. Pelajar/wakil mesti mendaftar kehadiran di meja pendaftaran sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah. Masa pendaftaran dari 7.30 hingga 9.00 pagi. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLING Jalan Undan 8, Taman Perling 81200 Johor Bahru 07-235 7521 Johor Fax : 07-

Upload: nur-nadiah

Post on 06-Dec-2015

2.695 views

Category:

Documents


103 download

DESCRIPTION

contoh surat jemputan penerima anugerah

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Jemputan Penerima Anugerah

Ruj. Kami : JEA 1050/600-3/2/2(9) Tarikh : 06 Mac 2014

Kepada :

Tuan/Puan,

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG –PENERIMA ANUGERAH

Merujuk kepada perkara di atas,dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa anda adalah salah seorang penerima anugerah di dalam Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-17, SMK Seri Perling, Johor Bahru. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anda.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput anda untuk hadir dan menerima anugerah pada majlis yang akan diadakan:

Tarikh : 15 Mac 2014 (Sabtu)Masa : 7.30 pagiTempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Perling

ANUGERAH :

3. Bagi tujuan kelancaran perjalanan majlis, pihak sekolah berharap anda akan dapat memaklumkan kepada pihak urusetia melalui no. telefon: 012-7317264 (Puan Siti Azar Rafee) sekiranya anda tidak dapat hadir pada majlis tersebut selewat-lewatnya pada 13 Mac 2014(Khamis).Sila maklumkan juga butiran wakil kepada pihak sekolah, jika wakil yang akan hadir ke majlis tersebut.

4. Penerima anugerah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan bersih. Manakala wakil bagi penerima anugerah perlu memakai pakaian yang formal, sopan dan kemas. Pelajar/wakil mesti mendaftar kehadiran di meja pendaftaran sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah. Masa pendaftaran dari 7.30 hingga 9.00 pagi. Kegagalan anda mendaftar mungkin menyebabkan nama anda tidak akan dipanggil dan seterusnya membenarkan pihak urusetia membatalkan penerimaan anugerah yang sepatutnya diterima. Raptai penuh majlis akan dijalankan pada 12 dan 13/3/2014 (Rabu dan Khamis) pada jam 11.00 pagi.

5. Ibu bapa juga dijemput hadir bagi meraikan majlis tersebut. Semoga akan mendapat kerjasama dan perhatian daripada anda dalam menjayakan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang menurut perintah,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLINGJalan Undan 8, Taman Perling81200 Johor Bahru 07-235 7521Johor Fax : 07-232 5198

Page 2: Surat Jemputan Penerima Anugerah
Page 3: Surat Jemputan Penerima Anugerah