anugerah inovasi kerajaan negeri pulau pinanghabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa...

13
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 ( Pemetaan Penerima Bantuan Kemiskinan PDTSPT, PEMEKAT) 1. PENGENALAN i. Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) merupakan salah sebuah daerah di Negeri Pulau Pinang yang terletak di kawasan tanah besar bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Selatan dan Daerah Kulim (Kedah) di bahagian timur. Daerah SPT meliputi kawasan seluas 238 km persegi meliputi tiga (3) bandar utama iaitu Bukit Mertajam, Perai dan Seberang Jaya. Daerah SPT merangkumi tiga (3) kawasan Parlimen iaitu Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Bukit Mertajam dan Parlimen Batu Kawan serta lapan (8) kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Seberang Jaya, Dun Permatang Pasir, Dun Penanti, Dun Berapit, Dun Padang lalang, Dun Perai, Dun Machang Bubuk dan Dun Bukit Tengah. Jumlah penduduk daerah SPT berdasarkan Buku Data Asas Sosio Ekonomi Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015/2016 ialah seramai 395,100 orang. Daerah SPT yang merupakan daerah yang ketiga (3) terbesar di Pulau Pinang meliputi 21 Mukim dan 2 Bandar menjadi sebuah daerah yang agresif membangun dengan kepesatan pembangunan fizikal seiring dengan pembangunan masyarakat sama ada dijana oleh kerajaan mahupun oleh pihak swasta. Dalam memenuhi kehendak stakeholder dan usaha mengatasi segala halangan mendatang, Pelan Inovasi PDTSPT 2015 telah dihasilkan untuk memandu warga PDTSPT berada dalam landasan ke arah pembudayaan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, Pengurusan Sumber Manusia pula dimantapkan dengan penghasilan Dasar Latihan PDTSPT 2015 dan Dasar Pusingan Kerja PDTSPT dihasilkan dalam menghadapi cabaran 1

Upload: trandiep

Post on 27-Jul-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGTAHUN 2017

( Pemetaan Penerima Bantuan Kemiskinan PDTSPT, PEMEKAT)

1. PENGENALAN

i. Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) merupakan salah sebuah daerah

di Negeri Pulau Pinang yang terletak di kawasan tanah besar bersempadan

dengan Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Selatan dan

Daerah Kulim (Kedah) di bahagian timur. Daerah SPT meliputi kawasan seluas

238 km persegi meliputi tiga (3) bandar utama iaitu Bukit Mertajam, Perai dan

Seberang Jaya. Daerah SPT merangkumi tiga (3) kawasan Parlimen iaitu

Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Bukit Mertajam dan Parlimen Batu Kawan

serta lapan (8) kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Seberang Jaya, Dun

Permatang Pasir, Dun Penanti, Dun Berapit, Dun Padang lalang, Dun Perai, Dun

Machang Bubuk dan Dun Bukit Tengah.

Jumlah penduduk daerah SPT berdasarkan Buku Data Asas Sosio

Ekonomi Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015/2016 ialah seramai 395,100

orang. Daerah SPT yang merupakan daerah yang ketiga (3) terbesar di Pulau

Pinang meliputi 21 Mukim dan 2 Bandar menjadi sebuah daerah yang agresif

membangun dengan kepesatan pembangunan fizikal seiring dengan

pembangunan masyarakat sama ada dijana oleh kerajaan mahupun oleh pihak

swasta.

Dalam memenuhi kehendak stakeholder dan usaha mengatasi segala

halangan mendatang, Pelan Inovasi PDTSPT 2015 telah dihasilkan untuk

memandu warga PDTSPT berada dalam landasan ke arah pembudayaan

inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, Pengurusan Sumber

Manusia pula dimantapkan dengan penghasilan Dasar Latihan PDTSPT 2015

dan Dasar Pusingan Kerja PDTSPT dihasilkan dalam menghadapi cabaran

1

Page 2: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

serta tuntuan pelanggan dan perubahan teknologi dan tahap pemikiran

pelanggan .

Usaha gigih warga kerja PDTSPT dengan kekuatan seramai 125 orang

dari pelbagai kategori jawatan merangkumi Pentadbiran Daerah dan Tanah

dilihat bersama- sama mengembeling kepakaran dan iltizam yang tinggi dalam

meningkatkan kualiti kerja melalui penjanaan kreativiti dan inovasi dibuktikan

dengan pengiktirafan 4 Bintang bagi Penilaian Sistem Star Rating (SSR) Tahun

2014, Pensijilan 5S mulai 28 April 2016 sehingga 27 April 2017 dan Johan

Anugerah Inovasi Pejabat Daerah Dan Tanah (AIPDT) peringkat Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2015. Diharapkan dengan

penyertaan AIKNPP 2017 ini akan terus menjadi dorongan kepada warga

PDTSPT untuk menghayati budaya kerja berinovasi agar penyampaian

perkhidmatan dapat dipertingkatkan dengan sumber yang minimum dan hasil

yang optimum.

Bagi mengukuh dan memantapkan urustadbir PDTSPT dalam

menyampaikan perkhidmatan kepada semua pelanggan, seluruh warga kerja

PDTSPT digerak dan dipacu menggunakan beberapa garis panduan dan norma

kerja yang diwujudkan supaya hala tuju organisasi lebih terarah seperti mana

berikut:

VISI PDTSPT

Menjadi Pentadbir Daerah Yang Unggul Di Malaysia

MISI PDTSPT

Terunggul Di Malaysia Dalam Pengurusan Tanah dan Pembangunan

Daerah

2

Page 3: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

ii. Piagam Pelanggan Berkaitan Projek Inovasi

Taburan penerima Bantuan Baiki/ Bina Baharu Rumah, Penerima

Bantuan Peralatan Perniagaan, Penerima Bantuan Kewangan Agenda Ekonomi

Saksama dapat dikenalpasti dengan jelas, cepat dan tepat.

Iii. Objektif

a) Mengekal dan mewujudkan kepimpinan yang berkesan di antara

kerajaan dengan rakyat dan koordinasi antara jabatan-jabatan

kerajaan dengan agensi kerajaan lain melalui semangat perpaduan di

bidang keselamatan,kemajuan masyarakat, muhibbah dan lain-lain

bidang.

b) Melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan

melalui kerjasama jabatan-jabatan kerajaan dan badan–badan

sukarela.

c) Memulakan rancangan-rancangan menyelaras dan melaksanakan

program- program kemajuan masyarakat di peringkat daerah.

d) Melaksanakan undang-undang tanah selaras dengan kehendak Kanun

Tanah Negara serta peraturan dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh

kerajaan negeri.

e) Mendapatkan punca-punca hasil yang baru disamping memaksimakan

kutipan hasil dari punca-punca tanah.

f) Membantu jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain agensi kerajaan

bagi penggunaan tanah untuk tujuan awam.

3

Page 4: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

b) Pengenalan Inovasi

Projek Pemetaan Penerima Bantuan Kemiskinan Pejabat Daerah

Seberang Perai Tengah (PEMEKAT) adalah satu projek memetakan senarai

penerima bantuan kemiskinan dibawah 4 (empat) program utama Kerajaan

Negeri Pulau Pinang iaitu program Bantuan Baiki/ Bina Baharu Rumah,

Penerima Bantuan Peralatan Perniagaan , Penerima Bantuan Kewangan

Agenda Ekonomi Saksama (AES) di dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Projek ini mengunakan aplikasi MyMAP yang disediakan oleh Google.Inc secara

percuma. Pemetaan melalui Sistem Maklumat Geografi (GIS) berasaskan

web membolehkan fleksibiliti dalam penyampaian maklumat berbanding

dibanding laporan manual biasa.

i) Tujuan Projek Inovasi

Tujuan projek ini adalah untuk mengetahui secara jelas dan tepat lokasi

dan taburan penduduk miskin yang mendapat Bantuan Baiki/ Bina Baharu

Rumah, Penerima Bantuan Peralatan Perniagaan, Penerima Bantuan

Kewangan Agenda Ekonomi Saksama. Kebiasaannya, maklumat ini hanya

di simpan didalam fail dan apabila maklumat diperlukan, proses semakan

secara manual dilakukan dan terkadang mengambil masa apabila kerani

bertanggungjawab bercuti dan sebagainya.

Pemetaan bantuan kemiskinan dibuat menggunakan GIS berasaskan web

untuk membolehkan representasi data statistik penerima bantuan menjadi lebih

dinamik dan mudah diakses dimana sahaja. Maklumat penerima bantuan berupa

visualisasi peta dapat mempermudah pembacaan dan interpretasi data .

Pengguna juga dapat mengkakses maklumat dari luar pejabat dengan mudah

tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan

lokasi penerima bantuan apabila lawatan diperlukan. Sekiranya lawatan susulan

oleh pegawai yang berlainan daripada pegawai yang membuat lawatan pertama,

kesukaran akan dihadapi dalam mencari arah dan rumah penerima bantuan.

Dengan menggunakan aplikasi ini, bantuan tunjuk arah ke lokasi juga dapat

4

Page 5: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

digunakan dengan kemudahan telefon pintar dan maklumat bergambar juga

boleh terus dimuat naik dilokasi jika diperlukan bergantung kepada liputan

rangkaian telekomunikasi.

ii- Proses Pelaksanaan

Projek ini dibuat secara in- house dengan bermula dengan mengkaji

perisian GIS percuma yang terdapat dipasaran dan yang digunakan oleh pihak

PEGIS. Urusetia ini juga ada menghubungi pihak PEGIS untuk mendapatkan

maklumat berkenaan keupayaan dan kekangan sekiranya ingin memohon pihak

PEGIS membangunkan projek ini. Setelah mengambil kira faktor masa, skala ,

dan kompleksiti projek, Urusetia memutuskan untuk menggunakan platform

aplikasi MyMap yang di sediakan oleh Google Maps oleh kerana projek ini

berskala kecil. Selain itu kemudahan dan kelebihan yang ada pada penggunaan

Google Maps kerana mempunyai API (Aplication Programming Interface) yang

mudah disambung ke laman web sekiranya perlu pada masa hadapan.

iii- Tempoh Pelaksanaan

Projek ini telah digunapakai sepenuhnya mulai April 2017 dan data

dikemaskini dari semasa ke semasa.

iv- Peringkat Pelaksanaan

Aplikasi ini telah digunakan oleh Bahagian Pembangunan sepenuhnya.

v- Implikasi Kewangan

Tiada sebarang implikasi kewangan kerana platform yang digunakan

adalah percuma.

vi- Kaedah Pencetusan Idea

Warga agensi dan pengurusan atasan.

vii- Kategori Inovasi

Administrative and organizational innovation

viii- Indikator Inovasi

Informative

5

Page 6: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

6

Bil Sebelum Projek Selepas Projek1 Data hanyalah dalam bentuk

senarai dan jadual Data penerima diterjemahkan secarainteraktif dan dinamik. Pelbagai maklumatdapat dimasukkan

2 Interpetasi data tidak jelas danterhad

Interpretasi data dapat dibuat dengan lebihluas dari pelbagai sudut .Contoh , taburanpenerima bantuan dapat dilihat darikawasan mana yang lebih banyak.

3 Taburan penerima tidakdigambarkan secara visual.

Taburan lokasi penerima dapat dilihatsecara jelas apabila diletakkan diatas petaberdasar tema-tema tertentu (tematik) .Contoh: tapisan(filter) 'penerima mengikutKADUN', 'penerima bantuan peralatan'sahaja atau 'bantuan bina baharu' sahaja.

4 Memerlukan seseorang yangtelah arif tentang lokasi untukpergi lawatan susulan selepaspertama kali

Penyelia boleh terus ke lokasi denganfungsi 'direction' terus ke kawasan yangtelah di buat 'marker'

5 Memerlukan fail untukmendapatkan data danmaklumat

Boleh diakses luar pejabat tanpamembawa fail

6 Apabila pegawai bertukar,pengganti tidak tahu dimanalokasi dan gambaran jikabukan orang tempatan

Pengganti akan dapat lokasi dangambaran tepat walaupun bukan orangtempatan

7 Maklumat dari satu punca iaitufail yang disimpan oleh kerani.Lokasi fail dan penyimpananfail menjadikan akses terhad.

Semua anggota di BahagianPembangunan mempunyai akses ke akaunMyMap melalui satu akaun yang sama.

8 Maklumat hanya dikemaskinioleh seorang anggota.

Maklumat lokasi boleh dikemaskini olehangota berbeza, contohnya penghulukawasan berlaian boleh menambahmaklumat pada masa yang sama.

9 Gambar perlu dipindahkankedalam komputer dan perludicetak secara manual

Maklumat gambar boleh terus ditambah dilokasi dengan menggunakan telefon pintar.

10 Gambaran hanya boleh dibuatoleh anggota yang sudahbiasa dengan lokasi

Kawasan persekitaran dapat dilihat denganjelas adakah kawasan membangun, aksesjalan perhubungan dan binaan sekitarnya.

Page 7: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

c) Maklumat lain/ data/gambar /bukti

Gambar 1 : Log masuk ke My Maps . Semua kakitangan Bahagian Pembangunan terlibat mempunyai akses untuk mengemaskini data.

Gambar 2 : Taburan penerima bantuan didalam daerah SPT.

7

Page 8: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

Gambar 3 : Taburan penerima

mengikut Kawasan ADUN.

Gambar 4 : Paparan

maklumat boleh di

disesuaikan mengikut

kehendak pengguna.

Contohnya maklumat Bina

Rumah sahaja.

8

Page 9: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

Gambar 5 : Maklumat

penerima boleh dimasukkan

gambar jika perlu dengan

fungsi 'add photo' yang

disediakan. Fungsi ini juga

boleh digunakan secara

mobile di tapak melalui

telefon pintar.

Gambar 6 : 'Base map' juga

boleh diubah kepada satelite

view yang memeudahkan

pengurusan mendapatkan

gambaran kawasan

sekeliling berdekatan.

9

Page 10: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

Gambar 7 : Fungsi yang sangat membantu terutamanya pegawai baharu yang

mengambil alih tugasan iaitu fungsi penunjuk arah ke lokasi penerima bantuan.

3.IMPAK INOVASI

i) Dengan projek PEMEKAT ini , pihak penguruan atasan dapat

membantu membuat keputusan atau perancangan dengan lebih mudah.

Bahagian Pembangunan dapat mempersembahkan maklumat dinamik kepada

stakeholder berkenaan kawasan-kawasan yang telah diberi bantuan, kawasan

yang tidak diliputi . Interpretasi data dapat dibuat dengan cepat dan sekiranya

perlu , siasatan atau kajian lanjut akan dapat dimulakan . Contohnya, sekiranya

pada sesuatu kawasan kampung atau adun tidak terdapat sebarang program

bantuan dibuat penandaan /marker , pelbagai sudut pandang dan teori awalan

akan dijana . Persoalan awal yang mungkin boleh di kaji ialah seperti apakah

faktor membolehkan/membuatkan taraf hidup kawasan tersebut semuanya

tidak ada penerima bantuan ? Adakah program peningkatan pendapatan yang

boleh diaplikasi di kawasan lain? Atau hipotesis yang lebih kritis adakah

JKKK dikawasan tersebut tidak memainkan peranan ? Atau fail masih belum

diambil tindakan. Kedinamikan data yang dipersembahkan secara mapping

dapat membuka ruang untuk melihat dari perspektif yang lebih luas kepada

10

Page 11: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

ketua jabatan dalam merencanakan program untuk meningkatkan mutu

perkhidmatan secara langsung memenuhi hasrat stakeholder.

ii) Dalam jangkamasa yang panjang, ia dapat membatu pembuat dasar

untuk merencanakan sebarang program bantuan dan dapat melihat pola /

pattern atau trend contohnya, sama ada taburan penerima semakin bertambah

dan jika bertambah, adakah bermaksud taraf hidup rakyat Pulau Pinang

khususnya di daerah SPT semakin menurun sehingga semakin bertambah

bantuan atau sebalilknya , yang membuktikan impak kepada setiap program

bantuan yang dilaksanakan. Sekiranya kerajaan negeri mengapdatasikan projek

ini dengan keupayaan sistem yang lebih baik, maklumat penerima bantuan

diperingkat seluruh negeri dapat membantu hala tuju program bantuan dan

pengupayaan diri rakyat Pulau Pinang pada masa hadapan.

4.ELEMEN INOVASI

i) Inovatif/kreativiti

Konsep pemetaan kemiskinan bukanlah perkara baharu di negara maju

tetapi PDTSPT yakin pemetaan bantuan kemiskinan di daerah SPT ini adalah

perkara baharu yang dibuat di Negeri Pulau Pinang melalui semakan lisan 1

dengan daerah lain. Semakan melalui enjin carian 2 juga tidak menemukan

pejabat daerah lain dalam negara ini yang membuat pemetaan bantuan

kemiskinan di daerah masing-masing boleh dianggap satu inovasi . Keupayaan

menukarkan data kepada makluamat yang dinamik dan bertema ini merupakan

satu kreativiti yang walaupun kerana skala projek ini adalah kecil.

ii) Keberkesanan

Oleh kerana skala projek ini adalah kecil, penggunaan aplikasi MyMap

adalah memadai. Pengunaan aplikasi ini boleh dibuat secara mobile, dan akses1 pertanyaan kepada Ketua/Penolong Pegawai Daerah Pembangunan di daerah SPU, DTL, DBD, SPS2 semakan pada 10 Mei 2017 melalui enjin carian www. google.com

11

Page 12: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

lebih mudah berbading penggunan platform oleh PEGIS kerana maklumat

boleh terus di kemaskini di lokasi dengan menggunakan telefon pintar.

Kelebihan lain ialah ia mempunyai fungsi penunjuk arah yang membolehkan

pengguna pergi ke lokasi dengan mudah dan tepat menjadikan projek ini amat

penting dan berkesan . Untuk mengetahui keberkesanan sesuatu program

bantuan kemiskinan, lawatan susulan amat penting. Sebagai contoh, lawatan

susulan kepada penerima bantuan mesin tebu perlu dibuat selepas 3 bulan

atau 6 bulan atau setahun untuk mengetahui perkembangan hasil bantuan

yang diberi. Dengan pemetaan dan aplikasi ini ,lokasi penerima ini boleh

dicari dengan mudah tanpa perlu meminta JKKK turut ikut bersama pada

susulan kedua. Pemantaun juga bole dibuat oleh mana-mana anggota yang tidak

pernah ke lokasi tersebut.

Gambaran nyata faeedah lain adalah seperti yang dinyatakan dibawah

Perkara (2) dan (3).

iii) Signifikan dan Relevan

Projek PEMEKAT ini amat relevan kerana jabatan kerajaan mempunyai

data yang banyak tetapi data-data tersebut tidak dapat menjadi maklumat yang

berkesan kerana kesemuanya hanya berada didalam fail dan secara terasing.

Projek ini juga boleh dijadikan asas untuk dikembangkan kepada perkara lain

seperti pemetaan projek-projek kecil pejabat daerah, pemetaan kawasan

pencerobohan atau pencurian pasir. Lain -lain perkara perkara yang signifikan

seperti yang dinyatakan didalam Perkara (2) dan (3).

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Tiada.

12

Page 13: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2466...tanpa perlu menghubungi Pembantu Tadbir dipejabat untuk mendapatkan lokasi penerima bantuan

6. PENUTUP

Projek Pemetaan Penerima Bantuan Kemiskinan Pejabat Daerah

Seberang Perai Tengah (PEMEKAT) membantu pengurusan atasan untuk

mendapatkan perspektif menyeluruh dan boleh membantu dalam membuat

keputusan dengan pelbagai ruang-ruang kemungkinan yang dapat dijana

melalui pemetaan dinamik ini. Penyelia juga boleh menjalankan pemantauan

dengan lebih berkesan keatas penerima-penerima bantuan pada bila-bila masa

tanpa perlu merujuk kepada fail apabila berada di luar pejabat .

Projek ini juga boleh dikembangkan kepada perkara lain seperti

pemetaan projek-projek kecil, senarai kuaters, gerai , pencerobohan tanah

kerajaan dan lain-lain . Walaubagaimana pun terdapat kekurangan kerana

platform yang digunakan adalah percuma dan sudah tentu terdapat limitasit ter-

tentu . Sekiranya pihak Kerajaan Negeri mengapdatasi dan melaksana pada

skala yang besar, projek ini akan memberi manfaat kepada bukan sahaja

pengguna di daerah lain malah juga di peringkat negeri .

13