majlis penyampaian anugerah mpob · pdf filetahniah dan syabas kepada para penerima anugerah....
Post on 14-Mar-2019
312 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
a AnugerAh DAlAmAn mPOB 2018
Harmoni Erat Berbakat Aspirasi Terbaik
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH MPOB 2018Selasa, 4 Disember 2018MPOB, Bangi
Harmoni Erat Berbakat Aspirasi Terbaik
KANDUNGAN
Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah 1
Kata Alu-Aluan Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) 2
Latar Belakang Anugerah MPOB 3
Anugerah Khas Ketua Pengarah 4
Anugerah Penerbitan Terbaik 6
Anugerah Inovasi 27
Anugerah Keutuhan Pengurusan 30
Anugerah Stesen Penyelidikan MPOB Terbaik 32
Anugerah Pejabat Terbaik 33
Anugerah Makmal Terbaik 34
Anugerah Loji Rintis dan Bengkel Terbaik 35
Anugerah Bank Idea 36
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Anggota Tetap) 37
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Anggota Kontrak) 54
Anugerah Khidmat Emas 71
Anugerah Khidmat Bakti 80
Penghargaan kepada Pesara 87
Ahli Jawatankuasa Anugerah MPOB 2018 99
1 AnugerAh DAlAmAn mPOB 2018
KATA ALU-ALUANKetua Pengarah
Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Tahniah dan syabas kepada para penerima anugerah.
Minggu Inovasi yang diraikan setiap tahun telah diberi penjenamaan semula dengan dikenali sebagai Program MPOB H.E.B.A.T iaitu singkatan daripada Harmoni, Erat, Berbakat, Aspirasi dan Terbaik.
MPOB akan menjadi hebat apabila semua warga kerja berganding bahu dalam suasana yang harmoni dan erat. Semua warga kerja perlu mengambil berat antara satu sama lain dan hormat menghormati tanpa mengira pangkat, agama dan kaum. Budaya berkongsi maklumat, pengetahuan, kemudahan serta aset perlu diamalkan kerana perkongsian sumber mampu meningkatkan prestasi organisasi sehingga mencapai tahap yang terbaik.
Perkongsian pengetahuan membolehkan anggota berkongsi amalan kerja terbaik, meningkatkan percambahan idea yang lebih kreatif dan meningkatkan produktiviti. Tempoh penyelesaian masalah dapat dipendekkan apabila pihak terlibat saling membantu antara satu sama lain dan berkongsi pandangan untuk mendapatkan solusi yang paling sesuai.
Pihak Pengurusan MPOB menghargai bakat yang ada dalam diri setiap anggota. Pelbagai platform seperti persatuan, kelab dan kumpulan seni disediakan oleh Pengurusan agar anggota dapat menonjolkan bakat masing-masing. Diharapkan melalui aktiviti seumpama ini, anggota dapat menjalin hubungan erat antara satu sama lain.
Aspirasi setiap warga adalah untuk menjadi yang terbaik. Marilah kita sama-sama berganding bahu menjadikan MPOB sebagai institusi penyelidikan dan pembangunan yang meraih Hadiah Nobel, memberikan bimbingan dan galakan bagi kemajuan industri sawit yang mempunyai kepelbagaian yang tinggi, bernilai tambah, berdaya saing di peringkat global serta mampan.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja MPOB H.E.B.A.T serta semua urusetia yang telah berusaha gigih menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. AHMAD KUSHAIRI DINKetua Pengarah
2AnugerAh DAlAmAn mPOB 2018
KATA ALU-ALUAN Timbalan Ketua Pengarah
(Perkhidmatan)
Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Tahniah dan syabas kepada para pemenang anugerah MPOB bagi tahun 2018.
MPOB H.E.B.A.T 2018 menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat. Program bermula pada 17 November 2018 iaitu Treasure Hunt, diikuti dengan Hari Keluarga, Hari Kecemerlangan, Hari Inovasi & Kreativiti, Hari Kesihatan & Kesejahteraan, Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan disudahi dengan Malam Kecemerlangan MPOB pada 7 Disember di Hotel Everly, Putrajaya.
Jawatankuasa Penganjur menyeru semua anggota MPOB untuk turut serta dalam pelbagai program yang diatur kerana pihak Pengurusan percaya melalui program ini nilai-nilai murni seperti sikap kerjasama, hormat menghormati serta keprihatinan sesama anggota dapat dipupuk.
Sebagai mengiktiraf anggota yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang pelbagai anugerah akan disampaikan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khidmat Emas, Anugerah Khidmat Bakti, Anugerah Inovasi, Anugerah Saintis Cemerlang, Anugerah Saintis Harapan dan lain-lain. Kepada yang berjaya pihak Pengurusan berharap usaha mengejar kecemerlangan tidak berakhir di peringkat MPOB, tetapi tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Akhir sekali, Jawatankuasa Penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyokong Program MPOB H.E.B.A.T 2018.
MOHAMAD NOR ABDUL RAHMANPengerusi Jawatankuasa Program MPOB H.E.B.A.T 2018
3 AnugerAh DAlAmAn mPOB 2018
Sejak 18 tahun penubuhan MPOB, pelbagai anugerah telah diperkenalkan dan ditambah baik dari masa ke semasa. Tujuannya adalah untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan yang diberikan oleh anggota dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan. Lembaga dalam Mesyuarat ke-71 pada 14 Ogos 2012, telah melulus dan menambah baik 18 kategori Anugerah seperti berikut:
1. Anugerah Medal Emas Penyelidikan MPOB
2. Anugerah Kecemerlangan Sains Piala Pusingan Ketua Pengarah
3. Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Piala Pusingan Ketua Pengarah
4. Anugerah Khas Ketua Pengarah
5. Anugerah Saintis Cemerlang
6. Anugerah Saintis Harapan
7. Anugerah Penerbitan Terbaik
8. Anugerah Inovasi
9. Anugerah Keutuhan Pengurusan
10. Anugerah Stesen Penyelidikan MPOB Terbaik
11. Anugerah Pejabat Terbaik
12. Anugerah Makmal Terbaik
13. Anugerah Loji Rintis dan Bengkel Terbaik
14. Anugerah Bank Idea
15. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Tetap dan Kontrak)
16. Anugerah Khidmat Emas
17. Anugerah Khidmat Bakti
18. Penghargaan kepada Pesara
LATAR BELAKANG ANUGERAH MPOB
4AnugerAh DAlAmAn mPOB 2018
TUJUAN
Keunggulan projek/aktiviti; Impak kepada industri; dan Meningkatkan imej MPOB.
HADIAH
Wang tunai RM 5000 untuk kumpulan/individu; dan Sijil penghargaan.
PEMENANG
Tajuk : Inclusion of Malaysia Sustainable Palm Oils As One of The Sustainable Sourcing Code for Tokyo and Paralympic Games 2020
AHLI1. Yoong Jun Hao (Ketua Kumpulan)2. Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din3. Dr. Ainie Kuntom4. Rosidah Radzian5. Nik Aznizan Nik Ibrahim6. Insyirah Mohamad Shah
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pada tahun 2015, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah menetapkan elemen-elemen kemampanan dalam Agenda Olimpik 2020 sebagai salah satu syarat untuk menganjurkan Sukan Olimpik Olimpik Tokyo 2020. Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 (TOC) telah digesa oleh badan bukan kerajaan (NGO) untuk hanya menerima pakai minyak sawit yang memperoleh Pensijilan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) untuk digunakan dalam bahan makanan dan bukan makanan semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020. Langkah awal TOC untuk hanya menerima pakai RSPO akan menjejaskan pasaran minyak sawit Malaysia di Jepun yang juga merupakan sumber pendapatan bagi kira-kira 600 ribu pekebun kecil di Malaysia.
Pada Disember 2017, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din dijemput oleh Kerajaan Jepun melalui Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 membentangkan mengenai MSPO untuk dipertimbang sebagai skim kemampanan dalam satu mesyuarat oleh
ANUGERAH KHAs KETUA PENGARAH
Dianugerahkan kepada
Khas Ketua Pengarah
Anugerah
Kementerian Industri Utama
Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din
Tarikh
Ketua Pengarah MPOB
5 AnugerAh DAlAmAn mPOB 2018
AnugerAh KhAs KetuA PengArAh
Jawatankuasa Kerja Perolehan Mampan di Jepun.
Tujuan utama mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perolehan Mampan tersebut adalah untuk membincangkan pemilihan skim pensijilan yang sesuai untuk keperluan perolehan mampan di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Perolehan Mampan terdiri wakil daripada pelbagai bidang termasuk Kementerian, akademi, kesatuan pengguna, pihak industri dan organisasi bukan kerajaan di Jepun.
Pihak MPOB telah membentangkan usaha-usaha Kerajaan Malaysia dalam memastikan perkembangan industri sawit yang mampan sejak tahun 1980-an sebelum wujudnya skim-skim pensijilan mampan pada tahun 2004. Usaha berterusan ini diperkukuhkan dengan mengguna pakai MSPO pada tahun 2015 yang bertujuan membawa industri sawit, termasuk pekebun kecil ke tahap kemampanan yang lebih tinggi. Kerajaan Malaysia turut memberi insentif kepada pekebun kecil serta syarikat perladangan bagi memastikan kos pensijilan mampan tidak menjejaskan pendapatan penanam atau pun disalur kepada pihak pengguna.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, satu draf Sustainable Palm Oil Sourcing Code telah dihasilkan yang mana telah melalui komen daripada orang awam meliputi pelbagai pihak di seluruh dunia. Usaha gigih ini telah berjaya meyakinkan pihak penganjur untuk mengiktiraf Skim Pensijilan MSPO sebagai salah satu pensijilan mampan yang diterima pakai untuk Olimpik Tokyo 2020.
Kejayaan ini telah menaikkan imej industri sawit negara dan MPOB di seluruh dunia.
6AnugerAh DAlAmAn mPOB 2018
ANUGERAH PENERBiTAN
HADIAH PEMENANG
A. ANUGERAH PENERBITAN PLATINUM
Medal berwarna emas untuk setiap ahli; Wang tunai (RM1000 x Faktor Impak) + RM 1000; dan Sijil penghargaan.
B. ANUGERAH PENERBITAN EMAS
Penerbitan Jurnal ISI-WOS Hadiah wang tunai RM 1000 x Faktor Impak (IF) bagi IF1 atau Wang tunai RM 1000 bagi 0.5IF
7 AnugerAh DAlAmAn mPOB 2018
AnugerAh PenerbitAn
ANUGERAH PENERBITAN PLATINUM
Bil. Tajuk Jurnal/ Faktor Impak/ CiteScore Penu