majlis - official portal of ukm...anugerah bitara ukm atur cara 9.00 pagi - ketibaan dan pendaftaran...

48

Upload: others

Post on 15-Mar-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30
Page 2: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM 2016 2 DISEMBER 2016

Page 3: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Pertama sekali, saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas limpah kurnia dan rahmatnya, kita semua dapat bertemu pada hari ini bagi meraikan rakan-rakan kita yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea demi kejayaan universiti. Anugerah kecemerlangan universiti yang mengiktiraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan staf UKM sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Sarjana Bestari, Anugerah Kualiti dan Anugerah Inovasi UKM. Pada tahun ini bersesuaian dengan hala tuju yang baharu, UKM mencadangkan anugerah

kecemerlangan universiti diselarikan dengan enam (6) Bidang Keberhasilan Strategik UKM dinamakan Anugerah Bitara UKM. Sesungguhnya penglibatan Warga UKM amat diperlukan dan penting dalam memastikan pembangunan dan kemajuan Universiti mencapai enam Bidang Keberhasilan Strategik (KRA). Justeru, saya percaya penganjuran Majlis Anugerah Bitara ini akan menjadi salah satu medan terbaik bagi mengiktiraf dan menzahirkan penghargaan Universiti kepada Warga UKM yang telah mencurahkan idea, memerah keringat dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan Universiti. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini kerana tanpa komitmen yang jitu daripada Warga UKM tidak mungkin Universiti akan berada pada tahap seperti yang kita lihat pada hari ini. Saya juga berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berinovasi dan memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Marilah kita bersama terus bersatu padu dalam meneruskan kelangsungan UKM Pendaulat Amanah Negara, mengilhamkan harapan dan mencipta masa depan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli panel pemilih, semua Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Bitara dan Jawatankuasa Kerja Anugerah Bitara 2016 serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih dan syabas di atas komitmen dalam merealisasikan majlis yang amat bermakna ini.

Sekian.

Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

AL

U-A

LU

AN

NA

IB C

AN

SE

LO

R

Anugerah Bitara UKM 1

Page 4: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

PE

NG

ER

US

I A

NU

GE

RA

H B

ITA

RA

UK

M

2

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas limpah kurnia dan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita sehingga kita masih berupaya dan berada di sini bagi meraikan rakan-rakan kita yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea demi kejayaan dan kecemerlangan Universiti. Sebanyak 10 kategori anugerah pada tahun ini termasuk satu anugerah Bitara Bahasa Melayu yang bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mana-mana staf akademik atau Pengurusan & Profesional serta Pelaksana yang bekerjasama secara aktif menjayakan enam Bidang Keberhasilan Strategik (KRA) berkaitan pendidikan, penyelidikan dan khidmat serta menyumbang ke arah peningkatan kebolehpasaran graduan, penyelidikan inovasi, perolehan dana serta penonjolan kekuatan akademik UKM. Secara keseluruhannya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli panel yang terlibat dalam proses pemilihan dan penilaian pemenang bagi setiap anugerah. Kepada semua penerima anugerah saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan diharapkan anugerah ini dapat menyuntik semangat kepada warga UKM yang lain. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Anugerah Bitara UKM 2016 dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi memastikan kejayaan majlis ini. Sekian, terima kasih. Wassalam Prof. Ir. Dato’ Dr. Mohd. Marzuki Mustafa Pro-Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat)

ANUGERAH BITARA UKM 2016

Page 5: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

AN

UG

ER

AH

BIT

AR

A U

KM

ATUR CARA

9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah

9.15 Pagi - Lagu Negaraku

- Lagu Varsiti Kita

- Bacaan Doa

9.30 Pagi - Ucapan Alu-aluan Naib Canselor YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali

9.45 Pagi - Penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Bitara UKM

- Jamuan Minum Pagi

- Majlis Bersurai

Anugerah Bitara UKM 3

Page 6: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH

BITARA UKM Anugerah ini memberikan pengiktirafan kepada Fakulti/Pusat/Institut/

Bahagian/Unit UKM dengan mengambil kira pencapaian prestasi

keseluruhan yang merangkumi bidang Keberhasilan Strategik (KRA) UKM.

Page 7: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA UKM

INSTITUT PERUBAHAN IKLIM (IPI)

Ringkasan:

IPI telah menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun 2015 di dalam semua Bidang Keberhasilan Strategik UKM

(KRA). IPI telah berjaya menghasilkan graduan yang berdaya saing, kompeten dan inovatif. beberapa

pengiktirafan telah diterima oleh pelajar IPI dari dalam dan luar negara seperti anugerah Kertas Terbaik,

Fellowship, Geran Penyelidikan dan Program Sangkutan Siswazah (Internship).

IPI telah memperoleh RM 6.2 juta geran penyelidikan secara kumulatif pada tahun 2015. Dari segi penerbitan, IPI

telah berjaya mengatasi 7 PTJ lain di dalam Gugusan Sains dan Teknologi di dalam penerbitan jurnal terindeks,

buku, kertas polisi dan lain – lain. Purata penerbitan jurnal terindeks per pensyarah IPI juga telah mengatasi

sasaran yang diperlukan oleh UKM iaitu 3 per pensyarah di mana IPI telah berjaya menghasilkan purata 8 jurnal

per pensyarah.

Kehebatan IPI juga diperakui oleh pihak yang menjalin kerjasama strategik dengan IPI. Menerusi kerjasama

strategik ini, IPI telah diberi mandat untuk menjadi pakar runding dan penasihat di dalam projek penyelidikan yang

diperlukan oleh rakan strategik yang terlibat. IPI mempunyai pakar rujuk yang mahir di dalam bidang masing –

masing. Bagi menyokong projek penyelidikan yang dijalankan, IPI mempunyai prasarana seperti makmal dan

peralatan yang setanding dengan standard antarabangsa untuk kemudahan pelajar dan penyelidik.

AN

UG

ER

AH

BIT

AR

A U

KM

SPSA 2015 PENCIPTA 2015 Open Roof and Face

Bengkel Smart Helikopter 2015 Geran JAS 2015 Warga IPI

Anugerah Bitara UKM 5

Page 8: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

PENDIDIK Anugerah Bitara Pendidik bertujuan memberi pengiktirafan kepada PTJ/

Individu yang cemerlang dalam membudaya, memperkasakan aktiviti,

menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran dan

pembelajaran yang menghasilkan graduan yang cemerlang. Kesarjanaan

pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi dalam pendekatan

pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk

kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan

yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah/teori/prinsip pengajaran

yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

Page 9: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA PENDIDIK

Kategori BITARA PENDIDIK (PTJ/KUMPULAN)

UKM-CESMED (Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS)

Ringkasan:

Dalam dunia digital telah menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bidang keusahawanan mencabar. Ini

kerana pengajar boleh sahaja diganti dengan ‘Dr. Google’. Justeru, kaedah P&P bersifat ‘experiential’ berasaskan

penyelesaian masalah, pertandingan yang mencungkil dan menggilap jati diri keusahawanan dalam kalangan

pelajar terpaksa dilakukan di UKM CESMED demi mendapatkan outcome yang hampir sebenar dengan alam

pengurusan perniagaan sebuah syarikat kecil. Ekosistem keusahawanan dan jaringan bersama rakan strategik

agensi-agensi pembangunan keusahawanan dan enterprais kecil dan sederhana (EKS) serta penggunaan

teknologi membantu UKM CESMED melaksanakan P&P di premis perniagaan EKS. Kaedah P&P kami

mendekatkan kefahaman, meningkatkan ketrampilan keusahawanan dalam diri setiap pelajar kami.

Pembelajaran melalui Mentor – mentee (ahli lembaga EIR) Pembelajaran melalui e-learing melalui sistem OBS

Malam GALA Tokoh Siswa 2015 Mobiliti ke Thailand

BIT

AR

A P

EN

DID

IK

Anugerah Bitara UKM 7

Page 10: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BITARA PENDIDIK (INDIVIDU)

PROF. MADYA DR. MELOR MD YUNUS

Ringkasan:

MELOR MD YUNUS, PhD, is an Associate Professor of TESL at the Faculty of Education, UKM. She is best

known for establishing the integration of ICT in teaching and learning English as a Second Language research.

She is the first recipient of the National Higher Education e-Learning award (2014) for her contributions in

Creativity (Blended Learning, Flipped Learning, and Problem-Based Learning). She is also in the Top 3 Cited

Malaysian Researcher List in 2014 MRUN Report. She is active in scholarly journal writing and publishing and she

has currently published more than 120 papers in various Citation-Indexed journals particularly SCOPUS. She co-

authored three books with her students under UKM Press: English, English Everywhere: The Out-of-Class

language Learning Strategies (2015), The Many Faces of Malaysian English (2016) and My Kaleidoscope World of

Words: Autism and Sight Vocabulary (2016). The recipient of many innovation awards, she is highly regarded

among her peers in her field.

“I believe that one of my best qualities as an academician is my ability to inspire. My desire to engage, challenge

and inspire growth in my students is not limited to the classroom. My desire to collaborate with students translates

into the research domain through publications, conferences and innovative competitions. It is my goal to share with

students the awe and excitement, as well as the dedication and hard work.”

Anugerah Bitara UKM

BIT

AR

A P

EN

DID

IK

8

Page 11: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BITARA PENDIDIK HARAPAN

DR. NOOR LIZZA BINTI MOHAMED SAID

Ringkasan:

Saya merupakan pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam bidang pengkhususan undang-undang dan

pengurusan harta Islam (Hibah, Wasiat, Wakaf dan Faraid). Selain daripada mengajar bidang pengkhususan, saya

juga terlibat dengan pengajaran kursus CITRA HHHC9101, LMCK1531 dan LMCK1621. Saya juga telah

membangun dan menawarkan kursus CITRA baharu iaitu PPPG2952 Wasiat dan Hibah dalam Islam untuk

ditawarkan kepada pelajar luar fakulti. Sebagai seorang muallim, mudarris, murabbi, muaddib dan mursyid saya

menerapkan 4K dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu keilmuan,

kekreatifan (inovasi), keprihatinan dan keterampilan. Antara kaedah yang saya gunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran ialah kaedah komunikasi dua hala, flipped learning, iTunesU, MOOC, pembelajaran berasaskan

masalah, penggunaan laman web dan LDK. E-Mirath dan e-Hisab (http://www.ukm.my/e-mirath/e-hisab/) telah

dibangunkan hasil daripada penyelidikan PTS untuk kegunaan P&P dan memenuhi keperluan masyarakat Islam.

Selain daripada kursus Celik Faraid dan kursus Bijak Urus Harta yang telah ditawarkan di MOOC UKM, saya juga

terlibat secara langsung dalam pembangunan e-kandungan iTunesU kursus-kursus wajib Fakulti Pengajian Islam.

Kebolehterimaan pelajar dibuktikan dengan peningkatan pencapaian pelajar, hasil penilaian kursus oleh pelajar

yang sentiasa mendapat skor yang tinggi dan mendapat pengiktirafan pengajar cemerlang fakulti pada setiap

semester. Saya juga telah memenangi kategori Anugerah Pengajar Cemerlang (JUNIOR) Fakulti Pengajian Islam

2016 (Penilaian 2015) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM (APC) 2016. Bercita-cita untuk menjadi insan

yang paling dikasihi dan diredhai Allah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Pertandingan MOOC

Pelancaran iTunes U peringkat UKM

BIT

AR

A P

EN

DID

IK

Anugerah Bitara UKM 9

Page 12: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BITARA PENDIDIK HARAPAN

DR. MELISSA SHAMINI A/P PERIASAMY

Ringkasan:

Teaching is my vocation and my passion. I believe teaching and learning is a two way process and therefore, I

strongly encourage students to be active participants of the process. As an educator, I embrace a philosophy for

my teaching practice that is holistic, multimodal, dynamic, and inclusive. I inject creativity, innovativeness and fun

into all aspects of my teaching including teaching aids and material, delivery, communication and assessments so

that the learning experience is interesting and engaging for students. Through this I aim to provide a world class

educational experience that is enjoyable, interactive and inspirational.

Anugerah Bitara UKM 10

BIT

AR

A P

EN

DID

IK

Page 13: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

SARJANA Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada individu

atau kumpulan yang menyumbang kepakaran dan hasil penyelidikan yang

berimpak tinggi. Penyelidik (individu/kumpulan) tersebut mampu memberi

sumbangan besar kepada bidang keilmuan, kemajuan universiti,

masyarakat dan negara.

Page 14: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Persidangan di KOREA Penerbitan Tersohor

ANUGERAH BITARA SARJANA

Kategori BITARA SARJANA (PTJ/KUMPULAN)

SAGUHATI

DR. A’DAWIYAH ISMAIL

Kumpulan: Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam

Projek : Dakwah memacu kerohanian dalam kelestarian pembangunan menurut Islam

Ringkasan:

Selaku ketua kumpulan Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam (Kod :DPP-2015-089) saya bersama ahli

jawatankuasa kumpulan mengadakan perbincangan dan sentiasa merancang latihan dan aktiviti dalam bentuk

bengkel serta kursus yang berhubung dengan penyelidikan dan penerbitan kepada ahli kumpulan. Ahli kumpulan

yang terdiri daripada para pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam

UKM, Bangi sentiasa menyambut baik dan memberi kerjasama bagi setiap pelaksanaan aktiviti yang dianjurkan

bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam mengurus penyelidikan dan penerbitan yang

berkualiti. Selain itu, saya turut merujuk kepakaran ahli akademik dari PTJ luar bagi berkongsi pengalaman

kejayaan dalam mengurus penyelidikan dan penerbitan.

Anugerah Bitara UKM

Bengkel Penyelidikan Proposal KPT Bengkel Penerbitan Berimpak Tinggi

12

BIT

AR

A S

AR

JA

NA

Page 15: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BITARA SARJANA (PTJ/KUMPULAN)

SAGUHATI

SR. DR. KHAIRUL NIZAM ABDUL MAULUD

Kumpulan: Pusat Pencerapan Bumi, Institut Perubahan Iklim

Projek : Impak perubahan Iklim

Ringkasan:

Kumpulan penyelidik Impak Perubahan Iklim, Institut Perubahan Iklim telah melakukan banyak kajian yang

berkisarkan kepada impak penduduk di Malaysia. Sebanyak 10 projek penyelidikan dijalankan pada tahun 2015

dengan jumlah dana sebanyak RM3,482,212.68. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan, kumpulan ini telah

menghasilkan penulisan buku, jurnal dan seterusnya memperoleh geran penyelidikan seperti TRGS dan Arus

Perdana yang berjumlah RM 1,151,200.00 pada tahun 2016. Kumpulan ini juga telah mengadakan program

komuniti bersama penduduk yang terkesan kepada kehilangan tanah dan harta benda serta ekonomi perubahan

iklim. Program ini dijalankan pada 2 hingga 3 Jun 2015 dan dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan yang terlibat

sama seperti Yayasan Sime Darby, NAHRIM, JPS, DOE, Jabatan Laut dan turut sama adalah delegasi

Pengurusan Kanan UKM. Program dijalankan usaha sama dengan Kursi Perubahan Iklim-YSD, Kursi Endownmen

MPOB-UKM dan Kursi Pembangunan Lestari UKM-YSD: Teknologi Sisa Sifar.

BIT

AR

A S

AR

JA

NA

Anugerah Bitara UKM 13

Page 16: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BITARA SARJANA (INDIVIDU)

PROF. DR. SITI KARTOM BINTI KAMARUDIN

Kumpulan: -

Projek : Sel Fuel Langsung Metanol untuk Aplikasi Mudah Alih

Ringkasan:

Penyelidikan Prof Dr Siti Kartom Kamarudin telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan dan

antarabangsa seperti Anugerah `WIPO Award’ for the Best Women Invention daripada World Intellectual Property

Organization (WIPO),`Best Innovation Award’ daripada Taiwan Invention Products Promotion Association (TIPPA)

2008, pingat emas di Seoul pada tahun 2008 dan Pingat emas di ITEX 2008, serta lain-lain lagi. Beliau juga aktif

dalam bidang penulisan dan dianugerahkan beberapa anugerah penerbitan seperti `Top 25 Hottest Article Journal

Of Power Sources’ , `Top 25 Hottest Article Chemical Engineering Journal’ serta pengiktirafan lain seperti

Honorarium for review paper in Journal Of Power, `Certificate Of Merit For Thesis in Energy and Environment’,

Anugerah Tesis Cemerlang , Anugerah Kertas Kerja Terbaik Kategori Tenaga dan sebagainya. Kini beliau

merupakan antara penyelidik yang aktif dalam bidang Sel Fuel langsung metanol di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa dengan pencapaian H-index 25 dengan bilangan citation hampir 3000. Seterusnya dalam tahun

2015, beliau telah di anugerahkan `Malaysian Rising Star Award’ berdasarkan 1% sitasi tertinggi di dunia dan di

tahun 2015 dan 2016 beliau diiktiraf sebagai `The World Most Influential minds 2015 Top 100’ dalam bidang

kejuruteraan.

Anugerah Bitara UKM 14

BIT

AR

A S

AR

JA

NA

Page 17: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BITARA SARJANA (INDIVIDU)

PROF. DR. SUPYAN HUSSIN

Kumpulan: - Projek : Holographic Transdisciplinary Conservation

Ringkasan:

Projek kajian ini meneliti satu aspek dalam perubatan berasaskan kearifan tempatan yang didokumentasikan

dalam media hologram. Hologram adalah platform yang boleh digunakan untuk mempersembahkan fenomena

intangible yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar, misalnya reaksi dan respon pesakit terhadap rawatan yang

diberikan. Teknologi holografi yang diadunkan dalam video dan pada pancaran infrared akan memudahkan orang

awam untuk memahami aspek intangible dalam proses rawatan. Hologram ini juga boleh dibentuk menjadi satu

pangkalan data khusus. Kajian ini adalah satu daripada sub-tajuk LRGS Conceptualizing Local Knowledge: A

Study of Sustainable Values in Local Wisdom and Indigenous Science yang berpusat di USM.

Hologram menggunakan asap sebagai skrin dalam persembahan

Hamlet di USM

Penggunaan 3D cahaya (hologram) yang menggambarkan rasa

panas yang keluar dari badan pesakit

Wacana Perubatan Islam

BIT

AR

A S

AR

JA

NA

Anugerah Bitara UKM 15

Page 18: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BITARA SARJANA HARAPAN

PROF. MADYA IR. DR. ABU BAKAR BIN SULONG

Kumpulan: Persis (PERSIS), Pembuatan Termaju (AMReG), Institut Sel Fuel, Pemprosesan Bahan & Integriti (AMPI) Projek : Komposit bagi Pengacuan Suntikan Serbuk dan Penguat Bahan Polimer dan Composite for Powder Injection Molding and Polymer Reinforce Material Ringkasan:

Sejak memperoleh PhD pada tahun 2007, beliau adalah seorang penyelidik yang aktif dalam bidang Polimer

Komposit dan Pengacuan Suntikan Serbuk, hasilnya beliau telah menerbitkan lebih daripada 130 Makalah (50

kuartil 1), dengan H-indek adalah 13 dan lebih daripada 600 petikan. Beliau mendapat anugerah penyelidikan

berkumpulan pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2015. Beliau juga termasuk dalan carta 50 penerbitan tertinggi

UKM dari 2010 ke 2015. Beliau telah menjadi penyelidik bersama dan ketua projek untuk geran bernilai hampir RM

9.9 juta. Beliau telah dijemput sebagai pengucaptama dan penceramah jemputan bagi beberapa persidangan

kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga penilai geran peringkat kebangsaan.

Anugerah Bitara UKM 16

BIT

AR

A S

AR

JA

NA

Page 19: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BITARA SARJANA HARAPAN

PROF. MADYA DR. NOVEL ANAK LYNDON

Kumpulan: Sosio-Budaya dan Etnisiti Projek : Kluster Masyarakat Madani dan Komuniti UKM-MPOB Endowmen

Ringkasan:

Dari tahun 2013 hingga 2016 beliau telah menerbit 71 artikel dalam Journal dan 7 bab dalam buku. Daripada

jumlah tersebut 33 artikel diindekskan dalam Journal Scopus. Dari tahun 2011-2016 beliau terlibat dalam 8 geran

penyelidikan sebagai ketua projek, 5 geran sebagai ketua program dan 10 geran sebagai penyelidik bersama.

Beliau juga tersenarai dalam kedudukan nombor 24 daripada 50 Senarai Top 50 Penyelidik Dengan Jumlah Sitasi

Tertinggi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam Google Scholar. Jumlah sitasi ialah 134 dan h-index 6.

Beliau juga memegang jawatan pentadbiran sebagai Ketua Program Siswazah. Beliau turut dilantik sebagai Ketua

Kluster Masyarakat Madani dan Komuniti Kursi UKM-MPOB Endowmen dan Ketua Penyelidikan Sosio-Budaya

dan Etnisiti.

BIT

AR

A S

AR

JA

NA

Anugerah Bitara UKM 17

Page 20: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

KETERLIBATAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada

warga UKM yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif

keterlibatan industri dan masyarakat dalam aktiviti berkaitan pendidikan,

penyelidikan dan khidmat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk

menyumbang ke arah pembangunan pembelajaran dan pengajaran,

peningkatan kebolehpasaran graduan, pembangunan penyelidikan dan

inovasi, perolehan dana, serta peningkatan keupayaan sosioekonomi

industri, pendidikan, kesihatan, persekitaran, teknologi dan lain-lain.

Page 21: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

Kategori KETERLIBATAN INDUSTRI

PROF. MADYA DR. ZALINDA OTHMAN

Ringkasan:

Untuk membina kecemerlangan dan jati diri mahasiswa/i melalui pendekatan yang menarik dan berbeza, pada

tahun 2015 HEJIM, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) telah melaksanakan satu program

pembentangan poster Projek Industri. Ia merupakan satu program yang pertama kali diadakan di FTSM. Program

ini merupakan satu platform bagi memberi latihan dan pengalaman kepada pelajar tahun akhir yang telah

menjalani latihan industri untuk membentangkan projek yang mereka telah laksanakan di industri. Ia juga memberi

peluang FTSM membina jaringan bersama industri. Ia disertai oleh seramai 187 pelajar tahun tiga FTSM, penilai-

penilai poster yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah FTSM, 11 syarikat jemputan dan pelajar-pelajar FTSM.

Majlis ini dirasmikan oleh Prof. Dato Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri

dan Masyarakat. Enam orang wakil pelajar telah membuat pembentangan ringkas. Mereka telah berkongsi

pengalaman menjalani latihan industri selama 20 minggu di syarikat penempatan mereka. Manakala, dalam

program ini juga HEJIM FTSM telah menjemput saudara Mohd. Sukur Ibrahim untuk berkongsi pengalaman beliau

sebagai alumni FTSM, graduan Ijazah Kepujian dalam Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Komputeran

Industri). Beliau merupakan seorang OKU yang berjaya dan telah memenangi pelbagai anugerah. Selain itu,

sebanyak 11 syarikat telah menghantar wakil mereka untuk menghadiri program ini. Syarikat yang hadir ialah

CyberSecurity Malaysia, Multimedia Development Corporations Sdn. Bhd., Yeayy Sdn. Bhd., Skali Community

Engagement Sdn. Bhd., Sasbadi Sdn. Bhd., Petro Teguh (M) Sdn. Bhd., Fusionex International, Zukhruf Dynamic

Resources, Pricewaterhouse Coopers, Dasar Jati Sdn. Bhd. dan TMNar Resources Sdn. Bhd. Program ini telah

berjaya dilaksanakan dan diharap dapat membantu FTSM melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya

saing dan bertanggungjawab di peringkat fakulti, universiti, kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

BIT

AR

A K

ET

ER

LIB

ATA

N

Anugerah Bitara UKM 19

Page 22: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

Kategori KETERLIBATAN MASYARAKAT

PROF. DR. WAN MOHTAR BIN WAN YUSOFF

Kumpulan: SRI@UKM Projek : Inovasi Penanaman Padi secara Lestari di Tumpat Kelantan: Pensaluran Ilmu, Pelaksanaan dan Pelestarian Amalan

Ringkasan:

Petani di Malaysia dan di kebanyakan negara sedunia guna baja kimia buatan dan ladunan racun kimia sebagai

kaedah lazim untuk tanam padi, sayur dan pelbagai jenis tanaman. Kumpulan SRI@UKM telah buktikan

penanaman padi bebas kimia buatan dan bebas racun kimia berdaya meningkatkan jumlah ton per hektar sebesar

tiga kali ganda. Beberapa petani di sawah-sawah di Kelantan telah menjadi pengamal peneroka kaedah SRI yang

tegar. Justeru itu sumbangan kepada hasrat kerajaan untuk tangani kecukupan bekalan beras bukan lagi sekadar

harapan. Malah usaha pertanian ikut kaedah SRI berteras agroekologi seserasi perimbangan alam maya

termaktub dalam lipatan sejarah se-nusantara. Peranan sebagai pengekspor beras jelas tertulis. Pengamal

kaedah SRI dilatih kawal perasaan dan perasan sabar, redha dan istiqomah dalam mengamal ilmu pertanian ini.

Bahan-bahan sedia ada di hunian di kumpul untuk menghasil baja secara fermentasi anaerobik. Cara menanam

satu anak pokok berumur 5-7 hari guna benih terpilih dengan jarak 30-35 cm mengungkap keadaan seserasi

pertumbuhan padi.

Tampak sawah padi merekah akibat tidak

adanya bekalan air

Menunjukkan buku kronologi SRI Ledang

yang telah berjaya

Peserta bengkel mendengarkan taklimat

pengurusan sawah secara SRI

Berbengkel di malam hari. Semangat untuk

perubahan

Dr. Anizan Isahak menerangkan prinsip

penanaman padi kaedah SRI kepada petani

Peserta bengkel penanaman padi SRI pertama

di Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan

20

BIT

AR

A K

ET

ER

LIB

ATA

N

Page 23: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori KETERLIBATAN MASYARAKAT

PROF. DATIN DR. NORIZAN ABDUL RAZAK

Kumpulan: Transformasi Luar Bandar

Projek : Pembangunan Usahawan Wanita Netpreneur

Ringkasan:

Menjalankan program membantu wanita luar bandar dalam meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan

digital literasi mereka untuk pembelajaran sepanjang hayat, perhubungan media sosial dan berniaga serta

meningkatkan pendapatan melalui perniagaan atas talian. Turut terlibat membangunkan perniagaan sosial di

kalangan usahawan wanita di Malaysia. Telah berjaya melatih 2000 usahawan wanita menjadi netpreneur hampir

di seluruh negara iaitu di Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, Selangor dan terkini di Johor

semenjak 2009 sehingga kini. Projek membina platform digital mall di www.ewtc.my dan www.rasasayang.my

berjaya membantu usahawan wanita memasarkan produk merentasi sempadan masa dan dikenali di alam siber.

12 modul latihan atas talian telah mendapat pengiktirafan dari Telecentre.org sebuah organisasi antarabangsa.

Selain itu, beliau pernah dianugerahkan Tokoh Saidatina Khadijah Maulidur Rasul 2015 peringkat negeri Selangor

di atas usaha melatih wanita dalam digital ekonomi. Beliau juga dilantik sebagai pakar runding dan ketua projek

untuk e-entrepreneur IKLIN, ANGKASA, RTC, Telecentre.org, MCMC, YAPEIM, MOSTI, .MyDomain Registry dan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan turut menjadi ketua panel juri Asia Pacific ICT

Awards kategori e-komuniti. Merupakan pengasas dan presiden persatuan e-usahawan wanita Malaysia (eWA)

dengan ahli 400 wanita semenjak tahun 2011 hingga kini.

Prof. Datin Dr Norizan menerima Anugerah Tokoh Saiditina

Khadijah untuk Sambutan Maulidur Rasul 2015 Negeri Selangor Keratan akhbar News Strait Times dan Utusan Malaysia

Sebagai pengucaptama untuk pembangunan perniagaan atas talian

anjuran ANGKASA Melatih netpreneur dalam kalangan para usahawan wanita Kelantan

BIT

AR

A K

ET

ER

LIB

ATA

N

Anugerah Bitara UKM 21

Page 24: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

KEUNGGULAN PERKHIDMATAN Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang telah

menunjukkan daya inovasi yang tinggi untuk memberi perkhidmatan

berkesan dan menjadi rujukan pihak berkepentingan.

Page 25: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA KEUNGGULAN PERKHIDMATAN

Kategori PENTADBIR AKADEMIK

PROF. DR. HAZITA BT. AZMAN

Kumpulan: 1-FSSK-Barisan Kedekanan FSSK

Projek : Penjenamaan Semula FSSK - Projek FSSK-Brand

Ringkasan:

Projek FSSK-Brand yang dicetuskan beraspirasi menggerakkan FSSK ke arah menjadi pusat rujukan bidang sains

sosial dan kemanusiaan yang terulung. Pelaksanaan projek ini telah menghasilkan peningkatan yang ketara

ditahap pengurusan pentadbiran, akademik dan juga kualiti pelajar. Di tahap pengurusan pentadbiran

pembangunan dan penggunaan SPDFSSK dalam tugasan harian di FSSK telah memenangi Anugerah Inovasi

QIT pada tahun 2014. Di tahap akademik pula proses penjenamaan ini telah menyaksikan 5 jurnal akademik

lahiran fakulti berjaya mencapai status berindeks. Dalam pada itu, empat bidang disiplin di FSSK telah pernah

mencapai kedudukan 150 ke atas dalam QS-Ranking 2014-2015. Projek FSSK-Brand ini turut melibatkan

pengukuhan jatidiri para siswazahnya untuk kebolehpasaran melalui program Insan Budiman, Insan Jauhari dan

EEP (pemantapan Bahasa Inggeris). Program Insan Budiman telah menerima anugerah inovasi UKM pada 2016.

Projek FSSK-Brand ini telah dijadikan contoh model penjenamaan semula UKM dan fakulti-fakulti lain.

KE

UN

GG

UL

AN

PE

RK

HID

MA

TA

N

Anugerah Bitara UKM 23

Page 26: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

Kategori PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

HAJI ZANUDIN MOHD DAUD

Kumpulan: Pusat Strategi UKM

Projek : Komunikasi Dalaman Menggunakan Kumpulan WhatsApp

Ringkasan:

Kumpulan WhatsApp telah diwujudkan pada tahun 2015 bertujuan mewujudkan saluran komunikasi antara pihak

pengurusan Universiti dengan Fakulti/Institut/Pusat. Saya sebagai admin kepada beberapa Kumpulan WhatsApp

yang telah diwujudkan seperti Bicara KRA, Taskforce KRA#1, Taskforce KRA#2, Taskforce KRA#3, Strategi &

Korporat, Media@UKM dan KLAW (Keselamatan, Elektrik, Air dan Wifi).

Kumpulan WhatsApp ini dapat menghebahkan pelbagai berita kejayaan dan juga sebagai saluran menyampaikan

aduan terutamanya masalah keselamatan kampus, air, wifi. Pihak JPP akan mengambil tindakan segera hasil dari

aduan dan laporan tindakan dapat dimaklumkan segera kepada pengadu. Berita kejayaan juga dapat dikongsi

melalui Kumpulan WhatsApp seperti Bicara KRA.

Hasil dari mewujudkan beberapa kumpulan WhatsApp ini, telah menghasilkan satu inovasi yang bernilai tinggi dan

memberikan impak yang besar dan berkesan dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk warga

Universiti.

24

KE

UN

GG

ULA

N P

ER

KH

IDM

ATA

N

Page 27: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

ENCIK ZOLKEFLI BIN MOHAMED

Kumpulan: X-Factor Awam JPP

Projek : Pelan Transformasi Unit Awam, JPP

Ringkasan:

Membentuk, memimpin ‘team work’ serta bergerak secara proaktif terhadap aset dan prasarana kampus secara

inhouse. Antaranya telah melaksanakan penyelenggaraan jalan keseluruhan kampus dengan menampal jalan-

jalan berlubang untuk jangka pendek secara berkala di samping perancangan penyelesaian jangka panjang

menguruskan perolehan kerja penurapan semula permukaan jalan secara berperingkat. Kami juga bergerak

secara proaktif terhadap kemudahan lain seperti papan tanda yang pudar dan berkarat, kemasan dinding, tembok

yang pudar, di samping penyelenggaraan yang diuruskan dan dilaksanakan secara pantas terhadap laporan yang

diterima daripada warga UKM seluruhnya. Aktiviti penyelenggaraan ‘Break Down’ luar jangka seperti pembaikan

paip pecah, bocor juga dilaksanakan secara pantas berdasarkan aduan yang diterima daripada pelanggan/PTJ

atau secara pemeriksaan dalaman. Membentuk ‘team work’ serta komunikasi yang mantap dan berkesan terhadap

memenuhi Persiapan Fizikal majlis-majlis Universiti supaya berjalan lancar , sempurna serta berusaha memenuhi

permohonan, permintaan keperluan Universiti.

KE

UN

GG

UL

AN

PE

RK

HID

MA

TA

N

Aktiviti secara dalaman penyelenggaraan jalan jangka pendek

Pelaksanaan Kerja-Kerja memperbaharui permukaan jalan jangka

panjang secara berperingkat mengikut keutamaan

Aktiviti penyelenggaraan Break Down luar jangka pembaikan paip

pecah secara segera

Aktiviti persiapan fizikal majlis universiti yang dilaksanakan secara

pembentukan team work serta komunikasi yang berkesan

Anugerah Bitara UKM 25

Page 28: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

Kategori PELAKSANA

ENCIK ABD. RAAI BIN OSMAN

Kumpulan: -

Projek : Fotografi Berimpak

Ringkasan:

Berkhidmat di UKM pada 5 November 1979

Tenaga pengajar kursus Ko-kurikulum UKM 1997-2012, Kursus Citra UKM 2013 hingga sekarang, Kursus

Fotografi Unit Latihan UKM.Kursus fotografi untuk agensi penguatkuasaan Malaysia,Kursus Fotografi di Brunei.

Menganjurkan kursus fotografi percuma dengan Jabatan Belia Kedah & Perak. Menulis di Senada, Portal UKM &

Mingguan Malaysia,Seminar Fotografi UKM 2014

Hakim pertandingan

Anugerah Kewartawanan Foto di Malaysian Press Institut , Dewan Bandaraya KL,Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa Malaysia, lain-lain agensi dan NGO

Memenangi anugerah peringkat UKM dan kebangsaan

Petandingan fotografi PNB 2003, Anugerah laman web 2005,Anugerah Inovasi ICT UKM 2013,Anugerah Seni

UKM 2007 hingga 201

KE

UN

GG

ULA

N P

ER

KH

IDM

ATA

N

26

Page 29: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

PENDANAAN Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada PTJ/

Kumpulan/Individu yang cemerlang dalam penjanaan daripada hasil

perkhidmatan, kepakaran dan asset.

Page 30: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

ANUGERAH BITARA PENDANAAN

PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

Ringkasan:

Pemerkasaan aktiviti penjanaan kewangan merupakan antara usaha yang dilakukan oleh Perpustakaan Tun Seri

Lanang untuk memantap dan melestarikan prasarana dan persekitaran ilmu yang kondusif. Ia meliputi inisiatif

penjanaan berdasarkan endowmen dan tajaan; penyewaan ruang; pengkomersilan; perkongsian kepakaran dan

penjimatan kos yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM10 juta. Sejumlah lebih RM2 juta dijana

melalui inisiatif endowmen termasuklah sumbangan kos naik taraf 27 bilik diskusi, surau Perpustakaan dan

beberapa sumbangan lain. Inisiatif sewaan ruang menjana lebih RM20 ribu, manakala inisiatif kepakaran dan

pengkomersilan memperoleh lebih RM72 ribu. Selain itu, kreativiti dalam perolehan dan perkhidmatan pangkalan

data dan sumber maklumat elektronik Perpustakaan telah berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya RM8 juta

nilai penjimatan nyata setahun. BIT

AR

A P

EN

DA

NA

AN

28

Page 31: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Hadiah KHAS BITARA PENDANAAN

FAKULTI PERUBATAN

Projek : Program Akademik bersama UNPAD dan lain-lain aktiviti penjanaan

Ringkasan:

Usaha penjanaan Fakulti Perubatan termasuklah penubuhan kedai farmasi, program kerjasama UKM-UNPAD

bersama PKP, parkir berbayar, sewa ruang niaga dan sewa pangsapuri. Penjanaan kendiri perlu dibudayakan

dan ditingkatkan dalam suasana ekonomi sekarang.

Antara pelajar terlibat program UKM-UNPAD di Bandung Pelajar bersama Prof. Dr. Tri Hanggono, Rector UNPAD

BIT

AR

A P

EN

DA

NA

AN

Anugerah Bitara UKM 29

Page 32: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

REKAYASA PRASARANA Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada PTJ/

Kumpulan/Individu yang menghasilkan prasarana dan persekitaran yang

kondusif serta sistem perkhidmatan yang berkesan.

Page 33: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

RE

KA

YA

SA

PR

AS

AR

AN

A

ANUGERAH BITARA REKAYASA PRASARANA

KOLEJ PENDETA ZA’BA

Ringkasan:

Bermotokan ‘From Passion to Profit’ Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) telah melakukan rekayasa prasarana meliputi

beberapa rekayasa ke atas kemudahan penginapan pelajar termasuk penukaran perabot dan kunci 1600 bilik

asrama, pembangunan kemudahan sukan dan rekreasi, transformasi 23 buah ruang perniagaan dan penjanaan,

transformasi pusat pentadbiran dan kemudahan pelajar serta rekayasa lestari dengan penekanan kepada

penghijauan kolej, pengaliran air bersih dan inovasi sistem pembuangan sampah. KPZ juga telah berjaya

menjimatkan RM 120 000.00 kos penyelenggaraan pembersihan pada tahun 2015/16 hasil daripada kreativiti

pengurusan kewangan. ‘Passion’ tersebut telah melayakkan KPZ dianugerahkan Tempat Kerja Kondusif 2016,

Tempat Pertama Kolej Selamat 2012 dan naib johan Kolej Paling Selamat tahun 2013-2016.

Anugerah Bitara UKM 31

Page 34: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

Hadiah SAGUHATI

UNIT PEMBANGUNAN, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA

Ringkasan:

Memastikan penyelenggaraan bangunan, infrastruktur serta mekanikal dan elektrikal dirancang, diurus dan

dipantau dengan sempurna dan sistematik. Semua kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan kemudahan asas

dilakukan dengan segera dan menggunakan kos yang ekonomi disamping mengurus dan memantau kawasan

landskap supaya cantik, indah, harmoni dan selesa.

JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN

Ringkasan:

Inovasi diserlahkan melalui pembentukan kumpulan pegawai infra yang terdiri daripada kakitangan pelbagai

jawatan, namun bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran & pengajaran dan suasana kerja,

dari segi pembuktian, belum diserlahkan secara nyata-aspirasi kemudahan yang ingin dinaiktaraf.

KOLEJ KERIS MAS

Ringkasan:

Melaksanakan amalan penyelenggaraan prasarana fizikal terbaik, Penjimatan kos penyelenggaraan, mendapat

pengiktirafan pihak berkepentingan dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran & pengajaran

dan suasana kerja.

RE

KA

YA

SA

PR

AS

AR

AN

A

32

Page 35: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

BAHASA MELAYU Anugerah Bitara Bahasa Melayu bertujuan memberi pengiktirafan kepada

PTJ/Individu yang cemerlang dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

Page 36: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYU

Kategori AKADEMIA BAHASA MELAYU

PROF. MADYA DR. FAZAL MOHAMED MOHAMED SULTAN

Ringkasan:

Sejak berkhidmat di UKM pada tahun 2007, kejayaan mendapat Dana Galakan pada tahun 2007, Geran GUP

sebanyak RM103,000 dan Geran Fundamental (FRGS)sebanyak RM70,000 daripada Kementerian Pengajian

Tinggi iaitu FRGS pada tahun 2008 telah membantu saya menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dalam bahasa

Melayu. Hasil kajian penyelidikan daripada dana-dana yang diperoleh, saya telah berjaya menghasilkan pelbagai

jenis penulisan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada sebuah buku hasil daripada tesis PhD cemerlang yang

telah diulang cetak, 32 artikel di dalam jurnal SCOPUS, 7 buah buku suntingan dan 19 bab dalam buku, 24 kertas

kerja yang diterbitkan sebagai prosiding dan pelbagai penulisan popular.

34

BIT

AR

A B

AH

AS

A M

EL

AY

U

Page 37: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori PENTERJEMAHAN KARYA ILMU DALAM BAHASA MELAYU

DR. INTAN SAFINAZ BT. ZAINUDIN

Ringkasan:

Saya merupakan salah seorang penterjemah yang terlibat dengan projek terjemahan buku ‘A Compact History of

Mexico’ ke dalam Bahasa Melayu iaitu Intisari Sejarah Mexico Baharu. Projek ini merupakan usaha IKMAS UKM

dan Kedutaan Mexico di Malaysia. Buku terjemahan yang bertajuk ‘Intisari Sejarah Mexico Baharu’ diterbitkan

oleh Penerbit UKM.

BIT

AR

A B

AH

AS

A M

EL

AY

U

Anugerah Bitara UKM 35

Page 38: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

Kategori AHLI AKADEMIK (BUKAN WARGANERAGA) YANG MEMARTABATKAN BAHASA

MELAYU DALAM BIDANG SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SAGUHATI

PROF. MADYA DR. ALI SALMAN

Ringkasan:

Sepanjang berkkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebuah universiti yang mendaulatkan

Bahasa Melayu, saya terlibat dalam pengajaran yang disampaikan dalam Bahasa Melayu, begitu juga dengan

penyeliaan tesis dan viva pelajar di peringkat pra siswazah dan siswazah. Di samping itu, terdapat juga beberapa

artikel jurnal dan bab dalam buku yang saya tulis dalam Bahasa Melayu di samping penulisan popular dalam

akhbar dan beberapa majalah di Malaysia (cth: Al-Islam). Saya juga pernah ditemubual oleh Astro Awani melalui

siaran langsung. Saya ada terlibat dalam khidmat masyarakat yang di sampaikan dalam Bahasa Melayu (cth:

Bengkel Bahasa Ingeris) di apartment Seri Tanjung, Bandar Baru Bangi dan juga penceramah jemputan (cth: ILIM,

JPJ).

36

BIT

AR

A B

AH

AS

A M

EL

AY

U

Page 39: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

PENERBITAN Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Individu yang

mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai jenis penerbitan

yang berimpak tinggi dan memberi sumbangan kepada bidang ilmu.

Page 40: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

ANUGERAH BITARA PENERBITAN

Kategori MAKALAH

PROF. DR. KHAIRUL ANWAR BIN MASTOR

Ringkasan:

Makalah yang ditulis adalah hasil penyelidikan bersama dengan penyelidik-penyelidik dari 23 buah negara melalui

geran projek Intramural Research Program NIH-APPOC – Adolescent Personality Project of Culture yang diketuai

oleh Dr Robert McCrae, Laboratory of Personality & Cognition, NIA, NIH, Baltimore, Maryland, USA dan geran

National Research Foundation-Flanders (Grant 1200613N). Saya terlibat sebagai ahli penyelidik bersama kerana

instrumen NEO Personality Inventory-3 (McCrae, Costa, & Martin, 2005) adalah ubahsuaian NEO PI-R yang telah

saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Mastor et al, 2000). Tujuan utama kajian ialah untuk menyelidiki

secara komprehensif faktor budaya dan umur yang berbeza ke atas perbezaan jantina dalam personaliti ke atas

4,850 data kajian. Sejak awal kajian dijalankan bermula dari penulisan proposal, penyediaan instrumen,

rekabentuk dan analisis data serta perbincangan, komunikasi adalah melalui email dan juga perbincangan dalam

beberapa persidangan antarabangsa dan mesyuarat pakar bidang (expert meeting). Kehadiran saya tersebut telah

dibiayai oleh dana Universiti Penyelidikan UKM. Jaringan penyelidikan dalam bentuk keahlian dalam kumpulan

penyelidikan tersohor dalam bidang (saya sertai sejak tahun 2005 hingga kini) sememangnya salah satu strategi

penting dan berkesan bagi penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi dan kuartil 1.

H indeks saya pada Okotber 2016 : (SCOPUS = 13) & (Google Scholar = 16)

Citation keseluruhan: (SCOPUS= 617) & (Google Scholar= 1127)

Bersama para penyelidik yang turut serta semasa Expert Meeting di

Dubronick, Croatia

Institute fur Psychologie, Humboldt

University, Berlin Bersama Dr Robert McCrae di NIH

38

BIT

AR

A P

EN

ER

BIT

AN

Page 41: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori MAKALAH

PROF. DATIN DR. NORLINAH MOHAMED IBRAHIM

Ringkasan:

Saya menyertai projek Global Burden of Diseases (IHME) sejak 2013 sebagai kolaborator. Data diperolehi

daripada 35,620 sumber daripada 188 buah negara. Bandingan insiden, prevalens dan YLD (years lived with

disability) dianalisa secara global dan regional bagi tahun 1990 dan 2013 menggunakan computational kluster

( DisMod-R-2.0). Di Malaysia, penyakit-penyakit yang dikenalpasti sebagai punca utama YLD ialah sakit belakang,

diabetes, anxiety, major depressive disorder,COPD, migraine, neck pain dan kekurangan iron. Hasil kajian dapat

memberikan trend penyakit kronik bagi sesebuah negara dan seterusnya dapat membantu pihak yang

bertanggungjawab mengambil inisiatif atau langkah bagi mencegah atau mengatasi masalah tersebut khusus bagi

negara tersebut

H index : 17 (Google Scholar)

Citations: 1446(Google Scholar) BIT

AR

A P

EN

ER

BIT

AN

Anugerah Bitara UKM 39

Page 42: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM

Kategori BUKU

PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Buku : Perancangan Pengangkutan Bandar

Ringkasan:

Buku ini ditulis untuk pelajar-pelajar yang ingin berkecimpung dalam bidang Pengangkutan bandar dan juga

jurutera professional yang merancang, melaksana dan mengurus pengangkutan bandar. Ia menerangkan langkah-

langkah yang perlu dilakukan ketika hendak melakukan perancangan jangka pendak dan jangka panjang,

melakukan penilaian terhadap projek-projek yang hendak dilaksanakan dan memberikan cadangan-cadangan

untuk perlaksanaan kemudahan pengangkutan bandar. Termasuk dalam penerangan buku ini ialah kajian sosio-

ekonomi, kejuruteraan, aliran tunai dan kesan alam sekitar.

40

BIT

AR

A P

EN

ER

BIT

AN

Page 43: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Kategori BUKU

DR. SALMY EDAWATI YAACOB

Buku : Dilema Dinar Emas

Ringkasan:

Buku ‘Dilema Dinar Emas’ adalah hasil karya asli dari tesis PhD ‘Dinar Emas dan Mekanisme Pelaksanaannya

dalam Ekonomi Semasa’. Tesis ini mendapat penganugerahan Tesis Terbaik oleh Yayasan Nurul Yaqeen

(Timbalan Perdana Menteri Malaysia) pada tahun 2012. Projek Penerbitan Buku dari Tesis di bawah kelolaan Naib

Canselor UKM pada masa itu telah memilih tesis ini sebagai 10 terbaik untuk penerbitan buku. Buku terbitan

Penerbit UKM ini juga sedang dalam proses mendapatkan indeks ISI Thomson Reuters. Selain menjadi bacaan

santai masyarakat awam, buku ini juga menjadi rujukan tambahan subjek Citra Keusahawanan Islam dan

Pelaburan Emas LMCU1422 yang disertai lebih 300 orang pelajar. Sehingga hari ini buku ini sudah terjual lebih

100 naskah di pasaran.

BIT

AR

A P

EN

ER

BIT

AN

Anugerah Bitara UKM 41

Page 44: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

ANUGERAH BITARA

PENGKOMERSIALAN PRODUK Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada inovasi

yang mempunyai impak yang besar dan signifikan, yang mampu memberi

pulangan kormersil dan sumbangan yang besar kepada bidang ilmuan,

kemajuan universiti dan Negara.

Page 45: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

BIT

AR

A P

EN

GK

OM

ER

SIL

AN

PR

OD

UK

ANUGERAH BITARA PENGKOMERSILAN PRODUK

ENCIK MOHAMAD HANIF BIN MD SAAD (KETUA PROJEK)

PROF DR AINI HUSSAIN ( PENYELIDIK BERSAMA)

Ringkasan:

CAISERTM is a platform technology that enables the creation of software or systems for integrated event

processing purposes. CAISERTM receives Simple Events notification from Event Producers such as smart CCTV

System, Telemetry/SCADA systems (sensors, PLC, RTU), network monitoring system and user messages via

various Communication Channel such as email, SMS, Telegram, TCP, Skype, Twitter, OPC, DCOM and web-

service. CAISERTM analyzes the Simple Events sequence and their temporal and spatial correlation with other

Simple Events and previously detected Complex Events to identify current Complex Events. Next, it processes

these events (Simple and Complex) to generate mitigation action for events that requires mitigation. The mitigation

actions are conveyed via the Communication Channel to Event Consumers (user, operators, technicians, etc.) and

executed by Event Actors (robot, automation system, alarm system, Mechatronics System etc) automatically

CAISER Main IDE PUMA Pump House Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) UKM

Sistem Notifikasi dan Amaran Awal (SNAA),

Putrajaya

Smart Surveillance System (Sekitar) untuk Makmal

Inovasi 2 , FKAB, UKM

Dam Monitoring System untuk

Perbadanan Putrajaya

Anugerah Bitara UKM 43

Page 46: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Anugerah Bitara UKM 44

AN

UG

ER

AH

BIT

AR

A U

KM

SENARAI PENGERUSI ANUGERAH

Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Jawatankuasa Anugerah Bitara UKM Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat Jawatankuasa Anugerah Bitara Pendidik Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar Jawatankuasa Anugerah Bitara Sarjana Jawatankuasa Anugerah Bitara Penerbitan Jawatankuasa Anugerah Bitara Pengkomersilan Produk Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah Jawatankuasa Anugerah Bitara Keterlibatan Industri dan Masyarakat Tuan Haji Abd Razak bin Hussin Jawatankuasa Anugerah Keunggulan Perkhidmatan Prof. Dr. Nor Ghani bin Md. Nor Jawatankuasa Anugerah Bitara Pendanaan Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal Jawatankuasa Anugerah Rekayasa Prasarana Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin Jawatankuasa Anugerah Bahasa Melayu Prof. Dato’ Ir. Dr. Marzuki Mustafa Sekretariat Anugerah Bitara UKM

Page 47: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

VARSITI KITA

Lihat kampus ku yang tenang

Damainya alam ciptaan tuhan

Paduan ilmu dan keimanan

Amal dan jerih digabungkan

Lautan ilmu kita harungkan

Sumber ilmuan berkembangan

Inilah varsiti kita

Ditegakkan hasrat rakyat kita

Dari mula untuk semua

Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membina

Memupuk insan jiwa bertakwa

Memimpin manusia semua

Kenal akan adat ungulnya

Membina negara sentiasa

Maju berilmu dan bahagia

Anugerah Bitara UKM 43

AN

UG

ER

AH

BIT

AR

A U

KM

Page 48: MAJLIS - Official Portal of UKM...ANUGERAH BITARA UKM ATUR CARA 9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah 9.15 Pagi - Lagu Negaraku - Lagu Varsiti Kita - Bacaan Doa 9.30

Susunan dan Rekabentuk oleh Pusat Strategi UKM@Barudin2016