surat iringan

3
Ruj. Kami :UPM/HEPA/PKK/QKK2101/29 Tarikh :03 November 2014 Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Darul Ehsan Melalui; Yang Berusaha Prof Madya Dr Abdul Rashid Jamian Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Darul Ehsan Yang Berbahagia Prof, MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN PROGRAM SISWA @ KAMPUNG 2014 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kursus Bakti Siswa Kumpulan 29 dan 32 akan mengadakan Program Siswa @ Kampung Bakti Siswa UPM 2014 seperti butiran berikut:

Upload: amirrul-zarith

Post on 09-Apr-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

letter

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Iringan

Ruj. Kami :UPM/HEPA/PKK/QKK2101/29

Tarikh :03 November 2014

Yang Berbahagia

Prof. Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang

Selangor Darul Ehsan

Melalui;

Yang Berusaha

Prof Madya Dr Abdul Rashid Jamian

Pengarah Pusat Kokurikulum

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang

Selangor Darul Ehsan

Yang Berbahagia Prof,

MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN PROGRAM SISWA @ KAMPUNG 2014

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kursus Bakti Siswa Kumpulan 29 dan 32

akan mengadakan Program Siswa @ Kampung Bakti Siswa UPM 2014 seperti butiran

berikut:

Tarikh :28-30 November 2014

Tempat : Mukim Kuala Pahang ,Kampung Tanjung Selangor,Kampung Bentan @ Nyiur

Manis 26600 Pekan, Pahang.

Page 2: Surat Iringan

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Prof, program ini adalah merupakan program yang

julung kalinya diadakan bagi kumpulan gabungan ini. Antara objektif program ini adalah

untuk:

a) Mewujudkan dan menerapkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa bagi

membentuk personaliti yang unggul.

b) Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada golongan intelek terhadap peranan

dan tanggungjawab dalam mencapai pembangunan modal insan.

c) Menggerakkan jentera/tenaga muda (mahasiswa) sebagai pemangkin kepada

perubahan sosial.

d) Membina keharmonian sesama mahasiswa berasaskan ilmu pengetahuan yang

disalurkan melalui Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

e) Memupuk semangat keperihatinan dalam diri mahasiswa untuk berbakti kepada

masyarakat yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik dan pertimbangan Yang Berbahagia

Prof untuk meluluskan permohonan mengadakan program ini serta bantuan kewangan,

pengangkutan bas dan peralatan.

Segala kerjasama dan pertimbangan Yang Berbahagia Prof berikan amat saya hargai dan

merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

(Amirra Shazreena Binti Aminul Razin)

Setiausaha Program Siswa @ Kampung Bakti Siswa UPM 2014

Page 3: Surat Iringan

Kumpulan 29 & 32 Bakti Siswa

Semester Pertama

Universiti Putra Malaysia