surat berita konstituen · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan parlimen...

19
PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SUBANG (P104) AHLI PARLIMEN SUBANG WONG CHEN SURAT BERITA KONSTITUEN Januari 2021 Isu #16

Upload: others

Post on 20-Jan-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SUBANG (P104)AHLI PARLIMEN SUBANGWONG CHEN

SURAT BERITAKONSTITUENJanuari 2021Isu #16

Page 2: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

ISI KANDUNGAN

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Prakata Daripada Wong Chen

Kemaskini Kemasyarakatan &Kebajikan

Cerita Pelatih

Perkhidmatan Kami

Kenyataan Kewangan &Perbelanjaan Peruntukkan

1

7

10

14

16

Page 3: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang1

Warga Subang yang saya kasihi sekalian,

Tinjuan 2020

2020 adalah tahun yang amat mencabar dalam banyak perkara dan untuk kita semua. Terutama adalah pandemik Covid-19 dan cabaran tiada kesudahan yang berpunca daripada pandemik ini. Pada masa penulisan ini, angka rasmi Covid-19 di Malaysia berjumlah 105,00 jangkitan dengan 452 kematian. Ekonomi telah terjejas teruk akibat Covid-19. Kebanyakan pekerja mengalami pemotongan gaji. Pengangguran meningkat dua kali ganda daripada kebiasaan. Pendapatan kebanyakan syarikat telah jatuh. Banyak syarikat sedang menghadapi masalah aliran tunai dan banyak yang mungkin terus gulung tikar pada tahun depan. Dari segi sosial, semakin ramai rakyat Malaysia mengalami tekanan, kesunyian, kegelisahan dan secara keseluruhannya kesukaran ekonomi. Kanak-kanak kurang dididik dan menghadapi masalah parut intelektual dan perkembangan.

Dengan latar belakang cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini, saya membentangkan kad laporan saya kepada anda, selaku Ahli Parlimen anda untuk Subang, bagi tahun 2020.

Izinkan saya bermula dengan mengingatkan semua bahawa semua Ahli Parlimen pada dasarnya mempunyai tiga tugasan utama dan ia adalah seperti berikut:

(a) menggubal undang-undang di Parlimen; (b)untuk mendorong pembentukan dasar (ini dilakukan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, acara, ceramah, dan pendapat umum melalui media); dan (c) untuk membahaskan dan meluluskan Belanjawan Persekutuan.

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Prakata Daripada Wong Chen

Sebagai tambahan kepada tiga tugasan utama, Ahli Parlimen juga dijangkakan untuk melaksanakan dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa. Akhir sekali, saya mempunyai catatan ringkas mengenai keadaan kewangan dan cabaran yang dihadapi oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang.

Page 4: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Januari 2021

Surat Berita KonstituenTugasan Perundangan

Sebagai Ahli Parlimen anda, saya dengan senang hati ingin melaporkan bahawa saya mempunyai rekod kadar kehadiran 100% untuk persidangan Parlimen 2020 iaitu 55 daripada 55 hari persidangan Parlimen. Secara keseluruhan, saya telah berbahas sebanyak 18 kali termasuk penyampaian ucapan, perbahasan dan pencelahan. Saya telah memberikan tiga ucapan penting iaitu perbahasan Titah Diraja, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Covid-19 yang penting dan perbahasan Belanjawan 2021. Saya terus bersuara untuk memberikan idea-idea dasar yang konstruktif dan alternatif kepada pihak kerajaan, bukan sekadar kritikan. Misi saya adalah untuk mengejar matlamat keadilan sosial, membanteras rasuah dan mereformasikan Parlimen dengan dasar pragmatik yang sederhana. Saya telah berbuat demikian secara konsisten sejak tahun 2013, tanpa rasa takut atau pilih kasih semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan sekarang pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Pembentukan Dasar

Pembentukan dasar merupakan sifat terkuat saya dan saya memimpin parti saya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perkara dasar awam. Pada suku pertama tahun 2020, saya dan pejabat saya telah merangka satu set reformasi sosial, politik dan ekonomi yang menyeluruh bagi Ketua Pembangkang. Apabila pandemik melanda Malaysia pada suku kedua tahun 2020, saya menyertai kumpulan dasar kesihatan Covid-19 PKR. Pada suku ketiga tahun 2020, saya telah menyelesaikan siri kuliah ekonomi sembilan bahagian untuk melatih pelatih-pelatih saya dan perkara yang sama terbuka untuk orang awam. Pada suku keempat tahun 2020, saya mengembalikan fokus kepentingan dasar pejabat saya kepada reformasi Parlimen, perubahan iklim dan dasar makroekonomi bagi Belanjawan 2021.

Dari segi kerja dasar dalam jawatankuasa Parlimen, saya meninggalkan Jawatankusa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan dinaikkan pangkat pada pertengahan Disember 2019 kepada Pengerusi untuk Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa yang baru dibentuk. Pada bulan Januari dan Februari 2020, jawatankuasa saya berjaya mengadakan tiga mesyuarat rasmi di mana duanya merupakan perjumpaan dengan menteri dan satu lagi adalah sesi pendengaran rasmi mengenai Palestin. Namun begitu, selepas perubahan pentadbiran persekutuan pada Mac 2020, semua jawatankuasa telah digantung daripada kegiatannya. Pada bulan Disember 2020, saya ditugaskan semula sebagai seorang anggota (mewakili PKR) untuk Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi yang baru. Jawatankuasa ini akan mula beroperasi pada tahun 2021 dan akan memantau kedua-dua Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Bagi acara dan forum untuk membincangkan hal-hal dasar awam, saya menyertai sebanyak 21 webinar dengan beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO), institusi penyelidikan dan kedutaan, termasuk ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR), Institute for Democracy for Economic Affairs (IDEAS), Bersih, ISEAS-Yusof Ishak Institute of Singapore, pelbagai persatuan pelajar universiti, pegawai bank dan Kedutaan Kesatuan Eropah (EU).

Bagi liputan media dan akhbar, saya telah menyatakan banyak pandangan berkenaan dasar awam dan politik kepada akhbar tempatan dan antarabangsa mengenai politik dan ekonomi. Bagi tahun 2020, saya telah dipetik dalam 209 artikel berita. Saya juga telah mengambil bahagian dalam sembilan temu ramah radio siaran langsung bersama dengan stesen tempatan dan antarabangsa seperti BFM, Astro Awani, Bernama dan Australian Broadcasting Corporation (ABC). Saya juga telah merakam 33 episod Monday Night Chat bagi tahun 2020, di mana saya menerangkan dan membincangkan banyak idea dasar saya.

2

Page 5: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang3

Perbahasan Belanjawan 2021

Pejabat saya membantu pejabat Ketua Pembangkang dalam perbahasan Belanjawan 2021. Saya juga menyampaikan kedudukan belanjawan PH kepada Menteri Kewangan dalam sesi konsultasi pra-belanjawan yang pertama antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang. Untuk parti saya, iaitu PKR, saya telah memberi taklimat dan membimbing Ahli Parlimen PKR untuk membuat persiapan bagi perbahasan belanjawan mereka sendiri. Saya membahas secara konstruktif mengenai bagaimana peruntukkan Belanjawan Persekutuan 2021 boleh ditambah baik. Saya juga bertembung dengan Menteri Kewangan mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), duti eksais, cukai durian runtuh, cukai jualan, dan pindaan kepada Kumpulan Wang Covid-19.

Diplomasi

Bagi tahun 2020, saya mempunyai sebanyak 17 hubungan diplomatik dengan duta besar dan pegawai kanan termasuk Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika, Norway, Cuba, Sweden, Jepun, Singapura, Columbia, Brazil dan Amerika Syarikat. Saya juga mewakili Malaysia untuk Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA), yang telah dianjurkan oleh Vietnam secara maya mengenai dua topik, ekonomi dan Joint Communiqué.

Projek Kemasyarakatan dan Bantuan Kebajikan

Dalam aspek ini, saya harus mengakui bahawa pejabat saya telah kurang berprestasi dalam menghadiri acara awam. Saya telah membuat keputusan untuk mengelakkan diri daripada kebanyakan jika tidak semua acara awam bagi mematuhi arahan daripada Parlimen dan sebagai satu dasar kesihatan awam. Sebelum Covid-19, pejabat saya berjaya menghadiri tujuh acara kemasyarakatan pada bulan Januari dan Februari 2020, tetapi semasa tempoh Covid-19, saya hanya membuat tiga penampilan awam dengan langkah-langkah pencegahan yang diambil. Secara keseluruhan, kami hanya menghadiri 10 acara kemasyarakatan untuk 2020 berbanding dengan tahun 2019 di mana kami telah menghadiri 103 acara kemasyarakatan. Saya berhasrat untuk terus mengelakkan diri atau mengurangkan semua acara awam sehingga wabak Covid-19 terkawal.

Bagi peruntukan dan projek kemasyarakatan, peruntukan ini terganggu dengan teruk ketika pentadbiran PH kehilangan kuasa pada akhir Februari 2020. Namun begitu, pada Januari dan Februari 2020, kami berjaya mengagihkan sejumlah RM223,000 kepada 42 persatuan dan lapan kes kebajikan. Sejak Mac 2020, peruntukkan kemasyarakatan kami telah dikurangkan sebanyak 97%, penurunan daripada RM3.5 juta kepada RM100,000 setahun. Walaupun kedua-dua ADUN saya terus mendapat peruntukan yang sepenuhnya daripada kerajaan negeri Selangor, pejabat saya yang merupakan sebuah entiti kerajaan persekutuan, telah kehilangan peruntukan sepenuhnya untuk perbelanjaan kemasyarakatan.

Walaupun bagaimanapun, semasa tempoh Covid-19, kami sangat bertuah untuk menerima sumbangan peribadi sekitar RM100,000 daripada penyokong dan RM100,000 lagi daripada kerajaan persekutuan. Kami telah menggunakan wang tersebut untuk memberikan baucar tunai kepada 235 keluarga golongan miskin tegar dan 28 persatuan termasuk barisan hadapan Covid-19. Untuk tahun 2021, kami dijangkakan akan terus menghadapi cabaran untuk memberikan bantuan kebajikan dan projek kemasyarakatan.

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Page 6: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

4

Bagi kes aduan dan kemasyarakatan, pejabat kami mempunyai pelbagai kes seperti kes penipuan, lalu lintas jalan raya, isu kewargenegaraan dan pertikaian Badan Pengurusan Bersama (JMB). Pegawai-pegawai dan pelatih-pelatih saya telah mengendali sejumlah 480 kes pada tahun 2020. Ini adalah penurunan kes daripada kebiasaan iaitu 600 kes setahun.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Sejak Mac 2020, saya telah membiayai semua perbelanjaan dan gaji Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang dengan wang saya sendiri. Ketika kami kehilangan kuasa sebagai kerajaan persekutuan pada akhir Februari 2020, peruntukkan pejabat kami untuk beroperasi sebagai Ahli Parlimen dipotong menjadi sifar. Namun, ini sudah dijangkakan kerana ketika pentadbiran PH selama 22 bulan, PH juga melakukan perkara yang sama kepada pihak pembangkang, dan pentadbiran BN juga melakukan perkara yang sama kepada pihak pembangkang sebelum tahun 2018. Sangat malang bahawa politik Malaysia tidak berkembang dan reformasi daripada situasi “permainan jumlah sifar” ini sejak PRU14.

Sehubungan dengan itu, pejabat saya tidak mempunyai pilihan selain untuk mengurangkan kakitangan dan juga jumlah pelatih yang kami boleh upah. Pada tahun 2019, kami mempunyai tiga orang pegawai dan kini kami beroperasi dengan hanya dua orang pegawai sahaja. Kami juga biasa mengambil lebih ramai pelatih; pada tahun 2019 kami mempunyai 18 orang pelatih, berbanding dengan 12 pelatih pada tahun 2020. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua-kedua pegawai saya, Alethea dan Ivan, dan para pelatih bagi tahun 2020 saya, Ruth, Po Eic, Amir, Aqil, Mikaila, Tuva, Daniel Gan, Hiu Naam, Jia Lin, Arthuro, Dhaartshini dan Daniel Tee. Pejabat saya juga mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai Paul Mae yang sangat kami sayangi dan mengucapkan selamat datang kepada Ivan sebagai penggantinya pada tahun 2020. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan sukarelawan saya yang setia, diketuai oleh Encik Leong, dan sebutan khas kepada Encik Ho, Encik Phang, Gabriel, James, Wyhow, Bala, Weng Wai, Kevin, kedua-dua Melody dan kedua-dua Michelle. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ADUN saya, YB Ng Sze Han (ADUN Kinrara) dan YB Michelle Ng (ADUN Subang Jaya), atas khidmat masyarakat mereka yang berterusan semasa wabak ini, bersama-sama dengan semua ahli-ahli majlis dan semua pemimpin-pemimpin masyarakat di Subang. Penutup

Itu sahaja untuk kad laporan saya bagi tahun 2020 yang annus horribilis. Duduk di rumah, pakai pelitup muka anda, sanitasi dan menjaga keselamatan komuniti anda. Dengan adanya vaksin dan rawatan yang lebih baik, tahun depan dijanjikan akan menjadi lebih baik, tetapi ianya hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya kita terus berwaspada.

Semoga semua tahun baru lebih baik dan sejahtera!

Yang Ikhlas,Wong Chen

Page 7: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Kad Laporan 2020

18 Perbahasan di Parlimen, 3 ucapan penting:

• 33 episod Monday Night Chat

• Siri kuliah ekonomi 9 bahagian

• 480 kes• 12 pelatih

• 21 webinar• 209 petikan di artikel berita

• 9 temu ramah radio & siaran langsung

• 7 acara kemasyarakatan• 17 hubungan diplomatik

• Perbahasan Titah Diraja • R.U.U Kumpulan Wang Covid-19 • Belanjawan 2021

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang5

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Page 8: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

6

“Misi saya adalah untuk mengejar matlamat

keadilan sosial, membanteras rasuah dan mereformasikan

Parlimen dengan dasar pragmatik yang

sederhana.”

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Page 9: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

7 Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Kemaskini Kebajikan &Kemasyarakatan

Dari bulan Julai hingga Disember 2020, pejabat kami telah menguruskan sebanyak 196 kes. Dalam jangka masa enam bulan, kebanyakan kes umumnya adalah berkenaan dengan: (i) kewarganegaraan dan imigresen, (ii) bantuan kebajikan sosial, (iii) pihak berkuasa atau agensi kerajaan persekutuan, dan (iv) hal ehwal perundangan.

Seperti yang disebutkan dalam isu buletin sebelum ini, pejabat kami telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada kerajaan persekutuan untuk usaha bantuan Covid-19. Pada separuh pertama tahun 2020, pejabat kami telah membelanjakan RM77,000 untuk menyediakan peralatan pelindung diri (PPE) kepada barisan hadapan dan juga ahli-ahli majlis yang mengadakan program bantuan makanan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada separuh kedua tahun 2020, kami telah membelanjakan baki RM23,000 kepada enam persatuan di kawasan kami.

RM1,800Bouchers

RM7,500Wang Tunai

22Keluarga

Kami juga telah menjalankan dua program pada separuh kedua tahun ini. Program pertama adalah program kebajikan. Dua penderma menghubungi pejabat tersebut untuk menawarkan bantuan kewangan kepada masyarakat melalui pejabat kami. Dana tersebut telah digunakan secara khusus untuk membantu mereka yang mengalami kesulitan kewangan yang disebabkan oleh wabak ini. Sumbangan tersebut diberikan dalam dua bentuk, wang tunai RM7,500 dan baucar tunai 99 Speedmart bernilai RM1,800.

Kami telah mendapat nama dari pejabat DUN Kinrara dan seorang ketua kampung dari Kampung Lembah Kinrara. Kami menemu ramah mereka melalui telefon untuk mengurangkan sentuhan fizikal. Sebilangan besar daripada mereka sedang menderita penyakit kronik dan kehilangan sumber pendapatan mereka semasa wabak ini. Salah seorang penerima, Puan Sariamak, mengalami kesukaran semasa wabak ini, dari segi kewangan dan mental. Suaminya sudah terlantar di katil se-lama enam tahun akibat kemalangan. Dia memerlukan wang untuk membeli kain lampin dan ubat untuk suami. Sebelum ini, anak lelakinya bekerja di sebuah kilang tetapi telah diberhentikan kerja semasa wabak ini. Manakala, anak perempuannya telah berhenti kerja enam tahun lepas untuk

Page 10: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

8Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

membantu menjaga ayah mereka. Puan Sariamak tidak dapat bekerja kerana usianya dan tangannya cacat. Kami memutuskan untuk menyumbang RM1000 kerana dia berada dalam keadaan yang sangat susah. Malangnya, kami mendapat tahu bahawa suaminya meninggal dunia setelah kami memproses permohonan kebajikannya. Kami dapat membantu 22 keluarga melalui program ini.

Bagi program kedua, kami mengedarkan komputer dan komputer riba terpakai kepada sekolah terpilih. Kami menerima sebanyak 45 unit komputer dan komputer riba terpakai dari Sekolah Sukha Dhamma dan Aureas Media. Dengan bantuan sukarelawan kami, kami telah memeriksa dan membaik pulih semula semua komputer tersebut. Daripada 45 unit tersebut, 37 unit masih boleh diguna pakai. Kami menghubungi beberapa sekolah di kawasan kami yang memerlukan set komputer dan telah memilih enam sekolah untuk sebagai penerima. Setiap sekolah menerima gabungan komputer dan komputer riba.

Salah satu sekolah yang kami pilih, SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, memerlukan komputer riba untuk pelajar mereka. Sekolah ini mempunyai Kelab Inovasi yang telah mengambil bahagian dalam banyak pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kelab ini juga memenangi banyak anugerah dan penghargaan untuk sekolah. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar tidak mempunyai akses kepada komputer atau komputer riba. Mereka harus berkongsi unit yang sedia ada di bilik kelab mereka yang dimiliki guru sekolah. Dengan sumbangan unit-unit tersebut kepada sekolah ini, para pelajar kini dapat secara langsung menulis laporan untuk pertandingan mereka.

Kami juga menyumbangkan tiga komputer riba kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Agape Vision. Agape Vision adalah sebuah NGO yang dikendalikan oleh para sukarelawan yang membantu remaja yang berisiko. Salah seorang budak mereka yang berumur 11 tahun akan bakal menghadiri pusat pembelajaran memerlukan sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran secara maya. Ini juga merupakan kali pertama budak tersebut bersekolah. Oleh itu, kami memutuskan untuk menyumbangkan tiga komputer riba untuk Agape Vision kerana kami merasakan ia akan membawa banyak manfaat kepada kanak-kanak tersebut.

Pejabat kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma atas sumbangan mereka untuk membantu golongan yang memerlukan pada masa-masa yang mencabar ini. Dengan sumbangan mereka, kami dapat membantu dan menyokong golongan keluarga yang mengalami kesukaran semasa wabak ini.

37Unit

6Sekolah

1NGO

Page 11: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

9

“Kami telah menggunakan wang tersebut untuk

memberikan baucar tunai kepada 235 keluarga

golongan miskin tegar dan 28 persatuan termasuk

barisan hadapan Covid-19.”

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Page 12: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

10Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Cerita PelatihRuth Ng (Jun - Ogos 2020)

Pengalaman saya sebagai seorang pelatih di pejabat P104 tidak kekurangan pencerahan. Saya datang ke pejabat dengan niat untuk mempelajari lebih tentang proses merangka dasar dan peranan sebagai seorang Ahli Parlimen. Saya meninggalkan pejabat dengan semua itu dan banyak lagi! Semua orang dalam pejabat, termasuk YB Wong Chen sendiri, telah memberi kesabaran dan bimbingan dalam proses pembelajaran. Syarahan mengenai sejarah dan dasar awam, kertas dasar, berjumpa dengan pengundi dan sesi soal jawab dengan YB Wong Chen. Sebagai tambahan, budaya pejabat sangat ramah dan mesra.

Amir Zakhir (Julai - Ogos 2020)

Sebelum latihan amali di P104, saya mempunyai pengetahuan terhad mengenai politik di Malaysia dan proses dasar ekonomi dilaksanakan. Oleh itu, untuk latihan amali ini, tujuan saya adalah untuk belajar mengenai dua topik ini. Semasa latihan amali saya, pengetahuan saya mengenai politik Malaysia telah diluaskan dengan sesi dialog dengan YB Wong Chen dan dengan mengunjungi Parlimen Malaysia. Selain itu, pemahaman saya mengenai dasar ekonomi telah meningkat dan ini membolehkan saya menghasilkan satu kertas dasar mengenai cukai karbon di Malaysia. Semua orang yang saya bertemu di pejabat sangat ramah dan selalu terbuka untuk menjawab sebarang pertanyaan yang saya ada. Secara keseluruhannya, pengalaman ini sangat menyeronok dan bermanfaat.

Page 13: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

11 Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Quah Po Eic (Jun - Julai 2020)

Terdapat banyak yang berlaku di sebuah pejabat parlimen yang tidak dilihat oleh orang ramai - menulis surat rayuan tergesa-gesa, pengundi yang mempunyai tuntutan yang mencabar, dan pra-laporan parlimen. Saya berasa berbesar hati kerana dapat untuk mengalami semua ini dan lebih lagi di pejabat P104 selama lima minggu semasa cuti musim panas.

Di bawah bimbingan YB Wong Chen dan pegawainya, saya telah dapat belajar mengenai isu-isu yang perlu dikendali oleh seorang Ahli Parlimen, daripada pokok tumbang hingga bantuan kewangan untuk keluarga yang berpendapatan rendah. Minat saya dalam pembentukan dasar teleh membawa saya ke sini, tetapi peluang untuk melibatkan diri dengan masalah pengundi mendorong saya untuk meneruskan.

Walaupun ada kalanya terdapat cabaran semasa latihan amali ini, kemesraan yang saya mengalami di dalam pejabat - daripada YB Wong Chen sendiri, pegawainya dan para pelatih - telah memberi inspirasi kepada saya berazam untuk menjadikan pejabat P104 lebih baik setiap hari. Tempoh latihan amali di sini sangat menakjubkan dan saya ingin mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang yang terlibat dalam latihan amali saya.

Cheong Jia Lin (September - Oktober 2020) P104 merupakan satu pengalaman yang telah memperluaskan pengetahuan saya. Latihan amali saya telah mengajar, secara profesional dan peribadi. Di P104, saya diberi peluang untuk menimba pengalaman langsung dan pemahaman yang lebih baik dalam cara mengurus isu kemasyarakatan sambil menolong kedua-dua pegawai. YB Wong Chen adalah seorang pendidik dan telah mengajar saya banyak mengenai politik, dasar awam dan isu negara yang kontroversi dengan menunjukkan cara dia mendekatkan isu sebegini. Sebagai seorang pelatih, fikiran dan sumbangan saya amat dihargai setiap hari semasa bekerja disamping dengan pegawai pejabat. Ini memberi satu persekitaran untuk tumbuh dan memperoleh lebih pandangan. Masa yang saya diluangkan di pejabat P104 sangat memperkaya dan berharga, sama ada mengenai pembangunan profesional atau kualiti kepemimpinan, yang saya akan membawa untuk usaha masa depan saya!

Page 14: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

12Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Arturo González (Ogos - September 2020)

Sebagai seorang pelajar hubungan antarabangsa dari Columbia, saya boleh berjanji bahawa pengalaman saya di pejabat YB Wong Chen sangat mencabar dari segi akademik, memperkayakan wacana intelektual, dan sangat berbuah dan bermanfaat untuk diri sendiri.

Tidak dinafikan bahawa ini dipermudahkan dengan satu persekitaran yang profesional dan mesra, di mana dorongan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti selalu menjadi satu keutamaan. Lebih-lebih lagi, minat untuk berkongsi pengetahuan mengenai politik, sejarah dan budaya. Izinkan saya untuk menekankan bahawa latihan amali ini betapa menarik, berguna dan unik untuk kerjaya profesional masa depan saya dan untuk pertumbuhan peribadi saya.

Atas sebab ini dan banyak lagi, saya rasa sangat bersyukur untuk diberi peluang ini dan tanpa keraguan akan mengesyorkannya kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira daripada apa latar belakang akademik.

Aqil Radzi (Jun - September 2020)

Sepanjang masa di pejabat YB Wong Chen, saya tidak pernah berhenti belajar. Saya mempunyai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan di mana saya dapat memupuk pandangan kritikal dan hubungan yang bermakna. Saya sangat berminat mengenai dasar awam dan pengalaman ini sangat memuaskan untuk berkhidmat untuk seorang Ahli Parlimen dan pegawainya. Saya juga mengembangkan lagi pemahaman dalam urusan kerajaan, jawatankuasa Parlimen, penjawat awam, asas dan sejarah ekonomi, dan terutamanya masyarakat. Saya dapat belajar mengenai perkara perundangan seperti kes kewarganegaraan, masalah perusahaan, kebajikan sosial, dan terutamanya berkhidmat untuk pengundi. Saya telah menyaksi seorang Ahli Parlimen yang luar biasa menggunakan wang pembayar cukai dan hak istimewanya untuk kebaikan yang lebih besar. Ini adalah wakil rakyat yang sejati dengan prinsip yang dihormati. Walaupun saya bukan seorang pengundi Subang tetapi sekiranya anda adalah salah satu pengun-di, Ahli Parlimen anda adalah seorang yang melakukan yang terbaik untuk berkhidmat untuk negara.

Page 15: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

13

“Terima kasih kepada

pegawai, pelatih, sukarelawan, ahli majlis dan kedua-dua ADUN saya.”

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Page 16: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

14Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Penyata Kewangan &Perbelanjaan PeruntukkanP104 Subang komited untuk kelusan penuh dan pendedahan akaun dan kewangan pejabat kami.

P104 Statement as at 31st December 2020

Balance SheetAssets RMCash and bank balance 251,702

251,702LiabilityLoan from Wong Chen 120,716

Net Assets 130,987

Net excess to be carried forward 130,987

Income StatementIncome State Allocation 16,667Interest 310

16,977Less: ExpensesSalaries, Allowances & Bonus 57,573EPF, SOCSO & EIS 7,046Rental of premise 14,000Utilities 8,512General expenses 3,242Office maintanance 1,338Office supplies 602Bank charges 407

92,718

Net outflow for the period (75,742)

Catatan: Berikutan Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada akhir bulan Februari 2020, semua peruntukan pejabat dan kemasyarakatan kami telah diberhentikan. Sejak itu, pejabat kami beroperasi dengan peruntukan nominal daripada kerajaan negeri Selangor iaitu sekitar RM16,667.00 untuk bulan September hingga Disember 2020. Kekurangan pendapatan ditanggung oleh YB Wong Chen secara peribadi dan pendahuluannya kepada pejabat kami bagi tahun 2020 adalah RM120, 716.00.

Page 17: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

15 Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

Peruntukan Pembangkang daripada Kerajaan Persekutuan

Pada bulan Mac 2020, P104 Subang telah menerima sejumlah RM100,000.00 untuk bantuan Covid-19 daripada kerajaan persekutuan, di mana RM49,960.00 (50%) adalah untuk barisan hadapan seperti majlis bandaraya, polis dan bomba untuk membeli peralatan pelindung diri, RM34,000.00 (34%) adalah untuk ahli-ahli majlis untuk mengaturkan program bantuan makanan, dan RM16,040 (16%) adalah untuk sumbangan persatuan.

Peruntukan Derma dari Penderma Swasta

Pada bulan Julai 2020, P104 Subang telah menerima sejumlah RM7,500 sumbangan daripada penderma swasta. Tujuan utama sumbangan tersebut adalah untuk usaha bantuan Covid-19, terutamanya kepada keluarga B40 yang sangat terjejas akibat wabak Covid-19.

Page 18: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Januari 2021

Surat Berita Konstituen

16Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang

Perkhidmatan Kami

Hal Ehwal Kewarganegaraan dan Imigresen:

• Menyokong permohonan bagi kad pengenalan biru dan pengeluaran surat sokongan

• Membuat penyusulan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia

Hal Ehwal Komuniti:

• Menyokong permohonan kebajikan

• Membuat permohonan pengecualian yuran perubatan

• Berhubung dengan pihak kebajikan dan NGO

Hal Ehwal Parlimen:

• Membangkitkan isu-isu nasional bagi pihak anda

• Mewakili Subang dalam hal penggubalan dasar

• Memberi maklum balas terkini berkenaan isu nasional

Pejabat kami berkhidmat untuk semua penduduk di kawasan Parlimen Subang yang merangkumi:

USJ 1 - 22; SS 12 - 19; PJS 7, 9, 11, Bandar Sunway; Kinrara Seksyen 1 - 7; Puchong Jaya Timur; Puchong Jaya Barat; Puchong Jaya Utara; Batu 12 & 13; Batu 7 Jalan Puchong; Bandar Kinrara Seksyen 1 - 5; Pusat Bandar Puchong; Bandar Puteri; Puchong Indah 1-2; Puchong Perdana 1 - 2; Puchong Intan

Jom, mohon menjadi seorang pelatih di P104 Subang!Mohon di http://bit.ly/P104Subang-InternshipApplication

Page 19: SURAT BERITA KONSTITUEN · dua tugasan yang lain iaitu (a) untuk mengkhidmati kawasan Parlimen mereka dalam hal ehwal tempatan dan (b) untuk melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SubangAlamat: No 2-12, Jalan Cenuk 1,Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong,Selangor Darul Ehsan, MalaysiaEmel: [email protected]: +603 8080 7918Faks: +603 8082 4919

Wong ChenAhli Parlimen SubangSurat Berita KonstituenIssue 16 | Januari 2021Penyunting: Wong ChenPenyumbang: Alethea Wong, Wong Ivan

Wong Chen Subang Surat Berita Konstituen adalah diterbitkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang. Surat Berita Konstituen Wong Chen Subang adalah produk yang tidak dikawal. Maklumat yang terkandung dalam surat berita ini adalah untuk maklumat am dan bukan bertujuan untuk digunapakai oleh pembaca dalam membuat atau tidak membuat keputusan peribadi, perniagaan dan/atau pelaburan khusus. Sekiranya anda ingin membuat rujukan, menghasilkan semula atau menyesuaikan apa-apa kandungan dalam apa-apa cara, sila dapatkan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.