surat balik raya parent

Upload: nurashida-halimin

Post on 08-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CONTOH SURAT

TRANSCRIPT

Ruj. Kami: MAIWP/BPI/100-16/1/1

Tarikh : 20 September 2015M

5 Zulhijjah 1436H

IBU BAPA / PENJAGAPondok Moden Al-Abaqirah,Lorong Kampung Periok,

Lot 96B, Seksyen 41,

Jalan Dato Abdul Razak, Kg Baru, 50300 KUALA LUMPUR

Tuan/Puan,

CUTI HARI RAYA AIDILADHA 1436H Adalah saya dengan hormatnya diarah menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pondok Moden Al-Abaqirah telah bersetuju untuk menetapkan tarikh cuti Hari Raya Aidiladha 1436H adalah pada 23 hingga 29 September 2015. 3.Hal ini bagi memberi ruang dan peluang kepada semua pelajar untuk menguruskan urusan-urusan tertangguh di sekolah lama. 4.Sehubungan itu, para pelajar diwajibkan untuk menguruskan kesemua urusan pada hari Isnin (28 Sept 2015) dan dikehendaki pulang ke Pondok Moden pada hari Selasa (29 September 2015) selewat-lewatnya jam 6.30 petang. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak Pondok Moden. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan diucapkan terima kasih.Sekian, wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAMEMACU KEGEMILANGAN UMMAH

Saya yang menurut perintah,

(ABDUL RASHID BIN ABDULLAH)

Naib Sheikh AlMudir Pondok Moden Al-Abaqirah s.k.: P(BPI)KU(PERL)

PONDOK MODEN AL-ABAQIRAH

LORONG KAMPUNG PERIOK, LOT 96B, SEKSYEN 41,

JALAN DATO ABDUL RAZAK, KG BARU,

50300 KUALA LUMPUR.