surat aduan kerosakan air cond

2
SK JALAN SEMENYIH DUA Jalan Semenyih 43000 Kajang, Selangor BBB4032 Laman Web : http://www.skjs2kajang. net Email : [email protected] Tel/Faks : 03-87367523 Ruj. Kami : Tarikh : 1 Oktober 2014 Pengarah, Jabatan Pendidikan Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Selangor. (U/P : En. Zakaria Bin Ahmad - Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan) Tuan, MASALAH KEROSAKAN PENGHAWA DINGIN DI MAKMAL KOMPUTER Merujuk perkara di atas, ingin membuat aduan tentang masalah unit penghawa dingin di makmal komputer sekolah. 2. Untuk makluman tuan, kesemua empat unit penghawa dingin telah mengalami kerosakan. Hal ini menyebabkan para pengguna makmal kompter tidak berasa selesa. Justeru guru dan murid terpaksa melaksanakan pembelajaran dengan bantuan kipas berdiri. 3. Selain itu, bukan sahaja untuk kepentingan proses pembelajaran tetapi makmal komputer juga memerlukan penghawa dingin sebagai usaha untuk menyelamatkan peralatan ICT daripada mengalami kerosakan. 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya seberapa segera yang mungkin. Atas kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan sangat kami hargai. Sekian, terima kasih. “KEJUJURAN DAN KETEKUNAN” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Upload: bbb4032

Post on 08-Dec-2015

1.108 views

Category:

Documents


34 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Aduan Kerosakan Air Cond

SK JALAN SEMENYIH DUA Jalan Semenyih 43000 Kajang, Selangor BBB4032 Laman Web : http://www.skjs2kajang. net Email : [email protected] Tel/Faks : 03-87367523

Ruj. Kami :Tarikh : 1 Oktober 2014

Pengarah,Jabatan Pendidikan Selangor,Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,40604 Shah Alam, Selangor.(U/P : En. Zakaria Bin Ahmad - Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan)

Tuan,

MASALAH KEROSAKAN PENGHAWA DINGIN DI MAKMAL KOMPUTER

Merujuk perkara di atas, ingin membuat aduan tentang masalah unit penghawa dingin di makmal komputer sekolah.

2.  Untuk makluman tuan, kesemua empat unit penghawa dingin telah mengalami kerosakan. Hal ini menyebabkan para pengguna makmal kompter tidak berasa selesa. Justeru guru dan murid terpaksa melaksanakan pembelajaran dengan bantuan kipas berdiri.

3.  Selain itu, bukan sahaja untuk kepentingan proses pembelajaran tetapi makmal komputer juga memerlukan penghawa dingin sebagai usaha untuk menyelamatkan peralatan ICT daripada mengalami kerosakan.

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya seberapa segera yang mungkin.

Atas kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………TAN KIAN KIATGuru BesarSK Jalan Semenyih Dua,43000 Kajang, Selangor.