surat

3
Muhammad Ali Saiful bin Safian Pensyarah Kanan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Jalan Maktab Gaya, Peti Surat 10941, 88805, Kota Kinabalu, Sabah. ______________________________________________________________________ _______________ Kepada, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kmapus Gaya, Jalan Maktab Gaya, Peti Surat 10941, 88805, Kota Kinabalu, Sabah . 11 FEBRUARI 2014 Puan, Permohonan Cuti ke Luar Negara Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat permohonan cuti daripada pihak puan selama 4 hari, iaitu dari 10 hingga 13 Oktober 2015. 1. Bagi pengetahuan puan, tujuan saya memohon cuti adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen anak perempuan bongsu saya yang akan berlangsung di Universiti Of London, United States. Dia berjaya menghabiskan pelajarannya selama 2 tahun dan berjaya memperoleh

Upload: gwen-wen-jing

Post on 20-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Surat rasmi permohonan cuti

TRANSCRIPT

Muhammad Ali Saiful bin Safian Pensyarah Kanan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Jalan Maktab Gaya, Peti Surat 10941, 88805, Kota Kinabalu, Sabah._____________________________________________________________________________________Kepada, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kmapus Gaya,Jalan Maktab Gaya, Peti Surat 10941, 88805, Kota Kinabalu, Sabah. 11 FEBRUARI 2014

Puan, Permohonan Cuti ke Luar Negara Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat permohonan cuti daripada pihak puan selama 4 hari, iaitu dari 10 hingga 13 Oktober 2015. 1. Bagi pengetahuan puan, tujuan saya memohon cuti adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen anak perempuan bongsu saya yang akan berlangsung di Universiti Of London, United States. Dia berjaya menghabiskan pelajarannya selama 2 tahun dan berjaya memperoleh anugerah Pelajar Cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Kedoktoran. 2. Sehubungan itu, dia berhasrat agar kami sekeluarga dapat menghadiri majlis tersebut dan bersama- sama berkongsi saat kegembiraannya. Justeru itu, dia telah menaja tiket penerbangan sekeluarga saya ke London. Selain itu, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman dam membuka mata terhadap dunia luar yang luas. Hal ini demikian kerana ia amat berguna kepada saya untuk membawa pengetahuan dan teknologi yang baharu dan terkini dalam proses pengajaran saya pada masa nanti. 3. Di samping itu, saya berjanji bahawa permohonan cuti tidak akan melengahkan kerja dan mempengaruhi jadual pengajaran saya. Hal ini demikian kerana saya telah menyediakan tugasan-tugasan online kepada murid saya agar mereka tidak akan menjadi malas akibat ketidakhadiran saya. Jadi, saya dapat menyemak kerja mereka pada bila- bila masa melalui Internet. Tambahan pula, saya juga meminta bantuan daripada pensyarah- pensyarah yang lain untuk menggantikan kelas saya. Oleh itu, permohonan cuti ini tidak akan menangguhkan sebarang kerja saya dan sebaliknya masih dapat menyempurnakan kerja dalam masa yang ditetapkan. 4. Dengan itu, saya amat berharap agar puan dapat mempertimbangkan permohonan dan meluluskan cuti tersebut. Keprihatinan puan dalam perkara ini amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(MUHAMMAD ALI SAIFUL BIN SAFIAN)Pensyarah Kanan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.