surah at-taariq - tafsirmelayu.comtafsirmelayu.com/pdf/jilid 30 at-taariq.pdf · mereka dicipta...

14
1 At-Taariq SURAH AT-TAARIQ Diturunkan di Mekah : 17 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (2) IqIe£RµšOZ£G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy (1) IqIe£RµšOZ Gy IYP£G¿R±šOZ Gy (4) DÙI•£GŠ£GÁMÃG¾G“£R¿RšAÔM¹Gœ SáH˜wIý (3) IÌI–£R¦šOZ HâM¨RÀšOZ (6) AÝI•ZGc AYP£ƒR› ãI› GÝI¾H‹ (5) GÝI¾H‹ RâI› HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G• (8) DeIc£GºGš õ IäI·M‰Ge Qéç¾G“ôHäRœIý (7) IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾éƒS³šOZ IãMÃG… =ãI› H_H®MªGñ (10) I®I'£GœGêGy A{RÂH– ãI›ôHäGš£G¿G• (9) H®I¢PZG®R±šOZçG¾M¤H† GvMÂGñ (12) I nM¬R³šOZ I\ZGd IkMeGìM OZ Gy (11) I ÚM‰R®šOZ I\ZGd IYP£G¿R±šOZ Gy (14) IuM¯HÁMšO£I…GÂH„£G›Gy (13) DáM³G• DuMÂGºGšôHäRœIý (16) Z@¬MÃG˜ H¬ÃI˜G} Gy (15) Z@¬MÃG˜ GwyH¬ÃI¼Gñ MâHÁRœIý (17) = ZG¬MñGyHe MâHÁM¾IÁM›G} GãñI®I¹Q郼MšOZIáINÁG¿G•

Upload: dothuan

Post on 06-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 At-Taariq

SURAH AT-TAARIQDiturunkan di Mekah : 17 Ayat

IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I…(2) IqIe£RµšOZ£G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy (1) IqIe£RµšOZ Gy IYP£G¿R±šOZ Gy

(4) DÙI•£GŠ£GÁMÃG¾G“£R¿RšAÔM¹Gœ SáH˜wIý (3) IÌI–£R¦šOZ HâM¨RÀšOZ(6) AÝI•ZGc AYP£ƒR› ãI› GÝI¾H‹ (5) GÝI¾H‹ RâI› HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G•

(8) DeIc£GºGš õ IäI·M‰Ge Qéç¾G“ôHäRœIý (7) IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾éƒS³šOZ IãMÃG… =ãI› H_H®MªGñ(10) I®I'£GœGêGy A{RÂH– ãI›ôHäGš£G¿G• (9) H®I¢PZG®R±šOZçG¾M¤H† GvMÂGñ

(12) I nM¬R³šOZ I\ZGd IkMeGìM OZ Gy (11) I ÚM‰R®šOZ I\ZGd IYP£G¿R±šOZ Gy(14) IuM¯HÁMšO£I…GÂH„£G›Gy (13) DáM³G• DuMÂGºGšôHäRœIý

(16) Z@¬MÃG˜ H¬ÃI˜G} Gy (15) Z@¬MÃG˜ GwyH¬ÃI¼Gñ MâHÁRœIý(17) = ZG¬MñGyHe MâHÁM¾IÁM›G} GãñI®I¹Q郼MšOZIáINÁG¿G•

2 At-Taariq

MAFHUMNYA:

Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini danRAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi langit dan bintang Nya (At-Taariq).Dan tahukah kamu (Wahai Muhammad), apakah dia At-Taariq(bintang-bintang) itu? At-Taariq bererti bintang yang sinaran cahayanyamenembusi kegelapan malam. Sesungguhnya setiap diri manusia itu,telah dilengkapi dengan Penjaga dari malaikat, yang menjaganya(sebagai pencatit dan penyimpan catitan amalan, serta menjaga dirimanusia itu). Setelah mengetahui keadaan begini, mahukah manusia itubertanya dan berfikir, dari apakah dia diciptakan? (Jawapannya)Manusia dicipta dari air yang memancut keluar (air mani yang memancutke dalam rahim). Yang keluar dari tulang ‘sulbi’ lelaki dan dari tulang‘dada’ perempuan. (Dengan kejadian begini) Sesungguhnya Allah ituberkuasa mengembalikan hidupnya sesudah mati. (Bawalah fikirananda) Pada hari di mana didedahkan segala rahsia-rahsia amalan kamudi dunia yang terpendam di hati. Maka pada saat itu, manusia tidakmempunyai sebarang kekuatan untuk membela diri dan tanpa sebarangpertolongan dari sebarang pembantu. Demi langit yang terusmencurahkan air hujannya! Dan bumi yang menyubur untukmengeluarkan tumbuh-tumbuhan! Sesungguhnya saranan danketerangan Al-Qur’an itu adalah benar dan sebagai kata pemutus.Bukanlah ia dari kata-kata yang palsu. Sesungguhnya mereka-merekayang menentangmu wahai Muhammad, bermati-matian merancangkejahatan mereka. Dan Aku pula tetap melumpuhkan niat-niat jahatmereka itu. Oleh itu janganlah engkau mahukan orang yang kufur itusegera dibinasakan, berilah mereka sedikit masa dan tempoh!

3 At-Taariq

TERJEMAHAN SURAH AT-TAARIQ

IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I…Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini

dan RAHIM Nya di Akhirat nanti.

IqIe£RµšOZ Gy IYP£G¿R±šOZ GyDemi langit dan bintang Nya (At-Taariq).

IqIe£RµšOZ £G› GßQ‚GeMcG} £G›GyDan tahukah kamu (Wahai Muhammad),

apakah dia At-Taariq (bintang-bintang) itu?

IÌI–£R¦šOZ HâM¨RÀšOZAt-Taariq bererti bintang yang sinaran cahayanya

menembusi kegelapan malam.

DÙI•£GŠ£GÁMÃG¾G“£R¿RšAÔM¹Gœ SáH˜wIýSesungguhnya setiap diri manusia itu,

telah dilengkapi dengan Penjaga dari malaikat, yang menjaganya(sebagai pencatit dan penyimpan catitan amalan,

serta menjaga diri manusia itu).

GÝI¾H‹ RâI› HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G•Setelah mengetahui keadaan begini,

mahukah manusia itu bertanya dan berfikir,dari apakah dia diciptakan?

AÝI•ZGc AYP£ƒR› ãI› GÝI¾H‹(Jawapannya) Manusia dicipta dari air yang memancut keluar

(air mani yang memancut ke dalam rahim).

4 At-Taariq

IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾éƒS³šOZIãMÃG… =ãI› H_H®MªGñYang keluar dari tulang ‘sulbi’ lelakidan dari tulang ‘dada’ perempuan.

DeIc£GºGš õ IäI·M‰Ge Qéç¾G“ôHäRœIý(Dengan kejadian begini) Sesungguhnya Allah ituberkuasa mengembalikan hidupnya sesudah mati.

H®I¢PZG®R±šOZçG¾M¤H† GvMÂGñ(Bawalah fikiran anda) Pada hari di mana didedahkan

segala rahsia-rahsia amalan kamu di dunia yang terpendam di hati.

I®I'£GœGêGy A{RÂH– ãI›ôHäGš£G¿G•Maka pada saat itu,

manusia tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk membela diridan tanpa sebarang pertolongan dari sebarang pembantu.

I ÚM‰R®šOZI\ZGd IYP£G¿R±šOZ GyDemi langit yang terus mencurahkan air hujannya!

I nM¬R³šOZ I\ZGd IkMeGìM OZ GyDan bumi yang menyubur untuk mengeluarkan tumbuh-tumbuhan!

DáM³G• DuMÂGºGšôHäRœIýSesungguhnya saranan dan keterangan Al-Qur’an itu

adalah benar dan sebagai kata pemutus.

5 At-Taariq

IuM¯HÁMšO£I…GÂH„£G›GyBukanlah ia dari kata-kata yang palsu.

Z@¬MÃG˜ GwyH¬ÃI¼Gñ MâHÁRœIýSesungguhnya mereka-mereka yang menentangmu wahai Muhammad,

bermati-matian merancang kejahatan mereka.

Z@¬MÃG˜ H¬ÃI˜G} GyDan Aku pula tetap melumpuhkan niat-niat jahat mereka itu.

= ZG¬MñGyHe MâHÁM¾IÁM›G} GãñI®I¹Q郼MšOZIáINÁG¿G•Oleh itu janganlah engkau

mahukan orang yang kufur itu segera dibinasakan,berilah mereka sedikit masa dan tempoh!

6 At-Taariq

Sinopsis Surah:

Surah ini adalah di antara surah-surah yang diturunkan di Mekah, yangcuba menggerakkan minda kita dengan cara mengetuknya serayaberkata:

“Bangunlah, lihatlah, berilah perhatian kamu, berfikirlah dan telitikanlah!Bahawa Allah itu ada! Ada pentadbiran Nya, ada taqdir Nya, ada baladari Nya, ada pahala, ada dosa, adanya hisab, adanya nikmat-nikmatAllah dan adanya azab-azab Allah yang besar”.

Al-Qur’an adalah muzik Nya, yang mengalunkan umat manusia kepadasatu nada (matlamat), iaitu kepada beriman pada Allah dan berwaspadaterhadap azab-azab besar Nya.

Di antara perkara-perkara yang ditonjolkan dalam surah ini ialah langitdan bintang malamnya, air mani dan kejadian manusia, hujan dankesuburan bumi untuk mengeluarkan makanan. Ia memaparkan segalayang dapat kita lihat di persekitaran kita. Di antara perkara yang tidakdapat kita lihat pula ialah:

a) adanya Penjaga dan Pengawal diri kita,b) manusia tidak mempunyai apa-apa kekuatan pada hari Akhirat,c) kesempatan yang diberi kepada orang-orang kafir untuk berfikir,

dan yang kufur digolongkan sebagai penipu-pembelit.

Matlamat dari semuanya ini ialah untuk membawa minda kita kepada:

a) adanya Allah,b) adanya pentadbiran Allah,c) adanya taqdir Allah,d) adanya bala-bala Allah, dane) adanya hari Akhirat dan hari pembalasan.

Kepada yang mahukan IMAN, maka pilihan kepada iman ini akanmembawanya kepada keinsafan atas nikmat-nikmat Allah yang ada dantidak kufur atas nikmat-nikmat Nya itu.

7 At-Taariq

Tafsiran Surah:

. IqIe£RµšOZ£G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy . IqIe£RµšOZ Gy IYP£G¿R±šOZ Gy/ DÙI•£GŠ£GÁMÃG¾G“£R¿RšAÔM¹GœSáH˜wIý . IÌI–£R¦šOZ HâM¨RÀšOZ

Demi langit dan bintang ‘At-Taariq’ yang telah Aku cipta,Aku bersumpah dengannya.

Apakah dia ‘At-Taariq’ itu? Ia adalah bintang malam,yang cahayanya menembusi saringan kegelapan malam.

Sesungguhnya, setiap diri manusia yang bernyawa ciptaan Ku itu,ada penjaganya (Hafiz). Iaitu penjaga yang senantiasa menjaganya

dan mengira semua amal perbuatannya.Penjaga ini menjadi wakil Allah,

dan mencatit semua perilaku dan amalannya,demi untuk dibalas di Akhirat nanti.

Inilah hakikat hidupnya manusia, tidak sia-sia diwujudkan tetapi dikawaloleh penjaganya. Sebenarnya, dari satu tahap ke tahap yang lain,manusia itu senantiasa dijaga keselamatannya untuk terhindar darisebarang kejahatan dan dari kekangan hidup yang melampau. Penjagaini menusuk masuk ke dalam liputan hidup manusia sebagaimanacahaya bintang malam menyelinap memercikkan cahayanya.

Siapakah penjaga ini?

Fakhrurrazi berpendapat bahawa penjaga ini ialah Allah sendiri, yangmengetahui semua hal-hal berkaitan dengan manusia dan bolehmenghubungi mereka dengan mudahnya demi semua kepentinganmereka. Dia akan menjaga mereka dari sebarang mudarat. Penjaga itumungkin juga dari kalangan malaikat yang ditugaskan mencatit segalaperlakuan manusia itu.

Apakah perkara-perkara yang dijaganya?

Ia menulis semua amalan-amalan mereka secara terperinci, yangdibukukan dalam kitab yang akan diserahkan kepada mereka pada hariHisab nanti, menjaga amalan, rezeki dan menentukan ajalnya. Iamenjaga seseorang itu dari kemudaratan, kecualilah yang telahditaqdirkan Allah. Menjaga seseorang itu secara umumnya, dari muladia dilahirkan sehinggalah dia disimpan di dalam kubur, menunggu haripembalasan.

8 At-Taariq

At-Taariq dalam surah ini dirujukkan kepada segala sesuatu yangdidatangkan pada waktu malam, termasuklah bintang-bintang malam.Muslim pernah berdoa, maksudnya:

“Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang kejahatan yang didatangkanoleh Mu pada waktu malam”.

Dan apabila Allah menjelaskan At-Taariq itu sebagai SATU bintangmalam yang menusuk cahayanya di dalam gelap, ianya mengkhususkanminda kita kepada bintang malam yang dijadikan panduan oleh orangyang musafir, untuk berpandu arah dengannya di laut dan di darat.Ianya naik dari arah timur, meledakkan cahayanya di udara yang gelap,lalu tertusuklah cahaya itu keluar. Apabila dilintasi oleh Syaitan, makaianya akan menyerang Syaitan itu dengan cahayanya, dan dialahbintang yang teragung dari bintang-bintang lain di langit tinggi. Ianyaciptaan Allah yang unik, untuk manusia berfikir tentang kekuasaan Nyadi atas langit.

Apabila Allah telah bersumpah dengan langit dan bintang secara khususdan mendakwa yang manusia ini dijaga oleh Penjaga, maka manusiaitu haruslah mengkaji asal-usulnya, demi untuk mencari ke manakaharah yang akan ditujunya, selepas kejadian yang unik ini. Adalah jelas,dengan mengkaji asal-usul penciptaan dan kejadian kita, kita akanmengetahui tempat kembalinya kita nanti. Firman Allah:

. AÝI•ZGc AYP£ƒR› ãI› GÝI¾H‹ ؟/ GÝI¾H‹ RâI› HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G•/ IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾éƒS³šOZ IãMÃG… =ãI› H_H®MªGñ

Setelah mengetahui demikian, maka hendaklah manusia memikirkan,dari apakah mereka telah diciptakan?

Mereka dicipta dari air yang memancut (ke dalam rahim).Air-air yang bercampur,

keluarnya masing-masing dari tulang sulbi (tulang belakang) lelakidan dari tulang dada perempuan.

Manusia hendaklah meneliti bagaimana mereka dijadikan dan kepadaapa ia dijadikan. Ini bagi menentukan ke mana arah tuju mereka, setelahmereka dihidupkan!

Manusia dijadikan dari air mani yang bercampur dari pancutan air lelakiyang keluar dari tulang sulbi mereka dan dari air mani perempuan yangkeluar dari tulang dada (tara’ib) mereka dan membenih di dalam rahim.

9 At-Taariq

Inilah ilmu rahsia kejadian manusia yang tersembunyi sekian lamasehinga ditemui oleh para saintis. Betapa uniknya pergerakan danperjalanan air-air ini di dalam tubuh manusia, menuju ke ruang rahimuntuk membenih. Terfikirkah kita bahawa terdapat tangan di luar sanayang memastikan kedua-kedua air ini menjadi manusia?

Inilah dia Penjaga yang membimbing, menjaga dan memastikanberlakunya pembentukan rupa paras, menjalinkan penerusan DNA ibubapa itu, dengan qudrat dan iradat Nya, dalam satu perjalananpembenihan manusia. Inilah keajaiban Ilahi, yang memandukan tanganNya dari mula kejadian manusia, hinggalah manusia itu berlubuk didalam tanah kuburnya.

Benih-benih dalam air-air mani, yang BERJUTA-JUTA jumlahnya dalamsatu pancutan, yang tidak mempunyai akal, kuasa dan iradah, beradasemuanya di dalam rahim, berenang-renang mendapatkan makanan,tetapi hanya SATU sahaja darinya, membenih membentuk manusia.Tangan manakah yang memastikan kelancaran ciptaan ini berlaku?Tangan ini jugalah yang akan memastikan penerusan ciptaan iniberlaku, dengan pembentukan sistem-sistem saraf yang unik danlain-lain pembentukan tubuh yang dikaji oleh para saintis. Maka jadilahstruktur permulaan pembentukan dan kejadian bayi. Dan setelah melaluiproses kejadian yang lama di dalam kandungan ibunya, akhirnyalahirlah ia ke alam nyata.

Tangan manakah yang memastikan penurunan rupa paras, iras wajahibu dan bapa, susuk badan dan perangai yang bakal diwarisi oleh bayiitu? Tangan manakah yang berkuasa seunik ini? Kalau bukan Allah,siapakah lagi gerangannya? Inilah dia PENJAGA yang Maha Agungyang mengawal, mengawas dan mencipta mengikut cara dan jalan Nyayang tersendiri. Dialah Allah yang Maha Pencipta.

Selepas ciptaan agung ini, apakah hakikat kedua dari perjalanan hidupini dan ke manakah arah tuju kita? Maka, Allah menunjukkan jalannyadengan berfirman seterusnya:

. IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾ƒS³šOZ IãMÃG…=ãI› H_H®MªGñ . DeIc£GºGš õ IäI·M‰Ge Qéç¾G“ôHäRœIý. H®I¢PZG®R±šOZçG¾M¤H† GvMÂGñ . DeIc£GºGš õ IäI·M‰Ge Qéç¾G“ôHäRœIý

/ I®I'£GœGêGy A{RÂH– ãI› ôHäGš£G¿G•

10 At-Taariq

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasauntuk mengembalikannya setelah ia dimatikan.

Pada hari itu, akan didedahkansemua perkara-perkara tersembunyi yang disembunyikannya

(iaitu I’tiqad kepercayaannya, niat hidupnya dan lain-lain).Sedangkan pada hari itu,

manusia itu tidak ada apa-apa kekuatan untuk membela diri,dan tidak juga ada pembantu yang boleh menolong.

Persoalannya, jika begitulah uniknya kejadian manusia itu, yang diciptaoleh Allah dari tiada kepada ada, terfikirkah kita yang Allah bolehmenghidupkan manusia semula setelah ia mati untuk meneliti danmembalas segala amalannya di dunia? Manusia perlu dibangkitkansemula untuk bertanggungjawab dan dihisab atas semua amalanmereka di dunia, dan atas iman dan kufur mereka. Kejadian manusiaadalah berdasarkan cantuman dan gabungan dari bahagian-bahagianpenting dari ibu dan bapa yang berbeza-beza. Begitu juga setelah iadimatikan, berseleraklah semua yang pernah bersatu dan alangkahsenangnya untuk dikumpul kembali dan dihidupkan. Hikmah keadilanIlahi memerlukan mereka dihidupkan kembali dan Allah berkuasamenghidupkan mereka.

Setelah mereka dibangkitkan, kesemua rahsia hidup mereka yangtersembunyi selama ini akan tersingkap di dalam buku catitan amalanmereka, termasuklah segala i’tiqad mereka, kufur dan hidayah mereka,zalim dan adil mereka, dan semua amal baik dan jahat mereka itu, akandidedahkan.

Perkara-perkara yang akan dibangkitkan:

Amalan-amalan manusia selama hidupnya di dunia akan disenaraikansecara terperinci, dan semua amalan-amalan ini akan dipersoalkan dandibandingkan dengan jawapan yang diberi. Keadaan ini dikenali sebagaiIbtila dan Imtihan (uji semula). Maka akan terserlahlah segala yangtersirat di dalam hati, dengan yang tersurat dari amalan tersebut. Ini bagimemastikan yang kufur dengan yang beriman.

Pada hari Hisab tersebut, manusia tidak mempunyai kekuatan untukberdalih atau berbohong bagi menjawab dan menghujah atas segalaamalan mereka. Selalunya, kita mempunyai peguam yang dapatmembantu kita, tetapi pada hari itu tiada pembantu yang bolehmenolong. Setiap kenyataan catitan itu menjadi saksi atas amalan kita.

11 At-Taariq

Merenung pada ayat ini memberi impak pada kita bahawa keadilanAllah itu akan berlaku dan ini akan memberi kesan kepada yang mahumengambil iktibar darinya.

Mungkinkah hati kecil manusia kadang-kadang tidak dapat secaraspontan mempercayai lojik dan kenyataan ini? Allah sekali lagi dalamayat berikutnya membenarkan perkara ini dan telah bersumpah denganlangit dan bumi ciptaan Nya itu, dengan menggambarkan gelagat yangdiberi oleh langit dan bumi pada kehidupan di dunia ini. Firman Allah:

. I nM¬R³šOZ I\ZGd IkMeGìM OZ Gy . I ÚM‰R®šOZI\ZGd IYP£G¿R±šOZ Gy/ IuM¯HÁMšO£I…GÂH„£G›Gy . DáM³G• DuMÂGºGš ôHäRœIý

Demi langit yang di antaranyamenurunkan hujan secara berulang-ulang,

dan demi bumi yang membenarkan dirinya tersuburbagi mengeluarkan tumbuhan menghijau.

Sesungguhnya semua perkataan Al-Qur’an ituadalah Benar serta Putus,

dan bukan kata-kata yang main-main.

Dalam kata lain, Aku bersumpah dengan langit, yang darinya turunhujan secara berulang, terdapat cahaya matahari yang menyimbahkanklorofil dan angin yang mewujudkan suasana yang menyuburkantanaman. Dan aku juga bersumpah dengan bumi yang membolehkandirinya terus subur disirami air hujan dan suasana yang mengizinkanpengeluaran tanaman yang dijadikan makanan kepada manusia.SESUNGGUHNYA kata-kata di atas dan kata-kata dari Al-Qur’an itu,memaparkan KEBENARAN dan kandungannya adalah benarsemuanya. Iaitu, benar yang manusia ini dicipta dari pertembunganair-air yang keluar dari sulbi dan tara’ib, benar tentang wujudnya hariAkhirat di mana manusia dihisab semua amalannya kerana adanyaHafiz yang mencatit semua amalan manusia itu dan benar bahawamanusia yang dihisab itu tidak berkuasa membohongi kebenaran dantiada pembantu yang dapat membantunya dalam operasi hisabamalan-amalannya itu.

Dibawah perkataan ‘benar’ tentang kebangkitan semula, tentangwujudnya hari Akhirat, maka reaksi orang musyrikin Mekahberbeza-beza. Ada yang cuba memutarbelitkan fakta dakwahRasulullah itu untuk menghalang kepercayaan orang ramaiterhadapnya. Allah mengarahkan Rasulullah membalas tipu helahQuraisy itu dengan Firman Nya:

12 At-Taariq

/ Z@¬MÃG˜ H¬ÃI˜G} Gy . Z@¬MÃG˜GwyH¬ÃI¼Gñ MâHÁRœIýSesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad)

bermati-matian menjalankan rancangan jahat memutarbelitkan faktadan Aku pula akan menggagalkan niat jahat mereka itu.

Orang-orang kafir Quraisy bermati-matian bergerak memutarbelitkanfakta tentang kebenaran-kebenaran tadi dan menyelewengkan hakikat,dengan niat supaya yang beriman pada Rasulullah berpatah balikkerana adanya kenyataan-kenyataan bangkit semula tersebut.

Di antara putar belit mereka ialah mereka mendakwa danmempengaruhi orang-orang beriman dengan kata-kata berikut:a)

£GÃMœS¬šOZ£GÀH†£GÃGŠRêIý GçI„MwIý“Ini adalah cara hidup kami di dunia ini

(janganlah memandai-mandai wahai Muhammad)!”.(Surah Al-An’aam: Ayat 29)

b)

DâÃI›Ge GçI„Gy GâQƒG¶I·MšOZIçM©Hñ ãG› Gu£G–“Siapakah yang boleh menghidupkantulang-tulang yang sudah reput ini?”.

(Surah Yaasin: Ayat 78)c)

D[£G¨H“ KY MçG²Gš ZG­Q郄 RwIý ÷ Z@¬IŠQé y£@ÁQƒGšIý GæGÁIšGìM OZ GáG·G‰G}“Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang-bilang itu

dengan mengatakan Tuhan hanya satu?Ini suatu yang menakjubkan!”.

(Surah Saad: Ayat 5)d)

AâÃI¶G“ IãMÃG¥Gñ M®GºMšOZ GãIN›A áH‰GeQéç¾G“ HwZGYM®HºMšOZZG­Q郄 GuIN¯HœGêMÂGšCZÂHš£G–Gy“Kalaulah Al-Qur’an itu menjadi bukti kenabian Muhammad,maka sepatutnya Al-Quran itu diturunkan kepada seseorangyang berpengaruh dari salah satu dari dua buah bandar terkenal!”.

(Surah Az-Zukhruf: Ayat 31)

13 At-Taariq

e)

@ëÃI'G} Gy @{G®M¼H… IäÃG¾G“ Qéç¾M¿H† GåIÁG• £GÁG¤G¥G¥M OZ GãÃIšRyGìM OZ H®ÃIµQéƒ"G} CZPÂHš£G–Gy“Al-Qur’an itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala,

yang diminta Muhammad menulisnya,kemudian disuruhnya kita membacanya pagi dan petang”.

(Surah Al-Furqaan: Ayat 5)

f) Menuduh Muhammad itu sebagai tukang sihir, penyair danseorang yang gila.

g) Merancang membunuh Rasulullah.

> GsÂH‰I®MªHñ MyG} GsÂH¾H¥MºGñ MyG} GsÂH¥I¤M¦HÃIšCZyH®G¹G˜GãñI­RšOZ GßI…H®H¼M¿Gñ MdIýGy“Ingatlah ketika orang-orang kafir musyrik Mekah

membuat tipu daya terhadapmu untuk menahanmu,atau membunuhmu atau mengusirmu”.

(Surah Al-Anfal: Ayat 30)

Semua petikan kata-kata dan niat Musyrikin Mekah adalah putar belitdan tipu daya untuk menggagalkan dakwah Rasulullah dan lebih kepadapenghinaan dan memesongkan fakta.

Allah meminta supaya yang beriman itu tenang dan perkuatkanpertahanan diri dan jadikan tipu helah orang-orang Musyrikin itu sebagaisesuatu yang tidak menyusahkan mereka. Ini kerana, berjaya atautidaknya dakwah itu bergantung pada kehendak Allah dan izin Nya.Dengan bantuan Allah, rancangan jahat orang-orang Musyrikin akangagal, kebenaran kepimpinan Rasulullah akan ternyata dan dakwah ituakan berjaya.

Apa yang perlu ada pada orang-orang yang beriman itu ialah kesabarandan mereka perlu memberi peluang kepada orang-orang yang engganmenerima konsep hidup semula ini berfikir.

Apakah bentuk bantuan Allah untuk menggagalkan putarbelit merekaitu?

a) pertolongan terus menerus dari Allahb) memperlahankan sebarang balasan balik pada mereka dan

membiarkan mereka terus kufur dengan pegangan mereka itu.

Jelaslah dengan cara di atas, Allah mengajar Rasulullah agar memberimasa.

14 At-Taariq

Firman Nya:

= ZG¬MñGyHe MâHÁM¾IÁM›G} GãñI®I¹Q郼MšOZIáINÁG¿G•Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera

kebinasaan orang-orang kafir itudan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

Dalam kata lain:

Wahai Muhammad! Biarkanlah mereka dengan ikhtiar mereka danjanganlah tergesa-gesa melawan kerenah mereka. Bertenang! Pastiada hikmah disebaliknya. Jika dibiarkan begitu, tidak juga memberikesan. Maka biarlah ianya berterusan sehingga hari Kiamat, kerana‘menyalak gunung tidak akan meruntuhkannya’.

Inilah cara Allah nak meringankan kesan sampingan ke atas Rasulullahapabila orang-orang Quraisy terus memutar belitkan fakta.

Allahu A’lam.