summary cm 2

7
Jurnal : Gaya Pengurusan Konflik Guru Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. Penulis : Lokman Bin Mohd Tahir & Normah Binti Abd Kadir Abstrak Kajian ini meneliti gaya penyelesaian masalah berdasarkan kepada model Thomas-Kilmann iaitu gaya persaingan, kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur yang digunakan oleh guru besar sekolah rendah untuk menyelesaikan konflik dalam kalangan guru. Populasi kajian adalah seramai 88 orang guru besar sekolah rendah di daerah Johor Bahru. Pengenalan Sekolah merupakan organisasi yang paling penting dalam menghasilkan modal insan yang cemerlang. Pendidik pula memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan potensi pelajar. Pengurusan sekolah pada pendapat pengkaji sangat kompleks pada masa kini kerana terdapat pelbagai masalah dan konflik dalam kalangan kakitangannya. Terdapat beberapa cabaran yang digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua di bawah Dasar 1

Upload: wbf8264

Post on 26-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cm

TRANSCRIPT

Page 1: Summary CM 2

Jurnal : Gaya Pengurusan Konflik Guru Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah

Daerah Johor Bahru.

Penulis : Lokman Bin Mohd Tahir & Normah Binti Abd Kadir

Abstrak

Kajian ini meneliti gaya penyelesaian masalah berdasarkan kepada model Thomas-Kilmann iaitu

gaya persaingan, kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur yang digunakan oleh guru

besar sekolah rendah untuk menyelesaikan konflik dalam kalangan guru. Populasi kajian adalah

seramai 88 orang guru besar sekolah rendah di daerah Johor Bahru.

Pengenalan

Sekolah merupakan organisasi yang paling penting dalam menghasilkan modal insan yang

cemerlang. Pendidik pula memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan

potensi pelajar. Pengurusan sekolah pada pendapat pengkaji sangat kompleks pada masa kini

kerana terdapat pelbagai masalah dan konflik dalam kalangan kakitangannya. Terdapat beberapa

cabaran yang digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua di bawah Dasar

Pembangunan Negara antaranya dalam aspek politik, social, kebudayaan dan sikap masyarakat

Malaysia. Cabaran-cabaran ini memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang

menuju ke taraf pendidikan dunia. Cabaran utama adalah untuk melahirkan warganegara yang

berdaya tahan , dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing

hingga ke peringkat global. Di samping itu aspek penerapan nilai juga penting bagi melahirkan

modal insan yang cemerlang dari pelbagai aspek. Sesuatu konflik berlaku antara dua pihak di

dalam organisasi. Ianya kemungkinan bersifat dinamik dan sering menghadapi pelbagai

perubahan.

1

Page 2: Summary CM 2

Pernyataan Masalah

Dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian tugas antara unit-unit kecil bagi tujuan

pengagihan tugas yang lebih seimbang dan menyeluruh. Oleh itu dalam melaksanakan tanggung

jawab tersebut sering berlaku konflik di kalangan individu yang mana tugas yang diberikan

memerlukan mereka untuk saling bergantungan antara satu sama lain. Konflik sering berlaku

sekiranya saling kebergantungan ini berterusan di mana untuk menjalankan sesuatu tugas akan

memerlukan sokongan atau bantuan pihak yang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut

terlebih dahulu. Konflik juga sering timbul dalam hal-hal yang melibatkan akademik seperti

kemerosotan dalam pencapaian subjek-subjek tertentu yang menyebabkan berlaku perubahan

yang besar dalam pencapaian keseluruhan sekolah. Konflik-konflik dalam sesebuah organisasi

menimbulkan pelbagai akibat kepada sesebuah organisasi. Oleh itu konflik ini perlu di

kurangkan agar tidak memberi kesan kepada hasil yang diharapkan. Penyelesaian masalah amat

penting kerana masalah yang dihadapi oleh guru besar adalah berbeza mengikut tempat masing-

masing. Pengkaji mengenalpasti gaya pengurusan konflik guru besar dengan merujuk kepada

model Thomas-Kilmann.

Objektif Kajian

i. Mengenal pasti sama ada guru besar menggunakan kelima-lima gaya pengurusan

konflik berdasarkan model Thomas-Kilmann.

ii. Mengenal pasti gaya pengurusan konflik paling digemari guru besar sekolah rendah

daerah Johor Bahru.

iii. Mengenal pasti gaya pengurusan paling tidak digemari oleh guru besar sekolah

rendah daerah Johor Bahru.

2

Page 3: Summary CM 2

iv. Menentukan perbezaan antara factor demografi (jantina, umur kelayakkan akademik,

tempoh menjadi guru besar dan keterlibatan kursus konflik) berdasarkan gaya

pengurusan konflik Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada pengurusan pendidikan bagi menentukan kaedah pengurusan

konflik yang boleh diaplikasikan oleh pihak pengurusan sekolah demi memastikan prestasi

sekolah meningkat apabila konflik dapat ditangani dengan baik. Memberi kesedaran kepada

Guru besar agar mengurangkan konflik dengan guru-guru. Memberikan gambaran yang jelas

kepada pihak seperti Jabatan Pendidikan Negeri untuk merangka program atau kursus yang

boleh menangani konflik serta kajian ini diharap dapat membantu guru besar menggunakan

gaya pengurusan konflik demi memastikan matlamat sekolah tercapai apabila konflik dapat

dikawal.

Reka Bentuk Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan yang merupakan pendekatan deskriptif bagi

mengumpul data dan maklumat.

Populasi Kajian

Populasi merupakan semua ahli dalam kelompok individu yang akan diselidik. Responden

yang terlibat adalah seramai 88 orang dalam kalangan guru besar sekolah rendah dalam

daerah Johor Bahru.

Instruman Kajian

Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan.

3

Page 4: Summary CM 2

Kajian Rintis.

Instrumen diuji dahulu sebelum kajian dijalankan unntuk melihat keupayaan responden

menjawab item-item yang dikemukakan. Ini bertujuan untuk menguji kesahan dan keboleh

percayaan soalan-soalan yang dikemukakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Sepuluh

orang responden dipilih bagi menjawab soalan yang terdapat dalam borang soal selidik yang

terdiri daripada guru besar sekolah rendah daerah Kulai. Hasil Kajian menunjukkan sepuluh

responden yang dipilih boleh menjawab dan memahami soalan soal selidik tersebut.

Analisa Data.

Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan gaya kolaborasi merupakan gaya pengurusan

konflik yang paling digemari oleh guru besar ketika mentadbir khususnya dalam menangani

konflik yang berlaku di sekolah.

Perbincangan

Hasil kajian menunjukkan bahawa guru besar lebih cenderung menggunakan gaya kolaborasi

dalam menangani konflik yang dihadapi diikuti dengan gaya tolak ansur, gaya mengelak,

gaya akomodasi dan gaya persaingan. Gaya kolaborasi menjadi pilihan utama kerana

berdasarkan gaya ini, ianya memberi peluang kepada kedua-dua pihak yang berkonflik untuk

bertemu dan berbincang dengan cara bermesyuarat bagi membincangkan atau menyelesaikan

konflik yang dihadapi. Gaya kolaborasi merupakan situasi menang-menang berdasarkan

Thomas-Kilmann. Guru besar menggunakan gaya kolaborasi ini kerana andaian bahawa

semangat berpasukan dan kerjasama yang rapat akan daapat membantu untuk mencapai

matlamat yang disasarkan disamping mengekalkan hubungan sedia ada. Kesimpulannya

gaya kolaborasi membawa kepada kaedah penyelesaian yang terbaik yang menggabungkan

4

Page 5: Summary CM 2

kelakuan dan pemikiran setiap individu dalam suasana yang harmoni dalam organisasi

seterusnya meningkatkan prestasi dan pencapaian organisasi. Berdasarkan ujian hipotesis

pula didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pengurusan konflik

mengikut jantina dalam kalangan guru besar. Ini membuktikan bahawa guru besar

perempuan juga mmempunyai kebolehan yang setanding dengan guru besar lelaki dan

mereka juga mampu menangani konflik yang berat. Namun begitu guru besar perempuan

lebih gemar untuk menggunakan gaya akomodasi dan gaya tolak ansur berbanding guru

besar lelaki yang lebih gemar kepada gaya persaingan. Ini mungkin kerana sifat wanita yang

lembut, patuh kepada arahan, beremosi dan mudah mengalah berbanding guru besar yang

lelaki yang lebih tegas dan berfikiran jauh.

5