sumber tenaga solar

Upload: dylan-liew

Post on 02-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Sumber Tenaga Solar

    1/7

  • 7/27/2019 Sumber Tenaga Solar

    2/7

    suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya.Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga

    berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaanbumi. Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaaan

    bumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi. ( Jauhri P. K, 2005)

    Secara ringkasnya, pengunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusantahun yang lampau. Menurut sejarah, pada tahun 212 Sebelum Masihi,

    Archimedes telah berjaya mengalahkan angkatan perang denganmenggunakan kaedah penumpuan tenaga suria. Secara berperingkat-peringkat peningkatan pengunaan tenaga suria berkembang melaluipenemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suriamenjadi lebih efisyen. Kini, aplikasi daripada tenaga suria telah banyakdigunakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasimasalah kekurangan sumber tenaga utama. (Murtedza Mohamed, 1991)

    Bagi mendapatkan tenaga suria sebagai sumber tenaga pelbagai kaedahtelah digunakan. Antaranya ialah kaedah plat pengumpul mendatar.Pengumpul jenis ini popular digunakan bagi pemanasan ruang yang

    besar-besaran ataupun secara kecil- kecilan. Pengumpul penumpu pulamerupakan satu teknologi yang akan menumpukan sinaran suria bagimeningkatkan fluks sinaran tersebut. Di negara-negara membangunaplikasi kaedah ini masih kurang digunakan disebabkan oleh kos

    pemasangan yang agak tinggi walaupan kaedah ini sesuai digunakan dikebanyakan negara-negara yang sedang membangun seperti negaraMalaysia.

    http://1.bp.blogspot.com/-PxRdVpfhFNA/Tf_6_J_f_8I/AAAAAAAAARA/KDkbNmt6xl4/s1600/rumah+soalr.jpg
  • 7/27/2019 Sumber Tenaga Solar

    3/7

    Potensi pengunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenagakepada negara- negara yang membangun memperlihatkan satu jalan

    yang agak cerah. Hal ini adalah kerana, kebanyakan negara-negara yangsedang membangun ini berada dalam lingkungan 0oC 23oC di manakawasan ini terletak dalam kawasan yang mendapat cahaya mataharipaling tinggi sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Malaysia merupakansebuah negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa

    yang mampu menjana tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif.

    Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masamatahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkantenaga suria secara maksimum. Pada masa ini, tenaga suria boleh dijanasecara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu.

    Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yangsangat tinggi untuk menghasilkan tenaga. Pantai barat semenanjungMalaysia dan pulau-pulau kecil di pantai barat semenanjung mempunyaipotensi yang amat luas untuk menjana tenaga solar kerana kawasan ini

    mendapat sinaran matahari sepanjang tahun. Hal ini adalah kerana,kawasan ini tidak mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku dikawasan pantai timur semenanjung yang akan mengalami musimtengkujuh sekali setiap tahun. Dengan adanya kitaran musim tengkujuhini, kawasan ini tidak sesuai untuk dijanakan tenaga suria.

    http://1.bp.blogspot.com/-VN9Zyl09-Eg/Tf_7o3KAzFI/AAAAAAAAARI/iLq0UWspmZo/s1600/MGHZ-LT30+%285%29.jpg
  • 7/27/2019 Sumber Tenaga Solar

    4/7

  • 7/27/2019 Sumber Tenaga Solar

    5/7

    Tenaga alternatif yang ingin dimajukan juga mempunyai halanganseperti memerlukan modal yang besar. Hal ini menyukarkan negaramembangun untuk memajukan tenaga alternatif kerana kewanganmereka terhad. Modal yang besar diperlukan untuk membeli teknologidan kepakaran dari luar. Secara tidak langsung, kewangan yang terhadmenyebabkan operasi untuk memajukan tenaga alternatif juga adalahterhad. Hal ini juga menyebabkan berlakunya gangguan ketika menjanatenaga tersebut kerana terdapat perkongsian teknologi antara kawasan

    janaan tenaga alternatif yang berbeza. Dalam hal ini, pembaziran masadan kos penghantaran yang tinggi akan berlaku.

    Kekurangan buruh mahir

    Kebanyakan negara membangun mendapatkan teknologi dari luar untukmemajukan tenaga alternatif ini. Oleh sebab itu, mereka memerlukankepakaran dari luar untuk mengendalikan teknologi atau mesin yang

    berkaitan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan

    buruh yang terlatih atau mahir dalam mengendalikan teknologi tersebut.Dalam hal ini, negara membangun terpaksa mengimport kepakaran dariluar bagi membolehkan teknologi digerakkan untuk memajukan tenagaalternatif. Secara tidak langsung, hal ini akan meningkatkan kos untukmenampung kegiatan ini. Bukan itu sahaja, buruh yang sedia ada pulahanya melakukan kerja bawahan tanpa mendapat latihan untukmengendalikan teknologi tersebut kerana kepercayaan untukmengendalikan mesin diserahkan sepenuhnya kepada buruh dari luar.Hal ini akan menyebabkan pengeluaran yang berlaku adalah tidakmenguntungkan kerana negara tersebut terpaksa menampung kos untukpembelian teknologi dan kepakaran dari luar.

    http://2.bp.blogspot.com/-NTKF6tHW6v0/Tf_-IIJQTCI/AAAAAAAAARg/7XQbe4_Tr24/s1600/MGPP-S15+%283%29.jpg
  • 7/27/2019 Sumber Tenaga Solar

    6/7

    Saiz pasaran yang kecil

    Saiz pasaran yang kecil untuk tenaga alternatif juga menyukarkan tenaga

    tersebut untuk dimajukan dan dikomersialkan. Hal ini menyebabkankeuntungan bagi pengeluarannya adalah sedikit. Hal ini berbeza dengantenaga konvensional yang mendatangkan keuntungan yang banyakkerana telah berjaya dikomersialkan. Secara tidak langsung, tenagaalternatif ini akan menyukarkan negara membangun untukmendapatkan keuntungan dan menampung penduduk yang banyakdengan pengeluarannya.

    Kebaikan tenaga keterbaharuaan kepada negara-negara sedangmembangun

    Mesra alam dan tidak kehabisan

    Salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam. Hal iniadalah kerana kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah

    berbanding dengan pengunaan sumber tenaga yang lain. Selain daripadadapat menjana tenaga dengan lebih efektif sifat tenaga alternatif yangmesra alam ini mendorong banyak negara untuk memproses tenagaalternatif sebagai sumber tenaga utama negara mereka.

    Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia

    Tenaga alternatif merupakan salah satu jalan keluar daripada masalah

    krisis tenaga dunia. Hal ini adalah kerana, dengan menjana tenaga

    alternatif negara yang sedang membangun tidak akan mengalami

    masalah kekurangan bahan api asli lagi untuk menjana tenaga elektrik.

    Hal ini adalah kerana, dunia sekarang sedang mengalami masalah krisis

    tenaga dunia ekoran daripada bahan bakar utama iaitu petroleum dunia

    http://1.bp.blogspot.com/-PZu8kgG50nY/Tf_-cMt7v5I/AAAAAAAAARo/uWPSBgjvB5A/s1600/MGQD-S38+%286%29.jpg
  • 7/27/2019 Sumber Tenaga Solar

    7/7

    semakin berkurangan dan bagi negara-negara yang bergantung

    sepenuhnya dengan bahan bakar berkenaan terpaksa mencari bahan

    bakar lain untuk menjana tenaga elektrik di negara mereka.

    Peluang untuk menjana tenaga alternatif dalam kalangan negara yangsedang membangun adalah tinggi berbanding dengan negara maju.

    Tetapi ekoran daripada teknologi dan kepakaran yang terhad negara

    sedang membangun terpaksa melepaskan peluang ini terbiar begitu saja.

    Namun kini, pelbagai pihak telah tampil untuk membuat penyelidikan

    dan inovasi dalam bidang tenaga alternatif ini kerana memandangkan

    negara yang sedang membangun ini mempunyai pelbagai khazanah

    mengenai tenaga altenatif bagi menangani masalah krisis tenaga yang

    sedang melanda dunia sekarang ini.

    Tenaga alternatif ini merupakan jalan terbaik untuk menangani masalah

    krisis tenaga dunia. Kenapa dahulu masyarakat hanya memandang sepi

    terhadap potensi tenaga altenatif ini? Persoalan ini payah untuk

    dijelaskan tetapi kini ekoran daripada masalah krisis tenaga yang sedang

    melanda seluruh dunia, masyarakat mula berlumba-lumba uantuk

    menjana tenaga alternatif bagi mengatasi masalah ini.

    Tidak ketinggalan juga adalah dalam kalangan negara yang sedang

    membangun kini sedang berusaha untuk mejana tenaga alternatif ini

    walaupun hanya separuh keperluan tenaga negara yang mampu

    ditampung oleh pengeluaran tenaga alternatif berkenaan. Sememangnya

    tidak dinafikan bahawa dalam kalangan negara-negara sedang

    membangun ini mempunyai potensi yang besar untuk menjana tenaga

    tersebut.

    Sememangnya negara-negara yang sedang membangun ini perlu untuk

    bergiat cergas dan mempunyai inovasi yang tinggi dalam bidang

    teknologi bagi menjana tenaga alternatif sebagai tenaga untama bagi

    negara mereka. Oleh sebab itu, pertukaran tenaga pengajar dan

    teknologi dari negara maju adalah penting bagi memajukan sektor

    tenaga alternatif di negara- negara yang sedang membangun agar krisis

    tenaga ini dapat diatasi dengan bijaksana.