sumber halal : kewajipan atau pilihan

22
SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN KONVENSYEN ISU SEMASA HALAL & EKONOMI MUSLIM 24 DISEMBER 2019

Upload: others

Post on 28-Nov-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHANKONVENSYEN ISU SEMASA HALAL & EKONOMI MUSLIM

24 DISEMBER 2019

Page 2: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

Mencari Yang Halal Adalah Suatu Kewajipan

• Kehidupan kita hari ini yang dihidangkan dengan pelbagaibarang makanan, minuman dan barang gunaan menuntut kitaberwaspada dan berhati-hati dalam mengguna barangantersebut kerana masalah halal dan selamat.

• Justeru itu, kewajipan menggunakan makanan dan baranganhalal lagi baik amat penting dalam kehidupan kita seharian

Page 3: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168

Maksudnya: " Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada

dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah

syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang

nyata bagi kamu. "

Page 4: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

PERTUNJUK DAN KAEDAH BERAMAL DENGAN AYAT AL-BAQARAH 168.1. PERINTAH DARI ALLAH SWT KEPADA MANUSIA HENDAKLAH

MAKAN/ MINUM DARI SUMBER DUNIA(TANAMAN/BINATANG/ALAMSEKITAR)

2. MAKAN DAN MINUM MESTI DARI SUMBER YANG HALAL DANBAIK

3. PERINTAH DARI ALLAH SWT AGAR TIDAK TERGODA BISIKANSYAITAN YANG SENTIASA INGIN MEMASTIKAN ANAK ADAMMAKANAN DAN MINUM DARI SUMBER HARAM

4. SYAITAN ADALAH MUSUH MANUSIA YANG NYATA

Page 5: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

HALALAN TOIYIBAN• Halal suatu makanan dan minuman itu ada berkaitan dengan

sumbernya, cara pemprosesan, premis atau tempatnya. Jika iaberkaitan dengan haiwan, ia hendaklah disembelih mengikutketentuan Syarak.

• Manakala haram suatu makanan dan minuman itu, bergantungkepada sumber dan bahannya, cara pemprosesannya dan keadaanpremisnya.

• Misalnya makanan dan minuman yang diprosesmenggunakan/mengandungi bahan-bahan haram seperti lemak ataudaging babi, anjing dan haiwan lain yang tidak disembelih mengikutsyarak, darah, arak, najis, racun dan sebagainya

Page 6: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

TUNTUTAN SUMBER HALAL

• Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Mencari yanghalal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr)

• Umat Islam dituntut supaya mencari yang halal. Mencari yang halalitu adalah wajib.

• Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan danminuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, yakni suci, bersihdan berkhasiat.

• Begitu juga untuk mencari dan memilih restoran, kedai makan dangerai makan makan carilah dan pilihlah yang benar-benar dijaminhalalnya, bersih, kemas dan menyenangkan selera

Page 7: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

KEJUJURAN & KEIKHLASAN

• Teramat penting pengusahanya dipastikan adalah orang Islam.Termasuk tukang masak, pembantunya dan penting juga merekamempunyai sifat-sifat jujur, amanah dan taqwa.

• Sebagaimana kisah di zaman Khalifah Umar Al-Khattab RA bilaseorang “Ghulam” pengembala kambing digoda/uji supaya menjualkambingnya, kerana tuan atau taukenya tidak tahu kalau pun diamenjual kambing yang dijaganya itu, tetapi pengembala yangberhati bersih, jujur, mulia dan taqwa itu menjawab: Tidak! sebabAda Allah Yang Maha Melihat dan Maha Tahu.

Page 8: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

AMANAH NATIJAHNYA TAQWA

• Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Semua dagingyang tumbuh dari harta yang haram, maka api neraka adalah lebihutama menyiksanya”. (HR al-Tirmizi)

• Nilai seorang pengembala yang beramanah, tulus dan bertaqwa itu,jika ada pada para pengusaha restoran, peniaga, tukang sembelih,tukang masak, pekerja, pembantu dan seluruh umat Islam danmanusia. (pengalaman pengusaha halal)

• Pasti tidak akan timbul lagi penggunaan sijil dan logo halal yangpalsu atau telah tamat tempoh oleh kalangan penguasa danpeniaga yang tidak beretika dan bertanggungjawab

Page 9: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

AMARAN RASULULLAH SAW• Rasulullah SAW amat kasih kepada umatnya supaya kita tidak

disiksa oleh api neraka. Mudah-mudahan sikap kewaspadaan umatIslam terhadap halal haram ini akan menyelamatkan kita, anakisteri, ahli keluarga dan umat Islam seluruhnya dari siksaan apineraka. – “Hadith tanda kematian baik”

• Hidup kita lebih sihat, bersih dan sejahtera. Jika badan sihat, akaldan jiwa akan sihat. Jika jasmani dan rohani kita sihat akanmudahlah kita melaksanakan ibadah dan pengabdian kita kepadaAllah SWT. Jika seluruh umat Islam melaksanakan perintah ibadahdan pengabdiannya kepada Allah SWT pasti akan aman, makmurdan damailah alam ini, insya Allah.

Page 10: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan isu halal ini, beberapa faktor perlu diambil perhatian, iaitu:

• Pertama : Bidang pengeluaran makanan dan barang gunaan sertaperkhidmatan semakin maju. Di kalangan pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan barangan dan perkhidmatan masing-masingdengan pelbagai kaedah yang menarik untuk tujuan pemasaran.Hakikatnya ramai di kalangan kita hanya mengetahui sebahagiansahaja daripada status halal, suci serta baik barang-barang makananatau perkhidmatan yang dijual dipasaran.

• Masih banyak barangan makanan dan gunaan serta perkhidmatan dipasaran yang kita tidak tahu status halalnya.

Page 11: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

• Sebagai contoh berleluasanya ubat-ubatan yang dikaitkandengan kekuatan tenaga batin dan rawatan kecantikan yangdijual dikedai-kedai kaki lima.

• Begitu juga kempen-kempen perniagaan cepat kaya yangberoperasi melalui internet dan kaedah-kaedah biasa.Semuanya ini menuntut kita agar berhati-hati dari terjerumuskepada yang haram dan membahayakan diri.

Page 12: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan isu halal ini, beberapa faktor perlu diambil perhatian, iaitu:

• Kedua : Kebanyakan kita umat Islam menjadi masyarakat penggunabukan menjadi masyarakat pengeluar. Inilah satu cabaran besarkepada kita dalam menghadapi isu makanan dan barang-baranggunaan.

• Oleh itu, menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam menghasil danmengeluarkan bahan makanan dan gunaan serta perkhidmatanuntuk kegunaan harian kerana ini akan lebih menjamin kehalalandan kesuciannya.

Page 13: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

• Di samping berperanan memperkasa ekonomi umat Islam itusendiri dan sekaligus mengelak pergantungan kepadamasyarakat lain.

• Sesungguhnya inilah tanggungjawab fardhu kifayah yangperlu diperjuangkan secara bersepadu, berterusan danbersungguh-sungguh

Page 14: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan isu halal ini, beberapa faktor perlu diambil perhatian, iaitu:

• Ketiga : Pentingnya kesedaran tentang isu halal ini ialah kerana iamempengaruhi tingkah laku kita.

• Kita bimbang jika makanan yang dimakan dan seterusnya bertukarmenjadi darah daging adalah dari sumber yang syubhah atau pundari sumber yang haram akan menjadikan kita manusia yang kerashati, malas beribadah, sukar menerima kebenaran, sukakan maksiatdan sebagainya.

• Maka kesudahannya akan menerima padah azab seksa daripadaAllah SWT.

Page 15: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah yang menjelaskan hal ini:

Page 16: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

KETERANGAN HADITH• Maksudnya: " Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram ituterang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah(yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia.Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah sepertiorang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya.

• Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan masuk ia ke dalamperkara yang haram laksana seorang pengembala dipinggir sebuah tempatlarangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu.

• Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larangAllah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad ituseketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosakmaka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."

Page 17: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

CONTOH SYUBHAH

1. Makanan dan minuman daripada luar negara (walaupun daripadanegara Islam) yang tidak ada pegesahan tanda halal oleh negaratersebut atau daripada JAKIM.

2. Makan dan minum di hotel, restoren, cafeteria atau kopitiam yangtidak ada kelulusan JAKIM, kelulusan halal daripada luar negara bolehdipertikaikan sebab tidak ada siapa yang boleh mengesahkan danpantau kehalalannya.

3. Makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh syarikat bukanmuslim yang tidak ada kelulusan halal oleh JAKIM atau JabatanAgama negeri-negeri.

Page 18: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

4. Menerima hadiah atau hamper oleh kakitangan kerajaan (yangmenguruskan tender atau pembekalan barang-barang) daripadasyarikat-syarikat pemborong yang ada kepentingan perniagaan. Dikhuatiri ada unsur-unsur rasuah.

5.Apa sahaja samaada pekerjaan, makanan, minuman,perkhidmatan yang mana di situ ada keraguan dan bolehmenimbulkan fitnah atau kesangsian ianya boleh dikategorikansebagai perkara syubahah.

6. Melabur di dalam pelaburan internet yang tidak jelas skimnyadan menyerupai skim cepat kaya. Tidak ada perjanjian danmuamalah yang jelas mengikut sistem Islam.

Page 19: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

7. Membeli, menjual, membuat dan menghisab rokok. Sesetengahulama mengatakan ia haram (dengan huraian yang terkini) manakalayang lain mengatakan makruh. Jabatan Fatwa Perak sebulat suaramengatakan rokok itu haram di sokong oleh Jabatan Agama Islam diSelangor. Walaupun majlis fatwa negeri-negeri tidak 100%mengatakan ia haram, bukankah perbuatan ini syubhat dan menuruthadis di atas dan boleh terjerumus ke dalam perkara yang haram

8. Membeli lembu, kambing atau ayam daripada tuan binatangternak yang tidak menjaga binatang belaan mereka. Binatangtersebut dilepaskan dengan bebas. Kita khuatir binatang tersebuttelah memakan tanaman orang lain dan tuannya membiarkannyasaja.

Page 20: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

Demi menjamin makanan, minuman dan barang-barang gunaanyang kita gunakan halal, suci dan selamat, terdapat beberapa

langkah yang perlu dijadikan panduan bersama iaitu:

• Marilah kita insafi betapa besarnya tuntutan syarak dalammemelihara halal dan haram.

• Kita wajib memastikan makanan, minuman, ubat-ubatan dan barang-barang gunaan mempunyai logo halal yang sah.

• Memastikan program-program dihotel adalah hotel yang memilikisijil halal.

• Memastikan makan minum hanya direstoran-restoran milik umatIslam.

• Tidak melibatkan diri dalam sebarang perniagaan yang mengandungiunsur gharar (tipu) dan riba.

Page 21: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN

KESIMPULANNYA:

•MEMASTIKAN SUMBER YANG HALAL ADALAH SUATU YANG

WAJIB

Page 22: SUMBER HALAL : KEWAJIPAN ATAU PILIHAN