sultan muhammad al fateh penakluk konstatinopel

Upload: nurul-syafiqah

Post on 04-Jun-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstatinopel

    1/6

    SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTATINOPEL

    Written by Pengurus Web

    Sunday, 06 February 2011 10:56

    Sultan Muhammad al-Fateh (Sultan Muhammad II) Salah seorang tokoh pejuang Islam dari

    kelompok pemerintah sama seperti Salahuddin al-Ayyubi. Beliau menerajui umat Islam melalui

    Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran Al-Fath, yang bermaksud

    kemenangan, adalah sempena kejayaannya menakluk Konstantinopel (Istanbul).

    Rasulullah SAW pernah bersabda: Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya

    adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. (HR Imam Ahmad)

    Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki

    Konstantinopel yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa

    ada saja pejuang-pejuang yang maju ke hadapan untuk memenuhi maksud hadis tersebut.Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai usaha ketenteraan

    telah dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok berlapis Konstantinopel.

    Konstantinopel yang berada di dalam Empayar Byzantine dianggap sangat penting kerana

    ianya merupakan laluan utama untuk membuka Eropah keseluruhannya. Tuhan menzahirkan

    kebenaran kata-kata Nabi Muhammad SAW itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh.

    Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub al-Ansari r.a. syahid berhampiran

    tembok kota Konstantinopel. Beliau melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani

    Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar

    Rasulullah SAW bersabda bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana.

    Beliau berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinopel, dia

    berharap dapat mendengar derap kuda sebaik-baik raja dan tentera itu.

    ZAMAN KANAK-KANAK

    1 / 6

  • 8/13/2019 Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstatinopel

    2/6

    SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTATINOPEL

    Written by Pengurus Web

    Sunday, 06 February 2011 10:56

    Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Adrianapolis yang terletak di

    sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) adalah seorang yang soleh,

    handal dalam perang dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang

    sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad menjadi seorang yang berketrampilan sejak

    kecil lagi.

    Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur

    dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7

    bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Ini cukup untuk

    menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.

    Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah bermazhab Hanbali itu

    amat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah.

    Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Tokoh yang banyak membentuk rohani

    Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu

    Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Beliau

    bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.

    Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada SultanMurad bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinopel tetapi anaknya yang

    ketika itu sedang berada dalam buaian.

    ZAMAN REMAJA

    Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam pada tahun1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad menjalankan urusan

    di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun

    1451, ketika usianya 19 tahun, barulah beliau menjawat jawatan khalifah secara rasmi. Sultan

    Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

    ZAMAN DEWASA

    2 / 6

  • 8/13/2019 Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstatinopel

    3/6

    SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTATINOPEL

    Written by Pengurus Web

    Sunday, 06 February 2011 10:56

    Sepanjang hidupnya, Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri kempen ketenteraan

    sebanyak 25 kali. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang

    yang berjiwa rakyat. Dikatakan bahawa ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari,

    Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan

    sehingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.

    Sultan Muhammad sangat gemar memakai serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat

    Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu juga

    adalah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka untuk syahid pada

    bila-bila masa selain kecintaan kepada sunnah Rasulullah SAW. Sebab itu kesemua tentera

    Islam pada zaman itu berserban. Beliau seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani,

    sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Beliau sangat cintakan ulamak dan

    selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

    Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan

    tunjuk ajar bapanya, yang juga gurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara

    dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap meminta bapanya ke

    medan perang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan

    Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah: Kalau

    ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke

    medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkanayahanda untuk turun berjuang. Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad

    tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.

    MEMBUKA KONSTANTINOPEL

    Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinopel, Sultan Muhammadmembuat persediaan rapi. Beliau belajar daripada sejarah yang menyaksikan kegagalan

    tentera Islam berulangkali dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis

    empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu

    perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.

    Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan

    pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak

    sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memanggentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15

    3 / 6

  • 8/13/2019 Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstatinopel

    4/6

    SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTATINOPEL

    Written by Pengurus Web

    Sunday, 06 February 2011 10:56

    tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai

    teknologi.

    Tentera Islam tiba di Konstantinopel dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila

    mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai,

    berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi

    psikologi, ianya memberikan kesan yang besar terhadap semangat tentera musuh.

    Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinopel

    ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana

    tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjayamenghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.

    Sultan Muhammad, yang berusia 21 tahun pada ketika itu, dan tenteranya tiba di

    Konstantinopel pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam

    selama 48 hari, namun Konstantinopel masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula

    dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera

    Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.

    Namun, satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan

    tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu

    melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa serta di luar

    jangkaan musuh.

    Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islamsudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan

    kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh

    masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.

    Sesudah berlalu 53 hari, Konstantinopel masih tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh

    membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan nekad dia berkata: Saya hendak mati! Sesiapa

    yang mahu mati, mari ikut saya!

    4 / 6

  • 8/13/2019 Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstatinopel

    5/6

    SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTATINOPEL

    Written by Pengurus Web

    Sunday, 06 February 2011 10:56

    Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama

    Hasan Ulubate beserta 30 orang pejuang Islam menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka

    berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu

    menaikkan lagi semangat tentera Islam. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid.

    Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinopel berjaya ditakluki oleh tentera Islam. Hasan Ulubatedan 30 orang perajuritnya gugur syahid akibat terkena anak panah musuh yang bertali arus.

    Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople akhirnya jatuh ke tangan Islam. Sultan Muhammad

    dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya, lalu melakukan sujud syukur. Semenjak

    peristiwa inilah beliau diberi gelaran Al-Fateh iaitu yang menang kerana kejayaannya

    menakluk Konstantinopel.

    Sultan Muhammad kemudiannya menukar nama Konstantinopel kepada Islambol yang

    bermaksud Islam Keseluruhannya (Nama Islambol kemudiannya diubah pula kepada

    Istanbul oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk laknatullah). Sultan

    Muhammad juga menukar Gereja Besar St. Sophies kepada sebuah masjid yang diberi nama

    Aya Sofia (Sekarang telah dijadikan muzium). Selepas itu Sultan Muhammad

    menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya.

    SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

    Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, sampailah ketikanya untuk tentera Islam

    mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang

    akan bertugas sebagai imam?

    Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya: Siapakah antara kamu yang pernah

    meninggalkan solat fardhu setelah baligh, sila duduk. Tidak ada seorang pun dalam ribuan

    perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat

    fardhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.

    Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.

    Sebahagian daripada tenteranya duduk. Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan

    solat tajahud setelah baligh, sila duduk. Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammadsendiri. Hal ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat

    5 / 6

  • 8/13/2019 Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstatinopel

    6/6

    SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTATINOPEL

    Written by Pengurus Web

    Sunday, 06 February 2011 10:56

    rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh!

    AKHIR HAYAT

    Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hnkrcay?r?, Gebze. Ada

    pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang

    mengatakan dia diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan

    putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini.

    Wallahualam.

    6 / 6