sulit 5226/2 persidangan kebangsaan pengetua-pengetua ... · pdf filepersidangan kebangsaan...
TRANSCRIPT
SULIT 5226/2
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUASEKOLAH MENENGAH CAWANGAN NEGERI KEDAH
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SPM 2013
TASAWWUR ISLAMKertas 2Ogos20132 ½ jam Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi tujuh soalan.
2. Soalan 1 mesti dijawab . Kemudian jawab empat soalan daripada mana-mana soalanberikutnya.
3. Kesemuanya lima soalan mesti dijawab.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak[ Lihat Sebelah
5226/2 © SULIT
SULIT - 2 - 5226/2
Soalan 1 mesti dijawab . Kemudian jawab empat soalan daripada mana-mana soalan berikutnya.
1. (a) Uluhiyyah termasuk salah satu konsep ketuhanan yang mesti difahami.
i. Berikan maksud uluhiyyah. [ 2 markah ]
ii. Nyatakan dua konsep uluhiyyah. [ 4 markah ]
(b) Ajaran sesat yang terdapat di Malaysia menimbulkan banyak masalah.
i. Terangkan dua ciri ajaran sesat . [ 4 markah ]
ii. Jelaskan dua punca ajaran sesat masih belum dapat dibanteras sepenuhnya.[ 4 markah ]
(c) Terangkan tiga cara memelihara alam musyahadah. [ 6 markah ]
2. (a) Wahyu ialah kalam Allah SWT kepada para rasul.
Jelaskan dua keistimewaan wahyu al-Quran yang menjadi panduan manusia akhir zaman.[ 4 markah ]
(b) Nyatakan dua peranan hadis di samping al-Quran. [ 4 markah ]
(c) Terangkan dua implikasi meragui Islam sebagai panduan hidup umat Islam. [ 4 markah ]
(d) Ajaran sesat membahayakan akidah umat Islam.
i. Terangkan dua cara bagi mengenali ajaran sesat. [ 4 markah ]
ii. Jelaskan dua sebab ajaran sesat masih wujud dalam masyarakat Islam. [ 4 markah ]
3 (a) Firman Allah SWT bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”(al-Hujurat-10)
i. Nyatakan dua usaha bagi mengukuhkan persaudaraan Islam di kalangan masyarakat .[ 4 markah ]
ii. Terangkan dua kesan perpecahan di kalangan umat Islam. [ 4 markah ]
(b) Negara Islam berpaksikan al-Quran dan al-Hadis.
i. Nyatakan empat prinsip negara Islam. [ 4 markah ]
ii. Berikan dua perbezaan antara negara Islam dengan negara bukan Islam. [ 4 markah ]
(c) Senaraikan empat ciri yang melayakkan seseorang menjadi hakim dalam Islam. [ 4 markah ]
SULIT 5226/2
SULIT - 3 - 5226/2
4 (a) Pembaziran adalah ditegah dalam Islam.
i. Mengapakah umat Islam masih melakukan perkara tersebut walaupun mengetahui ianyadilarang dalam Islam? [ 4 markah ]
ii. Jelaskan dua kesan pembaziran terhadap ekonomi negara. [ 4 markah ]
(b) Manusia suka memiliki harta.
i. Apakah yang dimaksudkan dengan hak milik ? [ 2 markah ]
ii. Terangkan tiga kesan yang akan berlaku sekiranya Islam tidak mengiktiraf hakpemilikan harta. [ 6 markah ]
(c) Jelaskan dua kesan pengangguran terhadap sesebuah negara. [ 4 markah ]
5 (a) Pesalah trafik dikenakan hukuman takzir menurut Islam.
i. Jelaskan dua kepentingan hukum takzir terhadap pesalah takzir [ 4 markah ]
ii. Nyatakan empat bentuk hukuman di bawah kesalahan takzir. [ 4 markah ]
(b) Perkahwinan digalakkan dalam Islam.
i. Terangkan dua kriteria sesuatu perkahwinan boleh menjadi ibadat. [ 4 markah ]
ii. Jelaskan dua faktor keruntuhan institusi perkahwinan. [ 4 markah ]
(c) Jelaskan dua perbezaan antara hukum wajib dan hukum haram [ 4 markah ]
6 (a) Islam mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia.
i. Nyatakan dua matlamat penyelesaian masalah menurut Islam. [ 4 markah ]
ii. Senaraikan sumber penyelesaian masalah menurut Islam. [ 4 markah ]
(b) Perpaduan dalam Islam amatlah dituntut.
i. Senaraikan empat punca berlakunya perpecahan dalam masyarakat. [ 4 markah ]
ii. Terangkan dua langkah bagi mewujudkan perpaduan . [ 4 markah ]
(c) Jelaskan dua kelebihan penyelesaian masalah dilakukan secara Islam. [ 4 markah ]
SULIT 5226/2
SULIT - 4 - 5226/2
7 (a) Isu keselamatan menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat.
i. Senaraikan empat contoh perlakuan jenayah yang menggugat keselamatanmasyarakat. [ 4 markah ]
ii. Jelaskan dua langkah bagi menangani isu tersebut. [ 4 markah ]
(b) Islam mewajibkan umatnya menutup aurat bagi memelihara maruah dan kehormatan diri.
i. Nyatakan dua alasan Islam menetapkan kewajipan tersebut. [ 4 markah ]
ii. Terangkan dua akibat pendedahan aurat yang menjadi kegemaran remaja kini.[ 4 markah ]
(c ) Jelaskan dua bentuk pencemaran yang berlaku di negara kita. [ 4 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
SULIT 5226/2