borang pengesahan status tesis€¦ · hitam, alor star, ukedah. ... terima kasih kepada pengetua...

23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : UPENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN BAHAN PEMBELAJARAN (LCMS) DAN SISTEM PNGURUSAN SEKOLAH BERASASKAN WEB (WSMS) DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENTADBIRAN DI SEKOLAH BESTARI SESI PENGAJIAN : U2007/2008 U Saya UISMAIL WASI BIN AHMAD SHAFAWI U (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : UKM 22, JALAN PUTRA,, UKG LUBUK PINANG, 06150 AYER HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) UDR YEO KEE JIAR NAMA PENYELIA

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

a

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : UPENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN BAHAN

PEMBELAJARAN (LCMS) DAN SISTEM PNGURUSAN SEKOLAH BERASASKAN WEB (WSMS) DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENTADBIRAN DI SEKOLAH BESTARI

SESI PENGAJIAN : U2007/2008 U

Saya UISMAIL WASI BIN AHMAD SHAFAWI U

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : UKM 22, JALAN PUTRA,, UKG LUBUK PINANG, 06150 AYER HITAM, ALOR STAR, UKEDAH.

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

UDR YEO KEE JIAR NAMA PENYELIA

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

b

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia: DR. YEO KEE JIAR

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

i

PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN BAHAN PEMBELAJARAN (LCMS)

DAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH BERASASKAN WEB (WSMS)

DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENTADBIRAN

DI SEKOLAH BESTARI

ISMAIL WASI BIN AHMAD SHAFAWI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : ISMAIL WASI B AHMAD SAHAFAWI

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu tersayang

Ahmad Shafawi Bin Md Sharef & Manis Binti Illias

Diri ini tidak pernah sedetik melupakan jasa kalian berdua.

Terima kasih untuk segalanya kerana memberi dorongan dan semangat buatku

mengakhiri perjuangan dan pengorbanan ini dengan kejayaan.

Buat adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan,

terima kasih di atas sokongan kalian semua yang tidak ternilai

hatta dengan wang ringgit sekalipun dan

terima kasih kerana mendoakan kejayaan ini.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka saya

beroleh kekuatan dalam menyediakan penulisan tesis ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan sekalung budi

kepada penyelia kajian ini, Dr. Yeo Kee Jiar atas bimbingan, tunjuk ajar, dorongan

dan idea sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu dan kemahiran yang

dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin.

Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang

Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara serta guru-guru yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung ketika saya menjalankan penyelidikan di

sekolah masing-masing.

Akhir kata, kepada ayah dan ibu, keluarga dan rakan-rakan, pengorbanan

kalian sungguh besar maknanya buat saya, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat

membalasnya.

Sekian,

Ismail Wasi Bin Ahmad Shafawi

SPH PKPG 2005-2008

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

v

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran

(LCMS) dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) dalam

pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Kajian ini berbentuk

deskriptif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dengan skala empat

mata Likert bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan, persepsi, kesediaan dan

kekangan dalam penggunaan LCMS dan WSMS. Soal selidik diedarkan kepada 50

orang responden di dua buah Sekolah Bestari di Kuala Lumpur. Data dikumpul dan

dianalisis dengan menggunakan perisian “Statiscal Package For The Social Sciences

(SPSS)” versi 13.0 bagi mendapat frekuensi, peratusan dan min. Sebelum dilakukan

kajian sebenar, kajian rintis telah dijalankan dengan nilai alpha yang diperoleh ialah

0.866. Hasil Kajian menunjukkan tahap penggunaan (min=2.94), persepsi

(min=2.95), kesediaan (min=2.84) dan kekangan (min=2.31) berada pada paras

sederhana dalam penggunaan dan pelaksanaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan

pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Beberapa cadangan dikemukakan

bagi mengoptimumkan penggunaan dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran

di Sekolah Bestari.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

vi

ABSTRACT

This study is conducted to examine the usage of Learning Content

Management System (LCMS) and Web School Management System (WSMS) in

Smart School administration and learning management. A descriptive research

through observation methodology and the questionnaire with the four-point Likert

scale was used to identify the stage of usage, perception, readiness and restriction in

using LCMS and WSMS. Questionnaire was distributed to fifty respondents at two

Smart School in Kuala Lumpur. The data was collected and analyzed using the

Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 13.0 software to obtain

frequency, percentage and mean. Before actual data was collected, a pilot study was

conducted with alpha value 0.866. The result showed that the stage of usage (mean =

2.94), perception (mean = 2.95), readiness (mean = 2.84) and restriction (mean =

2.31) among the respondents is only at average in using and implementing LCMS

and WSMS in Smart School administration and learning management. Therefore, it

is suggested that the usage of LCMS and WSMS in Smart School administration and

learning management should be optimized.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Sekolah Bestari 8

1.8.2 Teknologi Maklumat 8

1.8.3 Pengurusan dan Pentadbiran 9

1.8.4 Konsep Pengurusan dan Pentadbiran 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

viii

1.8.5 Persepsi 10

1.8.6 Kesediaan 11

1.9 Penutup 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Peranan Guru Dalam Pengurusan dan 14

Pentadbiran Di Sekolah Bestari

2.3 Model Konseptual Pengurusan Sekolah Bestari 15

2.4 Aplikasi Sistem Penyelesaian Bersepadu Sekolah 16

Bestari

2.5 Penerapan Teknologi Maklumat Dalam 18

Sistem Pengurusan Pembelajaran dan

Pentadbiran Sekolah

2.6 Skop Pembestarian Sekolah 20

2.7 Penutup 21

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

3.3 Populasi dan Sampel 23

3.4 Lokasi 24

3.5 Instrumen Kajian 24

3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 25

3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik 25

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 27

3.6.1 Kajian Rintis 27

3.6.2 Nilai Kebolehpercayaan Cronbach Alpha 28

3.6.3 Hasil Kajian Rintis 28

3.7 Prosedur Kajian 30

3.7.1 Prosedur Pengumpulan Data 30

3.7.2 Proses Kajian 30

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

ix

3.7.3 Carta Alir Prosedur Kajian 31

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 32

3.9 Jangka Masa Kajian 33

3.10 Membuat Kesimpulan dan Cadangan 34

3.11 Penutup 34

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Bahagian A 36

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan 36

Jantina

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan 37

Sekolah

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 37

Bangsa

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 38

Ikhtisas Perguruan

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan 39

Pengalaman Mengajar

4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan Mata 39

Pelajaran Yang Diajarkan Sekarang

4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan Pernahkah 40

menghadiri kursus/latihan guru bestari,

kursus dalam perkhidmatan 14 minggu atau

kursus lain yang berkaitan sekolah bestari?

4.3 Analisis Bahagian B 41

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 41

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 44

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 48

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 52

4.3.5 Rumusan Keseluruhan Persoalan Kajian 56

4.4 Penutup 58

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 60

5.2.1 Latar Belakang Responden 61

5.2.2 Apakah Tahap Penggunaan LCMS 63

Dan WSMS Oleh Guru Kelas Dalam

Pengurusan Pembelajaran Dan

Pentadbiran Di Sekolah Kajian?

5.2.3 Apakah Persepsi Guru Kelas 64

Terhadap Pelaksanaan LCMS Dan

WSMS Dalam Pengurusan Dan

Pentadbiran Sekolah Kajian?

5.2.4 Bagaimanakah Kesediaan Guru Kelas 66

Terhadap Pelaksanaan LCMS Dan

WSMS Dalam Pengurusan Pembelajaran

Dan Pentadbiran Di Sekolah Kajian?

5.2.5 Apakah Kekangan Yang Dihadapi 69

Oleh Guru Kelas Dalam Mengaplikasikan

LCMS Dan WSMS Di Sekolah Kajian?

5.3 Rumusan 70

5.4 Cadangan 74

5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 74

5.4.2 Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah 75

5.4.3 Pentadbir Sekolah dan PIBG 75

5.4.4 Guru-Guru 76

5.5 Cadangan Kajian Untuk Penyelidikan 77

Selanjutnya

5.6 Penutup 78

RUJUKAN 79-82

LAMPIRAN A-I 88-91

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Sampel Kajian Mengikut Sekolah 24

3.2 Taburan Item Mengikut Persoalan Kajian 25

3.3 Skala Likert Empat Mata 26

3.4 Pemeringkatan Skala Dua Mata 27

3.5 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 28

3.6 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Bagi Setiap Persoalan 29

Kajian

3.7 Kriteria Penilaian Data Berbentuk Peratusan 32

3.8 Pengelasan Tahap Markat Skor Min 33

3.9 Takwim Projek Sarjana Muda (PSM) 33

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 37

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 37

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 38

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Ikhtisas Perguruan 38

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 39

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Mata Pelajaran Yang 40

Diajarkan Sekarang

4.7 Taburan Responden Berdasarkan Pernahkah menghadiri 40

Kursus/latihan guru bestari, kursus dalam perkhidmatan

14 minggu atau kursus lain yang berkaitan sekolah bestari

4.8 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Soalan Kajian 43

Pertama

4.9 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Soalan Kajian 46

Kedua

4.10 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Soalan Kajian 50

Ketiga

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

xii

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.11 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Soalan Kajian 55

Keempat

4.12 Analisis Keseluruhan Min Dan Tahap Penilaian Kajian 57

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Konseptual Pengurusan Sekolah Bestari 15

2.2 Carta Alir Prosedur Kajian 31

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Borang soal selidik

Analisis SPSS: Reliability Kajian Rintis

Surat akuan pelajar daripada Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Surat kebenaran daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Surat memohon kebenaran menjalankan kajian

kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

Surat memohon kebenaran menjalankan kajian

di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang

Utara

Surat memohon kebenaran menjalankan kajian

di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara

Surat Pengesahan Pakar Bidang

83

84

85

86

87

88

89

90

91

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

xv

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(Information Technology and Communication)

IT - Teknologi Maklumat

(Information Technology)

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LCMS - Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran

(Learning Content Management System)

MSC - Koridor Raya Multimedia

(Malaysia Super Coridor)

PIBG - Persatuan Ibu-Bapa dan Guru

PSM - Projek Sarjana Muda

SPSS - Statistical Package of Social Science

SSMS - Sistem Pengurusan Sekolah Bestari

(Smart School Management System)

TSS - Telekom Smart School

WSMS - Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web

(Web-Based School Management System)

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

16

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perubahan dari era industri kepada era teknologi maklumat memberikan inspirasi

kepada kerajaan untuk menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Sebanyak

87 buah sekolah dipilih untuk dijadikan perintis projek Sekolah Bestari pada tahun 1999.

Sekolah Bestari merupakan salah satu projek di bawah Koridor Raya Multimedia yang

dilancarkan pada pertengahan tahun 90-an. Projek Rintis Sekolah Bestari telah

dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui kerjasama dengan Telekom

Smart School Sdn. Bhd. (TSS). TSS ditubuhkan pada Jun 1999 untuk menerajui Projek

Sekolah Bestari Koridor Raya Multimedia, MSC. Aspek penting yang perlu ada bagi

sesebuah sekolah yang akan di naik taraf menjadi Sekolah Bestari ialah kemudahan

infrastruktur IT dan latihan guru. Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dirintis di 4

buah sekolah rendah dan 83 buah sekolah menengah di seluruh negara. Apabila Projek

Rintis Sekolah Bestari tamat pada Disember 2002, kesemua 87 buah Sekolah Bestari

rintis menjadi Sekolah Bestari sepenuhnya. Konsep Sekolah Bestari ini dicadangkan akan

diperluaskan kepada semua 10,000 buah sekolah di seluruh negara [Panduan

Pembestarian Sekolah, 2004]. Sehingga kini, projek Sekolah Bestari telah berusia hampir

8 tahun. Berbagai-bagai perubahan dan anjakan telah dilakukan oleh KPM bagi

menjadikan projek Sekolah Bestari ini dapat diperluas ke sekolah-sekolah lain di seluruh

Malaysia.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

17

Sejajar dengan perkembangan ini, penubuhan Sekolah Bestari yang merupakan

salah satu aplikasi penting MSC memperlihatkan komitmen KPM untuk

mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 bukan sahaja dapat

menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan wawasan 2020.

Transformasi ini telah menimbulkan satu anjakan paradigma di dalam cara kita berfikir

tentang penggunaan teknologi di sekolah.

Sejajar dengan tujuh aplikasi utama dalam MSC yang terdiri daripada kerajaan

elektronik, teleperubatan, Sekolah Bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan,

kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia, pihak KPM

dengan kerjasama beberapa pihak telah menghasilkan Aplikasi Sistem Pengurusan

Sekolah Bestari atau Smart School Management System (SSMS) bagi mengubah sistem

pengurusan tradisional yang sedia ada. Setelah hampir tujuh tahun menggunakan aplikasi

SSMS, kini Sekolah Bestari melangkah lebih jauh ke hadapan dengan terbinanya

aplikasi Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (Learning Content Management System)

dan Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (Web-Based School

Management System). Sistem ini membolehkan pengguna mengakses laman web di

mana-mana sahaja tempat yang mempunyai talian internet bagi memudahkan kerja-kerja

dijalankan walaupun mereka tidak berada di sekolah. Dengan terlaksananya aplikasi ini,

bermakna tugas-tugas guru di sekolah akan menjadi lebih mudah dan berkesan, selain

dapat mengurangkan beban berat tugas guru yang sering diperdebatkan dewasa ini di

media-media masa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelaksanaan Sekolah Bestari di Malaysia telah berjaya mewujudkan sekolah yang

menggunakan teknologi maklumat dan teknologi multimedia sebagai media pengajaran

dan pembelajaran. Perubahan kepada Sekolah Bestari bermakna akan berlaku anjakan

dalam budaya sekolah yang melibatkan perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran,

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

18

sistem pengurusan pembelajaran dan pentadbiran, sistem pentafsiran dan juga

pembangunan IT dan multimedia.

Persoalan yang timbul ialah adakah para pendidik di Sekolah Bestari menguasai

tahap penggunaan yang baik dalam penggunaan sistem pengurusan pembelajaran dan

pentadbiran Sekolah Bestari. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan sistem

pengurusan Sekolah Bestari dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah

serta sejauh manakah kesediaan guru-guru dalam melaksanakan sistem tersebut. Selain

itu, persepsi guru-guru terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran dan

pentadbiran bestari ini sangat penting kerana merekalah yang akan mencorakkan

pelaksanaan Sekolah Bestari secara lebih meluas dan mengharungi ledakan teknologi

maklumat yang semakin hebat.

Terdapat guru yang mungkin beranggapan penggunaan sistem pengurusan

Sekolah Bestari ini akan menambahkan tugas sedia ada guru kerana penggunaan sistem

pengurusan Sekolah Bestari ini memerlukan kemahiran baru serta mahir dengan

penggunaan komputer dan internet. Pengetahuan yang cetek dalam penggunaan komputer

dan internet akan menimbulkan banyak masalah dalam melaksanakan tanggungjawab

tersebut. Keadaan ini menyukarkan guru kerana mereka terpaksa mempelajari kemahiran

baru. Ketidaksediaan guru dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

menggunakan sistem pengurusan Sekolah Bestari ini akan menimbulkan masalah dan

menyebabkan wawasan pendidikan negara tidak tercapai.

Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap

penggunaan LCMS dan WSMS di kalangan guru-guru di Sekolah Bestari dan mendapat

maklumat tentang penggunaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan

pentadbiran di sekolah. Kajian ini penting sebagai langkah awal meninjau ke arah

persediaan guru menghadapi perubahan tersebut. Ia juga akan menggelakkan berlakunya

pembaziran wang kerajaan yang banyak, jika guru-guru tidak menggunakan aplikasi

sistem pengurusan Sekolah Bestari ini dengan baik atau tidak menggunakannya langsung.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

19

1.3 Penyataan Masalah

Aspek pengurusan amat penting dalam pelaksanaan Sekolah Bestari Pengurusan

yang berkualiti dan cemerlang akan mewujudkan Sekolah Bestari yang unggul dan

bertaraf dunia. Penekanan yang diambil dalam aspek pengurusan telah menghasilkan

Aplikasi LCMS dan WSMS bagi memudahkan pengurusan pembelajaran dan

pentadbiran oleh kakitangan di Sekolah Bestari. Namun begitu, penghasilan aplikasi ini

yang menelan kos yang tinggi perlu diuji dan dipastikan keberkesanannya terlebih dahulu

sebelum ia boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah yang akan dinaiktarafkan menjadi

Sekolah Bestari.

Sejajar dengan penjelasan tersebut, kajian ini dijalankan untuk meninjau

penggunaan LCMS dan WSMS di kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

Bintang Utara dan Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara. Kedua-dua buah sekolah ini

adalah antara Sekolah Bestari yang terawal di Malaysia dan telah menggunakan LCMS

dan WSMS sepenuhnya dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah.

Kajian ini juga cuba meninjau persepsi guru kelas di sekolah kajian dalam

pelaksanaan Aplikasi LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan

pentadbiran di sekolah. Selain itu, kajian ini akan melihat tahap kesediaan guru kelas

dalam menggunakan Aplikasi LCMS dan WSMS dan kekangan-kekangan yang dihadapi

semasa melaksanakan Aplikasi LCMS dan WSMS di sekolah yang dikaji.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

20

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :

i. Meninjau tahap penggunaan LCMS dan WSMS oleh guru kelas dalam

pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah.

ii. Meninjau pasti persepsi guru kelas terhadap pelaksanaan Aplikasi LCMS

dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah.

iii. Meninjau pasti kesediaan guru kelas terhadap pelaksanaan Aplikasi LCMS

dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah.

iv. Mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru kelas dalam

penggunaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan

pentadbiran di Sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap penggunaan LCMS dan WSMS oleh guru kelas dalam

pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah kajian?

ii. Apakah persepsi guru kelas terhadap pelaksanaan Aplikasi LCMS dan

WSMS dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah kajian?

iii. Bagaimanakah kesediaan guru kelas terhadap pelaksanaan Aplikasi LCMS

dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah

kajian?

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · HITAM, ALOR STAR, UKEDAH. ... Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

21

iv. Apakah kekangan yang dihadapi oleh guru kelas dalam mengaplikasikan

LCMS dan WSMS di sekolah kajian?