sukatan peperiksaan skim perkhidmatan …juruteknik)1942982109.pdf · prinsip-prinsip perancangan...
TRANSCRIPT
-
SUKATAN PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN
SKIM PERKHIDMATAN
JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17
1. Tarikh Kuat Kuasa Skim : 1 Januari 1992
2. Tarikh Sukatan : 16 Januari 1996Peperiksaan DiluluskanOleh JPA
3. Tarikh Penyemakan Semula : 26 April 2006
4. Matlamat Sukatan :
i. Bagi memastikan semua pegawai dalam kumpulan ini memahami aspek teori dan prinsip-prinsip perancangan bandar dan mempraktikkannya dalam tugas harian mereka.
ii. Bagi menilai tahap kefahaman calon terhadap undang-undang dan prosedur perundangan yang wujud dalam amalan perancangan bandar dan desa di negara ini.
iii. Memberi peluang kepada calon-calon menunjukkan kebolehan menyediakan satu pelan susun atur berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan.
iv. Bagi memastikan pegawai dalam kumpulan ini prihatin terhadap isu-isu semasa berkaitan bidang perancangan bandar dan desa.
v. Bagi memastikan pegawai berkebolehan dan berpengetahuan dalam prinsip-prinsip pentadbiran, pengurusan pejabat, personel, perkhidmatan dan kewangan.
5. Tujuan Peperiksaan : Bagi pengesahan jawatan dalam skim perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17.
6. Pegawai Yang Layak : Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred 17Mengambil Peperiksaan Ini yang dilantik dan belum disahkan dalam
jawatan.
7. Sukatan Peperiksaan : (termasuk masa dan soalan)
1
-
BAHAGIAN I : PERINTAH-PERINTAH AM, ARAHAN PENTADBIRAN DAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN BAHAGIAN I)
Seksyen I
A. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005
i. Syarat-Syarat Am Lantikan dan Perkhidmatan
ii. Tempoh Percubaan dan Perlanjutannya
iii. Pengesahan dalam Jawatan dan Kemasukan dalam Perjawatan Berpencen
iv. Penamatan Kerja dan Notis Berhenti Kerja
B. Perintan Am Bab B Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan
i. Elaun-Elaun kerana Bertugas
ii. Kemudahan-Kemudahan Perjalanan
iii. Elaun-Elaun kerana Berkursus
v. Elaun-Elaun Pelbagai
C. Perintah A m Bab C Cuti
i. Cuti yang diberi kerana Perkhidmatan
ii. Cuti Tidak Berekod
iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002
iv. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20/2005
D. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2003
E. Perintah Am Bab FPerubatan
i. Rawatan Perubatan untuk Pegawai-Pegawai
ii. Bayaran dan Peraturan Wad
2
-
F. Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa
i. Waktu Bekerja dan Lebih Masa
G. Arahan Perkhidmatan
Bab 1 - Jabatan dan Orang Ramai
Bab 3 - Surat Menyurat
Bab 4 - Fail Memfail
Bab 5 - Memelihara dan Menyimpan Rekod-Rekod Kerajaan
Bab 7 - Kelengkapan Pejabat
H. Arahan Perbendaharaan Bab B - Prosedur Perakaunan
i. Mengawal terimaan dan bayaran dan menyimpan wang awam
Am
Terimaan
Bayaran
ii. Prosedur Perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja
Am
Pembelian, Tender dan Kontrak
I. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
i. PKPA Bil. 1/91 Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Melalui
Urusan Telefon
ii. PKPA Bil. 2/91 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa Kerajaan
iii. PKPA Bil. 3/91 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
iv. PKPA Bil. 4/91 Garis Panduan Mengenai Strategi-strategi Peningkatan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam
v. PKPA Bil. 5/91 Panduan Mengenai Sistem Penjadualan yang Bersepadu (SIAP)
3
-
vi. PKPA Bil. 6/91 Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam
vii. PKPA Bil. 7/91 Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat MutuKerja (KMK)
viii. PKPA Bil. 8/91 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja danFail Meja
ix. PKPA Bil. 9/91 Panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia
x. PKPA Bil. 10/91 Panduan Mengenai Peningkatan KualitiPerkhidmatan Kaunter
xi. PKPA Bil. 11/91 Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan BorangTindakan Kerja
xii. PKPA Bil. 1/92 Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Perkhidmatan Awam
xiii. PKPA Bil. 2/92 Garis Panduan Perancangan dan PenyediaanProjek Pembangunan
xiv. PKPA Bil. 3/92 Garis Panduan Sistem Perakaunan Mikro (SPM)
xv. PKPA Bil. 4/92 Pengendalian Pengaduan Awam
xvi. Lain-lain Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang dikeluarkan darimasa ke masa
Soalan : 40 (Aneka Pilihan)Masa : 1 Jam
Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada Perintah Am, Arahan Perkhidmatan, Arahan Perbendaharaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkenaan semasa peperiksaan.
4
-
BAHAGIAN II : SUBJEK JABATAN JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17
Bahagian ini mengandungi empat (4) seksyen seperti berikut :
Seksyen I - Teori Dan Prinsip Perancangan Bandar Dan Desa
Wajib dijawab oleh setiap calon
40 Soalan Aneka pilihan
Masa Satu (1) jam
Seksyen II - Isu-isu Semasa Perancangan Bandar dan Desa
Wajib dijawab oleh setiap calon
40 Soalan Aneka pilihan
Masa Satu (1) jam
Seksyen III - Piawaian dan Undang-Undang Perancangan
Wajib dijawab oleh setiap calon
40 Soalan Aneka pilihan
Masa Satu (1) jam
Seksyen IV - Set Reka Bentuk
Wajib dijawab oleh setiap calon
Lukisan - Tiga (3) soalan jawab Satu (1)
Masa Tujuh (7) jam
Sesi pagi- 5jam (Lukisan Teknikal)
Sesi petang -2 jam (Laporan)
5
-
Seksyen I : Teori Dan Prinsip Perancangan Bandar Dan Desa
Seksyen ini menguji pengetahuan dan kefahaman pegawai dalam mengaplikasikan teori dan prinsip perancangan bandar dan desa.
Soalan-soalan adalah berkaitan perkara-perkara berikut :
a. Pengenalan Perancangan Bandar
i. Memahami sejarah dan evolusi perkembangan bandar
ii. 3 peringkat sistem Perancangan Bandar dan Desa
b. Perancangan Tapak
i. Keadaan / ciri-ciri fizikal tapak
ii. Kepentingan kajian tapak
iii. Proses kajian tapak
c. Penduduk
i. Demografi / Kependudukan
ii. Kajian sosio-ekonomi
iii. Kepadatan penduduk
iv. Migrasi penduduk
d. Perancangan Guna Tanah
i. Kesesuaian guna tanah
ii. Aktiviti guna tanah
iii. Potensi guna tanah
iv. Pembangunan gunatanah
6
-
e. Sistem Lalulintas (Circulation system)
i. Hierarki jalan raya
ii. Sistem pejalan kaki
iii. Pengurusan lalulintas
f. Alam Sekitar
i. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
ii. Pencemaran alam sekitar
g. Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat
i. Hubungan Manusia dengan Pencipta
ii. Hubungan Manusia dengan Manusia
iii. Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar
h. Falsafah Perancangan dan Pembangunan Sejagat
i. Sifat Menyeluruh
ii. Manusia sebagai Fokus Pembangunan
iii. Aktiviti Pelbagai Dimensi
iv. Perubahan Kuantitatif dan Kualitatif
v. Penggunaan dan Pengagihan Sumber dengan Saksama
Soalan : 40 (Aneka Pilihan)Masa : 1 Jam
7
-
Seksyen II : Isu-Isu Semasa Perancangan Bandar Dan Desa
Seksyen ini memberi tumpuan kepada masalah dan isu perancangan bandar dan desa semasa termasuk isu yang terbit dalam akhbar dan media masa lain.
Aspek-aspek yang terlibat mengenai isu-isu perancangan semasa ialah seperti berikut :
i. Kesesuaian Gunatanah / Tapak
- Gunatanah yang bercanggah
- Tapak yang tidak sesuai
- Pemeliharaan / pemuliharaan kawasan berkepentingan
- Gunatanah perdagangan / perindustrian
ii. Alam Sekitar
- Kawasan sensitif alam sekitar
- Bencana alam
- Pencemaran
iii. Pengangkutan
- Kesesakan lalulintas
- Mod pengangkutan
- Masalah perhubungan jalanraya
iv. Pembangunan Mampan
- Pemahaman mengenai mampan
- Indikator / pendekatan mampan
v. Rekabentuk Bandar
- Susunatur elemen bandar
- Imej bandar
- Rupa fizikal bandar
- Pemeliharaan bangunan / kawasan berkepentingan seperti warisan8
-
vi. Perniagaan / Perdagangan
- Fizikal
- Ekonomi
vii. Perindustrian
- Fizikal
- Ekonomi
Soalan : 40 (Aneka Pilihan)Masa : 1 Jam
9
-
Seksyen III : Piawaian Dan Undang-Undang Perancangan
a. Piawaian dan Garis Panduan Perancangan
Kefahaman tentang pengetahuan konsep dan kefahaman mengenai faedah-faedah daripadanya.
b. Kawalan Pembangunan dan Kepadatan
i. Pengertian, peranan dan tujuan kawalan pembangunan
ii. Konsep dan pengiraan nisbah plot, kawasan plinth dan anjakan bangunan
c. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Aspek-aspek yang terlibat: i. Bahagian I - Permulaan
ii. Bahagian II - Dasar dan Pentadbiran
Bahagian IIA - Jawatan Kuasa Perancang Wilayah
Bahagian IIB - Rancangan Fizikal Negara
Kefahaman terperinci aspek organisasi dan pentadbiran yang berkaitan dengan aktiviti perancangan bandar dan desa di peringkat kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan khususnya yang di peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya.
iii. Bahagian III - Rancangan Pemajuan
Kefahaman terperinci berkenaan konsep dan pengertian rancangan pemajuan sepertimana yang diperuntukkan dalam akta serta proses dan prosedur penyediaannya.
Rancangan Struktur
Rancangan Tempatan
Rancangan Kawasan Khas
10
-
iv. Bahagian IV - Pengawalan Perancangan
Kefahaman terperinci tentang aspek perundangan yang terdapat dalam aktiviti kawalan guna tanah, proses dan prosedur untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi menjalankan aktiviti perancangan, penguatkuasaan di bawah Akta.
v. Kebenaran Merancang
Kefahaman am aspek perundangan yang terdapat dalam aktiviti kawalan guna tanah, proses dan prosedur untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi menjalankan aktiviti perancangan, penguatkuasaan di bawah Akta 172.
vi. Bahagian VI - Lembaga Rayuan
d. Kefahaman Tentang Kaitan Akta-Akta Yang Berkaitan Dengan Bidang Perancangan Bandar dan Desa
i. Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)
Bahagian I - Permulaan
Bahagian III - Hak dan kuasa Pihak Berkuasa Negeri
Bab 2 - Pengkelasan dan Penggunaan Tanah
Bahagian IX - Pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan
Bab 1 - Pecah sempadan tanah
Bab 2 - Pecah bahagian tanah
Bab 3 - Penyatuan tanah
Bahagian XII - Penyerahan balik hakmilik kuasa untuk menyerah balik
ii. Akta Pengambilan Tanah 1960 (486)
Bahagian I - Permulaan
Bahagian II - Pengambilan
Soalan : 40 (Aneka Pilihan)
11
-
Masa : 1 Jam
12
-
Seksyen IV : Set Reka Bentuk
Seksyen ini menguji kebolehan pegawai secara manual dalam merekabentuk susunatur fizikal gunatanah sesuatu kawasan yang diberikan.
Soalan-soalan yang akan diberikan kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut :
a. Pelan Rekabentuk
i. Menyediakan satu pelan susun atur bagi satu tapak dimana maklumat dan masalah-masalah tapak yang berkaitan dibekalkan.
ii. Pegawai dikehendaki merekabentuk sesuatu perletakan cadangan gunatanah mengikut elemen-elemen yang telah ditetapkan seperti saiz bilangan berdasarkan piawaian dan garis panduan perancangan.
Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut :
1. Elemen-elemen gunatanah
- Perumahan
Kos tinggi
Kos sederhana
Kos rendah
- Perniagaan
Lot kedai
Kawasan gerai
Stesyen minyak
- Perindustrian
- Sistem sirkulasi
Jelas dan teratur mengikut hierarki jalan
- Kemudahan awam / masyarakat
- Utiliti
Pusat janakuasa
Tangki air
Logi rawatan kumbahan
- Kawasan lapang
- Kawasan pertanian
13
-
iii. Menyediakan satu petunjuk lengkap di sebelah kanan pelan yang mengandungi perkara-perkara berikut :
- Skala dan petunjuk arah
- Petunjuk bagi setiap elemen yang dicadangkan
- Bilangan atau keluasan dan peratusan cadangan pembangunan
- Tajuk pelan
- Nombor angka giliran
b. Laporan
Menyediakan laporan yang mengandungi :
i. Pelan konsep dan huraian
ii. Rasional cadangan perletakan gunatanah
Pecahan pemarkahan adalah seperti berikut:Reka bentuk : 70%Laporan : 30%
Soalan : Tiga (3) soalan jawab Satu (1)Masa : 7 Jam
14
-
8. Pengecualian : Calon-calon yang lulus mana-mana bahagianadalah dikecualikan daripada mengambil semulabahagian tersebut.
9. Keputusan : Lulus / Kandas
10. Pemeriksa Akan : i. Bahagian IDilantik Oleh Panel Subjek Peperiksaan
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
ii. Bahagian II, III, IV dan V Lembaga Peperiksaan Subjek Jabatan Skim Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa
11. Bahasa : Bahasa Malaysia (Soalan dan Jawapan)
12. Permohonan : i. Bahagian IDikemukakan Kepada Urusetia Peperiksaan
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
ii. Bahagian IIUrusetia Peperiksaan Subjek Jabatan Skim Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa
13. Pusat Peperiksaan : i. Bahagian IAkan Ditentukan Oleh Urusetia Peperiksaan
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
ii. Bahagian IIUrusetia Peperiksaan Subjek Jabatan Skim Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa
14. Kekerapan Peperiksaan : 2 kali Setahun
15. Tarikh Akhir : i. Bahagian IMengemukakan Ditentukan oleh Jabatan PerkhidmatanPermohonan Awam
ii. Bahagian IISebulan sebelum peperiksaan
15
-
Bahan-Bahan Rujukan
Bahagian I
i. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Jilid I dan Jilid II
ii. Perintah Am Bab B dan G
iii. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005
iv. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
v. Perintah-perintah am dan arahan pentadbiran
vi. Arahan Keselamatan
vii. Tonggak 12
viii. Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis (INTAN)
ix. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
x. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82)
xi. Citra Karya (Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam)
xii. Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam
xiii. Dasar-dasar Pembangunan Negara
xiv. Malaysia Kita
xv. Pelan Integriti Nasional (PIN)
Bahagian II
i. Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)
ii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
iii. Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)
iv. Rancangan Fizikal Negara
v. Rancangan Struktur
vi. Rancangan Tempatan
vii. Rancangan Kawasan Khas
viii. Piawaian dan Garis panduan Perancangan
ix. Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat
16