sukan tradisional

16
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112) KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS KENT, TUARAN. PERMAINAN : LASTIK TIN 1.0 PENGENALAN Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. Kami telah memilih salah satu permainan tradisional yang amat popular dikalangan kanak-kanak iaitu melastik tin. Permainan lastik merupakan antara permainan kegemaran kanak-kanak pada zaman dahulu. Ia sangat mudah untuk dimainkan. Permainan melastik tin ini telah dilhamkan daripada aktiviti tradisional orang di zaman dahulu iaitu melastik burung. Secara ringkasnya, permainan ini merupakan permainan melastik tin yang mana pelajar perlu melastik batu ke arah tin dan matlamatnya ialah untuk menjatuhkan tin, adalah diharapkan agar para pelajar dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran melakukan pergerakan asas, memperoleh kepuasan dan keseronokan dalam permainan. Kanak-kanak sering menggunakan lastik ini untuk melastik burung atau binatang lain. Malah, ada juga pada ketikanya, kanak-kanak akan menghabiskan waktu lapang dengan melastik tin susu kosong ataupun kotak kosong. Dalam pada itu, seseorang individu dapat mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 1

Upload: amirul-azaman

Post on 20-Jun-2015

998 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

IPG KAMPUS KENT, TUARAN.

PERMAINAN : LASTIK TIN

1.0 PENGENALAN

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang

kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara

permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu

bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh

kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau,

batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Kami telah memilih salah satu permainan tradisional yang amat popular

dikalangan kanak-kanak iaitu melastik tin. Permainan lastik merupakan antara

permainan kegemaran kanak-kanak pada zaman dahulu. Ia sangat mudah untuk

dimainkan. Permainan melastik tin ini telah dilhamkan daripada aktiviti tradisional

orang di zaman dahulu iaitu melastik burung. Secara ringkasnya, permainan ini

merupakan permainan melastik tin yang mana pelajar perlu melastik batu ke arah tin

dan matlamatnya ialah untuk menjatuhkan tin, adalah diharapkan agar para pelajar

dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran melakukan pergerakan asas,

memperoleh kepuasan dan keseronokan dalam permainan.

Kanak-kanak sering menggunakan lastik ini untuk melastik burung atau

binatang lain. Malah, ada juga pada ketikanya, kanak-kanak akan menghabiskan

waktu lapang dengan melastik tin susu kosong ataupun kotak kosong.

Dalam pada itu, seseorang individu dapat mempraktikkan aspek jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 1

Page 2: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

2.0 NAMA PERMAINAN

Melastik tin

3.0 MATLAMAT

Permainan ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali

PJM 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan iaitu

permainan tradisional.

Nama permainan ini ialah permainan melastik tin di mana cara permainan

hampir sama dengan permainan baling tin tetapi telah diubahsuai dari segi cara

permainan, peraturan dan bilangan peserta. Permainan ini boleh dikatakan dapat

meningkatkan kemahiran individu dari sudut fokus setiap pemain dan juga kemahiran

yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif dan afektif. Selain itu, permainan ini juga

dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa

pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

4.0 OBJEKTIF

Permainan melastik ini mempunyai beberapa objektif yang terdiri daripada 3

aspek iaitu aspek psikomotor, aspek kognitif dan aspek afektif.

Aspek psikomotor

Dapat melibatkan komponen-komponen kecergasan fizikal yang berkaitan

dengan permainan.

Dapat mengaplikasikan kemahiran pergerakan asas yang dipelajari dalam

subjek Pendidikan Jasmani.

Meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan serta kekuatan otot.

Dapat memainkan permainan tradisional dengan peraturan yang betul

Aspek kognitif

Dapat memikirkan cara bagaimana sesuatu permainan dimainkan

Merancang strategi permainan untuk memenangi permainan tersebut

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 2

Page 3: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

Aspek Afektif

Dapat memupuk nilai kerjasama antara ahli kumpulan

Menerapkan semangat kesukanan, nilai berkerjasama, kebolehan

menyesuaikan diri dan kemampuan untuk memimpin di dalam pasukan.

Memupuk semangat kesukanan, semangat kerjasama dan kebolehan

memimpin sesama pelajar.

Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang

disediakan oleh guru di samping meningkatkan potensi diri pelajar.

5.0 TARIKH

5-6 Mac 2013

6.0 MASA

7:30 – 9.30 pagi

7.0 TEMPAT

Padang Utama, IPG Kampus Kent, Tuaran.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Guru Pelatih Unit PISMP P. Jasmani Januari 2011 (rujuk lampiran1)

9.0 BILANGAN PESERTA

3 orang setiap kumpulan (rujuk lampiran 2)

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 3

Page 4: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

10.0 AHLI JAWATANKUASA

10.1 Ahli Jawatankuasa Induk

PENAUNG

Puan Mary Teresa Kinajil

Pengarah

IPG Kampus Kent Tuaran

PENASIHAT

En. Simun Guntalip

Pensyarah

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

IPG Kampus Kent Tuaran

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 4

Page 5: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

10.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

PENGERUSI

Farhan Sayuati

NAIB PENGERUSI

Mohd Amirul Idwan Bin Azaman

SETIAUSAHA

Abdullah Syafiq Bin Ariffin

AJK PERALATAN

Abdul Qarim Bin Mohamed

Ahmad Mazlan Bin Maldam

Elisha Paul

AJK KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

Lawrencia Lajius

Mohamad Khairuddin Bin kholid

Muhammad Zaim Bin Azhar

AJK DOKUMENTASI

Mohd Fikri Bin Che Hamid

Mohd Hafiz Bin Ibrahim@Husain

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 5

Page 6: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

Mohd Hafizuddin Bin Hasan

AJK TUGAS-TUGAS KHAS

Mohd Naim Bin Azhar

Mohd Saiful Bin Harun

Mu’az Mudrikah Alias Tudin

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 6

Page 7: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

11.0 SENARAI SEMAK GERAK KERJA 

11.1 Sebelum:

BIL SENARAI SEMAK SEBELUM

PERLAKSANAAN PERMAINAN

YA TIDAK CATATAN

1 Mengadakan perbincangan dalam

kumpulan

2 Membuat perlantikan ahli jawatankuasa

dan pembahagian tugas

3 Membincang permainan tradisional yang

hendak dilaksanakan

4 Membuat kertas kerja

5 Menghantar kertas kerja kepada

pensyarah pembimbing dan diluluskan

6 Menyediakan alatan sebelum permainan

dilaksanakan

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 7

Page 8: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

11.2 Semasa:

BIL SENARAI SEMAK SEMASA

PERLAKSANAAN PERMAINAN

YA TIDAK CATATAN

1 Memastikan keadaan kesihatan pelajar

2 Memastikan pelajar memakai pakaian

yang sesuai

3 Memastikan pelajar membuat pemanasan

badan (warming-up)

4 Penyemakan alatan

5 Mengambil kehadiran pelajar

6 Memastikan keadaan disiplin pelajar

terkawal

7 Menyediakan kemudahan peti pertolongan

cemas

8 Memberi penerangan tentang aktiviti yang

akan dilaksanakan

9 Memastikan bahawa guru menjalankan

demonstrasi permainan

10 Memastikan keadaan gelanggang selamat

11 Pengadil mestilah berada di kawasan

permainan sepanjang permainan

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 8

Page 9: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

berlangsung

11.3 Selepas:

BIL SENARAI SEMAK SELEPAS

PERLAKSANAAN PERMAINAN

YA TIDAK CATATAN

1 Mengemas kawasan gelanggang

2 Menyimpan semula alatan yang digunakan

3 Post Mortem atau membuat refleksi

terhadap perlaksanaan permainan

12.0 SENARAI ALATAN

BIL NAMA ALATAN KUANTITI

1 Tin aluminium 10

2 Blok kayu 1

3 Gelang getah 2 Paket

4 Skitel 2

5 Gelung rotan 1

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 9

Page 10: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

13.0 PROSEDUR PELAKSAAN PERMAINAN

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 10

4 METER

Page 11: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

13.1 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN

i. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang pemain.

ii. Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain berada di kawasan

gelung rotan 

iii. Pemain yang berada di dalam gelung akan melastik gelang getah ke arah tin

tanpa bergerak keluar dari gelung.

iv. Tangan sahaja yang dibenarkan keluar dari kawasan gelung.

v. Seorang pemain diberikan sekali sahaja peluang untuk melastik ke arah tin.

vi. Bilangan tin yang jatuh akan dikira dan kumpulan yang mengumpul jumlah

jatuhan tin yang banyak dikira sebagai pemenang.

13.2 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN

Penyertaan

Peserta terdiri daripada pelajar kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani.

Bilangan peserta adalah seramai 3 orang untuk satu kumpulan.

Format pertandingan

Mempunyai dua set permainan ( set penentuan akan diadakan jika setiap

kumpulan terikat).

Seorang peserta akan melastik sekali sahaja untuk satu set.

Pengiraan dikira setelah berakhirnya semua giliran peserta melastik ke arah

tin.

Pakaian

Setiap kumpulan harus memakai pakaian yang sesuai dan selesa.

Keselamatan

Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap

sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kecederaan ataupun kehilangan

harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 11

Page 12: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

13.3 BORANG PEMARKAHAN

KUMPULANJATUHAN TIN

JUMLAHSET 1 SET 2123456

Cara Pengiraan :

Setiap jatuhan tin oleh tiap kumpulan akan dicatat. Setiap kumpulan akan diberi 3 kali lastikan. Kumpulan yang mempunyai jatuhan tin yang banyak akan dikira sebagai

pemenang.

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 12

Page 13: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

LAMPIRAN

SENARAI NAMA PESERTA PERMAINAN KANAK-KANAK

UNIT PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2012

BIL

Nama Guru Pelatih

1 Abdul Qarim Bin Mohamed2 Abdullah Syafiq Bin Ariffin3 Ahmad Mazlan Bin Maldam4 Elisha Paul5 Farhan Bin Sayuati6 Lawrencia Lajius7 Mohamad Khairuddin Bin kholid8 Muhammad Zaim Bin Azhar9 Mohd Amirul Idwan Bin Azaman10 Mohd Fikri Bin Che Hamid11 Mohd Hafiz Bin Ibrahim@Husain12 Mohd Hafizuddin Bin Hasan13 Mohd Naim Bin Azhar14 Mohd Saiful Bin Harun15 Mu’az Mudrikah Alias Tudin16 Muhammad Firdaus Bin Abd Rahani17 Noor Balqis Binti Muhammad Safian18 Nurnadiah Binti yusof19 Rickson Jadi20 Victor George

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 13

Page 14: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

SENARAI AHLI KUMPULAN

Bil

.

Kumpulan 1 Kumpulan 2

1 AHMAD MAZLAN LAWRENCIA

2 ELISHA PAUL FARHAN

3 ABDUL QARIM HAFIZUDDIN

Bil

.

Kumpulan 3 Kumpulan 4

1 NAIM BALQIS

2 NADIAH HAFIZ

3 FIRDAUS MUAZ

Bil

.

Kumpulan 5 Kumpulan 6

1 RICKSON ZAIM

2 FIKRI VICTOR

3 KHAIRUDDIN SAIFUL

Disediakan oleh,

……………………………………..

( ABDULLAH SYAFIQ BIN ARIFFIN)

Setiausaha,

Permainan Kanak – kanak,

IPG Kampus Kent, Tuaran.

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 14

Page 15: Sukan tradisional

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

Disemak Oleh,

……………………………………..

(ENCIK SIMUN GUNTALIP)

Pensyarah,

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan,

IPG Kampus Kent, Tuaran.

Disahkan Oleh,

………………………………………

(PUAN MARY TERESA KINAJIL)

Pengarah,

IPG Kampus Kent, Tuaran.

PERMAINAN : MELASTIK TIN Page 15