sukan berpasukan.doc

Upload: jamal-anuar-zuhri-jamaludin

Post on 04-Jun-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    1/21

    KESEPADUAN DAN SEMANGAT BERPASUKAN

    1.0 Pengenalan

    Kejayaan sesuatu pasukan dalam sukan sebenarnya diasaskan oleh kewujudan

    semangat berpasukan untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama.

    Kejayaan pasukan bukanlah pilihan seperti mana berlaku kepada pasukan Perak

    yang menjuarai Piala Malaysia yang pertama pada abad ke 21 menewaskan

    pasukan pilihan iaitu Negeri Sembilan. Kejayaan Pasukan Perak membuktikan

    kenyataan ini. Walalupun ramai yang meramalkan pasukan negeri Sembilan akanmenjuarai Piala tersebut berdasarkan prestasi semasa serta rekod kemenangan ke

    atas perak sepanjang kejohanan pada tahun 2 namun dina!ikan oleh semangat

    berpasukan yang ditunjukkan oleh semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh

    pasukan Perak dalam perlawanan akhir. "abaran yang diberikan oleh para pemain

    negeri Sembilan mampu diatasi berkat kesepaduan serta semangat berpasukan

    yang tinggi oleh pemain Perak. #pa yang disebut sebagai semangat berpasukan

    sebenarnya merupakan ciri$ciri kesepaduan dalam pasukan.%"arron& 1'(2)

    *asa dipunyai atau tergolong dalam satu kumpulan& golongan atau pasukan

    merupakan elemen penting dalam memenuhi keperluan indi+idu pemain sekaligus

    menyemarakan semangat berpasukan& meningkatkan hubungan sesama pemain&

    kesetiaan terhadap pasukan& menghormati jurulatih serta meningkatkan pencapaian

    pasukan. ,leh itu& dalam penulisan ini& cuba mengupas dan memahami apa yang

    dikatakan dengan kesepaduan pasukan& proses pembentukan sesuatu pasukan&

    pengukuran pasukan serta kaitan di antara kesepaduan pasukan dan pencapaianpemain dalam sukan.

    1

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    2/21

    2.0 Definisi kesepaduan dan semanga !e"pasukan

    "arron %1'(2)& mengatakan bahawa kesepaduan pasukan merupakan proses yang

    dinamik yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan untuk bersatu

    dan bersama mencapai matlamat dan objekti! kumpulan tersebut.

    Sebelumnya& ramai penyelidik mengatakan bahawa kesepaduan bersi!at

    unidimensi. -agaimanapun kajian terkini mendapati bahawa wujud dimensi

    kesepaduan yang lain. ua dimensi ini adalah& kesepaduan tugasan dan

    kesepaduan sosial.

    Kesepaduan tugasan merujuk kepada tahap di mana ahli kumpulan bersama$sama berkerja untuk menyelesaiakan masalah atau sesuatu tugasan yang spesi!ik.

    "ontohnya& pengelibatan pemain$pemain pasukan Malaysia dalam perlawanan

    persahabatan dengan pemain$pemain pasukan Manchester /nited pada 0ulai 2 '

    ketika program jelajah Manchester /nited baru$baru ini. -iarpun hanyalah

    perlawanan persahabatan namun pemain$pemain pasukan Malaysia telah pun

    berusaha dengan bersungguh$sungguh memastikan tidak ada jurang gol yang

    terlalu jauh diantara kedua$dua pasukan. ni kerana& pasukan M/ merupakan antara

    pasukan yang digeruni di arena bola sepak unia. Pemain$pemain pasukan

    Malaysia berusaha bermain berdasarkan tugasan dan peranan masing$masing

    dalam pasukan yang diwakili.

    Kesepaduan sosial pula merujuk kepada tahap hubungan interpersonal di

    kalangan ahli kumpulan. "ontohnya & adanya hubungan kekeluargaan dengan

    pemain dengan pemain yang lain. Pemain akan berkerjasama dengan pemain yang

    lain atas dasar adanya hubungan kekeluargaan dan hubungan sosial diantaramereka. ni bermaksana kebersamaan atau kesepaduan sosial akan wujud dengan

    adaya ikatan kekeluargaan atau hubungan sosial dalam pasukan tersebut.

    alam konteks sukan pula& pemain akan terikat dengan dengan kesepaduan

    sosial kerana masing$masing terikat dengan kontrak %kesepaduan sosial) untuk

    2

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    3/21

    mewakili pasukan tersebut. Seorang pemain merasa terikat atau meneruskan

    pengelibatan dalam sesuatu pasukan kerana !aktor tugasan&hubungan sosial atau

    kedua$duanya. 0esteru itu& ke!ahaman tentang kesepaduan pasukan serta proses

    yang terlibat dalam pembentukan pasukan akan dapat membantu kejayaan pasukan

    dalam jangka masa panjang.

    Kesepaduan pasukan melahirkan semangat berpasukan yang jitu di kalangan

    ahli kumpulannya. Semangat kumpulan ini lahir apabila wujudnya perasaan saling

    memerlukan dan mengahargai diantara satu sama lain dalam mencapai satu

    matlamat. Semangat pasukan dan kesepaduan pasukan tidak semestinya

    bermatlamat untuk kemenangan tetapi mempelihatkan gaya permainan yang

    mantap dan berkualiti. Kemenangan merupakan bonus bagi pasukan yang bermain

    dengan baik berbanding pasukan yang lain.

    Memetik artikel ibnu Suhali %2 ') dalam blognya& mengatakan bahawa

    sprit de "orps berasal dari perkataan Perancis yang membawa maksud semangat

    bekerjasama& semangat kekitaan ataupun semangat berpasukan. engan kata lain

    ini adalah suatu semangat yang dapat menyatukan manusia khususnya dalam

    sesebuah pasukan seperti pasukan bola sepak& ragbi dan seumpanya. sprit de

    "orps amatlah penting dalam sesebuah organisasi sukan& jabatan dan mahupun

    negara seluruhnya. Semangat ini telah diterapkan sejak dari peringkat sekolah

    melalui kepelbagaian akti+iti yang dianjurkan pihak sekolah yang menuntut

    semangat antara ibu bapa& guru dan murid. 3al ini secara tidak langsung

    menyebabkan semangat esprit de corps itu wujud dalam diri setiap murid.

    sprit de "orps yang merujuk kepada semangat semangat kerja berpasukan

    telah lama diaplikasikan oleh kerajaan dalam pelbagai cara dan bentuk di Malaysia

    yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya atau boleh juga dirujuk sebagaimasyarakat plural. Masyarakat Malaysia yang sememangnya terdiri daripada

    pelbagai kaum dan budaya memerlukan semangat ini& sebagai tunjang perpaduan

    dan keutuhan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Walaupun esprit de

    "orps pada mulanya diamalkan dalam ketenteraan& tetapi semangat ini juga sangat

    praktikal untuk diamalkan dalam aspek kehidupan masyarakat plural seperti di

    3

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    4/21

    Malaysia. Sudah menjadi resam hidup dalam masyarakat yang terdiri daripada

    pelbagai budaya kadang$kala akan mengalami pergeseran. 3al ini di dorong oleh

    pelbagai !aktor dalaman dan luaran yang boleh melemahkan semangat perpaduan

    melalui pengaplikasian prinsip ini& 4aktor yang boleh melemahkan perpaduan kaum

    di Malaysia dapat dikurangkan.

    alam konteks sukan& perpaduan kaum membolehkan wujudnya kesepaduan

    sosial antara pemain dalam pasukan kerana adanya penerimaan terhadap pemain

    berbangsa lain dalam pasukan itu. ,leh itu semangat spirit de corps mempunyai

    pengaruh yang amat besar dalam pembentukan sesebuah pasukan.

    #.0 Semanga !e"pasukan dan peningka an kuali i pasukan

    Semangat berpasukan adalah unsur yang menyatupadukan seluruh organisasi

    dalam sesebuah sukan& pemain dengan pemain dan jurulatih dengan pemain dalam

    menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama&

    komitmen dan penyertaan pemain dan jurulatih secara menyeluruh ke atas program

    dan perlawanan atau kejohanan yang disertai bagi memastikan adanya peningkatan

    kualiti dari segi 5per!ormance6 pemain.

    Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada pemain

    secara indi+idu. ni kerana masalah$masalah dalam pasukan adalah bersi!at

    komplek& melibatkan berbagai bahagian dan sistem. ,leh itu la7imnya penyelesaian

    masalah tersebut adalah di luar kemampuan indi+idu. alam keadaan yang

    demikian setiap pemai dan jurlatih perlu bertindak secara berpasukan supayasegala kekuatan dalam pasukan dapat digemblengkan sepenuhnya. Man!aat yang

    akan diperolehi oleh pasukan dengan bertindak secara berpasukan ini ialah setiap

    indi+idu pemain mempuyai kebolehan dan keistemewaan masing$masing. ,leh itu&

    bidang kepakaran& pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah. ni akan melahirkan penyelesaian yang berkesan.

    4

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    5/21

    Selain itu& bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral

    pemain dan kepuasan bermain kerana mereka sama$sama diberi peluang

    menyelesaikan masalah$masalah kualiti pasukan. Masalah$masalah yang dikongsi

    bersama oleh berbagai !ungsi dalam posisi pasukan dan bahagian boleh

    diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Selain itu& cadangan yang dibuat oleh

    pemain secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding

    dengan& cadangan$cadangan yang dibuat oleh indi+idu.

    #pabila pasukan mengamalkan semangat berpasukan& mereka akan

    secara langsung boleh mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses

    peningkatan kualiti. #spek$aspek tersebut meliputi pertukaran maklumat dan idea$

    idea dan lebih meluas& semangat saling percaya$mempercayai di kalangan pemaindan komunikasi yang lancar di dalam pasukan. Melalui penyertaan di dalam akti+iti$

    akti+iti berpasukan& pemain$pemain akan mempunyai peluang yang luas untuk

    bertukar pengetahuan& pengalaman& maklumat dan idea dengan rakan sekerja.

    Keadaan ini akan meningkatkan kebolehan seseorang pemain untuk mencetuskan

    idea$idea baru yang kreati! dan ino+ati! bagi mempertingkatkan kualiti pasukan yang

    diinginkan.

    alam suasana kerja berpasukan seperti ketika menyertai kejohananperlawanan& pemain mempunyai perasaaan percaya$mempercayai sesama mereka.

    engan perasaan ini indi+idu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak

    dalam menjalankan tanggungjawab masing$masing. engan itu mereka akan dapat

    membuat keputusan$keputusan dengan cepat& menggunakan budi bicara dengan

    sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing$

    masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti.

    Perasaan percaya$mempercayai yang ada di kalangan pemain itu

    seterusnya memudahkan proses komunikasi di dalam pasukan. ni seterusnya

    memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan bahagian$

    bahagian dan unit& yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi

    jabatan.

    5

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    6/21

    $.0 P"%ses pem!en ukan pasukan

    Pembentukan pasukan harus melalui beberapa !asa. Menurut carron %1''8)&

    mengatakan bahawa kumpulan indi+idu yang mempunyai identiti yang sama&

    berkongsi matlamat dan objekti! yang sama& berkongsi nasib& mempunyai corak dan

    interaksi komunikasi yang tersendiri& menonjolkan si!at saling membantu&

    memerlukan antara satu sama lain dan menganggap diri mereka satu kumpulan. ni

    merupakan ciri$ciri yang perlu ada dalam diri kumpulan indi+idu bagi membentuk

    satu pasukan. /ntuk sampai ke tahap sebuah pembentukan pasukan yang mantap&

    para pemain perlu melalui beberapa !asa iaitu pembentukan& pertelagaan&

    pembentukan norma& dan prestasi %0ohnson9 johnson& 1''8). engan memahamiproses yang dilalui untuk pembentukan pasukan yang mantap& baulah seorang

    jurulatih atau pemimpin sukan dapat melakar strategi yang berkesan untuk

    memastikan keharmonian sesebuah pasukan.

    8.1 4asa pembentukan

    "iri$ciri utama dalam !asa ini adalah percubaan untuk mengenali serta

    membiasakan diri dengan ahli pasukan yang lain& membuat perbandingan sosial

    khususnya dari segi kemampuan dan kebolehan& menilai kekuatan dan

    kelemahan masing$masing serta menilai kemampuan aksi masing$masing.

    Menurut #nshel %1''8)& antara persoalan yang timbul pasa !asa ini adalah

    seperti persoalan:

    5 #dakah saya layak berada di sini;6

    5 Perlukah saya berada di sini;6

    5 #dakah saya ingin berada di sini; 6

    6

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    7/21

    5 0ika ya& apakah peranan saya;6

    ni adalah antara persoalan yang timbul dan perlu dijawab oleh indi+idu

    tersebut. Kegagalan menjawab persoalan ini akan menyebabkan indi+idu

    tersebut merasa dipinggirkan dan tidak diperlukan oleh pasukan tersebut.

    /ntuk mengurangkan tekanan yang berlaku pada !asa ini& jurulatih taau

    pihak pengurusan perlu memastikan kurangnya proses pertukaran pemain yang

    terlalu kerap untuk mengurangkan tekanan kepada pemain baru khususnya&

    serta para pemain senior yang lain. "arron %1'(8) juga mencadangkan agar

    pemain baru diperkenalkan kepada pemain lama secara positi!. Pada masa

    yang sama& jurulatih serta pihak pengurusan perlu peka tentang wujudnya

    budaya negati! atau berlakunya pergeseran di kalangan pemain. Sekranya iniberlaku& tindakan perlu diambil agar ianya tidak menganggu prestasi serta

    tumpuan semsa latihan. Mungkin sesi suai kenal yang terpimpin boleh diadakan

    untuk mengatasi masalah ini.

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    8/21

    Keadaan ini sering berlaku dalam sukan berbentuk kontak seperti ragbi&

    bola sepak serta beberapa jenis sukan kumpulan yang lain. ni adalah kerana

    pemain sedang berusaha untuk mendapatkan perhatian jurulatih. 0umlah serta

    tahap pertelingkahan ini tertakluk kepada kebijaksanaan jurulatih mengenal

    pasti kekuatan serta kelemahan setiap pemain. 0ika kekuatan serta kelemahan

    ini dijelaskan secara objekti! kepada para pemain& pertelagahan ini akan

    berkurangan dan para pemain mengetahui ekspektasi jurulatih terhadap mereka

    %"arron& 1'(8).

    0urulatih juga perlu bertegas dengan pemain dengan meletakkan satu

    piawai tentang satu perlakuan yang diingini bagi mengurangkan tekanan dan

    perpecahan di kalangan pemain. 0esteru itu& sebarang bentuk pertelagahan

    yang timbul selepas kesemua kehendak jurulatih diperjelaskan kepada pemain

    perlu ditangani segera utuk mengurangkan risiko kecederaan dan perpecahan

    kalangan pemain.

    8.= 4asa pembentukan norma

    Pada !asa ini& pemain sudah dapat melupakan persaingan dan pertelagahan

    yang timbul pada !asa sebelumnyaiaitu !asa pertelagahan. Pemain sudah mula

    menjalin hubungan yang positi! serta mula menunjukkan sikap berkerjasama

    serta saling membantu rakan sepasukan yang lain. 4asa ini amat penting

    kerana pada !asa iniah konsep kesepaduan serta identiti pasukan mula

    terbentuk di kalangan pemain. Para pemain mula mementingkan kehendak

    pasukan erbanding kehendak diri sendiri. 0ika wujud atau pemain atau atletyang mementingkan diri pada tahap ini& ia perlu ditangani segera agar tidak

    mengugat kesepaduan pasukan serta menyebabkan pemain tadi dipinggirkan

    oleh rakan sepasukan yang lain.

    8

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    9/21

    Pada !asa ini juga& para pemain mula melihat dan menilai sumbangan

    unik setiap pemain demi kejayaan pasukan. Persaingan sesama sendiri kini

    bertukar menjadi bantuan kepada rakan$rakan yang memerlukan. Seorang

    jurulatih yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk menanam semangat

    pasukan yang jitu& membincangkan tentang matlamat pasukan serta

    menjelaskan sumbangan yang boleh diberikan oleh setiap ahli pasukan demi

    untuk menyemarakkan lagi semangat pemain utuk berjaya dan ber!ungsi

    sebagai satu pasukan.

    8.8 4asa prestasi

    Pada !asa ini& para pemain sudah bersedia sebagai satu pasukan untuk

    mencapai matalamat yang disasarkan. 4asa ini dinamakan sebagai !asa

    5kematangan hubungan6. ni adalah kerana para pemain sudah mengetahui

    peranan yang perlu dimainkan oleh setiap indi+idu dalam pasukan& menghargai

    setiap sumbangan yang diberikan serta memeberikan sokongan yang tidak

    berbelah bahagi demi kejayaan pasukan.

    Perasaan iri hati di antara pemain utama dengan pemain simpanan tidak

    wujud kerana masing$masing menghargai sumbangan serta peranan yang

    dimainkan oleh setiap ahli pasukan. Sebaliknya& hubungan antara pemain dan

    jurulatih menjadi semakin mantap dan akrab. /ntuk mencapai tahap ini& jurulatih

    perlu mewujudkan suasana berkerjasama di kalangan pemain serta

    mengelakkan persaingan yang negati! dalam pasukan. 0ika ingin memberikan

    pujian& ia harus diberikan kepada pasukan terlebih dahulu sebelum diberikankepada indi+idu tertentu dalam pasukan. Pujian kepada indi+idu haruslah

    kepada peranan yang dimainkan demi untuk pasukan dan bukannya pujian

    yang bersi!at indi+idu. ni akan memupuk semangat serta kesepaduan yang

    berterusan dalam pasukan.

    9

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    10/21

    &.0 Ala penguku"an kesepaduan pasukan

    -eberapa alat pengurukuran dibina untuk mengukur serta menilai kesepaduan

    pasukan. #ntara in+entori awal yang dicipta untuk mengukur adalah seperti Sport

    cohesi+eness >uestionnaire? S"> %Soal selidik kesepaduan dalam sukan) n+entori

    ini diperenalkan oleh Martens dan Peterson %1'91& Petikan dari Wann& 1''9) untuk

    menilai kesepaduan pasukan. Kebanyakan item tertumpu pada kesepaduan sosial.

    Walaupun ianya digunakan dengan agak meluas untuk menilai kesepaduan

    pasukan& masalah dari segi kesahan dan kebolehpercayaan menyebabkan

    penggunaanya menjadi agak terhad.%Wann& 1''9)

    Seterusnya adalah& "ohesi+eness >uestionnaire? @"> %Soal selidik

    kesepaduan pasukan). n+entori ini dicipta oleh Aruber dan Aray %1'(2). n+entori

    ini mengandungi 1= item& khusus untuk menilai kesepaduan tugasan dan

    kesepaduan sosial

    nstrument ketiga adalah Multidimensional Sport "ohesion instrument? MS"

    % nstrumen multidimensi kesepaduan dalam sukan). nstrumen ini diperkenalkan

    oleh mengukur 8 dimensi kesepaduan pasukan

    iaitu tarikan indi+idu dan tugasan % ndi+idu tertarik kepada pasukan untuk

    memenuhi keperluan menyelesaiakan tugasan)& tarikan indi+idu dan sosial %indi+idu

    10

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    11/21

    tertarik kepada pasukan untuk memenuhi keperluan sosial)& integrasi kumpulan dan

    tugasan %indi+idu bersatu sebagai satu pasukan untuk memenuhi keperluan

    menyelesaikan tugasan) dan integrasai kumpulan dan sosial %indi+idu bersatu

    sebagai satu pasukan untuk memenuhi keperluan sosial)

    Menurut "arron dan rakan$rakan& salah satu daripada empat dimensi ini

    mampu merangsang indi+idu untuk terus bersama dengan pasukannnya.

    -agaimanapun& kesannya akan lebih kuat jika keempat$empat dimensi ini bertindak

    merangsang indi+idu terbabit. -eberapa kajian yang telah dibuat memberikan

    sokongan terhadap gagasan yang diutarakan dengan memberikan nilai kesahan

    dan kebolehpercayyaan yang agak baik untuk A >.

    '.0 (ak %" )ang mempenga"u*i kesepaduan kumpulan

    Proses pembentukan pasukan dipengaruhi oleh beberapa !aktor iaitu sai7

    kumpulan& interaksi di antara ahli kumpulan& kejelasan dan penerimaan peranan

    dalam kumpulan& iklim kumpulan yang kondusi!& kejelasan peranan setiap ahli serta

    apresiasi ketua terhadap prestasi setiap ahli kumpulan %#nshel 1''9).

    #ntara !aktor yang mempengaruhi kesepaduan pasukan adalah sai7

    kumpulan . Semakin ramai ahli dalam sesebuah kumpulan semakin kurang

    kesepaduan pasukan berkenaan. -ilangan ahli yang ramai akan menyebabkan

    wujudnya kumpulan kecil dalam pasukan tersebut. ni akan menyebabkan peranan

    ahli menjadi kurang berkesan. -ilangan ahli yang sesuai adalah bergantung

    kepada jenis tugasan yang akan dilakukan. Menurut "arron %1'( )& apabila

    bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan atau pasukan melebihi daripada tiga orang

    maka keberangkalian bagi mereka mematuhi peraturan& norma serta ekspetasi

    kumpulan akan menjadi kurang.

    nteraksi di antara ahli kumpulan juga adalah antara !aktor yang

    mempengaruhi kesepaduan kumpulan. nteraksi amat penting dalam memupuk

    11

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    12/21

    kesepaduan pasukan. Sukan bola sepak dan ragbi merupakan contoh sukan yang

    memerlukan interaksi dan koordinasi yang baik dari semua pemain bagi

    memastikan kejayaan pasukan.

    Selain itu& Kejelasan matlamat kumpulan juga merupakan !aktor keapdakesepaduan kumpulan. Menurut #nshel %1''9)& pasukan yang memberikan

    tumpuan untuk mencapai matlamat pasukan dan matlamat indi+idu la7imnya lebih

    berorientasikan tugasan jika dibandingkan dengan pasukan yang matlamatnya

    kurang jelas. Kejelasan matlamat bermaksud mempunyai matlamat yang

    dipersetujui oleh ahli pasukan serta mencabar kemampuan mereka dan matlamat

    tersebut boleh diukur untuk menilai pencapaian pasukan berkenaan. engan

    matlamat yang jelas& pasukan tersebut akan dapat ber!ungsi dengan lebih

    berkesan serta kesepaduan pasukan akan menjadi lebih mantap.

    Matlamat yang dirangka juga harus diterima oleh semua ahli dalam

    kumpulan. ni juga merupakan !aktor kepada kesepaduan pasukan. Matlamat

    kumpulan hanya akan bermakna jika ianya dipersetujui ramai atau kesemua ahli

    yang terlibat. ni adalah kerana pengelibatan ahli dalam menetapkan matlamat ini

    akan menghasilkan kesepaduan yang amat tinggi. ni adalah kerana pemain tadi

    merasakan bahawa pendapat mereka dihargai serta mereka sendiri mengetahui

    prestasi semasa mereka. ni akan memudahkan mereka menentu& menerima serta

    merealisasikan matlamat tersebut. Sekiranya matlamat pasukan ditentukan oleh

    pihak pengurusan tanpa berbincang dengan para pemain& bukan sahaja matlamat

    yang dibuat sukar diterima malahan ia mungkin bleh memberikan tekanan yang

    tidak sepatutnya kepada para pemain.

    Selain itu& iklim pasukan yang kondusi! adalah !aktor kepada kesepaduan

    pasukan. Stail kepimpinan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan serta pemimpinpasukan turut memainkan peranan dalam meningkatkan kesepaduan pasukan.

    0urulatih yang mengamalkan corak kepimpinann autokratik yang keterlaluan

    la7imnya akan menurun tahap kesepaduan pasukan jika dibandingkan dengan

    jurulatih yang mengamalkan pendekatan yang agak humanistik serta menghormati

    para pemain %0ohnsonC0ohnson &1''8)

    12

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    13/21

    Pemahaman atlet tentang peranan mereka dalam kumpulan adalah

    antara !aktornya. Memahami peranan masing$masing dalam pasukan

    merupakan salah satu cara meningkatkan pencapaian setiap pemain serta

    merealisasikan matlamat pasukan. apatan kajian menunjukkan bahawa

    pemain yang memahami peranan serta posisi mereka dalam pasukan akan

    menyokong matlamat pasukan tersebut. Setiap pasukan mempunyai

    sumbangan yang tersendiri demi untuk kejayaan pasukan sama ada sebagai

    pemain utama mahupun pemain simpanan. 0esteru itu& memahami serta

    menerima peranan yang dimainkan bukan sahaja membantu meningkatkan

    kesepaduan pasukan malahan dapat memberikan identiti serta tumpuan untuk

    beraksi dengan lebih cemerlang.

    #presiasi ketua terhadap prestasi ahli juga mempengaruhi kesepaduan

    pasukan. Salah satu daripada keperluan sosial manusia adalah menerima

    penghargaan. Penghargaan yang diterima akan menjadi pencetus untuk pemain

    melipatgandakan lagi usaha untuk berjaya. Pihak pengurusan& jurulatih serta

    rakan sepasukan boleh meningkatkan kesepaduan pasaukan dengan

    memberikan penghargaan yang setimpal dengan usaha yang diberikan. Maklum

    balas yang positi! demi untuk peningkatan pemain juga wajar disuarakan agar

    pemain berasa diberikan perhatian pada setiap masa. ni bukan sahaja

    merangsang kesepaduan tugasan malah meningkatkan lagi kesepaduan sosial

    dalam pasukan.

    13

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    14/21

    +.0 (ak %" ,ang Mengguga Kesepaduan Pasukan

    @erdapat beberapa !aktor yang boleh menggugat kesepaduan ahli dalam

    pasukan. 4aktor$!aktor ini perluah diambil kira dan dititik beratkan oleh jurulatih

    dan pemain bagi mewujudkan pasukan yang jitu dan mantap. #lbert carron%1''=) telah menggariskan beberapa !aktor yang boleh menggugat kesepaduan

    sesuatu pasukan. #ntaranya adalah Percanggahan tentang matlamat pasukan

    iaitu matlamat pasukan yang kurang jelas akan menyebabkan pemain mudah

    tersalah anggap. "ontohnya 5#dakah kita bermain untuk seri ataupun menang;6

    5#dakah kita bermain sebagai satu pasukan atau membantu orang tertentu

    mencipta nama sebagai hero;6 ini adalah contoh bagaimana percanggahan

    matlamat boleh membawa kehancuran kepada pasukan.

    Kekerapan pertukaran ahli juga !aktor yang boleh menggugat

    kesepaduan pasukan. Pasukan yang kerap menukar pemain& khususnya dalam

    pasukan yang memerlukan setiap pemain bersama$sama beraksi seperti bola

    sepak& hoki dan bola jaring akan menyebabkan pemain keliru serta tertanya$

    tanya. Pemain akan menjadi kurang selesa kerana mereka tidak dapat

    mewujudkan perse!ahaman dengan rakan$rakan yang lain& tertanya Dtanya

    tentang nasib mereka sendiri dan mereka tidak pasti apa yang diingini olehpihak pengurusan. #kibatnya& prestasi dan kesepaduan pasukan akan

    menurun.

    Selain itu& perebutan kuasa dalam kumpulan juga merupakan !aktor yang

    mempengaruhi. Kewujudan !enomena ini akan memecah belahkan kesepaduan

    14

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    15/21

    pasukan kerana para pemain akan berpecah belah kepada beberapa kumpulan.

    @umpuan akan menjurus kepada perebutan kuasa dan bukannya tugasan serta

    matlamat pasukan. Kesannya& prestasi dan kesepaduan pasukan akan terkikis.

    Masalah komunikasi dalam pasukan juga boleh menggugat kesepaduanpasukan. Kekurangan komunikasi yang berkesan akan menyebabkan matlamat

    pasukan tidak tercapai di akhir musim. ni kerana matlamat pasukan tidak dapat

    di!ahami oleh semua pihak yang terlibat. Wujud pertelagahan dalam pasukan.

    Kurangnya interaksi dalam pasukan akhirnya akan mengurangkan

    keberkesanan serta kesepaduan pasukan.

    Selain itu& antara !aktor lain yang boleh menggugat kesepaduan pasukan

    adalah pemain kurang jelas dari segi peranan yang dimainkannya. Pemain yangtidak tahu tentang perananya dalam pasukan adalah ibarat layang$layang putus

    tali. Mereka tak dapat memberikan prestasi yang terbaik kerana kurang jelas

    tentang ekspektasi pengurusan serta rakan sepasukan terhadap mereka.

    Mereka juga tidak tahu apa dan siapa yang boelh membantu mereka dalam

    menangani masalah pasukan. #kibatnya& pemain akan bertindak sendirian

    sehingga menjejaskan pasukan.

    Peranan jurulatih juga amat penting dalam mempengaruhi kesepaduan

    dalam pasukan. 0urulatih harus memberikan kritikan yang berterusan sesuai

    dengan keadaan. alam hal ini& pihak pengurusan dan jurulatih perlu sedar

    bahawa sebarang kritikan yang keterlaluan serta yang bersi!at memalukan

    pemain akan mengurangkan kesepaduan dalam pasukan. 0ika perlu mengkritik&

    jurlatih harus menggunakan kaedah serta pendekatan yang bersesuaian agar

    kritikan yang diberikan dapat diterima serta membantu memperbaiki prestasi

    pemain tersebut.

    alam pasukan akan wujud pertembungan personaliti . alam situasi

    yang agak genting sering kali berlaku pertembungan personaliti sesama sendiri

    di kalangan pemain diantara pemain dengan jurulatih. "ontoh terbaik yang

    boleh kita lihat adalah bagaimana ketua pasukan negeri Sembilan Khairul #nuar

    15

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    16/21

    -aharom menjeritkan arahan kepada rakan$rakannya agar memberikan

    tumpuan sementara rakannya pula memberikan reaksi seolah marah dengan

    tindakan beliau itu. 0ika situasi itu berterusan& serta pemain tidak memberi

    perhatian tentang arahan serta ingatan rakan$rakan sepasukan yang lain& sudah

    tentu akan wujud kon!lik yang mungkin akan memecahbelahkan kesepaduan

    pasukan serta memberi kesan kepada prestasi pasukan.

    -.0 Bagaimana meningka kan kesepaduan pasukan

    0ika usaha untuk membentuk pasukan yang benar$benar bersepadu dan

    mantap menajadi pilihan& maka langkah$langkah berikut boleh digunakan untuk

    membantu mencapai kesepaduan pasukan. -agaimanpun& cadangan ini

    bukanlah sesuatu yang eksklusi!. @erdapat lagi banyak pendekatan yang boleh

    digunakan untuk membantu meningkatkan kesepaduan pasukan. #ntara

    cadangan yang diutarakan adalah membiasakan rakan dengan peranan rakan

    yang Eain. -erikan peluang seorang pemain penyerang menjadi penjaga gol

    atau seseorang pemain tengah menjadi penyerang atau pemain pertahanan.

    Eangkah ini dapat memabntu pemain menghargai dan memahami kesukaran

    yang dihadapi oleh rakan sepasukan yang lain serta melahirkan si!at empati

    dalam diri masing$masng. Secara tidak langsung& ia akan memupuk si!at saling

    membantu yang akan mengukuhkan lagi kesepaduan pasukan.

    Selain itu& jurulatih disarankan agar mencuba sedaya upaya untuk

    mengenali pemainnya. 0urulatih khusunya perlu lebih mengenali para

    pemainnya. -ukan sekadar mengetahui apa yang ditunjukkan semasa berada di

    padang tetapi juga harus mengeahui perkara$perkara yang agak personal

    tentang para pemain seperti latar belakang keluarga& tarikh lahir serta perkara$

    perkara personal lain yang memudahkan kita membantu mereka khususnya

    apabila prestasi mereka merosot secara tiba$tiba ataupun ketika pemain

    tersebut agak luar biasa gembiranya %mungkin kerana merayakan sesuatu) kita

    16

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    17/21

    dapat menegur serta dapat mewujudkan suasana yang kondusi!. Si!at ini akan

    membuka saluran untuk berkomunikasi pemain dengan lebih baik lagi.

    0urulatih juga disarankan agar mengunakan strategi komunikasi yang

    berkesan. Penggunaan komunikasi yang berkesan sama ada secara +erbalatau bukan lisan akan menghasilkan kesan yang positi! kepada ahli pasukan.

    Penggunaan humor serta pujian yang bersesuaian dengan keadaan akan

    meningkatkan lagi moti+asi serta hubungn sesama pemain dalam pasukan.

    0urulatih harus memberikan komen yang positi! selepas perlawanan.

    Kalah atau menang merupakan adat pertandingan. -agaimanapun& pujian harus

    diberikan kepada pemain di atas segala usaha yang diberikan walaupun

    keputusan perlawanan tidak menyebelahi pasukan tersebut. Penghargaanharus diberikan kepada pemain di atas segala usaha yang diberikan walaupun

    mereka tewas menunjukkan si!at empati serta bukannya si!at suka mencari

    kesalahan pemain untuk dijadikan alasan kekalahan.

    Selain itu& jurulatih harus memberikan maklum balas kepada pemain.

    /ntuk meningkatkan moti+asi pemain& maklum balas yang positi! khususnya

    tentang cara untuk memperbaiki keasalahan perlu diberikan kepada pemain. a

    perlu bermoti! untuk memperbaki dan bukannya mencari kesalahan pemain.

    Kesannnya& pemain akan merasa dihargai serta diberikan perhatian oleh

    jurulatihnya dan ini akan meningkatkan lagi hubungan dalam pasukan.

    0urulatih juga mesti mewujudkan sistem sokongan dalam pasukan. Si!at

    suka menyakiti hati serta saling menyalahi di kalangan pemain perlu dihindari.

    ni merupakan di antara tanggungjawab penting untuk pengurusan serta

    jurulatih khusunya dalam usaha untuk meningkatkan kesepaduan pasukan.

    Sebaliknya hubungan yang positi! sesama pemain perlu ditanam dan dipupuk

    agar ia berkembang menjadi satu saluran untuk membantu meningkatkan

    prestasi pemain.

    0urulatih juga mesti sentiasa mengawasi kumpulan kecil dalam pasukan.

    Sekiranya wujud kumpulan kecil dalam pasukan& ia perlu diatasi segera demi

    17

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    18/21

    kebaikan pasukan. Kewujudan 5klik6 selalunya dikaitkan dengan perpecahan

    dalam kumpulan hanya kerana indi+idu tertentu sahaja yang diterima masuk

    menjadi kumpulan kecil tersebut. Sebelum ianya merebak& tindakan yang wajar

    perlu diambil bagi memastikan kesepaduan pasukan tidak tergugat.

    0urulatih juga harus Konsisten ketika mendisiplinkan pemain. 3ukuman

    yang diberikan kepada pemain yang melanggar peraturan pasukan perlu

    konsisten tidak kira sama ada pemain yang terlibat adalah pemain utama

    ataupun pemain simpanan. ni akan mengelakkan tenggapan pilih kasih di

    kalangan pemain.

    Masalah ini juga harus diberi perhatian oleh jurulatih di mana jurulatih

    juga harus memastikan masalah keciciran pemain tidak berlaku. Pastikanwujudnya integrasi di kalangan pemain. Sekiranya terdapat pemain yang sering

    bersedirian atau selah$olah dipinggirkan oleh pemain yang lain& sesuatu harus

    dilakukan bagi memastikan pemain tersebut kembali bersama rakannya yang

    lain. Penghijrahan pemain yang terlalu kerap akan mengurangkan kesepaduan

    pasukan kerana pemain tahu bahawa hubungan mereka tidak panjang oleh itu&

    mereka cuba mengelakkan diri dari menjalin hubungan yang lebih rapat dengan

    rakan yang lain. Kesannya& prestasi serta kesepaduan pasukan akan tergugat.

    .0 Kesimpulan

    aripada perbincangan tentang kesepaduan dan semangat berpasukan yangdibincangkan di atas& jelas bahawa kesepaduan pasukan memerlukan

    komitmen yang tidak berbelah bahagi serta keinginan untuk mengekalkan

    keadaan yang harmoni dalam pasukan. #pa yang telah dibincangkan sebelum

    ini memberikan gambaran kepada kita tentang maksud kesepaduan dan apakah

    perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai kesepaduan tersebut.

    18

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    19/21

    0elasnya& pasukan yang kurang dari segi kesepaduannya mempunyai

    peluang yang tipis untuk menempah kejayaan. Walalubagaimanapun& ini

    semuanya dalah bergantung kepada keadaan. Sesetengah penyelidik

    mendapati kesepaduan berkait rapat dengan kejayaan pasukan tetapi bukan

    menyebabkan kejayaan atau kemenangan keapda pasukan tersebut. "arron

    %1'(8) mendapati bahawa kejayaan sesuatu pasukan bukanlah keran wujudnya

    hubungan yang baik antara pemain& tetapi lebih terarah kepada kemampuan

    berinteraksi dengan menggunakan kemahiran dan strategi yang berkesan

    dalam sesuatu pertandingan.

    alam konteks kepuasan diri pula& kesepaduan pasukan belum tentu

    dapat memberikan kepuasan keapda setiap ahli pasukan. @akri!an kepuasan

    merupakan hak indi+idu.

    Kesimpulannya& kesepaduan pasukan tidak berkait rapat dengan

    peningkatan prestasi mahupun kepuasan diri pemain dalam sesuatu pasukan

    %Shahrudin abd. #7i7& 2 1). -agaimanapun kesepaduan amat penting kerana

    penyertaan dalam sesuatu pasukan yang kukuh tahap kesepaduannya

    mendatangkan kepuasan jika dibandingkan dengan menyertai pasukan yang

    kurang mantap dari segi kesepaduan pasukannya. 0ika diberi pilihan& adalah

    lebih baik jika seorang jurulatih memilih untuk menerapkan nilai$nilai

    kesepaduannya di kalangan pemain kerana ia dapat membantu meningkatkan

    kebarangkalian untuk berjaya serta menimbulkan kepuasan di hati semua

    indi+idu yang terlibat dalam pasukan berkenaan.

    19

  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    20/21

    10.0 Ru/ukan

    #nshel& M.3. %1''9). Sport Physiology: !rom theory to practice. disi =. Scottsdale&

    F: Aorsuch Scarisbrick Publishers

    "arron& #.G.%1'(2). "ohesi+eness in Sport groups: nterpretation and consideration

    dlm. 0ournal o! Sport Pyschology&8 12=$1=(

    0ohson& W. .C 0ohnson&P.4 %1''8). 0oining together.Aroup theory and group skills.

    -osto&M#:#llyn and -acon Wann& .E %1''9). Sport Physcology. /pper

    Saddle *i+er& N0: Prentice 3all

    Shaharudin #bd. #7i7 %2 1). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. /tusan

    Publication C istributors S N -3

    bnu Suhaili. Menyemai semangat spirit de corps. 2 ' dirujuk pada 2= ,gos 2 '

    daripada http:??ibnusuhaili((.blogspot.com

    Prinsip semangat berpasukan. 2 ' dirujuk pada 2= ,gos 2 ' daripada

    http:??www.sabah.go+.my?jkH?pkpa?PKP#1$'2?PrinsipB.htm

    20

    http://ibnusuhaili88.blogspot.com/http://www.sabah.gov.my/jkq/pkpa/PKPA1-92/Prinsip5.htmhttp://ibnusuhaili88.blogspot.com/http://www.sabah.gov.my/jkq/pkpa/PKPA1-92/Prinsip5.htm
  • 8/14/2019 sukan berpasukan.doc

    21/21

    21