suara r sda - risda.gov.my · 10 dari penoreh getah kepada pengusaha air minuman soya 12 industri...

28
Suara PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BIL: 3/2009 ISSN 0128/0112 PERCUMA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL muka surat 4

Upload: others

Post on 26-Jan-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

Suara

R SDAPIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BIL: 3/2009ISSN 0128/0112

PERCUMA

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

RM202.2 JUTADIVIDEN RTBB & TSK

muka surat 4

Page 2: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

SidangPengarangPENAUNGDato’ Mohammad Izat Hasan

PENASIHATDato’ Hj. Ali Nordin Wahiduddin

KETUA PENGARANGHjh. Halimah Abd. Kadir

PENoLoNG KETUA PENGARANGMuhammad Adnin Bakir Abu Bakar

SIdANG PENGARANGNazri RahmatHjh. Robiyah IsmailSharudin Abdullah

PENTAdBIRANFauziah Mashood

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEdARAN/PENYELARASANUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua PengarahIbu Pejabat RISDA,Kuala Lumpur

Majalah Suara RISDA diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah untuk diedarkan kepada pekebun kecil. Penerbitan buletin ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai RISDA, hal berkaitan industri tanaman getah dan sawit serta aktiviti sampingan yang boleh menyumbang kepada pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Suara RISDA juga mengalu-alukan sumbangan sebarang artikel, cadangan dan pendapat dari pembaca. Hantarkan sumbangan artikel anda kepada alamat:

KETUA PENGARANG SUARA RISDAUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua Pengarah, Tingkat 5,Ibu Pejabat RISDA,Karung Berkunci 11067,50990 Kuala Lumpur.atau Emel:[email protected] Faksimili:03-42565599http://www.risda.gov.my

Kandungan

DARI MEJA PENGARANGAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur Alhamdulillah, Buletin ‘Suara RISDA’ Bilangan 3 Tahun 2009 berjaya

dikeluarkan mengikut jadual. Terima kasih diucapkan kepada semua penulis-

penulis yang telah menghantar artikel penulisan. Pada keluaran ini saya

mengambil kesempatan untuk berbicara mengenai pemasaran iaitu satu

masalah yang sering dihadapi oleh pekebun kecil di lapangan.

Pemasaran hasil merupakan faktor penting dalam menentukan pendapatan

yang diperolehi oleh pekebun kecil. Dalam melaksanakan penanaman

semula, kita boleh laksanakan kerja-kerja penyediaan tanah, penanaman,

penyelenggaraan sehingga peringkat pengeluaran hasil dengan amat baik

tetapi biasanya kita tersungkur di pintu pemasaran….Inilah yang biasanya

menjadi masalah kepada masyarakat luar bandar. Pekebun kecil dipermainkan

oleh orang tengah. Jika dijalankan secara individu ataupun berselerak dan

tidak tersusun, Kadar Perahan Minyak (OER) yang ditawarkan oleh pembeli

tidak menentu. Harga yang ditawarkan lebih rendah dari yang sepatutnya

dengan alasan kualiti hasil adalah rendah.

Untuk mengatasi masalah inilah, RISDA telah mewujudkan Pusat Timbang

dan Stor supaya pekebun kecil dapat jualkan hasil secara berkelompok dan

dijual terus ke kilang tanpa melalui orang tengah dan dapat memperolehi

harga yang lebih tinggi. Dengan harga yang lebih tinggi ini, rebat atau insentif

boleh diberi kepada pekebun-pekebun kecil yang menjualkan hasil ke PTS ini.

Insentif ini boleh dilaksanakan berdasarkan kualiti yang dihasilkan ataupun

kuantiti hasil. Dengan kuantiti hasil yang besar, pusat ini mampu mempunyai

kuasa penawaran yang lebih besar dengan pihak kilang. Urusan jualan hasil

dapat diselaraskan dengan baik melalui sistem tender atau sebutharga supaya

mendapat harga yang terbaik.

Selamat Maju Jaya, Wassalam.

2

3 Koperasi Perlu Pelbagaikan Pendapatan

4 RM202.2 Juta dividen RTBB dan TSK

6 Cendawan Tiram Menarik Minat Pelancong

7 Kegigihan Hj. Samsuri Menarik Perhatian Peserta Luar Negara

8 Hajah Rawdiah daud Usahawan Kek dan Muffin

10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya

12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk

13 TSB Bukit Kapas, Setiu

16 Kolej RISdA digesa Memainkan Peranan Melahirkan Tenaga Mahir

18 RISdA Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif dan Sejahtera

19 Amalan Pertanian Yang Baik

20 Koperasi Pekebun Kecil Melangkah Bijak

22 Konsep 1Malaysia Telah Lama diserapkan di TSB Air Pasir

23 Kacang Panjang

26 Solat dan Permasalahan Bersuci

Page 3: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

3

Oleh: Nazri rahmat

Dalam menghadapi kega watan ekonomi global masa kini, gerakan koperasi di negara ini khususnya

dan koperasi pekebun kecil amnya perlu memikirkan alternatif tertentu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang dijana koperasi tetap terus berkembang. Oleh yang demikian strategi pe­ngurusan koperasi yang memandang lan gkah mempelbagaikan aktiviti dan perkhidmatan dilihat dapat memberi manfaat besar kepada pendapatan ko perasi pada masa akan datang. Pengerusi RISDA, Tan Sri Ra him Tamby Chik menyeru dan memberi galakan

yang sama kepada baris an kepimpinan koperasi untuk mempelbagaikan usaha mengorak langkah mengembangkan kegiatan ekonomi koperasi sedia ada kepada kegiatan ekonomi berskala besar. “Saya yakin kerjasama perniagaan yang terjalin melalui aktiviti­aktiviti perniagaan “smartpartnership” an tara koperasi dengan anak­anak syarikat RISDA akan berkembang dan berterusan. “Saya berkeyakinan penuh koperasi pekebun kecil dapat membangun seiring dengan keadaan semasa dan suatu hari nanti akan berjaya untuk menembusi dan melepasi pasaran globalisasi dunia yang lebih terbuka luas”. Menurut Tan Sri Ra him, untuk memastikan tempat dan kejayaan itu,

koperasi­koperasi

pekebun kecil perlu berusaha untuk merebut peluang­peluang perniagaan bukan sahaja di dalam daerah, di dalam negeri malah berjaya meneroboh pelbagai aktiviti­aktiviti perniagaan di serata tempat. Tujuan asal penubuhan koperasi pekebun kecil (KPK) di seluruh negeri untuk membantu pekebun kecil membangun dan menguruskan ladang dengan memasarkan produk­produk yang dihasilkan. Dengan cara ini KPK akan dapat membantu ahli­ahlinya, khususnya mereka yang kurang upaya untuk menguruskan kebun serta memastikan mereka mendapat harga yang baik melalui aktiviti­aktiviti pemasaran. Tan Sri Rahim berharap, KPK perlu mempunyai teras perniagaan (core business) supaya aktiviti yang dijalankan sentiasa mendapat pulangan yang baik serta mendapat kepercayaan daripada ahli. Antara teras perniagaan yang perlu diberi tumpuan oleh KPK adalah seperti berikut:

Perlu Pelbagaikan PendapatanKOPERASI

Dato’ Ali Nordin menyatakan sesuatu kepada Tan Sri Rahim. Tentu ada sesuatu yang diperkatakan oleh Dato’ Ali Nordin.

• Pembangunandanpengurusan ladang• Pemasaranpodukyangdihasilkanolehpekebunkecilterutamannyagetahdansawit

• Bekalaninputpertaniansepertibaja dankimiarumpai

• Kontrakam• Pengangkutan.

Sebahagian peserta mendengar ucapan perasmian dari Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Page 4: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

4

Oleh: Nazrirahmat

PerdaNa meNteri, YaB dato’ Sri mohd. NajiB tuN aBdul razaK berkata selaras dengan dasar kerajaan memberi penekanan kepada sektor pertanian dan pembangunan modal insan, sektor pekebun kecil yang menyumbang

95.4% kepada pengeluaran getah negara, perlu dibangunkan secara holistik dari aspek pembangunan tanah dan manusia supaya produktiviti dan pendapatan pekebun kecil terus meningkat melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Menyedari hakikat inilah, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah khususnya RISDA telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar khususnya pekebun kecil dalam industri getah dan sawit.

RM202.2 JUTA dIVIdEN RTBB dAN TSK

Wakil peserta RTBB dan TSK Negeri Pahang menerima dividen daripada YAB Perdana Menteri.

Page 5: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

“Dengan ini cukup untuk membuktikan RISDA masih relevan untuk memperjuangkan nasib 430,165 orang pekebun kecil yang menjadi tulang belakang industri getah di negara ini,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang baru-baru ini. Saya menaruh sepenuh keyakinan, berdasarkan kepada kejayaan yang lalu RISDA akan terus berdaya saing dan mampu membina ke arah sebuah masyarakat pekebun kecil yang disegani pada masa akan datang. RISDA perlu mengenalpasti dan memperbaiki kekurangan-kekurangan yang ada dan mengenalpasti alternatif-alternatif aktiviti yang boleh menambah nilai produk yang ditawarkan yang akhirnya akan memberi keuntungan kepada semua pihak. Saya berkeyakinan bahawa RISDA serta anak syarikatnya sedang berusaha untuk menempuh era yang semakin mencabar. Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri telah mengumumkan dividen berjumlah

RM202,248,566.67 bagi peserta-peserta RTBB dan TSK di seluruh negara. Seramai 16,080 orang peserta RTBB diumumkan menerima dividen sejumlah R M 8 3 , 2 5 2 , 7 5 9 . 5 3 manakala seramai 27,776 orang peserta TSK pula menerima dividen sejumlah RM118,995,807.14. Mengikut Perdana Men-teri, Malaysia merupakan ‘a global player’ dalam industri getah dan sawit dan

mempunyai Anak-Anak Syarikat Kerajaan atau GLCs seperti Sime Darby, FELDA dan Tabung Haji yang telah berada dalam senario getah dan sawit dunia. Dalam hal ini, beliau minta supaya RISDA melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti hiliran industri getah dan sawit supaya kesan synergy antara agensi-agensi kerajaan dan GLC kerajaan dan bertindak serentak supaya dapat manfaat dari segi ekonomi. Misalnya RISDA, FELDA dan FELCRA perlu ‘collaborate’ atau bekerjasama antara satu sama lain supaya dapat bertindak dengan lebih agresif dan mampu memperoleh impak maksimum dalam industri ini dan

memberi keuntungan kepada pekebun kecil dan juga negara. Ketiga-tiga agensi ini masih kekal tetapi projek-projek yang dijalankan boleh dilaksanakan menerusi kerjasama dan mewujudkan sebuah konsortium, Ia membabitkan soal penggunaan kemudahan bersama, berkongsi rangkaian perniagaan, mengelakkan pertindihan logistik, meman-faatkan teknologi secara bersepadu serta menyelaraskan perancangan atau projek. Ini akan menjadikan ketiga-tiganya lebih berdaya saing, ada penyelarasan malah meningkatkan angka perolehan. Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri memberitahu kerajaan sedang merumuskan satu model ekonomi baru yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat di bawah ekonomi berpendapatan tinggi (High Income Economy). Ini melibatkan peringkat pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Di bawah model ini, penekanan diberi kepada aspek peningkatan inovasi dan kualiti sebagai langkah meningkatkan daya saing dan tidak semata-mata bergantung kepada pengurangan kos. Turut hadir Dato’ Sri Adnan Yaacob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Abd. Jabar Che Nai, KSU, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA dan Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA.

5

“RISDA, FELDA dan FELCRA perlu ‘collaborate’ atau

bekerjasama antara satu sama lain supaya dapat bertindak

dengan lebih agresif dan mampu memperoleh impak maksimum

dalam industri ini dan memberi keuntungan kepada pekebun kecil

dan juga negara”

YAB Dato’ Sri Adnan Yaacob turut menyampaikan dividen.

Peserta RTBB terdiri dari kaum ibu menerima dividen yang disampaikan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib.

Page 6: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

Oleh:NorumihidaYahmohd.muda

BermodalKaN RM2,000.00 se bagai permulaan untuk menjalankan projek, akhirnya

berkat usaha beliau, kini beliau boleh menarik nafas lega dengan hasil titik peluhnya selama ini. Usahawan yang bernama R. Azmi bin Buang yang kini berusia 44 tahun merupakan pekebun kecil dan juga Pemaju Masyarakat RISDA Daerah Kota Tinggi/Johor Bahru/Kulaijaya. Beliau telah memulakan projek Cendawan Tiram pada tahun 1986 di Kam pung Sinaran Baru, Johor Bahru dengan menggunakan bang sal sahaja. Pada mulanya pengeluaran Cendawan Tiram hanya 10kg/hari. Kini beliau mempunyai sebanyak 6 bangsal dan pengeluaran cendawan sebanyak 100kg/hari. Pada tahun 2003, RISDA Kota Tinggi/Johor Bahru/Kulaijaya te lah meluluskan bantuan AET sebanyak RM20,000.00. Bantuan tersebut digunakan untuk membina bangsal dan juga peralatan yang lain. Selain untuk menambahkan pen da patan, beliau juga men ja lan-

kan aktiviti agrotourism. Le bih 50 bas pelancong sebulan yang terdiri daripada pelancong Singapura, Jepun dan lain negara-negara melawat projek beliau. Beliau juga terkenal dengan ma sakan cendawan goreng dan sup cendawan yang enak rasanya. Beliau tidak mempunyai ma -salah dalam pemasaran ha sil ke-rana pengeluaran cen da wannya te lah ditempah sepenuhnya oleh pengusaha restoran berhampiran. Di samping itu, beliau ada menjual bongkah cendawan kepada orang ramai sekiranya ada permintaan. Beliau juga menternak lembu lebih 4 tahun yang lalu dan jumlahnya kini mencecah 120 ekor. Secara keseluruhan purata pendapatan beliau ialah RM14,000/bulan. Antara anugerah yang pernah diterima beliau ialah Hari Kualiti Pasar Tani Peringkat Kebangsaan pada tahun 1992 dan Anu gerah Peladang Jaya Lelaki Peringkat Negeri Johor pada tahun 2008. Sepatah kata beliau, ’Yang penting buang sikap malas yang ada dalam diri kita, insya-Allah apa yang diusahakan akan berjaya’.

CENDAWAN TIRAMMenarik Minat Pelancong

6

R. Azmi menerangkan sesuatu kepada pelancong cara-cara menanam cendawan tiram.

Para pelancong yang berkunjung menikmati cendawan

tiram yang telah dimasak.

Para pelancong melihat projek cendawan yang diusahakan.

Page 7: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

Projek tersebut telah diusahakan oleh Hj. Samuri Selamat, 69 dari Kampung Paya Dalam, Ayer Molek Melaka. Hj. Samsuri mula menanam getah melalui projek headge planting sejak tahun 1991. Beliau menanam klon

PB260 bersama dengan tanaman pokok durian dan telah memperolehi hasilnya bersama dengan pen­dapatan hasil dari pokok getah. Beliau menjadi penoreh getah sepenuh masa dan mula menoreh sejak remaja lagi sehinggalah ke hari ini. Tidak hairanlah jika beliau menyara keluarga bersama dengan lima anaknya adalah hasil dari mengusahakan kebun getahnya yang seluas 2 hektar. Justeru dengan kegigihannya itu serta penglibatannya melalui program perancangan tersusun

kera jaan (tanam semula) telah menarik minat para peserta kursus Localising the Anti-Poverty Agenda: The Malaysian Experience yang dapat melihat sendiri salah satu program

membasmi kemiskinan melalui pe nga­lamannya di negara ini. Peserta kursus yang hadir dari pelbagai latar belakang itu mewakili beberapa buah negara rantau Asia Tenggara, Asia Barat dan juga dari negara Benua Afrika seperti Mesir, Sudan, Uganda, Tanzania dan Zambia yang mengikuti kursus anjuran Ke­menterian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) melalui INFRA. Mereka dibawa ke sini dalam rangka lawatan kerja sehari untuk melawat projek­projek pembangunan desa di bawah seliaan RISDA di sini. Sebelum itu para peserta juga berpeluang melihat demonstrasi mem­buat bunga daun getah yang telah diadakan di Pejabat RISDA Negeri Melaka.

KEGIGIHAN HJ. SAMSURIMenarik Perhatian Peserta Luar Negara

KeJAyAAN perancangan kerajaan melalui RISDA untuk meningkatkan taraf sosio­ekonomi masyarakat luar bandar khususnya

pekebun getah menarik perhatian 40 peserta kursus luar negara yang berkursus di negara ini. Salah satu projek yang menjadi contoh yang diperkenalkan kepada mereka ialah projek tanaman getah headge planting di Kampung Paya Dalam, Melaka.

Para peserta kursus melihat demonstrasi kraftangan hasil dari daun getah.

Para pelawat berpeluang melihat dan merasa sendiri pengalaman menoreh pokok getah di kebun Hj. Samsuri Selamat.

7

Oleh:azahariaziz

Page 8: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

Oleh: FaridahSideK

SYariKat Kek Seri Tanjung dengan nombor pendaftaran syarikat JM

0212532-H adalah milik Pn. Hjh. Rawdiah Daud beralamat di No. 48, Kg. Sri Tanjung, Jalan Bakri, 84000 Muar, Johor. Usahawan wanita gigih berusia 54 tahun dan ibu kepada lima orang anak ini memulakan kariernya sejak 23 tahun yang lalu. Beliau mempunyai 7 orang pembantu untuk menghasilkan roti dan kek yang berkualiti serta menepati cita rasa! Dengan sejumlah RM19,500

Bantuan Aktiviti Tambahan yang diterimanya pada tahun 2004, menimba ilmu dengan mengikuti pelbagai kursus dan berbekalkan komitmen yang tinggi, Pn. Hjh. Rawdiah mampu mengeluarkan pel bagai jenis kek. Pn. Hjh. Rawdiah pernah mengikuti Bengkel E-Halal anjuran Institut Latihan Islam (ILIM) dan RISDA, selain mengikuti Seminar Pe-mantapan & Pemasaran Produk Usahawsan Pekebun Kecil ke Pasaraya/Hypermarket, kedua-duanya pada tahun 2008. Beliau per nah dinobatkan sebagai Usahawan Berjaya Daerah Muar Tahun 1999.

8

HAJAH RAWDIAH DAUD

Hajah Rawdiah dan suami membungkus kuih untuk dihantar kepada pelanggan.

Usahawan Kek Dan Muffin

Page 9: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

Antara peng-

hasilan produk bulanannya ialah kek lapis asam (100 buku), kek lapis betawi (50 buku), kek lapis prune (50 buku), kek Muffin (4000 biji), kek marble buah (200 buku), kek coklat (200 buku), kek gulung (1,000 gulung), baulu cermai (30,000 biji), kek buah (200 buku), kek jem lapis nanas (200 buku), kek span chiffon (1,000 buku), kek pisang (200 buku), roti bun (2,500 biji), roti perancis (300 batang), roti coklat rice (400 buku), pizza besar (100 keping) dan pizza kecil (200 keping). Beliau menjual sendiri produknya dan kadang kala menghantar ke agensi-agensi ke ra-jaan. Pn. Hjh. Rawdiah

juga berstatus pemilik bukan pengusaha atas tanah keluasan 0.5817 hektar bertanam sawit. Dengan hasil sawit (RM1,000), hasil pel-

bagai kek (RM6,277.00) pulangan bulanan beliau bukan setakat itu sahaja. Usahawan wanita yang gigih ini juga merupakan pembekal makanan kantin di dua buah se ko-

lah berhampiran kediamannya. Semoga usaha gigih Pn. Hjh. Rawdiah hingga menghasilan pendapatan yang lumayan, mampu menyuntik semangat kepada pekebun kecil yang lain khasnya wanita untuk bersama-sama mencipta kejayaan. Untuk tempahan pelbagai kek buatan syarikatnya, sila hubungi di talian:06-9866766

9

Page 10: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

Oleh: mohd.aSriSamawi

“Berakit-rakitkehulu,berenang-renangketepian,bersakit-sakitdahulu,bersenang-senangkemudian”. Ungkapan lama ini amat sesuai menggambarkan kisah pengusaha air minuman soya dari Kampung Tengah Dalam, Batu 3, Jalan Mersing, Kluang, Johor ini. Encik Kamid bin Wagiyo sebelum ini merupakan seorang penoreh getah. Bersama-sama dengan isteri tersayang, mereka mengusahakan kebun getahnya. Namun, nun jauh di sudut hati beliau berkeinginan untuk meneroka bidang

baru iaitu perniagaan yang berupaya merubah kehidupannya sekeluarga. Mengambil langkah berani, dengan mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM1,000, beliau memulakan perniagaan air minuman so-ya secara kecil-kecilan di kediamannya. Usaha yang dimulakan kira-kira 4 tahun lalu hampir menemui

kegagalan kerana produk keluaran beliau tidak dapat bertahan lama. Akibatnya sebahagian air minuman soyanya dipulangkan oleh pembeli. Namun insan ber-nama Kamid ini tidak mudah kenal erti putus asa. Beliau telah berusaha mencari ilmu de-ngan bertanya k e p a d a p e n g u s a h a k e l u a r a n yang lebih b e r p e -ngalaman s e l a i n

mengikuti Kursus Penghasilan Kacang Soya anjuran Ja batan Pertanian Negeri Johor di Institut Pertanian Ayer Hitam, Kluang. Di sinilah ber mu lanya pe ngeluaran air minuman soya beliau yang lebih berkualiti dapat dihasilkan. Kini beliau mampu mengeluarkan kira-kira 200 botol air minuman soya sehari. Menurut beliau, penggunaan

DARI PENOREH GETAHKepada Pengusaha Air Minuman Soya

Encik Kamid bin Wagiyo – pengusaha

air minuman soya bangga bersama

produk keluarannya.

10

Page 11: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

bahan asas utama kacang soya secara purata sebulan ialah 200 kg. Dengan setiap 6 kg kacang soya dapat menghasilkan 200 botol air minuman soya, bermakna beliau mampu mengeluarkan kira-kira 6,500 botol air minuman soya sebulan. Produk minuman air soya ini dipasarkan di sekitar bandar Kluang. Setiap hari beliau menghantar air minuman soya ke kedai-kedai runcit, kedai-kedai makan serta kiosk-kiosk menjual akhbar. Dengan harga yang dijual kepada peruncit/peniaga pada RM1.30 sebotol, beliau mampu meraih pendapatan bersih sekitar RM1,950.00 ke RM2,100.00 sebulan. Beliau berhasrat untuk memper besarkan per nia-gaan beliau dengan mem-

bina bengkel pemprosesan khas untuk air minuman soya. Kini beliau mampu mengupah pekerja untuk membantu beliau dalam proses pengeluaran serta pemasaran produk yang selama ini dilakukan sendiri oleh beliau bersama isteri. Bagi beliau, produk yang dihasilkan tanpa meng gunakan bahan pe-ngawet dan perasa boleh mendapat pasaran serta permintaan yang baik di kalangan pengguna. Air minuman soya yang lazat ini amat sesuai bagi mereka yang mementingkan produk mi numan asli serta baik untuk kesihatan. Kepada sesiapa yang berhajat untuk menikmati minuman soya En. Kamid atau untuk tempahan sesuatu majlis, sila hubungi beliau di talian 019-7632673.

Kacang soya yang dibeli secara pukal – setiap satu guni seberat 50 kilogram.

Produk yang telah siap dibotol serta dilabelkan disimpan ke dalam peti sejuk beku.

Kacang soya mentah – bahan utama

pembuatan.

Cara-cara Penghasilan Air Minuman Soya oleh En. Kamid bin Wagiyo

1. Kacang soya mentah direndam di dalam air selama 6 jam. Setelah ditoskan dan dikeringkan, kacang soya dikisar sehingga menjadi serbuk.

2. Serbuk kacang soya ini dimasukkan ke dalam mesin perahan untuk mendapatkan pati air soya dan ditapis.

3. Seterusnya, air soya ini dimasak selama 2 jam. Dalam proses ini, air soya ditambah dengan gula pasir. Proses memasak air soya ini dilakukan sehingga mendidih.

4. Air soya ini dipindahkan ke dalam periuk penyejukan serta untuk tujuan pembungkusan. Air soya dibiarkan sejuk selama kira-kira 8 jam sebelum dapat dibotolkan. Air soya mestilah dipastikan benar-benar sejuk sebelum dibotolkan bagi mengelakkan botol menjadi rosak. Setelah selesai proses melekatkan label, air minuman soya ini disimpan ke dalam peti sejuk sebelum dipasarkan pada keesokan harinya.

11

Page 12: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

12

Oleh:azahariaziz

iNDustri desa yang juga dikenali sebagai industri luar bandar adalah

merupakan antara industri yang berperanan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara. Antara kata lain, industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan pengeluaran atau kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat kampung apatah lagi jika ianya tidak memerlukan modal yang banyak. Justeru, ianya berpotensi tinggi untuk dimajukan. Demikian yang dinyatakan oleh Adun Sungai Rambai, YB. Hassan Abd. Rahman, semasa meninjau perjalanan kursus non­formal pekebun kecil anjuran Pejabat RISDA Stesen Merlimau di Bengkel Pusat Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil RISDA (PWPK) Batu Gajah Pasir, Merlimau. Turut hadir ialah penyelaras kursus, Sham Abu Adam, Pegawai RISDA Stesen Merlimau. Menurut Hassan Abd. Rah ­

man, masyarakat luar ban dar patut merasa bangga ke rana sesebuah kampung itu mem punyai identiti hasil pengeluaran produknya sendiri selain bo leh memperoleh pendapatan tambahan melalui kegiatan seperti ini. Selain daripada itu masyarakat desa juga boleh mempelbagaikan aktiviti industri desa mereka berasas lain­lain produk seperti makanan laut dan kuih­muih selain daripada produk yang sedia ada.

“Ini menunjukkan satu pe­tanda yang baik kepada industri desa untuk melangkah lebih maju ke hadapan khususnya dalam meneroka peluang perniagaan import dan eksport. Oleh yang demikian, industri desa sudah tidak boleh dipinggirkan lagi kerana mempunyai po ten si

yang begitu besar dan penghasilannya juga dapat mem­bantu menjayakan peningkatan eko­no mi penduduk dan negara ini khu­susnya di DUN Sg. Rambai ini” tambahnya lagi. Menurut Has san Rahman lagi, memang tidak da pat dinafikan ba hawa suatu ke­tika dahulu permintaan dan pengeluaran hasil daripada industri desa semakin ber­kurangan dise bab kan oleh per­ubahan zaman yang sangat ke tara sekali. Hal ini adalah disebabkan kerana fenomena peralihan terhadap ke majuan teknologi yang me nyebabkan industri desa kurang menonjol apatah lagi untuk bersaing dengan industri­industri moden. Namun begitu, usaha me­majukan industri tempatan sen ­tiasa mendapat perhatian ter­utama daripada pihak kerajaan negeri yang me li hatnya boleh membuka peluang pekerjaan

dan perniagaan ke pada anak­anak kampung itu sendiri, malah dapat membantu menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara kita sekali gus mereka mahu menyaksikan lebih dekat hasil industri yang popular di kampung­kampung berkenaan katanya lagi. Seramai 25 pekebun kecil di kalangan wanita kawasan tersebut hadir mengikuti kursus yang diadakan sehari itu. Pada kursus itu, para peserta diajar membuat kraftangan dari bahan­bahan terbuang dari suratkhabar terpakai. Mereka diajar teknik serta cara­cara membuat bentuk dan mewarna mengikut warna yang sesuai sehingga menghasilkan sebuah kraftangan yang menarik.

“Industri tempatan sentiasa mendapat perhatian terutama

daripada pihak kerajaan negeri”

Hassan Abd. Rahman turut menerima cenderamata yang dihasilkan daripada peserta kursus.

Para peserta yang menghadiri kursus adalah terdiri dari kalangan pekebun-pekebun kecil wanita.

INDUSTRI DESAMampu Menjana Ekonomi Penduduk Luar Bandar

Page 13: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

MUlA DItUbUHKAnPADA tAHUn 1993

Bilangan lot : 16 lotBilangan Peserta : 13 orangLuas Kawasan : 29.4781 HektarJenis Tanaman : GetahKlon : PB 260, RRIM 901, RRIM 712 dan PR 261Tarikh Tanam : 10/1993

tSb ini mula ditoreh pada tahun 1999

Diteraju oleh tiga orang kuat iaitu:Pengerusi En. Abd. Rani b. Samat Setiausaha En. Che Muda b. Dollah bendahari En. Hussin b. Dolah

• Pembeli: RPSB Pemasaran. Dengan kerjasama PMR En. Ibrahim b. Awang Mat. Dijual seminggu sekali.

• Pada tahun 2008 pihak RISDA Setiu telah membina Pusat Pengumpulan Getah bagi kemudahan peserta mengumpul dan menjual getah.

13

tSb bUKIt KAPAS, SEtIU

Pengerusi TSB En. Abd. Rani bin Samat sedang menoreh.

Keadaan pokok getah yang dijaga dengan sempurna.

Oleh: huSSieNSuloNg

mula dibangunkan pada tahun 1993 dengan pe-nyertaan seramai 13 orang peserta dengan 16 lot berkeluasan 29.4781 hektar, TSB Bukit Kapas, Setiu

mampu menyumbang pendapatan yang baik kepada ahli-ahlinya. Bertanamkan getah dengan Klon PB 260, RRIM 901, RRIM 712 dan PR 261, TSB ini mula mengeluarkan hasil pada tahun 1999. Pengurusan TSB Bukit Kapas diterajui oleh En. Abd. Rani Samat (Pengerusi), En. Che Muda Dollah (Setiausaha) dan En. Hussin Dolah (Bendahari) dengan bimbingan RISDA. Pada tahun 2007, TSB ini telah dibekalkan dengan baja bawah Program Pengekalan Getah (PPG) dan impaknya peningkatan hasil sebanyak 2,591.24 kg/hektar. RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) telah memainkan perananan sebagai pembeli hasil TSB ini dengan kerjasama Pemaju Masyarat RISDA (PMR) En. Ibrahim Awang. Hasil dijual seminggu sekali. Salah seorang peserta TSB ini, En. Yusof Husin mengucapkan ribuan terima kasih kepada RISDA kerana telah membangunkan TSB ini. Katanya, “Kalau tidak, keadaan kebun beliau dan rakan-rakan yang lain tidak akan berjaya denganf mendapat hasil yang tinggi seperti sekarang.” Ketika harga komoditi getah amat tinggi, purata pendapatan

sekeluarga mencecah RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Dengan pengurusan yang baik, semoga TSB ini akan berterusan menyumbang pendapatan yang baik kepada ahli-ahlinya.

Page 14: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

14

Bergambar kenangan bersama YB. Menteri KKLW, Dato’ Seri Shafie Apdal.

YB. Dato’ Seri Shafie Apdal menyampaikan dividen kepada peserta RTBB Orang Asli di Pekan, Pahang.

Tan Sri Rahim Tamby Chik menyampaikan dividen kepada peserta RTBB Orang Asli di Pekan, Pahang.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak menyampaikan dividen kepada peserta RTBB di Pekan, Pahang.

Page 15: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

15

Dato’ Muhamad Izat Hassan menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta TSB Orang Asli di Hulu Selangor.

Wakil peserta menerima dividen projek lembu fidlot yang disampaikan oleh Dato’ Haji Hasan Malek.

Berita Bergambar

Timbalan Menteri KKLW, Dato’ Hasan Malek menyampaikan dividen kepada salah seorang peserta RTBB Negeri Selangor.

Tan Sri Rahim Tamby Chik menyampaikan dividen kepada peserta RTBB Negeri Kelantan.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir menyampaikan dividen kepada salah seorang peserta RTBB Negeri Perak sambil diperhatikan Dato’ Ali Nordin.

Encik Mohd. Jailani Arshad menerima anugerah penjualan sawit tertinggi Daerah Batang Padang dari Dato’ Ali Nordin.

Page 16: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

16

Oleh: hjh.roBiYahiSmail

KePeSataN ekonominegara telah mewujudkanbanyak peluang pekerjaankepada rakyat tempatancenderung menceburi

sektor pembuatan dan perkhidmatanyang mengakibatkan sektorperladangan terpaksa bergantungkepada tenaga kerja asing. Negaratelahmempunyaisiswazahyangcukupuntuk memenuhi jawatan-jawatanpengurusan tinggi tetapi kurangdalam peringkat bawah dan tengah. Sedemikian, Kolej RISDA diseru memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk memenuhi lompang yang ada ini. Seruan ini dibuat oleh YB Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal dalam Majlis Konvokesyen Kolej RISDA Kali Ke-8 yang telah berlangsung pada 4 Ogos 2009

di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA. Walaupun keluasan tanaman getah telah menurun dari 1.28 juta hektar kepada 1.03 hektar antara tahun 1998 hingga 2007, namun pengeluaran telah meningkat daripada 0.68 juta metrik tan kepada 1.13 juta metrik tan pada tahun 1998. Ini adalah disebabkan impak daripada penyelidikan yang berterusan hingga menghasilkan teknologi yang berupaya meningkatkan produktiviti. Sedemikian, kerajaan sentiasa menekankan betapa pentingnya penyelidikan dan pemindahan teknologi terhadap kemajuan getah asli negara. Bertepatan dengan slogan Kolej RISDA iaitu Menjana Kecemerlangan Tanpa Batasan, para graduan dinasihatkan agar bijak menggunakan kemahiran yang diperoleh bagi mencari potensi yang ada dalam bidang yang akan diceburi. Mereka diharapkan dapat memaksimumkan

keupayaan mereka dalam membantu pembangunan negara terutama dalam bidang pertanian yang menjadi isu global pada hari ini. Sementara Kolej RISDA pula yang terlibat secara langsung dalam ledakan institusi pendidikan negara mengenal pasti program akademik berasaskan pertanian yang menjurus kepada keperluan pasaran guna tenaga negara supaya tidak tercicir dalam arus mega pembangunan. Kolej RISDA telah mengeluarkan 3,240 orang graduan. Daripada jumlah ini 60% graduan telah pun memperoleh pekerjaan sementara 40% telah melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Pada masa kini, Kolej RISDA mempunyai 1,300 orang pelajar dalam pelbagai bidang pengajian. Kolej RISDA merupakan satu-satunya IPTS yang menawarkan pengajian Diploma Pertanian dengan usahasama dengan UPM. Memandangkan purata umur pekebun

Digesa Memainkan Peranan Melahirkan Tenaga MahirKOLEJ RISDA

Dato’ Seri Shafie Apdal menyampaikan hadiah kepada Megat Aliff Azwan Abu Talib graduan terbaik keseluruhan.

Page 17: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

kecil 56 tahun yang kemampuannya adalah terhad, RISDA telah mengambil langkah untuk melaksanakan pembangunan secara berkumpulan seperti Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan Tanam Semula Komersial (TSK). Pembangunan secara berkelompk begini memerlukan tenaga kerja yang ramai. Justeru itu, YB Dato’ Seri Mohd. Shafie menyeru generasi muda tempatan khasnya lepasan Kolej RISDA merebut peluang dengan menjadi usahawan dalam kerja-kerja pembangunan dan pengeluaran hasil di TSB dan TSK ini. YB Dato’ Seri Mohd. Shafie juga meminta RISDA memberi fokus kepada pembangunan isi rumah pekebun kecil dan mewujudkan budaya keusahawanan di kalangan pekebun kecil agar dapat diwarisi oleh keluarga mereka. Beliau juga menggalakkan usahawan-usahawan pekebun kecil memohon pembiayaan daripada Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) Kementerian. Beliau menjangkakan seramai 10,000 orang usahawan bakal diwujudkan di kalangan pekebun kecil pada akhir tahun 2010. Bagi merealisasikan matlamat ini, RISDA digesa mengambil langkah drastik.

Seramai 89 orang graduan menerima Diploma Pertanian, 47 graduan menerima Diploma Pengurusan Perniagaan, 31 gra-duan menerima Diploma Sains Komputer, 11 graduan Diploma Keusahawanan, 15 graduan menerima Diploma Perakaunan, 27 orang menerima Sijil Pengurusan Perniagaan, 28 orang Sijil Sains Komputer, 23 orang Sijil Kemahiran Malaysia Konduktor Ladang, 16 orang menerima Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Pengeluaran (Kilang Minyak Sawit) dan 16 orang menerima Sijil Kemahiran Malaysia Kejuruteraan Sistem Komputer. Untuk membantu meringankan beban pekebun kecil untuk membiayai pengajian anak-anak mereka di Kolej RISDA, pada tahun 2008 sejumlah RM2.146 juta biasiswa telah disediakan untuk 172 orang anak-anak pekebun kecil. Biasiswa dibiayai oleh Tabung Pendidikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjumlah RM785,000 untuk menampung 120 orang pelajar, Tabung Pembangunan Sosio-Ekonomi Pekebun Kecil berjumlah RM341,184 untuk 12 orang pelajar dan ESPEK Sdn. Bhd. dan Permodalan RISDA Bhd. (PRB) sejumlah RM1.02 juta untuk

menampung 40 orang pelajar. Bagi sesi pengajian yang bermula pada Julai ini, biasiswa di bawah Tabung Pembangunan Sosio-Ekonomi Pekebun Kecil akan diteruskan, manakala semua Anak Syarikat RISDA telah memberi komitmen untuk memberi biasiswa kepada lebih ramai lagi anak-anak pekebun kecil di Kolej RISDA. Semua pelajar yang menerima biasiswa ini akan menjalani Latihan Amali di Anak Syarikat RISDA. Dalam majlis konvokesyen ini, Megat Aliff Azwan bin Abu Talib telah muncul sebagai Keseluruhan Graduan Cemerlang 2008. Turut hadir YBhg. Tan Sri Rahim Tambi Chik (Pengerusi RISDA), YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan (Ketua Pengarah RISDA), YBhg. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej RISDA, YBhg. Ahli Lembaga Penasihat Akademik Kolej RISDA, dua Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Pengarah Bahagian & Pengurus Besar Anak Syarikat RISDA, YBhg. Datin Dr. Faridah Hanam Mohd. Rashid (Ketua Eksekutif Kolej RISDA) dan ibu bapa serta keluarga para graduan dari seluruh tanah air. Tahniah dan syabas kepada graduan dan pelajar lepasan Kolej RISDA!

17

Dato’ Seri Shafie dan Dato’ Muhammad Izat Hasan bergambar bersama keluarga graduan.

Graduan-graduan terbaik bergambar kenangan.

Dato’ Seri Shafie dan Tan Sri Rahim beramah mesra dengan graduan terbaik keseluruhan.

Para graduan menadah tangan mengaminkan doa.

Page 18: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

RISDA MEMbENTukMasyarakat Pekebun Kecil Yang

Progresif Dan SejahteraOLEH:hj.omarPaimiN

S ecara umum-nya, pencapaian pekebun kecil

getah di negara ini adalah jauh lebih baik jika dibandingkan de-ngan fasa tempoh awal penubuhannya. Se bagai sebuah Ba-dan Berkanun dan agensi awam di bawah Kementerian Ke ma-juan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), RISDA menjadi nadi kepada lebih 230 ribu pekebun kecil yang terbabit dalam industri getah ini. Sejak ditubuhkan pada 1 Januari 1973, di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Perusahaan Getah, RISDA telah merangka pelbagai progam dan

aktiviti yang menjurus kepada evolusi penghasilan dan pengupayaan modal insan yang matlamat akhirnya adalah untuk mengeluarkan mereka sama sekali dari zon kemiskinan. melalui strategi pembangunanyangmenyeluruh,sebanyak7aspektumpuanutamadiberikaniaitu:l Menumpukan aktiviti pem ba ngu nan

kepada pekebun kecil, pemilik dan pengusaha yang berjumlah sekitar 180 ribu orang,

l Memberi ke uta maan kepada pe m-bangunan secara berkumpulan,

l Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang secara individu.

l Melaksanakan projek ekonomi on farm dan off farm berasaskan kehendak pasaran untuk me nam-

bah pendapatan, l Menggunakan khidmat

dan kepa karan anak-anak syarikat bagi

m e l a k s a n a k a n pro jek ekonomi berskala besar yang boleh mem-beri manfaat

kepada pekebun kecil, l Melaksanakan program

pemba ngunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, ber-daya maju dan memiliki bu-daya kerja yang cemerlang, dan;

l Mendekatkan RISDA ke pa-da kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-pejabat cawangan di kawasan tum-puan kecil.

Pembangunan secara menye-luruh yang difokuskan kepada

individu pemilik kebun getah tua yang tidak ekonomik, isteri dan anak-anak sehingga kepada kelompok atau institusi yang lebih besar seperti Koperasi Pekebun Kecil (KPK), Ge-rakan Daya Wawasan (GDW) dan Perkumpulan Wanita Pekebun Ke cil (PWPK), menggambarkan kesung-guhan RISDA untuk menjadi sebuah agensi peneraju kemajuan pekebun kecil terunggul di negara ini. Justeru, RISDA juga telah mela-kukan beberapa pendekatan baru un-tuk membantu pekebun kecil dalam mempertingkat hasil usaha yang se-ka ligus membawa kesejahteraan dan kemakmuran hidup mereka. Ini termasuklah pembabitan dalam pro-jek berskala besar seperti Projek Agropolitan Gahai. Kata orang, ‘Ber-ja gung-jagung dahulu, sementara me nantikan padi masak’. Projek ta-na man getah seluas 500 ekar yang diselit dengan tanaman nanas manis dengan keluasan 35 ekar dilihat bakal menjadi indikasi kepada penerokaan-penerokaan projek agropolitan yang lain di seluruh negara pada masa hadapan.

18

Pekebun kecil mengikuti kursus jatidiri.

Haji Omar Paimin, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi.

Page 19: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

19

Oleh: zuFadliNmohd.zaKariah

“Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”Begitulah ungkapan yang dapat digambarkan mengenai kegigihan dan daya usaha yang dilakukan oleh encik Md. Roslan bin Abdullah dalam mengusahakan kebunnya. Memilih bidang pertanian sebagai bidang kerja bukan sahaja dapat memenuhi tuntutan keperlauan harian beliau dan keluarganya, tetapi dapat juga dijadikan punca pendapatan yang lumayan bagi keselesaan keluarganya. Lebih dikenali dengan nama Ludin di kalangan penduduk tempatan, beliau merupakan seorang pekebun kecil pemilik pengusaha yang aktif dan merupakan pengusaha bagi kebun­kebun terbiar yang tidak diusahakan oleh pemilik asalnya. Beliau mempunyai

pemilikan kebun getah muda seluas 8.0937 hektar yang masih belum ditoreh, 1 lot kebun sawit muda seluas 1.0117 hektar, 1 lot kebun getah ma­tang seluas 2.4281 hektar dan 2 lot kebun kelapa sawit matang seluas 9.7124 hektar yang berhasil tinggi. Kesemua ke­bun­kebun ini di­usahakan sen­di ri oleh beliau me ngikut amalan agronomi yang

baik dengan dibantu oleh beberapa pe­

kerja semasa pe ngeluaran hasil. Berkat kesungguhan dan kerja keras beliau, pulangan lumayan dapat dikecapi oleh beliau kini, di mana anggaran pendapatan bulanan dari hasil jualan sawit dan getahnya adalah dianggarkan sebanyak RM20,000 sebulan. Selain itu, beliau turut giat melaksanakan lain­lain aktiviti eko­nomi tambahan seperti ternakan ikan keli, lembu dan kambing, tanaman kontan dan kelapa matak secara berintegrasi di dalam lot kebun sawit muda. Kebun ini telah dijadikan kebun contoh kerana mengamalkan “good agriculture practice” (GAP) dan berada di bawah pemantauan RISDA Bera. Begitu juga dengan ternakan lembu yang dimulakan pada Julai 2008 telah menampakkan hasil dengan pertambahan bilangan se­banyak lebih dari 10 ekor. Begitu juga dengan ternakan kambing yang telah bertambah sebanyak 12 ekor walaupun baru saja diusahakan pada Februari 2008. Memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang ada beliau turut menanam tanaman kelapa matak dengan skala yang besar dan beberapa tanaman kontan yang lain secara selingan. Hasilan pertanian ini dipasarkan secara terus di kedai runcit dan pasar mini basah miliknya.

AMALAN PERTANIAN YANG BAIK Memberi Pulangan Lumayan

Dato’ Sri Adnan Yaacob menyampaikan cederamata kepada Md. Roslan.

Berniaga aktiviti sampingan Md. Roslan.

Md. Roslan.

Page 20: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

20

Oleh: SitiNoormudirahahmad

KoPeraSi PeKeBuN Ke-cil (KPK) adalah sebuah institusi yang menjadi agen

pembangunan dan kemajuan kepada aktiviti-aktiviti pekebun kecil terutamanya di kawasan luar bandar. KPK telah melangkah bijak dengan memperluaskan skop perniagaan bidang pemasaran hasil

melalui penglibatan aktif mereka memajukan Pusat Memproses Getah Crepe (PMGC). Penglibatan aktif memberi KPK pendedahan mengenai pemprosesan, pemasaran dan tunjuk ajar teknologi terkini dalam memastikan harga yang berpatutan diperolehi di peringkat ladang tanpa penglibatan ‘orang tengah’. Langkah bijak ini disahut oleh

KPK Daerah Segamat Berhad dalam mempelbagai dan meningkatkan kualiti produk mengikut kehendak pasaran supaya mudah dipasarkan dan mendapat pulangan yang tinggi serta berbaloi. Usaha murni ini terbukti mampu menjana pendapatan yang lebih baik kepada KPK Daerah Segamat atas usaha bersama dengan Tuan Haji Rosli Baruji mengusahakan PMGC yang

KoPERASIPEKEBUN KECIL

MELANGKAH BIJAK

Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Muhammad Izat Hasan, Pengerusi KPK Daerah Segamat dan Pengusaha Pusat Memproses Getah Krep Kampung Melayu Raya, menandatangani perjanjian.

Page 21: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

21

terletak di Kampung Melayu Raya, Segamat pada awal tahun ini. Keupayaan dan usaha yang ditunjukkan oleh KPK Segamat mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang terlibat dalam industri pemasaran getah ter-utamanya dari kalangan bumi pu-tera. Nilai tambah getah skrap dapat ditingkatkan melalui pemprosesan skrap ke getah crepe dengan kualiti yang baik, bersih serta kandungan KGK yang tinggi. Harga yang diperolehi juga lebih tinggi di samping kadar diskaun yang rendah dan mampu memendekkan rantaian

pemasaran de-ngan jualan te-rus ke kilang SMR. Bekalan skrap diperolehi dari Pusat Timbang dan Stor (PTS) berdekatan, TSB, TSK dan mini estet, peraih-peraih tempatan dan pekebun kecil dari kawasan sekitar. Penubuhan PMGC adalah salah satu hasrat murni pengurusan RISDA bertujuan untuk membantu pekebun kecil memperolehi ta-waran harga yang lebih tinggi berbanding pembeli tempatan, selain menambah nilai kepada hasil produk pekebun kecil. Melalui PMGC hasil akan dapat dipasarkan

secara bersistem dengan mutu yang lebih baik serta memberi rebat kuantiti dan kualiti kepada pekebun kecil dalam bentuk tunai atau barangan. Usaha yang ditunjukkan oleh KPK ini diharap akan memberi pulangan pendapatan yang lumayan kepada pekebun kecil, selain memberi peluang pekerjaan. Dengan pengoperasian PMGC akan menjadi tempat rujukan pekebun kecil mengenai maklumat harga dan keadaan pasaran semasa.

Dato’ Muhammad Izat Hasan dan Hj. Rosle Baruji menandatangani perjanjian.

Ketua Pengarah dan Pengerusi KPK Segamat bertukar-tukar dokumen perjanjian.

Antara yang hadir menyaksikan majlis tandatangan perjanjian.

Page 22: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

Oleh: azahari aziz

KoNsep 1malaysia sebe nar­nya membawa inspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum

bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Ianya boleh mewujudkan perkara asas semangat perpaduan serta perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Justeru, konsep ini sebenarnya telah lama diserapkan ke dalam Jawatankuasa Tanam Semula Ber­kelompok (TSB) RISDA Kampung Air Pasir, Selandar. Buktinya ialah Projek Tanam Semula Berkelompok RISDA Air Pasir seluas 155 hektar yang dibangunkan oleh RISDA sejak tahun 1993 itu telah disertai oleh pelbagai kaum dengan jawatankuasanya juga dianggotai terdiri kaum Melayu, Cina dan juga India. Jumlah peserta yang menyertai program tersebut ialah Melayu 56 peserta, Cina 32 peserta dan India 6 peserta dan sebahagian peserta hadir pada mesyuarat agungnya yang diadakan di Balai Raya Air Pasir, Selandar. Ini bermakna proses perpaduan kaum di TSB Air Pasir telah berjalan hampir 26 tahun tanpa sebarang masalah malah ianya mengeratkan lagi perpaduan. Demikian yang dinyatakan oleh Pengarah RISDA Negeri Melaka, Md. Tahir Othman yang turut hadir pada mesyuarat juga selaku penasihat kepada jawatankuasa TSB tersebut. Menurut Md. Tahir, pekebun kecil di negeri ini adalah terdiri daripada pelbagai

kaum dan agama, jadi mereka perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan konsep yang diperkenalkan oleh

Perdana Menteri, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dan secara tidak langsung ianya membantu agensi seperti RISDA untuk membantu masyarakat luar bandar. “Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip­prinsip Rukun Negara,” katanya ketika ditemui Sinar. Katanya lagi, RISDA selaku agensi pelaksana program­program kerajaan terutama di bawah perancangan tanam semula getah dapat memberi peluang kepada semua kaum menyertainya dan pihak kerajaan sentiasa memastikan segala

program­program yang dirancang adalah untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.

“Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Justera RISDA juga akan memastikan tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan khususnya program­program yang diamanahkan di bawah tanggungjawab RISDA”, ujarnya.

KONSEP 1MALAYSIA TELAH LAMA DISERAPKAN DI TSB AIR PASIR

“Proses perpaduan kaum di TSB Air Pasir

telah berjalan hampir 26 tahun tanpa sebarang masalah malah ianya

mengeratkan lagi perpaduan”

Salah seorang peserta TSB dari kaum Cina cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya pada mesyuarat tersebut.

Md. Tahir Othman, Pengarah RISDA

Melaka.

22

Page 23: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

23

Kacang Panjang

Nama saintifik : VignasesquipedalisFamili : cucurbitaceae

PeNgeNalaNKacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikan sayur atau ulam. Bahagian yang dijadikan sayur atau ulam adalah buahnya. Pokok ini tumbuh dengan cara melilit atau memanjat.

Ada dua variety untuk tanah rendah iaitu MPK 5 dan KP 1.Ciri-ciriMKP 5 : Mempunyai lenggai sederhana panjang berukuran 50 – 65 cm. kutipan hasil pertama pada 49 hari selepas menanam. Tempoh penghasilan 18 – 26 hari dan hasil tuaian 20 – 25 t/ha.KP 1 : Ia mempunyai lenggai panjang berukuran 50 – 76 cm. Kutipan hasil pertama pada 45 – 50 hari selepas menanam. Tempoh penghasilan 30 – 40 hari dan hasil tuaian 15 – 25 t/ha.

KePerluaNtaNamaNJenis tanah - Tanah mineral, gambut, bris dan bekas lombong.Keasidan tanah - pH 5.0 – 7.0Taburan hujan - 2000 mm/tahunSuhu - 18 – 35oC

PeNYediaaNtaNahTanah yang telah bersih dan digembur diikuti dengan membuat batas yang berukuran 1.2m lebar dan 20-30 cm tinggi. Jika pH tanah <5 hendaklah dibuat pengapuran 14 hari sebelum menanam dengan kadar 3 – 7.5 t/ha bagi tanah gambut, 3-5 t/ha bagi tanah mineral.

Oleh: Saidahahmad

Page 24: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

24

PeNaNamaNKuantiti biji benih - 6 kg/haRawatan biji benih - 3 gm racun thiram/1000 g biji benih.Jarak tanaman - 60 cm x 50 cm.Kepadatan - 12,800 pokok/ha.

Penjarangan - Dilakukan selepas 7 hari menanam dan dibiarkan sepokok tinggal pada satu lubang

PeNgawalaNrumPai• Merumput secara manual selepas menanam 4-5 minggu.• Penyemburan racun rumpai disyorkan pada 4-5 hari selepas menanam.

PemBajaaN jeNiS jeNiS Kadar maSa cara taNah Baja Baja memBaja memBaja (t/h/muSim)

Bris Organik 6 1 minggu Gaul dalam (tahi ayam) sebelum tanah menanam

NPK 0.7 2, 4 & 6 Tabur keliling 12:12:17:2+TE minggu pokok selepas menanam

Bekas tahi ayam 25 1 minggu Gaul dalam Lombong selepas tanah menanam

NPK 1.0 2, 4 & 6 Tabur 12:12:17:2+TE minggu sekeliling selepas pokok menanam

Gambut NPK 0.7 2, 4 & 6 Tabur keliling 12:12:17:2+TE minggu pokok selepas menanam

Mineral Tahi 5 1 minggu Gaul dalam ayam sebelum tanah menanam

NPK 0.7 2, 4 & 6 Tabur sekeliling 12:12:17:2+TE minggu pokok selepas menanam

Page 25: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

25

KawalaNPeNYaKitdaNPeroSaK jeNiSPeroSaK KeroSaKaNSimPtom KawalaNdaN daNPeNYaKit racuNYaNgSeSuai uNtuKPeNgawalaN

PeroSaKulatpengorekbuah Lenggai berlubang dan terdapat sisa najis 1. Lambada(Maruca testulalis pada bahagian diserang 2. CyhalothinGayer) 3. Carbaryl

Pemakanbuahkacang Terdapat lubang-lubang di atas permukaan buah. 1. Carbaryl(Euchrysops cnejus F)

lalatkacang Terdapat larva dalam daun dan batang 1. Diazinon(Melanagromyza menyebabkan pokok layu dan akhirnya mati. 2. DimonthoatePhaseoli)

Kutudaun Bahagian yang diserang terbantut dan kerekot. 1. Profenofos(Aphis craccivora 2. MalaathionKock)

PeNYaKitantraknos Bintik-bintik berwarna keperang-perangan dan 1. Captan(Colletotrichum melekuk ke dalam 2. MancozebLindemuthianum)

Bintikdaun Terdapat bintik-bintik warna perang pada daun. 1. Mancozeb(Cercospora 2. ManebCanesclens)

Karat Bintik bulat dan berwarna perang pada daun. 1. Cyproconcole(Uromyces OxyclorideAppendiculaatus) 2. Mancozeb gilir dengan amistarmozekdaun Daun berbintik dan kerekot. Pokok bantut 1. Malathion(Mosaic virus) dan lenggai menjadi kecil

reputpangkal Pokok layu dan pangkal menjadi reput. 1. Quintozene(Rhizoctonia solani) 2. Pencycuron

PeNuaiaN• Hasil dipetik 6-7 minggu selepas

menanam dan dipetik secara manual selang 2 hari.

• Tempoh hasil dipetik ialah 18 – 26 hari.

• Kacang panjang digred berasaskan rupa bentuk, saiz, warna, kesegaran dan tahap kecederaan mekanikal dan serangan penyakit dan serangga.

• Kacang dibungkus secara pukal dalam bakul dan untuk pembungkusan runcit menggunakan beg plastik, kertas dan filem polivinil klorida.

aNggaraNPeNdaPataNPendapatan penanaman kacang panjang bergantung kepada variety, kualiti dan harga pasaran. Adalah dianggarkan pendapatan tanaman tersebut antara barisan getah adalah purata RM6,591 sehektar.

aNggaraNPeNdaPataNdaNKoSPeNgeluaraNtaNamaNKacaNgPaNjaNgaNtaragetahSePuSiNgaNSeheKtar

Jarak Tanaman : 60 cm x 50 cmKepadatan : 12,800 pokok/haMula Berhasil : 6 – 7 minggu selepas menanamJangka Hayat : 3 bulan

PeKerja rm

•a Pendapatan (12,000 kg@RM1/kg.) 12,000

•B PerbelanjaanBahan penanaman 36Penyediaan tanah 420Penanaman 180Penyediaan Para 275Pembajaan 1,270Mengawal rumput 228Kawalan penyakit dan perosak 570Mengikat pokok dengan tali rafia 180Memungut hasil 2250 5’409•Keuntungan(a-B) 6,591

Anggaran pendapatan RM2,197.00/bulan.

Page 26: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

SOLAT DAN PERMASALAHAN

BERSUCI

26

Oleh: uStazdr.SaPawichemat

solat adalah rukun islam yang terpenting, kerana itulah allah s.w.t menjemput rasulullah s.a.w. datang

sendiri menerima perintah mendirikan solat daripada allah s.w.t dalam peristiwa israk dan mikraj.

Solat juga adalah merupakan ibadah pertama yang akan dihisabkan di hari kiamat nanti. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al­Tabarani yang mafhumnya : “Amal seorang hamba yang paling awal dihitung pada hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalnya, sebaliknya jika rosak solatnya maka rosaklah seluruh amalnya”.Rasulullah s.a.w berpesan pada saat­saat akhir hayat baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, sebelum meninggalkan dunia yang fana ini dan menuju alam baqa untuk bertemu dengan Allah s.w.t supaya sentiasa menjaga solat. Bahkan dalam mafhum hadis yang lain Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa tanda­tanda yang dapat membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan solat. Sebagai tanda begitu pentingnya ibadat solat ini, maka ia tidak akan berjaya melaksanakannya tanpa memperhatikan kesucian dan kebersihan. Maka syarat yang pertama perlu diperhatikan ialah bersuci terutama sekali wuduk. Kesempurnaan wuduk akan menentukan kesempurnaan solat. Maka hendaklah mengetahui perkara­perkara rukun, perkara­perkara sunat dan perkara­perkara yang membatalkan berwuduk. Wuduk bermaksud membasuh anggota tertentu dengan air dan dilaksanakan mengikut cara yang tertentu dengan niat berwuduk.

ruKuN WuDuK1. Niat ketika mula membasuh muka.2. Membasuh muka.3. Membasuh dua tangan hingga ke siku.4. Menyapu kepala dengan air, sekurang­kurangnya tiga helai pangkal rambut pada had kepala.5. Membasuh dua kaki hingga ke dua buku lali.6. Tertib.

amalaN suNat WuDuK1. Membaca Bismillah. 2. Membasuh dua tangan hingga ke pergelangan tangan.3. Berkumur­kumur.4. Menyedut air ke dalam hidung.5. Melebihkan kawasan basuhan tangan hingga ke atas siku.6. Menyapu air ke seluruh kepala bagi lelaki dan separuh kepala bagi wanita.7. Menyapu air ke seluruh telinga luar dan dalam, sebaik­

baiknya ketika menyapu kepala hendaklah di ser takan menyapu telinga.

8. Menyelati janggut yang tebal.9. Menyelati jari tangan dan kaki.10. Melebihkan kawasan basuhan kaki hinga ke atas buku lali.11. Mendahului anggota kanan dari anggota kiri.12. Membasuh dan menyapu sebanyak tiga kali.13. Muwalat (berturutan).

perKara yaNG memBatalKaN WuDuK1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur.2. Tidur tanpa menetapkan kedudukan punggungnya.3. Hilang akal.4. Menyentuh zakar, faraj atau dubur manusia dengan tapak

tangan atau perut jari tangan.5. Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin. Menurut satu pandangan dalam azhab al­Syafei, hanya batal wuduk jika bersentuh dengan syahwat. Pendapat yang kedua ini yang kita pakai semasa berada di Tanah Suci Makkah semasa

melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

Page 27: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

27

Bagi mereka yang berhalangan untuk berwuduk, terutama ke rana ketiadaan air, sakit atau sebagainya, maka hen­daklah bertayammum. Tayammum adalah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan ke tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat­syarat yang tertentu. Tayammum digunakan sebagai gantian kepada wuduk dan mandi wajib disebabkan keuzuran, berhalangan menggunakan air atau tidak terdapat air.

KeuzuraN yaNG meNGiziNKaN tayammum1. Ketiadaan air.2. Ada air tetapi tidak dapat digunakan

kerana sukar mengambilnya atau untuk kegunaan makan dan minum atau harganya mahal.

3. Sakit yang mudarat jika digunakan air.

syarat sah tayammum1. Masuk waktu solat.2. Menggunakan debu tanah yang suci dan tidak mustakmal (telah

digunakan).3. Telah berusaha untuk mendapatkan air setelah masuk waktu

solat.4. Menghilangkan najis sebelum bertayammum.

ruKuN DaN Cara tayammum1. Niat. ‘Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan kefarduan

solat kerana Allah’2. Menepuk dua tapak tangan dengan keadaan jari terbuka ke debu

tanah. Menipiskan debu dengan mengetuknya dan seterusnya menyapukan ke muka serta berniat.

3. Menepuk dua tapak tangan dengan keadaan jari terbuka ke debu tanah dan menipiskan debu dengan mengetuknya dan seterusnya menyapukan ke dua tangan hingga ke siku.

4. Tertib.

perhatiaN :1. Cara bertayammum untuk hadas kecil dan hadas besar adalah

sama.2. Satu tayammum hanya untuk satu perkara wajib dan beberapa

sunat.3. Solat dengan tayammum kerana ketiadaan air tidak perlu

diulangi setelah diperolehi air walaupun waktu solat itu masih ada.

Satu perkara lagi yang perlu diketahui tentang bersuci ini ialah apabila seseorang luka atau patah yang terpaksa dibalut, dibelat

atau seumpamanya seperti simen dan lain­lain. Maka cara berwuduk ini dikenali sebagai wuduk sohibul jabirah. Sohibul jabirah ialah orang yang ada balutan atau tempelan yang diletakkan keranakeperluan perubatan. Balutan atau tempelan tersebut menghalang air sampai ke kulit.Jika balutan dan tempelan itu pada anggota wuduk, dia hendaklah berwuduk sepertibiasa, menyapu air ke atas balutan dan bertayammum bagi menggantikan bahagian yang tidak dapat sampai air tersebut.Contoh Jika balutannya di jari, dia hendaklah berwuduk seperti biasa dan ketika membasuh tangan dia hendaklah membasuh bahagian tangan yang boleh menerima air dahulu, menyapu air ke atas balutan tersebut dan jari yang berbalut itu boleh diganti dengan tayammum kemudian barulah dia menyapu kepalanya. Begitulah yang dia perlu lakukan pada balutan­balutan yang melibatkan anggota­anggota wuduk yang lain.

Dia wajib mengqadakkan semula solat­solatnya jika:a. Balutan itu di atas anggota tayammum.b. Ketika balutan diletakkan dia tidak di dalam keadaan suci.c. Balutan itu melebihi had yang sepatutnya. Menurut pandangan kedua Imam Syafi’e, sohibul jabirah hendaklah berwuduk seperti biasa dan hanya menyapu air pada balutan tersebut. Dia digalakkan mengqadakkan solat­solatnya setelah dia sembuh.

tayammum DaN WuDuK sohiBul JaBirah serta permasalahaNNyaMenurut pendapat Muqabil al­Azhar dalam Mazhab al­Syafie pendapat al­Hanafiyyah dan al­ Malikiyah, sohibul jabirah hanya perlu membasuh anggota wuduknya yang sihat dan menyapu pada jabirahnya (balutan). Adalah digalakkan untuk melakukan i’ada (mengulangi) solat yang dilakukan dengan wuduk sohibul jabirah.

Page 28: Suara R SdA - risda.gov.my · 10 dari Penoreh Getah Kepada Pengusaha Air Minuman Soya 12 Industri desa Mampu Menjana Ekonomi Penduduk 13 TSB Bukit Kapas, Setiu 16 Kolej RISdA digesa

Tentang Keluh Kesah Sahabatku

Semalam aku mendengar sahabatku mengeluhMerintih mengenangkan harga getah turunKatanya:“Anakku ramai, tanggungjawabku besar….Belanja dapur, sekolah anak, bil itu, bil ini….”

Dan kau terus mengeluh:“Isteriku sedang terlantar sakit…Tak berdaya walaupun untuk secuit bicaraSedang aku pula menghidap puluhan penyakit yangTidak pulih­pulih sejak dulu”.

Dan akhirnya kau merumuskan dengan satu persoalan:“Bagaimana aku harus menghadapi ini semua?”

Sahabatku…Dalam simpati aku juga berharapAgar kau sentiasa ingat bahawaIkhtiar itu penting, kerana manusia tidak dilahirkanUntuk hidup berdukacita sepanjang waktu.

Tambahku:“Bukankah RISDA sudah menyediakan pelbagai kaedahUntuk kelompok sepertimu melaksanakan sesuatu,Sebagai pengimbang situasi gawat sebegini?Bukankah ada kaedah AETSeperti yang pernah kau katakan tempoh hari?

Terlalu banyak sebenarnya yang masih boleh kau hasilkanPokok pangkal usaha dan kesungguhan…Itulah paksi kekuatanmu.

Sahabatku…Jangan mengalah sebelum kau berjuangJangan disesali takdir yang mendatangKerana selagi kau masih diberi kesempatan untuk bernafasSelagi itu rezeki masih terbuka luas.

Karya: sharuDiN aBDullah, ibu pejabat risDa, Kuala lumpur