suara pusat islam - pic.upm.edu.my€¦ · di antara ara acaan (manhaj) imam ibnu amir 1( membaca...

16
SIDANG PENGARANG PENAUNG Dr. Razali bin Othman Pengarah Pusat Islam UPM EDITOR Mohd Hafiz bin Ghazali SIDANG PENGARANG Muhammad Syahmi bin Rusli Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid Mohd Hafiz bin Ghazali Khairul Fahmi bin Mukhid Mohd Firdaus bin Abdul Rashid Siti Rohani binti Muhamad Dr. Amini Amir bin Abdullah Muhammad Norhisyam bin Nordin Zuhaimi Abdul Rahim Dr. Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh 07 SUARA PIU 2015 Suara Pusat Islam UPM Sampaikanlah Dariku Walaupun Sepotong Ayat JUN-SEPTEMBER 2015 http://www.pic.upm.edu.my TAKUT KEPADA ALLAH (Petikan Khutbah JAIS) Dari segi bahasa takut memberi maksud gentar, gerun, ngeri, kecut, berasa bimbang dan sebagainya. Ada pun takut atau takwa kepada Allah SWT bermaksud ketaatan dalam menjunjung segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Sesungguhnya, orang-orang yang takut kepada Allah SWT itu senasa bimbang dan takut kemurkaan Allah SWT. Sifat mereka itu antaranya ialah bersegera dalam mengerjakan kebaikan. Mereka dak mempersekutu- kan Allah SWT dengan yang lain. Mereka beriman kepada ayat-ayat Allah SWT dan mereka menaahkan apa yang mereka miliki sedang ha mereka bimbang pemberian tersebut dak diterima oleh Allah SWT. Sifat takut merupakan benteng bagi orang yang beriman. Sifat takut adalah penyelamat bagi orang beriman daripada melakukan maksiat. Sifat takut adalah pendorong bagi orang yang beriman untuk menjunjung segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan Allah SWT. Ringkasnya, sifat takut kepada Allah SWT yang dimiliki oleh seseorang Muslim amat besar manfaatnya dalam kehidupan seseorang insan yang beriman. Kerana itu, Rasulullah SAW sendiri turut bermohon doa supaya dikurniakan perasaan takut kepada Allah SWT. Hadis daripada Ato’ bin al-Saib RA bahawa Rasulullah SAW berdoa antaranya: “Ya Allah! Aku bermohon akan perasaan takut kepadaMu pada waktu (aku) dak dilihat (orang) dan pada waktu (aku) dilihat.” Sifat takut kepada Allah SWT itu terbahagi kepada dua: iaitu takut kepada Allah SWT sewaktu berada di khalayak ramai atau dilihat orang dan takut kepada Allah SWT sewaktu diri berada bersendirian. Bersambung di Halaman 02 1 Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468581 FAKS: 03-89483742 SEDUTAN KHUTBAH PILIHAN

Upload: others

Post on 22-Dec-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SIDANG PENGARANG

PENAUNG

Dr. Razali bin Othman Pengarah Pusat Islam UPM

EDITOR

Mohd Hafiz bin Ghazali

SIDANG PENGARANG

Muhammad Syahmi bin Rusli

Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid

Mohd Hafiz bin Ghazali

Khairul Fahmi bin Mukhid

Mohd Firdaus bin Abdul Rashid

Siti Rohani binti Muhamad

Dr. Amini Amir bin Abdullah

Muhammad Norhisyam bin Nordin

Zuhaimi Abdul Rahim

Dr. Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok

Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh

07 SUARA PIU 2015

Suara Pusat Islam UPM Sampaikanlah Dariku Walaupun Sepotong Ayat

JUN-SEPTEMBER 2015 http://www.pic.upm.edu.my

TAKUT KEPADA ALLAH

(Petikan Khutbah JAIS)

Dari segi bahasa takut memberi maksud gentar, gerun, ngeri, kecut, berasa bimbang dan sebagainya. Ada pun takut atau takwa kepada Allah SWT bermaksud ketaatan dalam menjunjung segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Sesungguhnya, orang-orang yang takut kepada Allah SWT itu sentiasa bimbang dan takut kemurkaan Allah SWT. Sifat mereka itu antaranya ialah bersegera dalam mengerjakan kebaikan. Mereka tidak mempersekutu-kan Allah SWT dengan yang lain. Mereka beriman kepada ayat-ayat

Allah SWT dan mereka menafkahkan apa yang mereka miliki sedang hati mereka bimbang pemberian tersebut tidak diterima oleh Allah SWT. Sifat takut merupakan benteng bagi orang yang beriman. Sifat takut adalah penyelamat bagi orang beriman daripada melakukan maksiat. Sifat takut adalah pendorong bagi orang yang beriman untuk menjunjung segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan Allah SWT.

Ringkasnya, sifat takut kepada Allah SWT yang dimiliki oleh

seseorang Muslim amat besar manfaatnya dalam kehidupan seseorang insan yang beriman. Kerana itu, Rasulullah SAW sendiri turut bermohon doa supaya dikurniakan perasaan takut kepada Allah SWT.

Hadis daripada Ato’ bin al-Saib RA bahawa Rasulullah SAW berdoa antaranya: “Ya Allah! Aku bermohon akan perasaan takut kepadaMu pada waktu (aku) tidak dilihat (orang) dan pada waktu (aku) dilihat.” Sifat takut kepada Allah SWT itu terbahagi kepada dua: iaitu takut

kepada Allah SWT sewaktu berada di khalayak ramai atau dilihat orang dan takut kepada Allah SWT sewaktu diri berada bersendirian.

Bersambung di Halaman 02

1

Sebarang cadangan & komentar

sila e mailkan kepada kami di: [email protected]

atau, hubungi kami di:

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG,

SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468581

FAKS: 03-89483742

SEDUTAN KHUTBAH PILIHAN

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Sambungan daripada Halaman 01 Inilah yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam doa Baginda dengan al- ghaib iaitu pada waktu tidak dilihat oleh orang lain dan ash-shahadah iaitu pada waktu dilihat oleh orang lain. Sesungguhnya wujud dalam diri seseorang insan bahawa sikap apabila dilihat orang maka dia menjauhi perkara maksiat atau perkara yang memalukan. Namun apabila bersendirian serta tidak dilihat oleh orang lain maka secara diam diam dia melaksanakan perkara -perkara yang terlarang. Bahkan, wujud insan yang sedang melaksanakan perkara maksiat lalu dia meninggalkan perbuatan tersebut disebabkan bayi atau budak kecil yang sedang memerhatikannya. Persoalannya, mengapakah perasaan malu hanya wujud terhadap bayi atau budak kecil yang sedang memerhatikannya sedangkan Allah SWT itu Maha Melihat setiap perbuatannya? Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan dosa-dosa hamba- Nya dan Allah SWT sekali-kali tidak lalai daripada apa yang dikerjakan oleh setiap makhluknya. Selain itu, antara tanda-tanda takut kepada Allah SWT yang boleh dimuhasabah dalam diri kita ialah: Pertama: Lidah kita terperlihara dari berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap perkara sia-sia. Sesungguhnya, lidah orang yang takutkan Allah SWT sentiasa berzikir mengagungkan kebesaran Allah SWT, membaca al- Quran dan bermuzakarah dengan saling ingat memperingati.

Kedua: Hati kita terpelihara daripada sifat hasad dengki dan permusuhan kerana kedua-dua sifat tersebut akan menghapuskan segala pahala amal kebajikan. Ketiga: Mata kita terpelihara dari memandang perkara-perkara haram serta tidak terpikat atau tertumpu kepada hal keduniaan semata-mata.

Keempat: Perut kita terpelihara daripada dipenuhkan dengan hasil yang syubhah apatah lagi yang haram terkandung dalam makanan dan minuman kita. Kelima: Tangan kita terpelihara dari digunakan untuk melaksanakan perkara-perkara haram sebaliknya kedua- dua tangan yang dimiliki digunakan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keenam: Kaki kita terpelihara dari melangkah ke tempat maksiat sebaliknya kedua kaki yang dimiliki hanya melangkah ke tempat-tempat yang diredhai oleh Allah SWT. Ketujuh: Segala amal dan ketaatan yang dilaksanakan kepada Allah SWT bukan dengan riak sebaliknya segalanya semata-mata dan ikhlas kepada Allah SWT. Takut kepada Allah SWT diikuti dengan mengharap kepada rahmat- Nya dan syurga- Nya. Begitu juga takut kepada Allah SWT diikuti dengan mengharap pengampunan- Nya dan dijauhkan dari neraka-Nya. Seseorang insan apabila melakukan ibadat kerana mengharapkan pahala tetapi tidak takut dan melakukan larangan-larangan Allah menjadikan ibadahnya adalah sia-sia.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

(Al-Anfaal: 8:2)

MUTIARA AL-QURAN

MUTIARA AL-SUNNAH

“ Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasululiah s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: "Tidak ada balasan bagi seseorang hambaKu yang mu'min di sisiKu, di waktu Aku mengambil - mematikan - kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapat-kan syurga." (Riwayat Bukhari)

2

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Biodata Para Imam al-Qiraat (as-Syatibiyyah)

Imam ‘Asim

Nama sebenar beliau adalah ‘Asim bin Abi Najud (Abdullah) bin Bahdalah al-Asadi. Beliau diberi gelaran sebagai “Abu Bakar” (al-Asadi) dan merupakan salah seorang daripada imam Qiraat tujuh (syatibiyyah). Beliau merupakan seorang dari kalangan tabi’in, pakar dalam ilmu tajwid dan fasohah (kelancaran) serta mempunyai suara yang merdu. Imam ‘Asim telah mempelajari ilmu al-Quran (talaqqi) daripada Abi Abdul Rahman as-Salmi, Zur bin Habish dan Abi ‘Amru Sa’ad bin Ilyas. Manakala, ketiga-tiga mere-ka mengambil bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud sehingga Rasulullah s.a.w. Anak murid yang telah mengambil bacaan da-ripada beliau adalah Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syu’bah bin ‘Ayash, Aban bin Taghlab dan Hammad bin Salamah dan yang ter-masyhur adalah Imam Syu’bah dan Imam Hafs. Beliau meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah di Kufah.

Imam Syu’bah (Perawi/ Anak Murid)

Nama sebenar beliau adalah Syu’bah bin ‘Ayash bin Salim al-Asadi an-Nahsyali dan digelar dengan nama “Abu Bakar”. Beliau dilahirkan pada tahun 95 Hijrah dan merupakan seorang imam besar di Kufah. Imam Syu’bah juga merupakan seorang ulama’ di kalangan Ahli Sunnah di Kufah dan telah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 18 ribu kali. Beliau telah mengambil bacaan (talaqqi) bersama beberapa orang guru iaitu ‘Asim bin Abi Najud, A’to bin Saib dan Aslam Munqary. Manakala, anak-anak muridnya yang telah mengambil bacaan dari beliau adalah Abu Yusof Yaakob bin Khalifah, Abd Rahman bin Abi Hammad, Yahya bin Muhamad dan ‘Urwah bin Muhamad. Imam Syu’bah meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.

Imam Ibnu Hafs (Perawi/Anak Murid)

Nama sebenar beliau adalah Hafs bin Sulaiman al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadi dan digelar “Abu Umar”. Beliau dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan merupakan seorang imam yang pakar dalam ilmu Qiraat. Beliau berguru dengan ‘Asim bin Abi Najud, manakala anak-anak muridnya ialah Husin bin Muhamad Maruzi, ‘Amru bin as-Sobah, ‘Abid bin as-Sobah dan Fudhail bin Yahya. Bacaan Qiraat Riwayat Hafs merupakan jenis bacaan yang banyak digunakan di seluruh dunia. Imam Hafs meninggal dunia pada tahun 180 Hijrah.

Bersambung di Halaman 04

KALAM SUCI

Oleh: Muhammad Syahmi bin Rusli [email protected]

Penulis merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

3

PENGENALAN ILMU AL-QURAN DAN QIRAAT

شعبة

)Syu’bah)

حفص

(Hafs (

عاصم

)‘Asim)

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Sambungan daripada Halaman 03 Di antara Cara Bacaan (Manhaj) Imam Ibnu Amir 1( Membaca ‘basmalah’ (bismillahirrahmanirrahim) dan tanpa ‘basmalah’ (saktah dan wasol) antara dua (2) surah kecuali pada

Surah al-Anfal dan at-Taubah. 2( Mengithbatkan ‘alif’ (mengekalkan/membaca huruf ‘alif’ dengan kadar 2 harkat) pada perkataan ”مالك“ di dalam surah Al-

Fatihah. 3( Mad Jaiz Munfasil dan Mad Wajib Muttasil dibaca dengan kadar 4 harkat dan 5 harkat.

4( Imam Hafs membaca dengan Imalah pada kalimah ”مجرها “ di dalam surah Hud ayat 41.

5( Pada kalimah “Ta’manna” ”تأ منا“ , dalam surah Yusuf ayat 11, Imam A’sim akan membaca dengan 2 wajah bacaan iaitu Isymam & Raum (memuncungkan mulut ke hadapan seperti menyebut huruf berbaris “dhammah” tanpa suara).

6( Pada kalimah ”بئس االسم“ dalam surah Al-Hujurat ayat 11, Imam A’sim akan membaca dengan naqal dengan menyebutnya “Bi’salismu” 7) Imam Hafs akan membaca dengan (2) harkat pada huruf ‘ha kinayah’ )ىه / ه( pada kalimah ”فيه مهانا“ di dalam surah Al- Furqan

4

SUDUT JAWI

Oleh : Mohd Firdaus Abd Rashid [email protected]

رسول هللا صلى هللا عليه وسلم برسبدا مقصودڽ: اكو اداله سباڬاي ڤنجاميييي يم مي يبيري يامييينيي او ي يو

سساورڠ م ڤروليهي سبواه رومه د هالمي شرڬ, ا ا ت باڬيي اورڠ يم مينييي يريليتيي ڤيربيوا يي بيربيني ياهيي

ستاليڤون ڤربن اهي ا ت بنر، دان وڬ سبواه رومه د ڤر هي شرڬ باڬي اورڠ م مني رلتي ڤربوا ي دوس يا

ستاليڤون دڠي و وان برڬوراو سندا، دان وڬ سبواه رومه د ڤو چق شرڬ باڬي اورڠ يم مي يڤيربيا يقيي

﴿حد ث روا ة ابو داود﴾ اخال دان بربودي مليا.

شفاعة رسول اهلل

Maksudnya مقصودڽ

Adalah اداله

Sebagai سباڬاي

Penjamin ڤنجامين

Memberi ممبري

Jaminan جامينن

Untuk اونتوق

Seseorang سساورڠ

Memperolehi ممڤروليهي

Di halaman د هالمن

Iaitu ايايت

Berbantahan بربنتاهن

Perbantahan ڤربنتاهن

Itu ايت

Benar بنر

Dipertengahan د ڤرتڠهن

Bagi باڬي

Meninggalkan منيڠڬلكن

Perbuatan ڤربواتن

Dusta دوستا

Sekalipun سكاليڤون

Dengan دڠن

Tujuan توجوان

Bergurau برڬوراو

Senda سندا

Juga جوڬ

Sebuah سبواه

Rumah رومه

Di puncak د ڤونچق

Syurga شرڬ

Bagi باڬي

Orang اورڠ

Yang يڠ

Memper-

baiki ممڤرباءيقي

Akhlak اخالق

Dan دان

Berbudi بربودي

Mulia مليا

Riwayat رواية

Abu Daud ابو داود

Ukuran kebahagiaan itu ada dalam Kitab Allah yang agung dan takaran dari segala sesuatu itu ada

dalam kualiti zikir kepada Yang Maha Bijaksana. Dialah yang menetapkan segala sesuatu, nilai dan balasannya kepada hamba, baik ketika masih di dunia mahupun ketika di akhirat kelak.

“Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran),

tentulah Kami buatkan bagi orang-orang kafir terhadap Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak untuk rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (perak) yang mereka naikinya. Kami (buatkan pula) dipan-dipan yang mereka bertelekan di atasnya dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari emas untuk mereka). Semua itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu; disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (surah Az-Zukhruf ayat 33-35)

Ayat tersebut menggambarkan dengan jelas tentang hakikat kehidupan beserta nilai-nilai material dan tentang status sosial kehidupan, istana-istana, rumah-rumah mewah, emas, perak dan kedudukan sosial yang ada padanya. Dengan memberikan segala sesuatu kepada orang-orang kafir secara sekaligus dan sebaliknya tidak berharga kepada umat manusia. Betapa tiada bernilainya dunia ini.

‘Atabah bin Ghazwan r.a, seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang terkenal itu, mengungkapkan rasa hairan ketika ia sesekali berkhutbah Jumaat. Ia bernostalgia; bagaimana getirnya saat itu ketika bersama Rasulullah s.a.w, ketika hanya boleh makan dedaunan pada saat-saat jihad di jalan Allah. Saat-saat seperti ini ia rasakan sebagai saat yang paling disukai sepanjang usianya dan sebagai hari-harianya yang manis. Selanjutnya, sepeninggalan Rasulullah s.a.w di masih diberi umur oleh Allah dan diangkat menjadi seorang penguasa dan juga seorang hakim. Menurutnya, kehidupan yang harus dihadapi sepeninggalan Rasulullah s.a.w adalah kehidupan yang sangat tidak berharga.

“Kulihat orang-orang yang sengsara tidak pernah bosan dengan dunia sekalipun mereka di dalamnya hidup dengan tidak berpakaian dan kelaparan. Kulihat dunia ini sekalipun menyenangkan tak ubahnya seperti awan di musim panas dalam waktu sekejap ia pergi tanpa kesan.”

Sa’ad bin Abi Waqas r.a merasa kebingungan saat diangkat menjadi penguasa di Kufah sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Ia melihat kenyataan yang sangat berbeza dibandingkan saat bersama Rasulullah s.a.w, yang cukup hanya dengan makan tumbuh-tumbuhan dan hanya makan kulit kambing yang sudah kering, dipanggang, ditumbuk lalu direbus dengan air. Ia melihat betapa tidak berharganya istana-istana dan rumah-rumah yang indah. “Dan sungguh akhirat itu lebih baik bagimu daripada dunia.” (Ad-Dhuha: 4). Itu ertinya ada sesuatu dalam hal ini dan ada sesuatu yang tersebunyi di sebalik masalah ini; kehidupan dunia yang tidak berharga.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi Allah, bukanlah kefakiran yang lebih aku khuatirkan atas diri kalian.” Ketika Umar r.a memasuki rumah Rasulullah s.a.w, baginda sedang berada di tempat minumnya. Dilihatnya kesan-kesan bekas tikar di punggung Rasulullah s.a.w dan hanya ada karung gandum yang tergantung di rumahnya. Tanpa disedari air mata Umar mengalir di pipinya. Sebuah pemandangan yang sangat menyentuh perasaannya, kerana saat itu baginda adalah seorang teladan dan pemimpin bagi seluruh umat manusia, tetapi baginda dalam keadaan yang sangat sederhana seperti ini.

Bersambung di Halaman 06

HAKIKAT DUNIA YANG SEBENARNYA ( Dipetik dari Kitab La Tahzan oleh: Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni)

RENUNGAN / TAZKIRAH

Oleh : Siti Rohani binti Muhamad [email protected]

5

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Sambungan daripada Halaman 05 “Mereka berkata: Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?” (Al-Furqan: 7). Tercetus ucapan dari bibirnya: “Wahai Rasulullah, engkau telah mengetahui pola hidup Kisra dan Kaisar.” Rasulullah s.a.w menjawab: “Wahai Ibnu Al-Kaththab, apakah engkau masih meragukanku. Tidakkah engkau redha jika kesenangan akhirat menjadi milik kita, sedang mereka hanya memperoleh kesenangan dunia.”

Ini adalah sebuah perbandingan yang sangat jelas dan pembahagian yang sangat adil. Biarkanlah orang yang menerima itu akan memperolehkannya dan biarkan pula orang yang tidak suka akan membencinya. Biarkanlah orang yang menginginkan kebahagiaan itu mencarinya di dalam dirham, dinar, istana dan kenderaan dan biarkan pula ia berusaha untuk itu sahaja. Demi Zat yang tiada Tuhan Selain Allah, mereka tidak akan mendapatkannya.

“Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Hud: 15-16)

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Ada orang yang memandang kesenangan hidup yang dibenarkan oleh agama sebagai sesuatu yang perlu dijauhi, mereka menganggap bahawa perbuatan itu dilarang oleh agama. Akibatnya ialah dalam memenuhi tuntutan itu seolah-olah orang yang menghalalkan perbuatan dosa, padahal perasaannya itu merupakan kekeliruan. Akan tetapi ia merasa dirinya telah membuat perkara yang buruk dan menganggap perbuatan itu sudah menjadi sebahagian dari kehidupannya. Memiliki sifat seperti ini Al-Quran telah menegaskan bahawa diperbolehkan keinginan yang baik bagi manusia, bahkan manusia diberikan kesempatan supaya memperluaskan sesuatu yang baik. Allah s.w.t telah berfirman: “Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Dia hanya menyuruh kamu lakukan kejahatan dan perkara-perkara keji dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Al-Baqarah :2:166-169) Benarlah bahawa menghalalkan sesuatu yang halal adalah penyataan terhadap Allah tentang sesuatu yang tidak diketahui dan perbuatan demikian itu sama buruknya dengan perbuatan keji diperintahkan oleh syaitan. Islam mencela orang yang hidup dalam kemewahan yang berlebih-lebihan. Fitrah yang baik terletak pada keimanan dan kebajikan, bukan pada kekufuran dan pandangan serba halal (ibahiyyah). Demikian pula kepuasan naluri manusia terletak pada hilangnya akal dan akhlak.

6

AKHLAK SEORANG MUSLIM

( Dipetik dari Kitab Khuluq al-Muslim oleh: Sheikh Muhammad al-Ghazali)

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

ADAB/AKHLAK

Oleh : Mohd Hafiz bin Ghazali [email protected]

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Adab bermusafir dalam Islam Islam sebagai agama yang syumul telah menggariskan beberapa adab yang harus diikuti oleh musafir ketika dalam perjalanannya. Antara adab ini ialah seperti yang berikut:

1) Niat yang baik. Dengan menjadikan merantau ini sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 2) Hendaklah tujuan musafir seseorang itu diredhai oleh Allah SWT dan dengan tujuan yang dibolehkan oleh syarak. 3) Bermusyawarah dan beristikharah sebelum memulakan perjalanannya. 4) Menyelesaikan hutang dan memulangkan amanah kepada tuannya. Sekiranya tidak dapat menyelesaikan hutang sebelum

perjalanannya, maka dia hendaklah memohon kebenaran daripada si piutang untuk bermusafir. 5) Meninggalkan wasiat. Sehubungan dengan ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Antara hak seseorang Muslim yang

ingin bermusafir selama dua malam atau lebih, hendaklah dia menulis wasiat." 6) Memilih rakan seperjalanan daripada kalangan orang yang bertakwa yang boleh membantunya mentaati Allah SWT. 7) Menyediakan bekalan dan perbelanjaan yang secukupnya untuk memudahkan perjalanannya. 8) Mengutamakan musafir pada hari khamis. Rasulullah SAW sering memulakan perjalanannya pada hari Khamis. 9) Bermusafir pada siang hari. Ini kerana Rasulullah SAW sering mendoakan keberkatan terhadap mereka yang menyegerakan

urusan mereka pada awal hari. 10) Solat sunat sebelum musafir. Sebelum bertolak, hendaklah menunaikan solat musafir dua rakat seperti yang dilakukan oleh

Rasulullah SAW . 11) Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga dan sahabat handai serta berpesan kepada mereka dengan perkara yang

baik. 12) Memohon didoakan. Bagi orang yang hendak bermusafir hendaklah meminta daripada keluarga dan sahabat handai

mendoakannya untuk kebaikan seperti yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW. 13) Berdoa ketika hendak bertolak. Semasa hendak keluar untuk bermusafir, hendaklah membaca :

"بسم هللا، توكلت على هللا، وال حول وال قوة إال باهلل" 14)Melantik seorang ketua. Sekiranya perjalanan itu dilakukan secara berkelompok, maka hendaklah melantik seorang ketua dalam kalangan mereka. 15) Berdoa ketika menaiki kenderaan. Apabila Rasulullah SAW menaiki kenderaan untuk memulakan perjalanan, Baginda akan ber-

takbir tiga kali dan membaca doa ini سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين، وإنا إلى ربنا لمنقلبون Maksudnya: “Maha suci Allah yang memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya mengusainya, dan kami tidak berupaya mengendalikannya. Sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali” Kemudian Baginda akan membaca doa ini:

اللهم إنا نسألك في سفرنا هذا البر والتقوى، ومن العمل ما ترضى، اللهم هون علينا سفرنا هذا واطو عنا بعده، اللهم ”

أنت الصاحب في السفر والخليفة في األهل، اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في “ المال واألهل والولد.

16) Mengutamakan musafir yang lemah seperti kanak-kanak dan orang tua. 17) Berkelakuan (mu’amalah) baik dengan tunggangan atau kenderaan yang dinaiki. 18) Menjaga adab-adab menunggang semasa dalam perjalanan (tidak membuka tingkap kecuali setelah meminta izin daripada orang sebelah, mempelawa makan, tidak bercakap dengan suara tinggi, memberi keutamaan kepada kanan-kanak dan orang tua, menjaga adab-adab umum seperti tidak merokok, tidak meludah, dan tidak membuang sampah merata-rata. Memperbanyakkan doa dan zikir kerana doa musafir adalah mustajab. 19) Bertafakkur dan mengambil iktibar. Dengan bertafakkur terhadap apa-apa yang disaksikan dalam perjalanannya tentang kebesaran Allah, akan menambah iman seseorang kepada yang maha mencipta. 20) Merai adat orang tempatan selagi adat itu tidak bertentangan dengan syariat. 21)Mengamalkan rukhsah ketika dalam perjalanan seperti solat jamak dan qasar. Antara rukhsah juga solat sunat di atas kenderaan. 22) Bersegera pulang menemui ahli keluarga. Setelah selesai daripada tugas di perantauan, maka hendaklah dia segera pulang menemui ahli keluarga.

7

ADAB BERMUSAFIR Oleh: Dr Pabiyah binti Hj Maming

[email protected] Penulis merupakan Pensyarah Fakulti

Bahasa Moden & Komunikasi UPM

INDAHNYA ISLAM

Hukum Penggunaan Vaksin Menactra Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Menactra®. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1) Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa pada

prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah

terdiri daripada bahan-bahan yang baik (toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang mendatangkan

mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.

2) Muzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra® ini, tiada sebarang komponen bahan

mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada

perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal.

3) Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Menactra® adalah diharuskan.

Keterangan/Hujah: 1. Menactra adalah vaksin steril diberikan secara intramuskular yang mengandungi antigen kapsul polisakarida Neisseria meningitides serogrup A, C, Y dan W-135 yang dikonjugasi secara individual kepada protein difteria toxoid. 2. Vaksin Menactra perlu diberikan sebagai suntikan 0.5 ml melalui laluan intramuskular. Menactra adalah untuk suntikan rutin, imunisasi aktif kanak-kanak, remaja dan orang dewasa daripada usia 9 bulan hingga 55 tahun bagi pencegahan terhadap penyakit invasif yang disebabkan oleh meningitidis N serogrup A, C, Y dan W-135. 3. Untuk kanak-kanak berusia 9 sehingga 23 bulan, Menactra diberikan sebagai satu siri terdiri daripada 2 dos di dalam jarak sekurang-kurangnya tiga bulan di antara dos. Menactra adalah disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai risiko tinggi yang berusia daripada 9 hingga 23 bulan. Individu yang berusia dari 2 sehingga 55 tahun menerima satu dos sahaja. 4. Langkah-langkah pembuatan Polysaccharide Purified Bulk Powder adalah sama seperti vaksin Menomune A / C / Y / W-135 yang menggunakan Seed Bank System (sistem bank benih) bebas kompenan-kompenan sumber haiwan. Sumber-sumber bebas kompenan-kompenan sumber haiwan telah diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sewaktu pendaftaran vaksin Menactra pada tahun 2010. 5. Pada prinsipnya ulama sepakat bahawa makanan (termasuk perubatan) yang dibenarkan oleh Islam menggunakannya adalah bahan yang baik (toyyib) yang tidak mempunyai unsur-unsur yang merbahaya kepada kesihatan badan dan akal manusia. Al-Quran dan hadis telah memperakui bahawa setiap bahan yang asalnya halal dan bersih akan berubah hukum penggunaannya kepada haram jika wujud unsur-unsur najis ketika pemprosesan bahan tersebut dilakukan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

ويحرم عليهم الخبائث“Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor” (al-A’raf, ayat 156) 6. Bahan ubatan yang menggunakan bahan yang diragui kehalalannya adalah haram. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia; apakah ia termasuk bahagian yang halal atau haram. Maka sesiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya maka dia akan selamat. Dan sesiapa yang mengerjakan sedikit pun daripadanya hampir-hampir ia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang mengembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir jatuh kepadanya. Ingatlah, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan. “

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-menactra

Koleksi Himpunan Fatwa di Malaysia ( Dipetik dari laman e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ )

8

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

لنا وإليك أنبنا رب نا عليك توك واليك المصير

Mafhumnya: “Wahai Tuhan kami, hanya kepadaMu kami bertawakal hanya kepadaMu kamu bertaubat hanya kepadaMu kami kembali .”

( Surah Al-Mumtahanah : 4)

DOA DARIPADA AL-QURAN

DOA DARIPADA AL-SUNNAH

DOA APABILA RIBUT .

رها اللهم إني أسألك خي وأعوذبك من شرها

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadamu kebaikan angin ini, dan aku berlindung kepadamu

dari kejahatannya .” (HR Abu Dawud 5097 )

Idris a.s adalah salah satu di antara nabi-nabi Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan dua kali dalam Alquran, namun tidak menceritakan kepada kita kisahnya atau kisah kaumnya. Allah S.W.T berfirman: “Dan ceritakanlah (wahai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Alquran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi.— Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Surah Maryam: 56-57) Rasulullah S.A.W. ketika Isra’ Mi’raj pernah melawati Nabi Idris, dimana ketika itu ia berada di langit keempat, lalu Beliau mengucapkan kepadanya. Beliau bersabda, “Lalu aku mengucapkan salam kepadanya, ia pun menjawabnya dan berkata, ‘Selamat datang seorang saudara yang soleh dan nabi yang soleh.” (HR. Bukhari) Setiap hari Malaikat Izrail dan Nabi Idris beribadah bersama. Di suatu masa, Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bolehkah engkau membawa saya melihat syurga dan neraka?”“Wahai Nabi Allah, permintaanmu aneh,” kata Izrail. Setelah Malaikat Izrail memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrail. “Saya takut sekali kepada azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya. Waktu mereka sampai ke dekat neraka, Nabi Idris pengsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang derhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tidak ada pemandangan yang lebih mengerikan jika dibandingkan dengan tempat ini. Dengan tubuh yang lemah Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrail membawa Nabi Idris ke syurga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrail kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu syurga yang sangat tampan. Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.Waktu melihat isi syurga, Nabi Idris sekali lagi hampir pengsan karena ter-pesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau tanpa berkata apa-apa melihat pemandangan sangat indah di hadapannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris berulang-ulang. Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana bagi penghuni syurga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pe-layan syurga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Nabi Idris bertanya “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.” “Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni syurga.” Jawab Izrail. Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur kerana menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enak.

QASAS AL-ANBIYA’

Oleh : Muhammad Norhisyam bin Nordin [email protected]

KISAH NABI IDRIS A.S. MELIHAT SYURGA & NERAKA

( Dipetik dari Kitab Qasas al-Anbiya’ ‘Ibaratun li-Ulil Albab,

Abul Fidaa’ Ismail Bin Kathir al-Qurais)

9

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Penekanan tafsiran al-Quran perlulah seimbang dan tidak hanya berfokuskan kepada penegakan pendapat dan kefanatikan mazhab sendiri atau terlalu gender oriented. Mempercayai kandungan al-Quran merupakan pokok akidah. Seandainya fakta al-Quran bertentangan dengan fakta sains, maka sebagai seorang muslim, fakta al-Quran adalah yang paling betul. Sebab itu al-Quran sama sekali tidak akan bertentangan dengan fakta sains. Apa yang dikatakan sebagai ”fakta sains” itu, ia bukanlah fakta lagi dalam ertikata yang sebenar-benarnya selama mana ia masih bertentangan dengan al-Quran. Inilah seb-etulnya pendirian orang yang mengaku ia beriman dengan Allah s.w.t.

Kita telah mengetahui bahawa melalui pemeriksaan DNA kita boleh mengenalpasti identiti seseorang. Hakikat ini tidak pernah dinafikan oleh sesiapapun setakat ini. Malangnya, kita tidak mencari sebarang bukti daripada al-Quran untuk menguatkan hakikat ini secara ekstensif. Saya pernah juga terdengar tentang pendapat yang menyatakan bahawa pengenalan identiti seseorang menerusi cap jari juga terkandung asas penjelasannya dalam al-Quran. Dengan mukjizat al-Quranlah umat Islam mendapat hidayah Allah dan beroleh kemajuan peradaban. Pemahaman yang tepat terhadap isi kandungan Al-Quran membolehkan Islam itu sesuai dipraktikkan pada sebarang tempat dan zaman. Ulama perlu mengupas al-Quran bagi membuktikan hakikat ini dengan tidak mengabaikan soal prinsipal. Masih banyak hikmat dan rahsia al-Quran yang tidak dibongkar. Rasulullah pernah menyuruh kita mengajarkan anak-anak antaranya kemahiran berenang, menunggang kuda dan memanah. Apa yang penting daripada gesaan Rasulullah s.a.w. ialah mesej dan nilai daripada kemahiran memanah seperti ketepatan, ketajaman mata, kekuatan, timing, masa dan disiplin. Inilah nilai yang diperlukan oleh anak-anak kita. Walaupun begitu, kemahiran berenang adalah begitu tepat dengan masa kini kerana ia menggunakan pergerakan seluruh anggota badan dan ia merupakan sukan terbaik yang pernah wujud di dunia. Menunggang kuda juga telah terbukti di antara sukan terbaik untuk tubuh badan. Semangat sebegini diperlukan dalam pemahaman terhadap isi kandungan al-Quran. Sengaja saya menimbulkan perkara ini untuk menyarankan bahawa Al-Sunnah dan Al-Quran perlu difahami bukan sahaja dalam bentuk tekstualnya bahkan kontekstualnya juga. Kita perlu memahami realiti masa kini. Kita menjadikan Islam sebagai Addin dalam situasi dan era millenium. Pemahaman al-Quran perlu dilihat dalam konteks kesemasaan bukannya dalam konteks kurun pertama Hijriyyah sebab permasalahan umat Islam jauh berbeza dengan permasalahan umat terdahulu. Kita terpaksa bersaing untuk kelangsungan hidup. Perhatikanlah persekitaran dan pelajarilah daripada mereka yang berjaya. Mustahil al-Quran tidak memberikan kita panduan tentang cara menjalani kehidupan masa kini.

Kepelbagaian tafsir zaman dahulu, sekarang dan masa hadapan tidaklah sesuatu yang pelik dan bertentangan bahkan saling memperkuatkan dan menunjukkan ’ijaz al-Quran. Sebab itu, ulama tafsir dahulu tidak pernah menghentam secara terbuka kitab tafsir ulama lain walaupun pendapat mereka saling berbeza. Pendekatan tafsir harus menggunakan pendekatan kesemasaan berdasarkan waqi’ semasa yang menjawab persoalan semasa. Barangkali ada yang beranggapan tafsir klasik tidak lagi relevan di masa hadapan. Jawapannya tidak, asas-asas kepada jawapan permasalahan masa hadapan perlu diutarakan dalam menjawab permasalahan semasa. Tafsir mesti menumpukan perhatian kepada cetusan keterbukaan pemikiran, berfikir secara objektif dan progresif yang menyebabkan terhasilnya satu natijah menolak pemikiran kolot, kebekuan, pesimisme, tahyul dan khurafat. Al-Quran menolak liberalisme dalam konteks pembawaan kelompok Islam liberal. Dasar, asas dan soal prinsipal ajaran Islam semuanya terkandung dalam ajaran al-Quran. Ini sama sekali tidak boleh berubah dan diubah. Mengubahnya bererti mengubah ajaran Islam. Al-Quran itu sendiri (ayat-ayat al-Quran) adalah qat’i thubut (iaitu ciri kepastian bahawa al-Quran itu adalah wahyu Allah, perkenannya datang daripada Allah, dan sama sekali tidak mengalami sebarang perubahan serta pindaan). Al-Quran tetap selama-lamanya al-Quran. Tiada penambahan dan pengurangan ayat-ayatnya. Ayat-ayat al-Quran juga ada yang bersifat qat’i al-dalalah iaitu yang tidak mungkin ditafsirkan dengan pentafsiran lain. Qat’i al-dalalah juga adalah ayat-ayat yang realitinya bersifat mutlak (absolute) yang tidak boleh diingkari seperti dalil atau nas al-Quran yang qat’i tentang kewajipan menunaikan solat. Maka dengan sebab itu tertolaklah pegangan mereka yang mengatakan bahawa solat fardu itu tidak wajib atau solat fardu itu adalah dengan niat semata-mata.

Penonjolan idea peradaban dalam tafsir perlu ditonjolkan. Peradaban umat Islam terbantut kerana pengaruh penjajahan dan kelemahan umat Islam. Umat Islam perlu digerakkan kembali dengan idea-idea bugar peradaban agar dapat ”berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Tafsir pendekatan baharu diharapkan dapat menjadi ’inspirational’ dan ’motivational factor’ kepada mereka yang ingin pembaharuan dalam pemahaman dan penghayatan terhadap al-Quran. Idea peradaban tidaklah menyisihkan elemen akidah. Lebih separuh kitab al-Quran menekankan aspek akidah. Justeru, penekanan idea peradaban tidak akan menyongsang signifikan akidah bahkan akidah itu akan menjadi asas kepada kemajuan peradaban. Kemajuan peradaban pula sebaliknya memantapkan akidah dan memperkasa sosio ekonomi ummah.

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

10

KEPENTINGAN AL-QURAN Oleh: Dr. Amini Amir bin Abdullah

[email protected]

Penulis merupakan Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM

SEMASA

Hadith :

عن أبي هريرة رضى هللا عنه عن النبى صلى هللا عليه وسـلم قال : )) ما يصيـب المسـلم من نصـب وال وصـب وال

ـر هللا بها من خـطاياه (( ـوكـة يـشـاكها اال كـف .هم وال حـزن وال أذى وال غـم حـتى الش

Ertinya : Dari Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW., baginda bersabda, "Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, sakit,

kesusahan, kesedihan, kegundahan dan kegelisahan hinggalah duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan

sebahagian dosa-dosanya."

Takhrij Hadith : Hadith ini direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun ‘alaih) dari hadith Abu Hurairah r.a.

Hadith ini Sahih (صحيح).

Penjelasan :

Rasulullah SAW menjelaskan menerusi hadith ini bahawa seseorang Mukmin itu dalam keadaan apapun situasi

kehidupannya ia tetap akan memperolehi kebaikan di sisi Allah SWT biarpun sesuatu yang menimpa atau dihadapinya itu adalah

perkara yang tidak diingininya seperti keletihan, sakit, kesedihan, kegelisahan dan sebagainya bahkan sampai duri yang menusu-

knya, kerana Allah SWT hendak menghapuskan sebahagian dosa dan kesalahannya. Namun, dengan syarat ia hendaklah

menghadapi semua itu dengan perasaan redha dan sabar.

Segala musibah yang menimpa manusia dalam kehidupannya di dunia ini sudah ditakdirkan Allah SWT. Allah

menakdirkan sesuatu menurut kehendaknya. Setiap Mukmin harus meyakini bahawa segala musibah yang menimpa manusia

mengandungi hikmah yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Yang pasti setiap Mukmin akan menghadapi beraneka bentuk ujian

sepanjang kehidupan ini. Allah SWT berfirman : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja (dengan menga-

takan); “Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum

mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang

dusta.”(al-Ankabut : 2-3).

Banyak rahsia ciptaan Allah yang tidak dapat diselami atau dijangkau oleh pemikiran manusia. Yang pasti semua itu

menghendaki manusia berfikir tentang betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.

Ada manusia yang diciptakan Allah SWT sempurna tubuh badannya, ada pula yang cacat anggotanya. Ada manusia

yang kaya, ada pula yang miskin, ada manusia yang berkulit hitam, ada yang berkulit putih. Ada manusia yang dikurniakan

kekayaan harta namun ketiadaan anak atau zuriat, sebaliknya ada yang hidup sederhana namun dikurniakan anak yang ramai

dan Berjaya.

Allah memberikan ujian dan menimpakan musibah kepada hamba-Nya bukan bermakna Allah membencinya, kerana

Allah bersifat Maha Pengasaih dan Penyayang. sebaliknya mengandung maksud untuk kebaikan hamba itu sendiri kerana

mungkin dengan cara demikian akan memberinya kesedaran, keinsafan, mengajarnya bersabar dan lebih mendekatkan diri

hamba itu kepada-Nya.

Sebab itu orang beriman tidak boleh sama sekali merasa tidak puas hati, merungut atau merasa ketidak adilan Allah

SWT dalam mentaqdirkan perjalanan kehidupan manusia kerana Allah lebih mengetahui hal ehwal penciptaannya. Allah SWT

berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuaitu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,

padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(al-Baqarah : 216).

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

11

DISEBALIK MUSIBAH TERSEDIA GANJARAN KEBAIKAN

Oleh: Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid [email protected]

Penulis merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

BICARA HADITH

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal merupakan kewajipan setiap mukmin. Oleh itu, Islam amat menuntut umatnya berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari rezeki, dengan penuh kesabaran dan tidak mudah berputus asa, di samping berdoa dan bertawakkal kepada Allah, kerana rahmat Allah adalah sangat luas dan Dia pasti tidak akan pernah mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya. Sesungguhnya kesenangan atau kekayaan, kemiskinan atau kesempitan hidup merupakan sebahagian daripada ujian Allah S.W.T. terhadap para hamba-Nya. Namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan. Dari sudut yang lain pula, hartawan yang dermawan adalah jauh lebih baik daripada mereka yang lalai dan leka, sama ada miskin atau pun kaya.

Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di Akhirat. Pernahkah kita merasa, kadang-kala begitu sukar untuk memperolehi wang dan apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi. Lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan. Kemalangan, anak sakit, kawan pinjam duit, kereta rosak, bil air dan elektrik melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang lagi kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan. Nak kata gaji kecil? Tidak juga! Nak kata suka enjoy? Tidak juga! Nak kata tidak tahu urus duit? Tidak juga!

Mungkinkah kita pernah mendapatkan rezeki dengan cara yang tidak halal?

MUHASABAH & MOTIVASI

Oleh : Zuhaimi Abdul Rahim [email protected]

Penulis merupakan Ketua Seksyen Promosi dan Pemasaran Wakaf Ilmu

Pejabat Bursar UPM,

اللغة العربية

Celik Arab املأكوالت واملشروبات

12

Makanan & Minuman

Susu لبن

Daging لحم

Roti خبز

Nasi رز

Keju جبن Telur ب يضة

REZEKI YANG BERKAT

It is narrated on the authority of Abdullah bin Mas'ood (may Allah be pleased with him), who observed: "I asked Allah's Messenger (may peace be upon him) which deed was the best." He (the Holy Prophet) replied: 'The Prayer at its appointed hour.' I (again) asked: "Then what?" He (the Holy Prophet) replied: 'Kindness to the parents.' I (again) asked: "Then what?" He replied: 'Earnest struggle (Jihad) in the cause of Allah.' I refrained from asking any more questions for fear of annoying him. (Sahih Muslim: 120) Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) was asked about the best of deeds. He observed: "Belief in Allah." He (the inquirer) asked: 'What next?' He (the Holy Prophet) replied: "Jihad (struggle to the utmost) in the cause of Allah." He (the inquirer) again asked: 'What next?' He (the Holy Prophet) replied: "Pilgrimage accepted into the grace of the Lord." (Sahih Muslim: 118) Abu Dharr (may Allah be pleased with him) reported that I asked the Messenger of Allah: "Which of the deeds is the best?" He (the Holy Prophet) replied: 'Belief in Allah and Jihad in His cause.' I again asked: "Who is the slave whose emancipation is the best?" He (the Holy Prophet) replied: 'One who is valuable for his master and whose price is high.' I asked: "What if I cannot afford to do it?" He (the Holy Prophet) replied: 'Help an artisan or make anything for the unskilled (laborer).' I (Abu Dharr) said: "O Messenger of Allah, you see that I am helpless in doing some of these deeds." He (the Holy Prophet) replied: 'Desist from doing mischief to the people. That is your own charity for your self.' (Sahih Muslim: 119)

BEST DEEDS

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

ENGLISH SECTION

13

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

Oleh : Khairul Fahmi bin Mukhid [email protected]

Penulis merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

IKHLASKAN NIATMU ( Dipetik dari Kitab ا ها الولد: karangan Imam Al Ghazali Terjemahan oleh : Abu Ali Al

Banjari An-nadwi Al Makki (Al fadhil Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zam-Zam)

Nasihat Keenam Hakikat Hidup,Cinta Dan Amal Wahai anakku yang tercinta.... Hiduplah engkau sesuka hatimu,kerana engkau pasti akan mati,dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki,kerana pasti engkau akan berpisah juga dengannya,dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki,kerana kau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu. Nasihat Ketujuh Dahulukan Belajar Ilmu Fardhu Ain Wahai anakku yang tercinta.... Apakah hasil yang akan engkau perolehi daripada nmenghabiskan masa hanya belajar ilmu kalam (perbahasan ilmu tauhid yg terlalu mendalam) dan ilmu khilaf (perbahasan ilmu fiqah yang terlalu halus) dan ilmu tib (perincian ilmu kedoktoran dan perubatan ) dan ilmu ad dawawin wal ays a’r ( ilmu berkenaan syair syair arab ) dan ilmu nujum (ilmu peredaran bintang ) dan ilmu arudh ( ilmu timbangan syair arab ) dan ilmu nahu dan tasrif ( perincian ilmu bahasa arab yang rumit-rumit) selain menyalahi perintah Allah yang maha besar – maksud imam ghazali r.a disini ialah berlebih lebihan dan membuang masa mempelajari masaalah yang halus halus dan perbahasan yang dalam-dalam sehingga mengakibatkan tidak mempunyai masa yng cukup dalam mempelajari ilmu fardu Ain.-.Sesungguhnya aku telah melihat didalam injil nabi isa A.S. ada disebutkan “ mulai seorang mayat diletakkan diatas kerandanya sampai mayat itu diletakkan ditepi kuburnya, Allah s.w.t. telah bertanya kepadanya 40 soalan antaranya yang pertama :“wahai hamba,kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu (iaitu anggota zahirmu) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandanganKU(hati mu) walaupun hanya satu saat”“dan setiap hari Allah s.w.t. memandang ke dalam hatimu lalu ia berfirman “ kenapa engkau hanya memberikan per-hatian kepada selain daripada Ku, sedangkan engkau dikelilingi dengan ihsan Ku, apakah sebenarnya engkau tuli,dan tidak dapat mendengar lagi.”

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

Patience "And Allah loves as-Sabirun (the patient)." (Quran: 3:146) Justice and Dealing with Equity "Be just: that is nearer to piety; and fear Allah." (Quran: 5:8) Putting Trust in Allah "Certainly, Allah loves those who put their trust (in Him)." (Quran: 3:159) Perfection of One's Work The Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves that if one does a job he perfects it." Rescuing Abu Ya ‘la Dailami and Ibn Asakir narrated: Abu Hurairah and Anas Ibn Malik said: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah loves rescuing the one who needs rescue." Being Kind and Gentle to Others Baihaqani narrated: Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Allah is kind and gentle (to others)." Kindliness "Aisha narrated: The Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Allah loves kindliness in all matters." (Bukhari)

Darah ialah cecair merah yang terdiri daripada air, sel-sel, enzim, protein dan bahan-bahan organik dan bukan organik yang boleh dipisahkan kepada dua pecahan iaitu sebahagian kecil sel dan plasma. Secara spesifik, plasma darah ialah

sebahagian daripada darah yang tinggal selepas penyingkiran sel-sel darah tidak beku, mengandungi 6% kepada 8% protein yang terdiri daripada albumin, globulins dan fibrinogen iaitu salah satu protein yang disintesis oleh hati.

Dalam industry makanan moden, serbuk plasma darah digunakan dalam penghasilan produk makanan tiruan seperti

bebola ikan, kek ikan, kaki ketam dan udang tiruan. Nama komersial bagi produk seumpamanya ialah Surimi. Pada

amnya surimi dihasilkan daripada rencah isi ikan tetapi disebabkan mutunya yang rendah kerana isi ikan kekurangan kemampuan mengental, maka untuk menampung kekurangan ini, pengeluar mencampurkannya dengan bahan

pengental seperti serbuk protein plasma darah. Beberapa kajian juga telah menjelaskan bahawa darah atau seumpamanya dalam bentuk yang lain berfungsi dalam apliksi makanan seperti dalam jadual 1.

Jadual 1- Contoh Penggunaan Darah dalam Makanan

Blood fraction Function Food product

Whole animal blood Protein source Spanish blood sausage

Bovine hemoglobin Iron fortification Cookies

Bovine globin and plasma Fat replacer Ham pate

Animal plasma Fat replacer Bologna (fermented) sausage

Porcine transglutaminase, fibrinogen,

thrombin Binder Restricted meat product

Porcine plasma Protease inhibitor Surimi

Chicken plasma Protease inhibitor Surimi

Bovine plasma Egg white replacer Cakes

Processed bovine plasma Emulsifier, stabilizer Minced meats

14

Oleh : Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh [email protected]

Penulis merupakan Ketua Laboratori Institut Penyelidikan Produk Halal & Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegraan

dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, UPM

HUKUM KEGUNAAN PLASMA DARAH DALAM MAKANAN ISLAM & PERUBATAN

Nama lengkap Imam al-Bukhari rahimahullah adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Farisi. Sedangkan gelaran beliau adalah Abu Abdillah.Beliau dilahirkan di Bukhara, sebuah kota masyhur yang terletak di sebelah tengah Uzbekistan, pada bulan Syawal tahun 194 H. Beliau tumbuh dengan keadaan yatim dalam didikan ibunya. Kepada kota Bukhara inilah penisbatan nama Imam al-Bukhari. Beliau memulai rihlah (perjalanan) untuk menuntut ilmu hadis pada tahun 210 H ketika pergi berhaji bersama Ibu dan saudaranya. Beliau menetap di Makkah untuk menyelami ilmu hadis, setelah itu baru beliau berkeliling ke negara-negara yang lain.Imam al-Bukhari rahimahullah sering berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain. Beliau pernah bermukim di Hijaz selama dua tahun. Demikian pula beliau pernah bermusafir ke Syam, Me-sir, Jazirah Arab, al-Bashrah, al-Kufah dan Baghdad serta ke Khurasan.

Dahulu beliau adalah seorang yang sangat kuat hafalannya. Disebutkan dalam sebuah riwayat bahwasanya beliau dahulu dapat menghafal sebuah kitab hanya dengan membacanya sekali saja. Al-Bukhari rahimahullah bercerita tentang kuatnya haflannya: “Aku hafal seratus ribu hadis sahih dan dua ratus hadis tidak sahih.”

Hasyid bin Ismail rahimahullah bercerita: “Dahulu Abu Abdillah al-Bukhari sering berangkat bersama kami menuju majlis para ulama kota Basroh, waktu itu ia masih muda, namun ia tidak pernah menulis. Hingga pada suatu hari aku berkata kepadanya: kamu sering pergi bersama kami, tapi tidak pernah menulis, lalu apa yang kamu perbuat? Setelah enam belas hari berlalu ia berkata kepada kami: kalian begitu sering menyampaikan hal itu kepadaku, cuba sampaikan kepadaku hadis-hadis yang telah kalian tulis! Lalu kami pun mengeluarkan semua hadis yang ada pada kami, dan ternyata al-Bukhari menambah lagi dengan lima belas ribu hadis, keseluruhannya ia sampaikan dari hafalannya, akhirnya kami pun melengkapi tulisan kami dari hafa-lannya. Al-Bukhari berkata: bagaimana sekarang, apakah kalian melihatku pergi tanpa manfaat dan menyia-nyiakan hari-hariku?!.’ Dari situ kami tahu bahwasanya tidak ada seorang pun yang mengungguli beliau.”

Sifat Mulia

Beliau adalah seorang yang zuhud, berhati-hati dan menjauhi hal-hal haram dan subhat (tidak jelas halal haramnya), jauh dari para penguasa dan pemimpin, pemberani dan dermawan. Banyak para ulama pada masa beliau dan sepeninggalannya menyanjung dan memuji beliau dengan pujian yang baik dan mulia. Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Tidak pernah kota Khurasan melahirkan seorang ulama sepertinya.”

Ibnu Khuzaimah rahimahullah bercerita: “Tidak ada seorang pun di bawah langit ini yang lebih tahu dan lebih hafal tentang hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari Muhammad bin Ismail al-Bukhari.” Beliau begitu semangat juga dalam mempelajari fikih. Ia memiliki ketelitian yang menakjubkan ketika beristinbat dari suatu hadis, sebagaimana yang telah terbukti dalam kitab Shahih-nya.

SHAHIH AL-BUKHARI

Judul Lengkap Shahih al-Bukhari

Siapa yang tahu kalau kitab Shahih al-Bukhari memiliki nama yang lumayan panjang, jauh lebih panjang daripada nama yang masyhur di tengah-tengah kita sekarang ini.

Nama lengkap dari kitab Shahih al-Bukhari sebagaimana dibawakan oleh Ibnu Hajar al-‘Asqolanirahimahullah di dalam kitab Hadyus-Sari Muqaddimah Fathul Bari adalah al-Jami’ ash-Shahih al-Musnid min Hadits Rasulillah shallallahu ‘alaihi wa sallam wa Sunanihi wa Ayyamihi. Dalam riwayat yang lainnya disebutkan dengan nama al-Jami’ al-Musnid ash-Shahih al-Mukhtashar min Umur Rasulillah shallallahu ‘alaihi wa sallam wa Sunanihi wa Ayyamihi. Kitab tersebut masyhur di tengah-tengah kita sekarang ini dengan nama Shahih al-Bukhari, sebuah kitab yang banyak dikenal manusia, baik yang muslim mahupun yang kafir.

Wafat

Imam al-Bukhari rahimahullah wafat di daerah Khartank, sebuah negeri yang terletak dekat dari Samarkand pada malam Idul Fitri tahun 256 H pada usia 62 tahun kurang tiga belas hari.

Beliau telah meninggalkan ilmu yang melimpah pada karya-karyanya. Semoga Allah merahmati beliau dan membalasnya dengan kebaikan yang melimpah.

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

15

TOKOH ILMUAN ISLAM

IMAM AL-BUKHARI

JUN-SEPTEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

16

AKTIVITI PUSAT ISLAM & MASJID UPM

MAJLIS PENGISLAMAN SAUDARA BARU Pada 12 Ogos 2015 yang lalu (Rabu) satu majlis pengislaman saudara baru telah dilaksanakan di Masjid UPM. Majlis tersebut telah diketuai oleh Ustaz Muhammad Syahmi bin Rusli yang telah melaksanakan proses pengesahan memeluk agama islam kepada saudara Muhammad Firdaus bin Santari Chau merupakan bangsa Kadazan yang tinggal di Taman Sungai Besi Indah. Majlis ini turut disaksikan oleh Dr. Razali bin Othman, Pengarah Pusat Islam UPM. Selesai majlis tersebut, saudara Muhammad Firdaus bin Santari Chau telah dibawa ke MAIS bagi pendaftaran Mualaf bersama Drs Wan Aminurrashid & Ustaz Muhammad Syahmi

PIC

MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI Pada 12 Ogos 2015 (Rabu) yang lalu Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Kariah Serdang telah mengadakan Majlis Meraikan Bakal Haji dan Hajjah bertempat di masjid UPM. Majlis bermula pada jam 7.30 malam dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan yasin dan doa selamat, ucapan oleh Ybhg Dr. Razali b. Othman sebagai Pengarah Pusat Islam UPM. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para bakal haji serta solat Isyak dan Hajat berjemaah. Seramai 52 orang te-lah mendapat tawaran untuk melaksanakan haji pada tahun ini dengan penerbangan pertama pada 15 ogos 2015.

MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL SEMPENA

ISTIADAT PENTAULIAHAN PALAPES Pada 13 ogos 2015 (Khamis) yang lalu Palapes UPM dengan kerjasama Masjid UPM telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Istiadat Pentauliahan Palapes IPTA kali ke 34 bertempat di Masjid UPM. Majlis bacaan yasin dan tahlil tersebut telah dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Asri bin Drahman. Seramai 1,620 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) menerima pentauliahan pada istiadat penuh gemilang di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 3/2015

Pada 15-16 Jun (Sabtu-Ahad) Pusat Islam UPM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan kursus pra perkahwinan siri 3/2015 bertempat di Dewan al-Khawarizmi. Seramai 56 peserta yang terdiri daripada staf dan mahasiswa telah menghadiri kursus tersebut. Majlis perasmian kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Syahmi bin Rusli, Ketua Seksyen Keagamaan dan Pengurusan Masjid Pusat Islam UPM. Sebanyak 8 asas modul kurusus pra perkahwinan telah dibentangkan oleh penceramah daripada JAIS.

PIC

BENGKEL PELAN STRATEGIK SAHABAT MASJID UPM

Pada 21-23 Ogos (Jumaat-Ahad) yang lalu Pusat Islam UPM telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik Sahabat Masjid UPM bertempat di Pusat Pendidikan Pelancongan, Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 20 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut bertujuan untuk menyediakan hala tuju strategik sahabat masjid UPM selaras dengan visi dan misi UPM. Antara pengisian bengkel tersebut adalah Ice Breaking, Slot kesukarelawanan dan perbincangan kumpulan.