struktur sintaktik noam chomsky

21
SIFAT BAHASA STRUKTUR SINTAKTIK (TEORI NOAM CHOMSKY) DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD HAFIZUN BIN ABDUL HALIM AHMAD NUR AIMAN BIN BURHANUDIN (cuti khas)

Upload: qadirjailani14

Post on 22-Jun-2015

1.611 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

SIFAT BAHASASTRUKTUR SINTAKTIK

(TEORI NOAM CHOMSKY)

DISEDIAKAN OLEH:MOHAMAD HAFIZUN BIN ABDUL HALIM

AHMAD NUR AIMAN BIN BURHANUDIN (cuti khas)

Siapa NOAM CHOMSKY?

• Avram Noam Chomsky lahir di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Serikat, 7 Desember 1928.

• Pada zaman 1950-an, Chomsky mula mengembangkan teori tatabahasa generatif

• Bermula dengan penentangan beliau terhadap Perang Vietnam, Chomsky menjadikan dirinya seorang pembidas utama terhadap dasar luar dan dalam negeri AS.

• Beliau menggelarkan dirinya sebagai pengikut sosialisme libertarian yang dianggapnya sebagai "peluasan liberalisme klasik yang benar dan semulajadi ke arah zaman masyarakat berindustri yang maju.

• Mengikut Indeks Pemetikan Kesenian dan Kemanusiaan pada tahun 1992, Chomsky menjadi sumber yang paling banyak kali dipetik berbanding mana-mana cendekiawan hidup yang lain sepanjang tahun 1980–92, di samping menjadi sumber kelapan paling banyak kali dipetik sepanjang zaman.

• Sementara itu, kedudukan beliau selaku pembidas terhebat dalam politik Amerika turut menjadikan dirinya sebagai tokoh yang diselubungi kontroversi.

TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TTG)

• Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures.

• Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik.

• TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis seantero dunia. Ini dapat dilihat dengan perkembangan disiplin Fonologi Generatif, Semantik Generatif dan sebagainya.

Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif

• Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya.

• Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai “a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis”, iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin.

• Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam karya beliau, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu:I. sintaksisII. semantikIII. fonologi

Struktur Sintaktik

• Struktur Dalaman • Struktur Permukaan

Struktur Dalaman dan Struktur Permukaan

• Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky.

• Beliau mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral.

• Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan.

• Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman. Pada peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain, membentuk semantik ayat.

• Jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan.

• Peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi.

• Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat.

• Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa.

Tak paham? Lihat contoh di bawah

• Ayat Dasar (struktur dalaman)

~Encik Ali guru.

• Ayat Transformasi (struktur permukaan)

~Encik Ali bukan guru.~Encik Alikah guru?~Siapakah Encik Ali?~Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra.~Guru itu Encik Ali.

• Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayatberkenaan. Ini meliputi representasi fonetik.

• Ayat transformasi terdiri daripada pelbagaibentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulahsebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat.

Untuk pemahaman lebih lanjut :

• Kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis.

• Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan, justeru akan menjejas atau menjadi bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu.

Rumusan :

• Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah keinstitusi pengajian tinggi, tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif.

• Ini terbukti apabila Nik Safiah Karim (Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio, Amerika 1975) dan Farid M. Onn (Universiti of Illinois 1976) menerima penuh terhadap aliran linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika ini. Justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah pegangan aliran lain.

• Misalnya kata adverba hanya dimasukkan atas pelabelan Kamus Dewan sahaja.

• Di samping itu, nahu ini dikatakan bersifat preskriptif terhadapstruktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman.

• Antara lain ialah penggunaan bahasa pada tahap struktur permukaan dan struktur dalaman. Rumusannya, nahu ini melibatkan dua aspek bahasa iaitu morfologi dan sintaksis

Selamat belajar dan

Beramal…