kerangka generatif chomsky (iankaka')

13
ASRAN OMAR DELDRIN PETER MD. AZZEZAN SUKUR PISMP BM1 BMM3111 KERANGKA GENERATIF CHOMSKY

Upload: fitri-ayub

Post on 09-Feb-2016

362 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

ASRAN OMARDELDRIN PETER

MD. AZZEZAN SUKUR

PISMP BM1BMM3111

KERANGKA GENERATIF CHOMSKY

Page 2: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

ANALISIS TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF

Teori transformasi generatif ( TG ) ialah teori tatabahasa yang dipelopori oleh Noam Chomsky.

Teori tatabahasa TG menyatakan bahawa seseorang penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa yang dikenali sebagai competence.

Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh mengenali ayat yang gramatis atau tidak dan boleh membentuk, mengenali dan memahami ayat yang tidak terkira jumlahnya.

Page 3: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Sambungan..

Ayat- ayat yang berparafrasa terdiri daripada dua ayat yang berlainan struktur permukaannya tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama.

Contoh : a) Kucing mengejar tikus.b) Tikus dikejar oleh kucing.

Kedua- dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Ayat ini dinamakan ayat berparafrasa.

Page 4: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Sambungan..

Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan ialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tetapi ada dua atau lebih struktur dalaman.

Contoh : Ibu bapa saya telah meninggal dunia.Struktur dalaman ayat di atas boleh ditafsirkan

seperti yang berikut :a)Ibu kepada bapa saya, iaitu nenek saya telah

meninggal dunia.b)Kedua- dua ibu bapa saya telah meninggal dunia.

Page 5: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Sambungan..

Teori tatabahasa TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan.

Kedua- dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat pada peringkat struktur dalaman dan rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat- ayat hinggalah membawa kepada peringkat struktur permukaan.

Page 6: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

PERINGKAT –PERINGKAT STRUKTUR

Representasi fonetik

Komponen fonologi

Struktur dalaman

Rumus tradision

al

Struktur dalaman

Rumus struktur

frasaleksikon

Komponen semantik

Representasi semantik

Page 7: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Sambungan..

Rumus struktur frasa berfungsi untuk melahirkan rajah- rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis antara subjek, objek, predikat dan sebagainya dengan berbagai- bagai kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar.

Page 8: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

PROSES TRANSFORMASI

1. Proses pengguguranSatu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat mengakibatkan pengguguran unsur- unsur tertentu daripada binaan aya itu, dan dengan itu pada peringkat permukaan unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi.

Contoh :Anda boleh masuk sekarang = boleh masuk

sekarangDia sangat pandai + dia selalu belajar = dia sangat

pandai kerana selalu belajar.

Page 9: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Sambungan..

2. Proses penyusunan semulaBentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baru.proses penyusunan semula ayat- ayat biasanya akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran pada kata- kata tertentu, dan penggantian atau pertambahan kata lain pada ayat yang diterbitkan.Walau bagaimanapun, pada umumnya proses penyusunan semula ayat tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Page 10: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Contoh :Abu menendang bola itu ke pintu gol = Bola itu

ditendang oleh Abu ke pintu gol.

Orang tua itu pergi ke sungai = Ke sungai orang tua itu pergi.

Page 11: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Sambungan..

3. Proses perluasanProses yang menambahkan unsur- unsur dalam ayat yang baru. Proses ini biasanya disebut perluasan ayat.

Contoh :Budak itu adik saya. + budak itu membaca

buku. = Budak yang membaca buku itu adik saya.

Page 12: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Sambungan..

Terdapat juga beberapa transformasi yang lain. Sekiranya kita mengambil contoh Ahmad menendang bola sebagai contoh ayat inti, kita boleh senaraikan beberapa jenis ayat yang telah ditransformasikan seperti yang berikut :

Ahmad tidak menendang bola. ( negatif )Bola telah ditendang oleh Ahmad. ( pasif )Bola tidak ditendang oleh Ahmad. ( negatif-pasif )Adakah Ahmad menendang bola? ( soalan ya/ tidak )Adakah Ahmad tidak menendang bola. ( soalan

negatif )Adakah bola ditendang Ahmad? ( soalan pasif )Adakah bola tidak ditendang oleh Ahmad? ( soalan

negatif-pasif )Siapa menendang bola? ( soalan wh. )

Page 13: Kerangka Generatif Chomsky (Iankaka')

Sambungan..

Secara keseluruhannya, ciri- ciri tatabahasa TG diperlihatkan seperti berikut :

1.Tatabahasa TG berasaskan teori psikologi kognitif yang termasuk dalam aliran mentalis.

2.Ia mengkaji competence bahasa melalui perfomance.

3.Ia menggunakan dua set peraturan sintaksis untuk membuat huraian.

4.Ia mementingkan semantik dalam kajiannya.5.Analisis bahasa berasaskan ciri- ciri rasional6.Ia menghasilkan teori sejagat ( universal ) bahasa