stres dalam kalangan guru sekolah

Upload: nuefail

Post on 03-Jun-2018

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    1/20

    Stres dalam Kalangan Guru SekolahPendahuluan

    Di zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap manusia dan

    tidak terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam bentuk fizikal, sosial

    atau psikologikal. Kesan tekanan ke atas individu bergantung kepada ciri-ciri atau sikap

    bagaimana seseorang individu itu menanganinya.

    Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai kriteria dan

    tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan semasa di kalangan arus

    modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan

    dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan multi-bidang. Berdasarkan permintaan yang

    tinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap

    pelaksanaan dan menghadapi permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin

    mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai

    permintaan tinggi pendidikan tersebut.

    Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau

    sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan kerjaya

    pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang dianggap

    sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi pendidikan. Justeru,

    simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah suatu fitrah semulajadi

    kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah suatu tindakan

    yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi masalah-masalah

    guru di samping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap pendidikan.

    Kini profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan. Pelbagai

    dasar dan sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar dengan ledakan pengetahuan dan

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    2/20

    perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Ini menyebabkan bidang tugas seorang guru

    semakin bertambah dan membebankan. Ini kerana guru merupakan amanah yang diberi

    tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Sama ada rela atau tidak,

    mereka dituntut untuk menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta

    pembaharuan dalam bidang pendidikan yang berlaku dari semasa ke semasa. Situasi ini secara

    umumnya mengakibatkan guru-guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab

    yang lebih mencabar dan semakin kompleks.

    Pendapat ini disokong oleh Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998) yang mengatakan selain

    daripada mengajar dan berdepan dengan pelbagai karenah pelajarnya, seseorang guru juga

    dituntut untuk melaksanakan pelbagai tugasan lain yang menjadi rutin pekerjaan mereka

    seperti mengutip yuran, mengemaskini kedatangan pelajar, menyediakan soalan ujian dan

    peperiksaan dan lain-lain lagi.

    Adakalanya, tugas guru bukan sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka juga

    menjalankan tugas di peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa guru

    mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion

    perguruan ini sebenarnya sukar, meletihkan dan membosankan (Faridah Karim dan Zubaidah

    Aman, 1998).

    Peranan guru sebagai pendidik disanjung tinggi oleh masyarakat dan mereka meletakkan

    harapan yang tinggi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mendidik anak

    bangsa. Dalam usaha ini, mereka terdedah kepada pelbagai cabaran, risiko dan kerumitan.

    Oleh itu stres yang dialami oleh guru merupakan satu isu yang patut diberi perhatian yang

    wajar kerana pengelakan (burnout) mereka dalam memberi sumbangan kepada proses

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    3/20

    pendidikan akan meninggalkan kesan negatif terhadap pembangunan akademik dan

    kesejahteraan diri generasi muda secara amnya. (Tang dan Yeung, 1999)

    Pernyataan Masalah

    Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan peranan

    yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah pembentukan

    warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru memainkan peranan

    penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia demi mencapai

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membangunkan sistem pendidikan

    bertaraf dunia.

    Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan

    sempurna sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut Kyriacou (1987), jumlah

    kajian yang semakin meningkat tentang tekanan guru di seluruh dunia menunjukkan keseriusan

    masalah ini. Gold dan Roth (1993) berpendapat salah satu punca yang menyebabkan guru

    mengalami tekanan adalah disebabkan oleh perubahan dalam sesuatu dasar. Pada tahun

    2003, guru dikejutkan dengan dasar kerajaan Malaysia yang telah memperkenalkan pengajaran

    dalam Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Ini memberi impak

    yang besar kepada guru pada masa itu kerana mereka perlu bersedia dari segi mental dan

    emosi untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun dasar tersebut akan

    digantikan dengan dasar baru yang dikenali sebagai dasar memartabatkan Bahasa Melayu

    dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

    Fenomena ini menyebabkan guru mengalami tekanan kerana terpaksa mengubah corak

    pengajaran mereka daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Mereka juga dituntut

    untuk mempersiapkan diri bagi melaksanakan dasar ini mulai tahun depan. Keadaan ini akan

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    4/20

    mengundang stres apatah lagi mereka belum bersedia untuk menghadapi perubahan yang

    drastik ini.

    Memandangkan isu stres kerja boleh mengancam tahap profesionalisme guru-guru, maka

    pengkaji ingin mengambil kesempatan ini dengan membuat kajian yang lebih lanjut mengenai

    masalah ini dan juga faktor-faktor penyebab yang boleh mengganggu proses pengajaran dan

    pembelajaran guru.

    Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan melepaskan tekanan

    kepada pihak yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru tersebut, dia

    kehilangan dirinya, sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang berlebihan dan bertindak luar

    kawalan tanpa disedari. Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, akauntabiliti guru yang

    merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesion telah

    memberi tekanan yang berat kepada guru.

    Definisi

    Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia

    tidak dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam

    kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang

    individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk

    mengatasinya.

    Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas

    permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan

    minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana

    (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    5/20

    penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu

    dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.

    Stres diambil daripada perkataan Greek iaitu Stringere yang bermaksud ketat atau tegang

    (Cox, 2000). Selye, seorang ahli perubatan merupakan perintis dalam menjalankan kajian

    tentang stres ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), stres merupakan satu

    penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat

    pada hari ini (Azizi, Jamaludin dan Mazeni, 2010). Kajian yang dilakukan oleh Institute Of

    Stress di New York, mendapati pada tahun 2002 terdapat 90% daripada lelaki dewasa

    mengalami stres yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25% lagi

    mengalami stres setiap hari.

    Stres boleh didefinisikan sebagai satu keadaan emosi yang kompleks dan satu reaksi fisiologi

    dan psikologi yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor

    luaran di persekitaran seperti keadaan tempat kerja, sikap rakan, hubungan dengan

    subordinat dan tekanan kerja.

    Menurut Cox dan Brockley (1984), stress merupakan satu persepsi yang wujud dari satu

    perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang dengan kebolehan untuk

    melakukan arahan tersebut dengan jayanya. Schafer (1992) pula mentafsirkan stres sebagai

    kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap

    dirinya. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan mindanya dengan menangani permintaan

    itu, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif.

    Manakala stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi

    negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka. (Kyriacau &

    Sutcliffe, 1978). Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    6/20

    pendididikan akan mengalami stres. Kebanyakkan guru pada masa kini terpaksa melakukan

    kerja-kerja perkeranian, menyedia alat bantu mengajar, menghadiri kursus sepanjang minggu

    dan terpaksa melakukan penyesuaian terhadap tugasan dan ini sedikit sebanyak telah

    menganggu emosi dan minda mereka. Stres kerja pada tahap yang tinggi akan membawa

    kepada rasa ketidakpuasan kerja, sering mengelakkan diri dan mengabaikan kerja.

    Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang dialami

    oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti ketegangan,

    kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh aspek-aspek

    pekerjaan sebagai seorang guru.

    Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif seperti kemarahan

    dan tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang potensi perubahan fisiologi

    seseorang guru seperti peningkatan kadar degupan jantung dan perembesan hormon tertentu

    ke dalam salur darah. Seterusnya ia memberi kesan terhadap aspek tugas perguruan yang

    merangkumi kesungguhan menjalankan tugas, keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

    Dunham (1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan analisis data

    yang mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di United

    Kingdom. Para responden, iaitu guru diminta untuk menerangkan situasi tekanan yang dihadapi

    dan bagaimana mereka mengatasi masalah tersebut.

    Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah lebih banyak guru yang

    mengalami tekanan guru, hanya angka sedikit sahaja dalam kalangan guru yang tidak

    mengalami tekanan guru. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang

    dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara tindakan guru

    yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah memillih langkah untuk meletakkan

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    7/20

    jawatan dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk mengajar pelajar yang kurang

    kemampuan belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi dalam kalangan guru semakin

    kurang berkesan dan guru memilih untuk mendiamkan diri. Guru yang memiliki karakter atau

    personaliti yang baik berubah sama sekali kepada seseorang yang langsung tidak dikenali dan

    kepuasan kerja yang rendah.

    Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan penyakit sakit

    mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blases (1982) berdasarkan jurnal yang ditulis

    oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja yang rendah

    akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga tidak digunakan untuk meneruskan kerja berkaitan

    dengan pengajaran, sebaliknya melepaskan tenaga secara tindakan fizikal atau melepaskan

    geram terhadap pelajarnya. Sesetengah guru yang tidak melepaskan geram pula memilih jalan

    dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang berlebihan. Tekanan dalam kalangan

    guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid.

    Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan.

    Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan peningkatan motivasi

    pekerjaan dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh memberikan kesan sama ada positif

    atau negatif. Fisher (1994), percaya bahawa mereka yang mengalami masalah tekanan

    pekerjaan adalah kurang efisyen. Mengalami sikap kemurungan, kerisauan atau kegelisahan,

    kemarahan dan fobia merupakan tanda-tanda tertekan yang mungkin berpunca daripada

    persekitaran luar atau faktor-faktor kognitif individu.

    Kepentingan Kajian

    Kajian ini amat berguna kepada guru dan pentadbir sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon

    mahupun di peringkat Jabatan pelajaran. Bagi guru, ia diharap dapat menjadi panduan untuk

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    8/20

    mengatasi masalah ketegangan ini agar dapat menjalani suasana pengajaran dan

    pembelajaran yang lebih selesa dan harmoni.

    Bagi pihak pentadbir di peringkat sekolah, daerah dan zon, hasil kajian ini diharap dapat

    dijadikan panduan untuk membuat perancangan yang lebih khusus dalam perancangan aktiviti-

    aktiviti staf di sekolah.

    Manakala bagi pihak Jabatan Pelajaran, kajian ini diharap dapat memberi maklumat bagi

    merangka program yang lebih jitu dan tersusun kepada guru dalam menangani masalah stres

    supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan yang lebih tenang dan selesa.

    Batasan Kajian

    Oleh kerana pengkaji mempunyai masalah dari segi kekangan masa, maka kajian hanya dapat

    dijalankan di dua buah negeri sahaja iaitu Perak dan Selangor. Responden yang terpilih adalah

    seramai 10 orang guru yang terdiri daripada guru siswazah dan bukan siswazah. Tumpuan

    utama kajian adalah untuk melihat tahap stres yang dialami oleh guru-guru tersebut dalam

    urusan seharian mereka.

    Metodologi

    Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Azizi et al. (2007), penyelidikan

    deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena

    yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Kajian ini adalah bertujuan

    untuk melihat tahap stres dalam kalangan guru-guru di dua negeri iaitu Perak dan Selangor.

    Data yang diperoleh dengan menggunakan soal selidik telah diedarkan kepada responden yang

    terpilih untuk mewakili populasi, iaitu guru-guru di dua buah negeri iaitu Perak dan Selangor.

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    9/20

    Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang guru dari Sekolah Menengah Doktor Megat Khas

    (Sekolah Gred A) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang (Sekolah Gred A).

    Sekolah-sekolah tersebut terletak di Kinta Utara, Perak dan Selangor. Pemilihan sampel ini

    dibuat secara sampel rawak.

    Instrumen penyelidikan

    Dalam kajian berkaitan dengan ketegangan guru sama ada di sekolah menengah ataupun

    sekolah rendah, kami menggunakan kaedah soal selidik yang lebih kepada jawapan yang

    memerlukan Ya atau Tidak. Kaedah soal selidik ini mengandungi satu set soalan sebanyak

    13 item. Kaedah ini membolehkan kumpulan kami untuk mengumpulkan maklumat bagi tujuan

    analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.

    Biasanya, bidang pendidikan menggunakan kaedah soal selidik. Kumpulan kami memilih

    kaedah ini disebabkan soal selidik ini dapat dibina pada kos yang rendah dan masa yang

    diperlukan adalah singkat bagi menjawabnya. Tambahan pula, kami dapat memperolehi data-

    data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. Justeru, kaedah soal

    selidik ini dilakukan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Megat

    Khas, Ipoh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Rawang. Disebabkan kekangan masa,

    sampel kajian kami hanya melingkungi seramai 10 responden daripada sekolah-sekolah

    tersebut. Di dalam kajian ini, kami hanya membuat analisa data bertumpukan peratusan.

    Prosedur Kajian

    Soalan soal selidik yang diberikan kepada responden akan disertai dengan arahan yang jelas

    pada bahagian soalan tersebut. Semua responden akan menjawab soalan soal selidik dengan

    bantuan penyelidik di dalam keadaan yang selesa dan tidak tertekan. Soal selidik akan dikutip

    sebaik sahaja responden selesai menjawab soalan.

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    10/20

    Analisa Data

    Kajian ini menggunakan Self Report Teacher Stress oleh Dunham (1992) pula digunakan untuk

    mengenal pasti kedudukan faktor-faktor utama seperti teguran pihak pentadbir, beban tugas,

    kekangan masa dan sumber, dan hubungan interpersonal yang mempengaruhi tekanan kerja

    guru. Responden diminta menandakan darjah persetujuan terhadap faktor yang menyebabkan

    tekanan kerja berdasarkan kaedah soal selidik yang berpandukan `Ya' atau `Tidak.

    Jadual 1 : Tahap Tekanan Guru

    Tahap Tekanan Bilangan Guru Peratus Tekanan

    Tahap Tekanan Tinggi 3 30%

    Tahap Tekanan Sederhana 5 50%

    Tahap Tekanan Rendah 2 20%

    Jadual 2 : Tahap Ketegangan guru Berdasarkan persoalan.

    Persoalan Tahap Ketegangan Guru

    Hilang mood bekerja apabila ditegur oleh

    pengetua

    40%

    Suka pergi ke sekolah &

    Suka bekerja di sekolah

    60%

    Rela buat kerja tambahan apabila

    diarahkan oleh pihak pentadbir

    60%

    Bebanan kerja agak meletihkan 40%

    Masih ada masa untuk mengeratkan

    silaturahim di kalangan guru

    80%

    Agihan tugas bagi guru dilakukan 90%

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    11/20

    secara adil

    Namun kesemua kajian di atas, pada Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan terdapatnya

    peratusan yang signifikan antara faktor-faktor organisasi dengan kepuasan kerja dan

    ketegangan guru, secara perbandingan persepsi terhadap beban tugas, polisi organisasi dan

    kemudahan di tempat kerja yang hanya pada tahap memuaskan sahaja. Oleh hal yang

    demikian, faktor-faktor yang disebutkan di atas wajar sekali diberikan pertimbangan yang serius

    dalam merancang, merangka dan melaksanakan program bagi mempertingkat tahap kepuasan

    kerja dan seterusnya mengurangkan ketegangan guru dalam sesebuah organisasi sekolah.

    Secara keseluruhannya, peratusan bagi objektif kajian iaitu mengkaji tahap ketegangan guru

    sederhana adalah sebanyak 50%. Dengan ini para guru tidak mungkin akan menghadapi

    masalah untuk meningkatkan prestasi kerjaya diri mereka untuk terus berusaha dengan lebih

    bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar kualiti pendidikan dan kecemerlangan dapat

    dimajukan dalam sektor pendidikan negara ini.

    Selain itu, terdapat sebahagian besar iaitu 60% responden bersetuju bahawa mereka berasa

    suka bekerja di sekolah mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Mallilo

    (2007) di mana pekerja-pekerja mengakui secara umumnya kerja mereka menyeronokkan. Ini

    menunjukkan mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka seronok bekerja.

    Sebagai pendidik, mereka harus sentiasa mempunyai perasaan seronok bekerja ini agar para

    pelajar juga tidak bosan untuk menerima pelajaran mereka.

    Responden juga mengaku bahawa mereka merasa selesa dengan kerja mereka. Sebanyak

    60% responden yang menyokong penyataan ini. Ia menggambarkan para guru ini sebenarnya

    memahami tugas mereka dengan baik. Maka mereka juga akan merasakan yang kerja mereka

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    12/20

    ini adalah satu kerja yang baik dan seterusnya akan menghasilkan kepuasan atas kerjaya yang

    mereka lakukan dan ketegangan dalam kalangan guru akan berkurangan.

    Namun hanya 40% sahaja yang menyokong pernyataan yang mungkin menyebabkan

    sebahagian guru rasa letih dengan kerja mereka disebabkan bebanan tugas. Selebihnya

    menyatakan mereka tidak berasa tertekan. Mungkin disebabkan kerana mereka berasakan

    sudah menjadi tanggungjawab mereka memikul beban sebagai seorang guru dan sentiasa

    berfikiran terbuka untuk mengatasi semua permasalahan. Kenyataan ini disokong oleh kajian

    Marriot dan Sexton dalam Saleha (2001) guru-guru ini berorientasikan tanggungjawab yang

    konsisten.

    Majoriti responden iaitu 80% setuju bahawa walaupun sentiasa ada kerja untuk dilakukan tetapi

    mereka masih mempunyai masa terluang untuk merehatkan minda sekurang-kurangnya

    sebelum memulakan kelas yang baru dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru

    dengan mengadakan jamuan makan.

    Responden sebanyak 90% menyatakan pentadbir sentiasa menegur tentang kerja mereka,

    sentiasa ada bila diperlukan dan memberikan arahan tambahan melalui `contact-time. Ini

    menunjukkan para pentadbir ini menjalankan tugas mereka dengan teliti dan penuh konsisten.

    Ini juga memberi gambaran kepada responden bahawa pentadbir mereka mengetahui tugasnya

    dengan baik. Kenyataan ini disokong dengan kajian yang dibuat oleh Jaafar (1995) di mana

    keputusan kajian beliau menunjukkan bahawa aspek penyelia menjadi punca utama kepuasan

    kerja yang dapat mengurangkan ketegangan guru.

    Perbincangan

    Tahap Ketegangan Guru

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    13/20

    Dapatan kajian terhadap 10 orang responden mengenai tahap ketegangan guru menunjuk

    bahawa sebahagian kecil responden berada di tahap ketegangan tinggi (tiga orang) dan

    sebahagian besar responden berada di tahap ketegangan sederhana (lima orang) manakala

    dua orang sahaja berada di tahap ketegangan rendah. Di dalam kajian Tan (1996) yang

    mendapati bahawa sebahagian besar daripada guru sekolah rendah dan menengah yang

    dikajinya mengalami tekanan kerja sederhana dan sebilangan kecil sahaja yang mengalami

    tahap tekanan kerja yang serius. Kajian di luar negara oleh Abouserie (1996) dan Capel (1991)

    menyokong dapatan kajian ini di mana majoriti daripada responden yang dikaji mengalami

    tekanan yang sederhana dan sebilangan kecil mengalami tekanan kerja yang tinggi.

    Faktor-Faktor Lain yang Menghasilkan Ketegangan Guru

    Faktor Salah Laku Pelajar

    Faktor ini merupakan faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi tekanan di sekolah.

    Sikap biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang mengajar

    seperti membuat bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan selain keluar kelas

    tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas

    bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru itu juga telah menyebabkan tekanan emosi kepada

    guru tersebut. Ini adalah kerana tindakan pelajar yang sebeginilah telah menyebabkan prestasi

    sesuatu mata pelajaran itu merosot dan ini juga memberi suatu tekanan kepada guru-guru di

    sekolah.

    Faktor Beban Tugas

    Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain yang banyak

    selain daripada mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak saksama dan seimbang

    dalam kalangan guru juga telah menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan guru. Guru

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    14/20

    yang memegang jawatan penting seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat, sama

    seperti guru-guru lain. Sebagai cadangan guru disiplin tidak seharusnya diberikan waktu

    mengajar yang padat kerana guru ini berperanan membantu pihak sekolah menangani masalah

    disiplin murid sepanjang masa persekolahan. Jika perkara ini dibiarkan tentunya guru ini akan

    berasa tertekan disebabkan beban tugas mengajar dan tugas mengawal disiplin murid di

    sekolah.

    Faktor Kekangan Masa dan Sumber

    Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang terlalu kerap telah

    menyebabkan guru-guru tidak berkesempatan untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana

    masa yang terlalu singkat. Guru itu juga harus memeriksa kertas jawapan pelajar dan membuat

    analisis keputusan ujian tersebut. Namun begitu, apabila terlalu rapat masa ujian tersebut,

    maka guru itu akan berasa tertekan kerana tugas menyemak kertas baru sahaja selesai

    dilakukan.

    Faktor Kekurangan Sumber

    Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer, komputer

    dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang memerlukan peralatan

    tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu memang

    berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan

    menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat dan tertekan kerana ia boleh

    menjejaskan kualiti pengajarannya.

    Faktor Hubungan Interpersonel

    Faktor hubungan interpersonel ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak

    pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata

    pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    15/20

    Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa

    juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan

    kurangnya rasa hormat menghormati dalam kalangan guru ketika menjalankan tugas. Terdapat

    juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah

    yang boleh menjejaskan hubungan dalam kalangan guru-guru.

    Pendedahan Menangani dan Mengawal Tekanan

    Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi pendedahan untuk

    menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya sendiri. Selye (1978)

    menyatakan bahawa tekanan hidup adalah tidak harus dielak kerana tekanan hidup adalah

    satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau

    bahaya dengan cara berada dalam tahap berjaga-jaga.

    Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan

    peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan Janis (1982)

    menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini bertujuan meningkatkan pertahanan

    terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Teori ini mengandaikan bahawa apabila

    seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi tekanan atau sebarang bentuk perubahan

    emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika

    dibandingkan dibandingkan dengan mereka yang tidak bersedia untuk menghadapinya. Dengan

    itu, para guru perlu diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapinya dalam

    profesion perguruan.

    Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk

    mengurangkan tekanan harian.

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    16/20

    Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif

    (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga beberapa amalan

    berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum. Amalan

    pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid

    sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya

    diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.

    Cadangan

    Kajian ini boleh dilaksanakan dengan lebih lanjut dengan membuat kajian tentang perbandingan

    umur guru, jantina, lokasi sekolah dan kelayakan guru terhadap ketegangan guru. Kajian ini

    juga perlu dilihat daripada aspek min dan sisihan piawai. Selanjutnya pengkaji perlu membuat

    Ujian T yang menunjukkan skor min terhadap tekanan kerja dengan gred sekolah. Didapati

    juga sampel yang dipilih bagi kajian ini adalah terlalu sedikit maka perlu ditambahkan bilangan

    sampel kajian. Akhirnya, perlu juga membuat kajian berdasarkan kaedah soal selidik yang

    menggunakan lima mata Skala Likert. Dengan itu, kejituan kajian ini memberi makna yang

    lebih mendalam tentang ketegangan guru.

    Rumusan

    Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha

    pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu

    menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada tahap

    tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai

    suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau

    pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    17/20

    Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan dalam

    kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang tidak

    terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak

    terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak,

    sokongan sosial dan konsep kendiri guru.

    Memandangkan tugas guru adalah mencabar, anggapan bahawa menjadi seorang guru

    adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan anggapan

    bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu memiliki daya

    pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak relevan untuk

    digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat diabaikan. Di antara cadangan dan resolusi

    yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan dalam kalangan guru adalah seperti mengkaji

    semula beban tugas guru.

    Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Kepuasan kerja

    merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang dilakukannya hasil

    interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas ini akan mendorong seseorang itu rela datang ke

    tempat kerja dengan rasa tanggungjawab. Justeru, dapat mengurangkan ketegangan dalam

    kalangan guru.

    Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat

    meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memastikan sistem dan

    prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Sebagai contoh, semua pekerja termasuk

    pekerja baru perlu diberitahu sejelas-jelasnya mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan

    prosedur untuk melakukannya. Seterusnya, sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan

    prestasi pekerja. Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan saluran komunikasi

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    18/20

    (perhubungan). Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih menggunakan cara efektif dalam

    perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat membantu mewujudkan suasana harmoni di

    dalam pekerjaan.

    Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan program latihan dan

    pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Pada masa yang sama

    perlu mengenal pasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu dicapai. Dengan itu,

    guru-guru yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi. Tambahan

    pula, perlu mengadakan gaya dan cara kepimpinan di dalam organisasi sekolah yang dapat

    membantu meningkatkan motivasi pekerja.

    Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan

    dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua pihak yang

    terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan atau menuding

    hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan

    memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat. Penyelesaian yang ditekankan perlu

    merangkumi penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan individu guru itu

    sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan

    Malaysia.

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    19/20

  • 8/11/2019 Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah

    20/20

    Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998). Implikasi Burnout di Kalangan Guru Terhadap Sistem

    Pendidikan. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. November 26 27. Malaysia:

    Universiti Kebangsaan Malaysia, 317-333

    Fisher, S. 1994. Stress in academic life. The mental assembly line. The Society for Research into

    Higher Education & Open University Press.

    Fontana, D. (1989). Managing Stress. British Psychological Society & Routledge Ltd.

    Gold, Y. dan Roth, R. A. (1993). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout - The

    Professional Health Solution. London: The Falmer Press.

    Schafer, W. (1992). Stress Management For Wellness (2ndEd.). Orlando : Harcourt Brace.

    Smither, R. D. (1994). The Psychology Of Work And Human Performance (2nd ed.). New York :

    Harper Collins College Publishers.

    Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education, 19, 3951.

    Tang, Tak On dan Yeung, Alexander Seeshing (1999). Hong Kong Teachers Sources of Stress,

    Burnout, and Job Satisfaction. International Conferenceon Teacher Education. Februari 22

    24. Hong Kong: Educational Resources Information Center, 122.

    Zakiah Arshad. (2003). Stres kerja di kalangan guru-guru sekolah rendah: Satu kajian di Zon

    Bandar, Kota Tinggi, Johor. Unpublished thesis, Universiti Teknologi Malaysia.