strategi penggunaan buku teks sejarah … · web viewini juga akan memusahkan guru untuk membuat...

8
STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN. Oleh ZULKIFLI BIN HAJI MD RAZALI PENDAHULUAN Pembacaan untuk memahami,menghayati dan membuat persediaan menghadapi peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memerlukan guru dan murid menguasai teknik penggunaan buku teks yang berkesan. Ini selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan guru-guru menggunakan buku teks secara optimum. Tambahan lagi hasrat guru-guru sendiri yang mahukan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah dilaksanakan dengan berkesan dan menarik. Pengetahuan dan pemahaman yang mendalam adalah sangat perlu sebelum pembacaan dan ulangkaji dilakukan dengan menggunakan buku teks sejarah. Beberapa aspek utama perlu diberi perhatian dalam penggunaan buku teks sejarah.

Upload: dangdang

Post on 29-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH … · Web viewIni juga akan memusahkan guru untuk membuat refkeksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (contoh soalan spm) 4. Penerangan

STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN.

OlehZULKIFLI BIN HAJI MD RAZALI

PENDAHULUAN

Pembacaan untuk memahami,menghayati dan membuat persediaan menghadapi peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memerlukan guru dan murid menguasai teknik penggunaan buku teks yang berkesan.

Ini selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan guru-guru menggunakan buku teks secara optimum. Tambahan lagi hasrat guru-guru sendiri yang mahukan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah dilaksanakan dengan berkesan dan menarik.

Pengetahuan dan pemahaman yang mendalam adalah sangat perlu sebelum pembacaan dan ulangkaji dilakukan dengan menggunakan buku teks sejarah. Beberapa aspek utama perlu diberi perhatian dalam penggunaan buku teks sejarah.

1. Pengetahuan kandungan Buku Teks Tingkatan 4 dan 5

Page 2: STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH … · Web viewIni juga akan memusahkan guru untuk membuat refkeksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (contoh soalan spm) 4. Penerangan

Kandungan buku teks sejarah tingkatan 4 mengandungi 10 bab yang merangkumi 3 tema iaitu

Tema 7 – Tamadun Awal Manusia

Bab 1 – Kemunculan Tamadun AwalManusia

Bab 2 – Peningkatan Tamadun

Bab 3 – Tamadun Awal Asia Tenggara.

Tema 8 – Tamadun Islam dan Perkembangannya.

Bab 4 – Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah

Bab 5 – Kerajaan Islam di Madinah

Bab 6 – Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangnnya.

Bab 7 – Islam di Asia Tenggara

Bab 8 – Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat

Tema 9 – Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara.

Bab 9 – Perkembangan di Eropah

Bab 10 – Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara.

Kandungan buku teks tingkatan 5 mengandungi 9 bab yang merangkumi 3 tema iaitu.

Tema 10 – Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.

Page 3: STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH … · Web viewIni juga akan memusahkan guru untuk membuat refkeksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (contoh soalan spm) 4. Penerangan

Bab 1 – Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Bab 2 – Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Tema 11 – Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Bab 3 – Kesedaran pembinaan Negara dan Bangsa

Bab 4- Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

Bab 5 – Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

Bab 6 – Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia

Bab 7 – Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Bab 8 – Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Tema 12 – Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Melalui pemahaman yang mendalam guru dan murid akan mendapat gambaran umumdan menyeluruh kandungan sukatan pelajaran Sejarah tingkatan 4 dan 5. Ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Contohnya pemahaman berkaitan Kandungan buku teks tingkatan 4 yang mengandungi 3 tema iaitu asas tamadun manusia, perkembangan Tamadun Islam dan Perkembangan kemajuan di eropah akan memberikan gambaran skop yang terdapat dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 4. Kadang kala berlaku di mana pelajar tidak mengetahui jumlah tema dan bilangan bab yang terdapat pada buku teks sejarah dan ini tidak sepatutnya berlaku.

2. Penjelasan berkaitan kandungan setiap bab

Aspek ini juga sering diketepikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemahaman berkaitan kandungan bab

Page 4: STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH … · Web viewIni juga akan memusahkan guru untuk membuat refkeksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (contoh soalan spm) 4. Penerangan

amat membantu sebelum pembelajaran dimulakan. Pelajar akan lebih berfokus dan dapat mengetahui sejauhmanakah kandungan isi bagi sesuatu bab. Sebagai contoh kandungan bab 1 tingkatan 4 hanya berkaitan dengan isu tamadun iaitu makna tamadun, ciri-ciri tamadun dan proses pembentukan tamadun. Guru-guru hendaklah menerangkan isi kandungan bab secara keseluruhannya kepada pelajar supaya satu gambaran yang jelas diperolehi.

3. Pemahaman objektif pembelajaran

Salah satu strategi pengajaran sejarah yang berkesan ialah pemahaman mengenai objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran ini terdapat pada halaman awal setiap bab. Pemahaman yang jelas mengenai objektif pembelajaran akan banyak membantu guru dan pelajar memahami kehendak isi kandungan bab. Guru sepatutnya memberitahu pelajar apakah objektif pembelajaran pada setiap bab supaya pada akhirnya pelajar akan memahami dengan lebih mendalam kehendak sesuatu bab tersebut. Sebagai contoh pemahaman berkaitan 6 ciri tamadun dalam bab pertama tingkatan 4. Pelajar akan menumpukan kepada objektif tersebut dan memudahkan mereka memahami isi kandungan. Sering kali juga soalan-soalan yang di bentuk adalah berdasarkan kepada objektif pembelajaran yang terdapat pada setiap bab. Ini juga akan memusahkan guru untuk membuat refkeksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (contoh soalan spm)

4. Penerangan berkaitan peta konsep

Peta konsep adalah berkaitan dengan kandungan bab. Ia mengandungi pecahan tajuk yang terdapat dalam kandungan bab. Penerangan berkaitan peta konsep akan lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran . Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berfokus. Peta konsep juga dianggap sebagai garis kasar kandungan isi pelajaran. Melalui penerangan peta konsep satu gambaran yang lebih terpeinci akan dapat di bentuk. Contohnya melalui peta konsep makna tamadun dalam bab 1 tingkatan 4 akan memudahkan pelajar mengetahui fokus sama ada dari segi makna dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Ini akan menjuruskan pelajar kepada makna yang spesifik dan memudahkan merekamembuat ulangkaji.

Page 5: STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH … · Web viewIni juga akan memusahkan guru untuk membuat refkeksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (contoh soalan spm) 4. Penerangan

5. Penggunaan bahan bantu yang terdapat dalam buku teks secara maksimum.

Bahan-bahan bantu seperti gambar,graf,peta, sudut maklumat,laman web , tahukah anda dan bahan iliustrasi disediakan dalam buku teks sejarah tingkatan 4 dan 5. Bahan bantu ini disediakan adalah untuk lebih memudahkan pemahaman pelajar terhadap isi kandungan buku teks. Melalui gambar misalnya akan menimbulkan minat pelajar untuk membaca buku teks. Melalui sudut maklumat akan menyediakan maklumat tambahan kepada pelajar. Melalui laman web, pelajar akan dapat membuat rujukan di alamat web yang disediakan untuk menambahkan kefahaman dan pengetahuan mereka. Contohnya laman web berkaitan Tamadun Purba (m.s 9 buku teks tingkatan 4) menyediakn rujukan tambahan untuk mempelajari Dunia Purba dan Zaman Pertengahan.

6. Perbincangan latihan dan Ujian dan Penilaian.

Pada setiap akhir bab terdapat soalan latihan, ujian dan penilaian dalam bentuk soalan objektif dan juga soalan esei. Soalan latihan dan ujian ini adalah untuk menguji kefahaman murid terhadap bab dan topik tersebut. Pelaksanaan secara menyeluruh dan objektif akan membantu murid menganalisis kefahaman mereka terhadap isi kandungan bab. Ia juga membantu guru untuk menguji kefahaman murid terhdap proses pengajaran dan pembelajaran.

7. Analisis bab dan topic yang popular.

Pengetahuan berkaitan bab-bab dan topik yang popular amat membantu guru dan murid dalam membuat ulangkaji dan penumpuan selepas tamat sukatan pelajaran. Contohnya terdapat bab yang memang akan keluar dalam peperiksaan pada setiap tahun. Bab 9 tingkatan 5 contohnya amat popular iaitu soalan yang kerap keluar pada setiap tahun. Oleh itu penumpuan pada bab tersebut amat membantu guru dan murid mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.

8. Penutup

Buku teks sejarah adalah bahan paling penting untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pembacaan dan

Page 6: STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH … · Web viewIni juga akan memusahkan guru untuk membuat refkeksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (contoh soalan spm) 4. Penerangan

ulangkaji yang berterusan dan kaedah yang tepat akan memudahkan guru dan murid dalam penggunaan buku teks sejarah. Penggunaan dengan kaedah yang berkesan dan berterusan akan membantu murid menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi berkesan dan menyeronokkan.

STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH

UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

YANG BERKESAN

Page 7: STRATEGI PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH … · Web viewIni juga akan memusahkan guru untuk membuat refkeksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (contoh soalan spm) 4. Penerangan

OLEH

ZULKIFLI BIN HAJI MD RAZALISEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI

PETANI 1