stpm pengajian am soalan kertas 1 set 2

13
900/1 STPM 2006 JABATAN PELAJARAN PERAK PENGAJIAN AM KERTAS 1 SET 2 LEARNING TO SCORE (ANEKA PILIHAN) (Dua jam) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006 STPM 900/1 [Lihat sebelah SULIT* 1

Upload: abdmaleks

Post on 12-Jun-2015

4.969 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

900/1 STPM 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 1 SET 2

LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN) (Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006

STPM 900/1 [Lihat sebelah

SULIT*

1

Page 2: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

1. Antara berikut yang manakah merupakan dasar sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia ?

I Dasar Sogoshosha II Dasar Kependudukan

III Dasar Pendidikan Negara IV Dasar Pandang Ke Timur

A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 2. Berikut ialah dasar-dasar pembangunan di Malaysia. Padankan objektif X, Y dan Z

dengan dasar I, II dan III. Dasar Objektif I Dasar Kepimpinan Melalui Teladan X Memastikan pasaran yang luas bagi

keluaran domestik II Dasar Pandang ke Timur Y Mengamalkan perkhidmatran yang

bersih, cekap dan amanah III Dasar Wanita Negara Z Menerapkan nilai-nilai dan etika kerja

yang positif

I II III A X Y Z B Y Z X C Y X Z D Z X Y

3. Antara berikut yang manakah cabaran yang paling rumit dicapai di bawah Wawasan

2020? A Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing,

dinamik, teguh dan berdaya tahan B Membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang

mempunyai matlamat yang dikongsi bersama C Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan

kejiwaan serta didorong oleh pegangan etika yang tinggi D Mewujudkan sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif yang mempunyai daya

perubahan yang tinggi sebagai pengguna dan penyumbang sains dan teknologi 4. Antara berikut yang manakah yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan Dasar

Pertanian Negara Ketiga? I Meningkatkan sekuriti makanan

II Menggalakkan penanaman hutan III Merangka Rancangan Buku Hijau IV Kajian baru pertanian melalui bioteknologi

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Antara berikut yang manakah faktor-faktor utama yang memungkinkan Malaysia menjadi

Negara Perindustrian Baru? I Peningkatan projek penswastaan

II Peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia III Kemasukan pelaburan dan tekonologi asing IV Peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

2

Page 3: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

6.

• Mengurangkan beban kewangan negara • Menggalakkan perkembangan usahawan bumiputera • Meningkatkan kecekapan dan menambah produktiviti

Dasar yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas ialah A Dasar Ekonomi Baru C Dasar Persyarikatan Malaysia B Dasar Penswastaan Malaysia D Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara 7. Dasar Kependudukan Negara telah berubah daripada mengawal kadar pertumbuhan

penduduk kepada meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk. Antara berikut yang manakah merupakan sebab utama perubahan tersebut? A Meningkatkan produktiviti negara B Memperkukuh ketenteraan negara C Menggalakkan pertumbuhan industri perumahan D Menyediakan sumber tenaga manusia yang mencukupi

8. • Melahirkan tenaga rakyat yang mahir • Mengembangkan kebudayaan, sosial dan politik negara • Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika

Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas? A Dasar Wanita Negara C Dasar Pendidikan Negara B Dasar Pandang ke Timur D Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam 9. Antara berikut yang manakah industri yang berpotensi untuk dimajukan melalui Pelan

Induk Perindustrian? I Industri besi dan keluli

II Industri barangan getah III Industri kereta bermotor IV Industri barangan kelapa sawit

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 10. Antara berikut yang manakah penekanan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam

pentadbiran? I Keikhlasan

II Sentiasa bersaing III Bertanggungjawab IV Utamakan keuntungan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 11. Antara berikut yang manakah benar tentang hasil Dialog Utara-Selatan?

I Perjanjian Getah Asli Antarabangsa II Perjanjian ke arah perlucutan senjata nuklear

III Pelancaran GSTP ( Global System of Trade Preferences ) IV Perjanjian perlindungan negara maju untuk menstabilkan hasil komoditi asas

negara membangun A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

3

Page 4: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

12.

Memajukan perdagangan bebas dan mengeratkan kerjasama ekonomi yang bersifat serantau

X

Keanggotaan : gabungan negara ASEAN, negara-negara Timur dan negara-negara di Lautan Pasifik

X merujuk kepada :

A Kumpulan 15 ( G15 ) B Kumpulan 8 Negara-negara Maju ( G 8 ) C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( APEC ) D EAEC ( Kumpulan Rundingan Ekonomi Asia Timur )

13. Antara berikut yang manakah merupakan tuntutan dalam Order Baru Ekonomi Dunia ( NIEO )

I Memajukan perniagaan bebas II Memajukan kepentingan bersama

III Perluasan pasaran bagi eksport Dunia Ketiga IV Penentuan semula syarat-syarat perdagangan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

14. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan diadakan dialog ASEAN dengan negara maju?

I Menitikberatkan kerjasama ekonomi. II Menjamin keselamatan perairan di Selat Melaka

III Memperoleh bantuan pengurusan dan kewangan bagi projek tertentu IV Negara-negara maju diminta tidak membawa senjata nuklear ke rantau ini.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 15.

• Dasar perlindungan dan sekatan oleh negara-negara tetentu. • Harga komoditi utama yang rendah tidak stabil.

Antara berikut yang manakah benar tentang permasalahan di atas ? A. Negara-negara Membangun B. Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) C. Kumpulan 8 Negara-negara Maju (G-8) D. Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

16. Antara berikut yang manakah merupakan isu-isu yang dihadapi oleh Pergerakan

Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada abad ke-21? I Pengedaran dadah antarabangsa

II Keadaan ekonomi yang kritikal Di Benua Afrika III Kebangkitan Amerika Syarikat sebagai kuasa unipolar IV Persaingan di kalangan Negara-negara Perindustrian

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

4

Page 5: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

17. Antara berikut yang manakah peristiwa yang telah mengubah matlamat perjuangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)?

I Tamatnya Dasar Apartheid di Afrika Selatan II Penubuhan pasaran tunggal Kesatuan Eropah.

III Berakhirnya era Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar IV Kemasukan China dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 18. Antara berikut yang manakah situasi yang mencetuskan Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) ?

I Ancaman pengaruh komunis di Asia Tenggara. II Kejayaan Vietnam Utara menakluki Vietnam Selatan.

III Penahanan pemimpin demokrasi oleh kerajaan Kemboja. IV Campur tangan kuasa-kuasa besar yang menggugat keamanan di Asia

Tenggara. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 19.

Isu-isu Hubungan Malaysia dengan ASEAN I II III IV

Kemasukan pendatang tanpa izin Pencerobohan kawasan perikanan Pertikaian Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput Buku memori bekas pemimpin negara ini menghina pemimpin Malaysia

Sesuaikan isu-isu dengan negara-negara anggota ASEAN yang berikut :

Negara Indonesia Thailand Singapura Filipina A I II IV III B I III II IV C I IV II III D IV III II I

20. Antara berikut yang manakah isu-isu sosioekonomi antarabangsa yang diperjuangkan

oleh Malaysia? I Semakan semula beban hutang negara membangun.

II Perundingan Ekonomi Asia Timur menjadi blok perdagangan. III Mewujudkan kerjasama ekonomi di kalangan negara Eropah Barat. IV Mengurangkan pergantungan negara membangun kepada negara maju.

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 21. Antara berikut pilih padanan yang tepat.

Badan Kerajaan Peranan I Eksekutif Menjalankan pemerintahan negara II Kehakiman Menggubal dasar negara III Perundangan Menggubal atau membuat undang-undang IV Perundangan Mentadbir sesebuah kerajaan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 22. Antara berikut yang manakah benar tentang badan eksekutif di Malaysia?

A Perdana Menteri dipilih menerusi pilihanraya umum B Jemaah Menteri menentukan sesuatu dasar dalam atau luar negara C Jemaah Menteri mengawal secara langsung perbadanan awam di Malaysia D Jemaah Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari kalangan ahli Dewan

Rakyat

5

Page 6: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

23. Antara berikut yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?

I Semua ahli Majlis Parlimen dipilih menerusi pilihanraya II Rakyat bebas memilih calon yang bertanding dalam pilihan raya

III Parti yang menang majoriti dalam pilihanraya akan membentuk kerajaan IV Rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun diwajibkan mengundi dalam pilihanraya

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 24. Antara berikut yang manakah boleh menyebabkan terlucutnya taraf kewarganegaraan

seseorang? I Menjadi pengundi dalam pilihanraya Presiden Indonesia

II Warganegara secara kuatkuasa undang-undang telah dihukum penjara selama 2 tahun

III Menjalankan urusan perniagaan dengan negara musuh Persekutuan semasa peperangan

IV Bermastautin di negara asing selama 4 tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 25.

• Encik Osman berasal dari Thailand dan merupakan pemastautin tetap Malaysia • Isterinya warganegara Singapura telah melahirkan anak di Malaysia Antara berikut yang manakah benar tentang kewarganegaraan anak Encik Osman? A Bukan warganegara B Warganegara cara masukan C Warganegara cara Pendaftaran D Warganegara cara kuatkuasa undang-undang

26. Antara berikut yang manakah kebebasan asasi yang boleh disekat oleh undang-

undang? I Kebebasan diri

II Kebebasan bergerak III Kebebasan daripada perhambaan IV Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuatkuasa kebelakangan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 27.

• Memulihkan keyakinan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi negara • Memperkukuhkan asas ekonomi negara • Mengelakkan negara daripada kegawatan ekonomi Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas? A Bank Negara Malaysia C Majlis Kewangan Negara B Kementerian Kewangan D Majlis Tindakan Ekonomi Negara

28. Antara berikut yang manakah benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan?

A Ahli-ahli majlis dilantik oleh Ketua Negeri bagi tempoh tiga tahun B Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis adalah pentadbir utama C Mempunyai kuasa untuk menetapkan sempadan dan status perbandaran D Mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan bilangan

penduduk, jumlah hasil kutipan dan keluasan kawasan

6

Page 7: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

29. • Meluluskan hari bekerja kakitangan awam lima hari seminggu • Meluluskan pemberian bonus kepada kakitangan awam

Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas? A Perbendaharaan C Jabatan Perkhidmatan Awam B Jabatan Perdana Menteri D Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

30. Antara berikut yang manakah benar tentang Yang di-Pertua Negeri?

I Mesti dilahirkan di negeri berkenaan II Terlibat dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong

III Melantik Ketua Menteri bagi mengetuai pemerintahan negeri IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh empat tahun

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 31. Antara berikut yang manakah benar tentang Setiausaha Majlis Raja-Raja?

A Memegang jawatan selama 5 tahun B Dilantik dari kalangan Raja-Raja Melayu C Mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja D Berhak mengundi semasa pemilihan Yang di-Pertuan Agong

32. Antara berikut yang manakah benar tentang Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik

Setiausaha Parlimen Setiausaha Politik A Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Dilantik oleh Perdana Menteri B Ahli Dewan Rakyat Ahli Dewan Negara C Saraan di bawah peruntukan Parlimen Saraan ditetapkan oleh Jemaah Menteri D Membantu menteri dan timbalan

menteri dalam perbahasan di dalam Parlimen

Membantu menteri dan timbalan menteri di kementerian

33. Antara berikut yang manakah tergolong dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ?

I Angkatan Tentera Malaysia II Yang di-Pertua Dewan Rakyat

III Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang IV Diplomat Malaysia ke negara asing yang ditetapkan oleh Yang Di-Petuan Agong

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 34. Antara berikut yang manakah benar tentang fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan

bagi Sabah dan Sarawak ? I Menjaga ketenteraman di peringkat negeri

II Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri III Memelihara hubungan rapat Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri IV Menyelaras pentadbiran imigresen antara Kerajaan Persekutuan dengan

Kerajaan Negeri A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah benar tentang jawatan dan kuasa pelantikannya?

Jawatan Dilantik oleh I Ketua Menteri Yang di-Pertua Negeri II Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jemaah Menteri III Timbalan Menteri Yang di-Pertuan Agong IV Ketua Polis Negara Perdana Menteri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7

Page 8: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

36. Antara berikut yang manakah benar tantang pemakaian Common Law di Malaysia ? I Apabila wujud keraguan tentang undang-undang terdahulu

II Peruntukan undang-undang tempatan kurang menyakinkan III Apabila tiada terdapat statut tempatan mengenai sesuatu perkara IV Bahagian undang-undang Inggeris yang bersesuaian dengan kegunaan

tempatan sahaja A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

37. Antara berikut yang manakah merupakan komponen Badan Perundangan Negeri ? I Sultan

II Dewan Undangan Negeri III Setiausaha Kerajaan Negeri IV Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

38. Antara berikut yang manakah benar tentang keahlian Dewan Undangan Negeri ? I Boleh menjadi ahli Dewan Rakyat

II Mesti mewakili sesebuah parti politik III Mesti bermastautin dalam negeri yang berkenaan IV Dibataskan kepada warganegara berumur 30 tahun ke atas

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

39. Antara berikut yang manakah benar mengenai proses pilihan raya di Malaysia ? I Jumlah perbelanjaaan pilihan raya bagi Dewan Rakyat tidak boleh melebihi

RM500,000.00 II Setiap calon dibenar mendirikan tidak lebih daripada 20 pondok di luar sempadan

tempat mengundi III Calon bebas akan menggunakan lambang atau simbol yang ditetapkan oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya IV Calon Dewan Rakyat yang memperoleh bilangan undi kurang daripada satu

perlapan akan hilang wang pertaruhannya A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

40. Antara berikut yang manakah merupakan susunan yang betul mengenai perkara-perkara

yang perlu dilaksanakan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan ? I Penamaan calon pilihan raya

II Perlantikan yang Dipertua Dewan III Pilihan raya Dewan Undangan Negeri IV Perlantikan Menteri Besar/Ketua Menteri V Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

A I, II, III, IV dan V C I, IV, III, V dan II B I, III, IV, II dan V D I, III, II, V dan IV

41. Antara berikut yang manakah merupakan bidang kuasa Mahkamah Penghulu ? I Membicarakan kes-kes jenayah yang dendanya tidak melebihi RM25

II Membicarakan kes-kes sivil yang nilai tuntutannya tidak melebihi RM50 III Membincarakan kes sivil dan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 3 bulan

penjara IV Membicarakan kes-kes yang dilakukan oleh budak-budak yang berumur di bawah

18 tahun A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8

Page 9: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

42. Antara berikut yang manakah merujuk kepada maksud Doktrin Duluan Kehakiman Yang Mengikat? A Semua keputusan Mahkamah Persekutuan harus menjadi ikutan Mahkamah Rendah B Doktrin ini merujuk kepada semua keputusan mahkamah bawahan dan dikawal oleh

Mahkamah Persekutuan C Semasa membuat keputusan, hakim akan mendapat nasihat daripada hakim

mahkamah yang lebih tinggi. D Semasa membuat keputusan, hakim mengikut prinsip keputusan hakim terdahulu

bagi kes yang serupa.

43. Antara berikut yang manakah merupakan kesalahan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah?

I Membunuh II Berkhalwat

III Mencuri di masjid IV Tidak membayar zakat

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

44. Antara berikut siapakah yang dibenarkan untuk mengundi secara pos ? I Encik P yang sedang menjalani rawatan di hospital sakit jiwa

II Encik Q yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun III Encik R yang merupakan seorang duta yang sedang bertugas di Amerika Syarikat IV Encik S yang merupakan salah seorang kakitangan tidak tetap Suruhanjaya Pilihan

Raya A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

45. Antara berikut siapakah yang dibenarkan berada di Pusat Pengiraan Undi selepas

pilihan raya berlangsung ? I Ejen pilihan raya

II Calon pilihan raya III Pegawai Kerajaan Negeri IV Penyokong-penyokong calon

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

46. Seorang peniaga membeli 30 kotak buah kiwi, setiap kotak diisi 48 biji dengan kos RM0.45 sebiji. Peniaga tersebut menjual 23 kotak buah kiwi kepada penjaja-penjaja di pasar di sekitar bandar Ipoh dengan harga borong RM8.00 sedozen. Selebihnya dijual di kedainya sendiri dengan harga RM5.20 setengah dozen. Selepas dua minggu, dia berjaya menjual kesemua buah kiwi tersebut setelah 36 biji yang rosak telah dibuang sahaja. Berapakah keuntungan yang diperoleh peniaga tersebut? A RM218.00 B 348.00 C RM379.20 D RM996.00

47. Pada tahun 2005, seorang guru DG41 mendapat gaji bulanan sebanyak RM 2863.73.

Kenaikan gaji tahunan beliau ialah pada 1 April. Gaji beliau pada bulan Disember ialah RM 2994.41. Berapakah purata pendapatan beliau pada tahun 2005.

A RM 2961.74 B RM 2950.85 C RM 2874.62 D RM 2972.63

9

Page 10: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

Soalan 48 dan 49 berdasarkan Jadual 1.

Jadual 1: Selangor: Saman Lalu Lintas 2003-2004 (Januari – Mei) Bil. Kawasan 2003 2004 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Petaling Jaya Kelang Shah Alam Kajang Gombak Kuala Langat Sabak Bernam Kuala Selangor Ulu Selangor Ampang Sepang

55,544 23,300 26,562 58,516 45,093 12,238 5,631 10,971 22,845 26,065 29,069

7,1516 36,381 44,823 55,970 38,166 9,157 9,127 21,479 28,200 20,555 32,318

JUMLAH 315,834 367,692 48. Antara berikut yang manakah benar tentang jadual di atas ?

I Peratus perubahan saman lalu lintas di kawasan Gombak adalah paling rendah II Peratus perubahan saman lalu lintas di kawasan Kuala Selangor adalah paling

tinggi III Saman lalu lintas kawasan Kelang telah meningkat sebanyak 56.14% bagi tempoh

yang dinyatakan IV Saman lalu lintas kawasan Ampang telah meningkat sebanyak 21.14% bagi

tempoh yang dinyatakan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

49. Berapa peratuskah peningkatan jumlah saman lalu lintas negeri Selangor pada tahun

2003 hingga 2004 (Januari-Mei) ? A 1.64% B14.10% C 16.42% D 141%

50. Dua buah kampung iaitu Kampung Simpang dan Kampung Bagan mempunyai

penduduk seramai 584,490 orang. Penduduk Kampung Simpang ialah 30% daripada jumlah penduduk. Penduduk Kampung Bagan yang mempunyai komputer ialah 15% lebih tinggi daripada jumlah penduduk Kampung Simpang. Berapakah jumlah penduduk Kampung Bagan yang mempunyai komputer?

A 175347 orang B 201649 orang C 187673 orang D 496816 orang 51. Kerajaan Pusat bersetuju memberikan peruntukan wang kepada Kerajaan Negeri

berdasarkan formula berikut. Jumlah RM seorang

100,000 orang yang pertama 500,000 orang yang kedua Melebihi 1 juta

38 35 28

Jika sesebuah negeri mempunyai penduduk seramai 2,600,000 orang, berapakah peruntukan wang yang diterima oleh Kerajaan Negeri?

A RM 72,000,000 C RM 77,300,000 B RM 72,800,000 D RM 77,000,000

10

Page 11: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

Soalan 52 berdasarkan Carta 1.

Carta 1 : Organisasi Pejabat OSK di Teluk Intan.

Penguru

Jurutaip

Juruaudit Budak Pejabat

Penolong Pengurus

Kerani 52. Berdasarkan maklumat yang diberikan, siapakah yang bertanggjawab secara langsung

kepada pengurus? A Penolong pengurus B Juruaudit dan penolong pengurus C Penolong pengurus, kerani dan jurutaip D Budak pejabat, penolong pengurus dan juruaudit

53. Lee Fong, Mangalah, Nurul dan Chong telah melawat Soon Leong di Hospital. Masa lawatan mereka ialah

Lee Fong jam 12.00 tengah hari Mangalah jam 1.00 petang Nurul jam 2.00 petang Chong jam 3.00 petang

Guru kelas mereka telah melawat Soon Leong di antara Lee Fong dengan Mangalah. Lee Fong tidak melawat Soon Leong sebelum Nurul dan Chong. Chong tidak melawat Soon Leong antara Mangalah dan Chong. Siapakah yang melawat Soon Leong paling akhir? A Lee Fong dan Nurul C Nurul dan Chong. B Mangalah dan Chong D Lee Fong dan Chong.

54. Bas Hup Soon berkhidmat tiap-tiap 25 minit dari Teluk Intan ke Simpang Empat. Perjalanan tersebut mengambil masa 25 minit. Setelah berehat 15 minit di Simpang Empat bas tersebut balik ke Teluk Intan. Jika Ali memandu salah sebuah daripada bas tersebut dan bertolak dari Teluk Intan pada jam 8.45 pagi, pada jam berapakah dia akan berselisih dengan bas yang dipandu oleh Rama yang berlepas terlebih dahulu daripadanya? A 8.55 pagi B 9.00 pagi C 9.05 pagi D 9.10 pagi

11

Page 12: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

Soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2 : Jumlah Pinjaman RM 80 000 ke bawah RM 80 001 hingga RM 100 000

8.25% 8.25%

RM 100 000 ke atas *Hartanah yang telah siap Hartanah yang belum siap

9.00 % 9.25%

*Harta tanah yang mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki

Jadual 3: Jadual Bayaran untuk Pinjaman Sebanyak RM1000 Kadar Faedah / Bayaran Bulanan

8.25% 8.50% 9.00% 9.25% 10.00% Jangka Masa (Tahun) RM RM RM RM RM

5 21.01 21.15 21.42 21.56 21.98 12 11.20 11.35 11.64 11.79 12.23 15 9.89 10.04 10.34 10.49 10.96 18 9.05 9.20 9.52 9.68 10.16

55. Encik Y ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM

120 000. Dia telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM25 000 dan bakinya akan dibayar secara ansuran kepada bank selama 15 tahun. Berapakah bayaran bulanannya kepada pihak bank?

A. RM 939.55 B. RM953.38 C. RM1240.80 D. RM 1258.80 56. Setelah 15 tahun, Encik Y telah selesai membayarnya. Berapakah jumlah sebenar yang

telah dibayarnya untuk membeli rumah tersebut? A. RM169 119 B. RM194 119 C. RM196 684 D. RM223 344

57. Sebuah majalah dicetak dengan kos RM6.00 sebuah dan kos tetap ialah RM3060.00.

Jika harga jualan sebuah buku ialah RM6.60, berapa buahkah buku yang perlu dicetak supaya penerbitannya mula memperoleh keuntungan daripada jualan setiap buah buku yang seterusnya?

A 463 buah B 505 buah C 5100 buah D 5101 buah Soalan 58 dan 59 berdasarkan Jadual 4.

MALAYSIA: GUNA TENAGA MENGIKUT SEKTOR, 2000-2005 (‘000 orang) Sektor 2000 2003 2005

Pertanian dan Perhutanan 1407.5 1404.8 1403.0 Perlombongan dan kuari 41.2 42.7 43.5 Pembuatan 2558.7 2829.0 3177.1 Pembinaan 755.0 793.7 823.0 Perkhidmatan bukan kerajaan 2629.5 2976.6 3173.1 Perkhidmatan kerajaan 981.0 1026.1 1048.7 Perkhidmatan lain 898.7 1075.2 1173.5 Jumlah 9271.2 10148.1 10842.0 Tenaga Buruh 9572.5 10514.9 11208.3 Pengangguran 301.3 366.8 366.3 Kadar pengangguran (%) 3.1 3.5 3.3

12

Page 13: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 1 Set 2

58. Antara yang berikut yang manakah yang benar tentang jadual di atas. I Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan meningkat sebanyak 6.9%

setiap tahun. II Guna tenaga dalam sektor pembinaan mengalami pertumbuhan 9% bagi tempoh

tahun 2000-2005. III Guna tenaga dalam sektor pertanian dan perhutanan mengalami kemerosotan

kurang daripada 0.3% bagi tempoh 5 tahun. IV Peratusan perubahan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan bukan kerajaan

bagi tempoh tahun 2000-2003 lebih besar berbanding dengan tempoh tahun 2003-2005

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 59. Antara berikut yang manakah benar tentang Jadual 4 di atas.

I Perubahan tenaga buruh bagi tempoh tahun 2000-2005 sebanyak 14.6%. II Menjelang tahun 2005 nisbah antara petani dengan jumlah guna tenaga semakin

berkurang. III Bagi tempoh tahun 2000-2005, penggunaan tenaga buruh berkadar songsang

dengan pengangguran. IV Peratusan perubahan pengangguran di Malaysia bagi tempoh tahun 2003-2005

semakin berkurang berbanding dengan tempoh tahun 2000-2003. A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

60. Seorang peniaga runcit mendapat hasil jualan pada Januari berjumlah RM18,680.00.

Pada bulan berikutnya pendapatannya meningkat 20%. Pada bulan Mac pendapatannya merosot sebanyak RM 2750.00 daripada bulan sebelumnya. Berapakah peratusan kemerosotan pendapatan antara Februari dan Mac? A 10.9% B 12.3% C 12.8% D 14.7%

13