stpm pengajian am kerja kursus

Download STPM PENGAJIAN AM KERJA KURSUS

If you can't read please download the document

Upload: zu-jianz

Post on 16-Jan-2016

84 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

METHEDOLOGI PENGAJIAN AM

TRANSCRIPT

4.0 METADOLOGI KAJIAN

4.0.1 KAEDAH KAJIAN Reka bentuk kajian penting dan perlu ada hubung kait dengan objektif kajian.Dalam kajian Merayai Perayaan Chap Goh Mei Dalam KalanganPelajar Pra-U SMK St Paul melibatkan data sekunder dan data primer. Data sekunder ialah pengumpulan maklumat daripada sumber yang telah sedia ada. Data primer pula melibatkan kaedah kaji selidik,pemerhatian dan rujukan arkib.

Data SekunderData sekunder diperoleh daripada majalah, keratan akhbar, portal rasmi kerajaan dan bahan ilmiah lain. Peta untuk kerja kursus pengkaji diperoleh daripada laman web https://maps.google.com. Gambar untuk pintu depan SMK St Paul pula diambil sendiri oleh pengkaji. Selain itu, maklumat lanjut juga diperoleh oleh pengkaji melalui internet Google Search dan buku ilmiah.

Data PrimerData primer pula melibatkan kaedah kaji selidik dan pemerhatian. Kaedah soal selidik dan pemerhatian dilakukan terhadap pelajar Pra-U SMK St Paul untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan kajian.

4.1 REKA BENTUK KAJIANKajian ini berbentuk kajan tinjauan. Kajian ini ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang terpilih daripada satu populasi yang hendak dikaji(SabithaMarican, 2009). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran tentang amalan Chap Goh Mei dalam kalangan pelajar Pra-U SMK St Paul serta mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pengabaian amalan melontar buah limau.

4.2 PERSAMPELANSampel dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden di SMK St Paul. Responden terdiri daripada 10 orang lelaki dan 20 orangperempuan yang merupakan pelajar Pra-U SMK St Paul. Hal ini disebabkan cara ini memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

4.3 INSTRUMEN KAJIANKajian ini menggunakan instrumen kajian sepertipemerhatian,borang soal selidik serta rujukan arkib untuk mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan untuk membuat kajian ini.

4.3.1 PEMERHATIANKaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidik. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul malumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu duga. Oleh itu, pengakaji menyediakan borang pemerhatian untuk meneliti dan menganalisa tahap kesedaran di SMK St Paul .Penyelidikan dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidikan ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,mendengar serta melihat tingkah laku subjek sama adadari jauh atau dari dekat. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti menunjukkan suasana dan persekitaran Pesta Chap Goh Mei pada 5/3/2015 pada waktu malam. Kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan reaksi peggunatentang amalan melontar buah limau. Melalui kaedah permerhatian selama beberapa jam pada Pesta Chap Goh Mei,Sebelum membuat pemerhatian,penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu ,dilakukan secara sistematik,mempunyai fokus dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat,sah, dan boleh dipercayai.4.3.2 Soal SelidikInstrumen kajian utama yang digunakan dalam kerja kursus ini ialah soal selidik.Soal selidik diedarkan kepada para responden yang belajar Pra-U di SMK St Paul untuk mendapatkan maklum balas yang baik boleh memenuhi kerjasama. Responden juga boleh memberi maklum balas yang baik kerana mereka dapat mengatakan pandangan dan penilaian mengikut kehendak soal selidik.Pengkaji menyediakan soal selidik dalam Bahasa Melayu disebabkan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Majoriti responden memahami Bahasa Melayu. Soal selidik yang dihasilkan mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A yangmengandungi 3 soalan berkaitan maklumat peribadi responden iaitu jantina,agama dan status.Tambahan pula,dalam Bahagian B mengandungi 7 soalan yang berkaitan dengan objektif yang dikaji iaitu mengenal pasti tahap kesedaran amalan melontar buah limau semasaHari Chap Goh Mei dalam pelajar Pra-U SMK St Paul manakala dalam Bahagian C pula mengandungi 8 soalan yang berkaitan dengan objektif kedua yang dikaji iaitu mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pelajar Pra-U yang mengabaikan amalan tradisi melontar buah limau.

Pengkaji telah menggunakan Skala Likert untuk mengukur maklum balas responden. Menurut Mohamad Majid Konting (1990),soal selidik sesuai diguanakan Skala Likert kerana pelbagai faedah

Mudah ditadbir

Data yang banyak mudah diperoleh

Maklumatdaripada responden mudah dianalisis

Responden berani memberi tindak balas terhadap aspek yang disoal

Mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi

Skala LikertPilihan Jawapan

1Sangat Tidak Setuju

2Tidah Setuju

3Tidak Pasti

4Setuju

5SangatSetuju

Jadual Skala Likert

Skala Likert mengandungi lima nilai skor yang perlu dijawab oleh responden bagi setiap soalan. Walau bagaimanapun skor dan peringkat tersebut telah diubahsuaikan olehpengkaji bagi memenuhi objektif kajian.

4.3.3 Rujukan AkribPengkaji juga membuat rujukan daripada bahan-bahan bercetak seperti jurnal,tesis,akhbar dan sumber dari internet untuk mendapatkan sumber dan data yang diperlukan dalam menyiapkan kajianyang dijalankan.

4.4 Prosedure KajianDalam aspek prosedur kajian terlebih dahulu pengkaji menjalankan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap kesedaran tentang amalan Hari Chap Goh Mei dalam kalangan pelajar Pra-U SMK St Paul. Pemerhatian telah dijalankan sebanyak dua kali dan semua dapatan telah dicatatkan dalam borang pemerhatian yang disediakan oleh pengkaji.Seterusnya dalam mentadbir soal selidik,terlebih dahulu pengkaji mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian daripadapihak sekolah. Selepas itu, pengkaji mengedarkan 30 borang soal selidik kepada responden secara rawak di lokasi kajian.Sebelum responden menjawab soal selidik, pengkaji terlebih dahulu memberikan penerangan ringkas berkaitan cara menjawab soal selidik itu. Setiap responden diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab soal selidik .Selepas itu, borang soal selidik dikutip semula.

4.5 Cara Analisis DataKajian ini menggunakan analisis data secara deskriptif. Data yang diperolehi dianalisismenggunakan kekerapan dan peratusan. Menurut Mohd Asri Hj.Abdullah (Mohd Asri et.al, 2000) analisis data berbentuk deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini fenomena yang dikaji ialah mengenal pasti tahap kesedaran tentang amalan Chap Goh Mei dalam kalangan pelajar Pra-U SMK St Paul serta mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pengabaian amalan melontar buah limau.