steriset instructions manual 05-2008 german-en-3-malay · untuk digunakan dengan penapis kegunaan...

11
Arahan penggunaan Malay www.wagner -steriset.de

Upload: doandung

Post on 07-Mar-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Arahan penggunaan Malay

www.wagner-steriset.de

Ma

lay

Kandungan

Arahan penggunaan Sistem SteriSet

3

Pematerian yang diusik 4 Keselamatan 5 Selepas Pensterilan 6 Cucian dan Penyahjangkitan 7

Gambar Lipat muka surat ini

1 2 3 4

5 6 7 8

9 10 11

12 13 14 15

16 17 18 19

20 21 22

23

www.wagner-ster iset.de

Bekas-bekas SteriSet® memenuhi syarat-syarat berikut ◆ Arahan Peranti Perubatan Eropah (CE-tanda diumumkan) ◆ Piawaian Eropah EN 868-1:1997-05 (diganti dengan: EN ISO 11607- 1:2006-07) dan EN 868-8 ◆ Piawaian Jerman (sebelumnya DIN 58952/1 dan sebenar DIN 58953/9) ◆ FDA 510K Pemberitahuan Prapemasaran untuk AS Bekas-bekas SteriSet® dikilangkan di Jerman, dilindungi oleh perakuan TÜV Sistem Pengurusan Kualiti EN ISO 13485:2003 Rekabentuknya dilindungi oleh pelbagai paten antarabangsa.

SteriSet® dan ThermoLoc® adalah tanda dagang berdaftar Pengubahsuaian teknikal terpelihara

© April 2008

3

Sistem SteriSet

Bekas SteriSet adalah bekas yang boleh diguna semula, logam dan pensterilan. Ia digunakan untuk memegang alat dewan bedah dan/atau tekstil semasa prosedur pensterilan stim vakum dan untuk menyelenggara kesterilan semasa penyimpanan dan pengangkutan dibawah keadaan hospital yang sesuai. Bekas-bekas adalah bertujuan untuk kegunaan oleh pakar profesional terlatih dalam bidang kebersihan hospital dan teknologi pensterilan. Manual ini menerangkan arahan penting mengenai penggunaan dan penjagaan bekas SteriSet yang betul dan tidak semestinya komprehensif – menggariskan beberapa keadaan berbahaya yang berkemungkinan yang disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan. Sekiranya bekas SteriSet digunakan bersama komponen bahan (penapis, materi, dll) dari pengeluar lain, maka kesterilan dan/atau fungsi halangan antibakteria, dsb. tidak lagi dijamin! Gabungkan produk-produk bekas steril WAGNER sahaja! Penapis atau Sistem Injap Bekas penapis SteriSet ialah bekas dengan satu tapak tertutup (tak berlubang) dan penutup penapis bertebuk (dilindungi oleh satu penutup perlindungan). Ia bermatlamat untuk digunakan dengan penapis kegunaan tunggal (pakai buang) yang dibuat dari kertas pensterilan. Dalam keadaan penggunaan penapis yang tidak dibekalkan oleh WAGNER, pengguna mesti mengesahkan sendiri sifat-sifat kebolehtelapan dan halangan. Bekas injap SteriSet ialah bekas dengan tapak tertutup (tak berlubang) dan injap tekanan sensitif keluli tahan karat kekal . Injap-injap pensterilan ini bertindak balas terhadap perubahan dalam tekanan di dalam pensteril.

♦ semasa fasa vakum, injap terbuka secara

menegak, dan campuran udara/stim mengalir keluar dari bekas,

♦ semasa fasa penekanan, injap terbuka ke bawah seterusnya membenarkan stim mengalir masuk. Sistem secara automatik dicurah dan disteril oleh stim yang terhasil melalui injap semasa setiap kitaran pensterilan,

♦ apabila tidak berada di dalam pensteril (cth. semasa penyimpanan dan pengangkutan di bawah keadaan tertentu; lihat bahagian “Penyimpanan”), injap pensterilan tertutup dan satu halangan kepada mikroorganisma.

Bekas SteriSet sesuai untuk kegunaan di dalam pensteril stim yang diakui menggunakan proses vakum (cth. DIN 58946 /EN 285 / ANSI/AAMI/ISO 11134-1993, ST46-1993) dan dinilai untuk kesesuaian mengikut EN 868-8.

Piawaian teknikal terkini mengkehendaki pengguna untuk mengesahkan prosedur pensterilan (cth. mengikut EN 554/ISO 13863) walau pun pensteril yang digunakan dibina mengikut salah satu daripada piawaian di atas kerana ia tidak menjamin pencapaian kesterilan. Dengan muatan yang mengandungi semata-mata instrument (cth. mengandungi bahan tak berliang seperti pek tekstil, dll.), maka prosedur pravakum (mudah) juga mungkin sesuai (pengesahan!). Pensterilan udara panas, graviti atau prosedur peredaran dan juga formaldehid atau pensterilan etilina oksida atau prosedur gentian lain untuk pensterilan produk termolabil seperti pensterilan plasma atau peroksida tidak akan digunakan. Pengendalian yang cuai atau penggunaan bahan kimia yang tidak wajar boleh menyebabkan kerosakan terhadap bekas pensterilan, oleh itu mendatangkan risiko untuk mencapai dan memelihara kesterilan. Contoh: Jangan gunakan larutan penyahjangkitan yang mengandungi halogen atau klorida – terdapat bahaya kakisan meskipun pada bekas keluli tahan karat. Oleh itu, bekas SteriSet memerlukan pemeriksaan visual yang tetap, jika perlu, pemeriksaan fungsian.

Tempoh Boleh Guna Bekas SteriSet tidak menunjukkan perubahan fungsian selepas 5000 kitaran penuaan meningkat mengikut EN 868-8 Annex G, diuji (fungsi materi/gasket dan sifat halangan). Akhir tempoh boleh guna bergantung pada haus dan lusuh mekanikal berbanding kegunaan kerap bekas untuk tujuan yag dikehendaki dan boleh dikenalpasti oleh kawalan fungsi yang dikehendaki sebelum penggunaan semula. Penyelenggaraan Semasa penyimpanan, bekas pensterilan adalah lebih baik berbanding bungkusan lembut pakai buang dalam melindungi barangan steril daripada pencemaran semula yang disebabkan oleh contohnya, beban / kerosakan mekanikal. Walau bagaimanapun, seperti semua peralatan yang boleh diguna semula, bekas SteriSet walaupun teguh juga perlu dijaga dengan baik supaya kualiti perlindungannya terpelihara. ◆ Gunakan hanya bekas Steriset berpandukan arahan di dalam manual pengguna ini. ◆ Kakitangan berkenaan mesti biasa dengan amalan pengendalian yang betul. ◆ Pastikan kakitangan yang berkenaan senang mendapatkan manual pengguna ini. ◆ Patuhi piawaian semasa. ◆ Patuhi dengan berhati-hati garis panduan dan prinsip kebersihan am dalam mengendalikan produk-produk tercemar, yang menunggu pensterilan dan yang telah disteril. Sebelum menggunakan bekas steril, atau selepas sebarang kemalangan (seperti terjatuh di lantai), adalah perlu agar bekas steril menjalani pemeriksaan visual dan fungsian menyeluruh bagi mengesan kerosakan. Jangan sekali-kali gunakan bekas steril yang rosak!

Pengesahan

Amaran keserasian!

Amaran

Salah guna

4

Bentuk yang tidak rosak Kedudukan materi pada rim atas dulang tapak bekas dan pada penutup dalam mesti bebas kemik dan kecacatan yang nampak. Tidak kira sama ada penutup atau pinggan penapis tidak boleh menunjukkan rupa bengkok atau lubang yang boleh dilihat. Materi Materi di dalam penutup dalam (dan Butang plat penapis, plat penapis salir pemeluwapan, jika berkenaan) mesti dimasukkan sepenuhnya dan tidak rosak. Pemegang dan clasp Pemegang, clasp tutupan, dan peralatan yang sama tidak boleh dilonggarkan (tiada goyangan). Clasp tutupan mesti mengunci penutup dengan kemas bahagian bawah bekas. Penapis atau injap Penapis / injap dan plat penapis atau penutup injap tidak (lihat gambar 8 - bahagian cakera bertebuk) mungkin menunjukkan kecacatan yang boleh dilihat. Materi pada plat penapis, pin kunci pada penutup mesti tidak dirosakkan dan penapis mesti melindungi sepenuhnya tebukan yang nampak pada penutup. Penapis adalah tertakluk kepada pemeriksaan visual dan mekanikal (lihat gambar 6-8 dan 20–22) . Bekas dengan injap salir pemeluwapan Injap pemeluwap mesti diskru dengan betul bersama materi yang disertakan dan dipegas tegang (periksa injap yang diskru dengan cara menekan dengan ibu jari. Untuk menskru masuk injap, tekan secara menegak hala ke bawah mengikut mengikut arah jam. Lihat gambar 23, 24).

Pematerian Piawaian teknikal terkini (DIN EN ISO 11607-1 5.1 10c) mengesyorkan dan mengkehendaki bekas-bekas dimateri dalam keadaan mengelakkan pembukaan tak sengaja dan dapat menunjukkan bukti bahawa bekas telah dibuka. Bekas SteriSet menawarkan dua kaedah alternatif iaitu:

1. Materi plastik pakai buang dimana selepas disertakan, hanya boleh dibuka jika dipecahkan. Ia dimasukkan melalui lubang mendatar di dalam tutupan sebelum pensterilan dan diketatkan di antara ibu jari dan jari telunjuk (tekan sepenuhnya bersama-sama, tetapi jangan sampai patah!). To membuka materi /buka: Masukkan, contohnya, an jari telunjuk dan PULAS (jangan tarik – lihat diagram 1–3).

Sekiranya materi yang akan digunakan dibeli dari syarikat selain Wagner, pengguna harus memastikan ia boleh mencegah daripada pembukaan tak sengaja bekas dan dapat menunjukkan bukti bahawa bekas telah dibuka.

2. Pilihan ”pematerian automatik” (ThermoLoc): Bekas-bekas dengan jenis penutupan ini menunjukkan pematerian secara automatik disebabkan oleh haba yang terhasil semasa prosedur pensterilan. Dalam keadaan termateri, sebuah blok merah pepenjuru muncul di bawah tutupan. Untuk membuka, tolak blok secara menegak menghala ke atas sehingga blok merah hilang ke dalam perumahan. Clasp hanya boleh dilepaskan selepas itu (lihat diagram 12–14).

Nota keselamatan Fungsi pematerian ThermoLoc hanya boleh diset semula selepas disejukkan (lebih kurang 10 minit selepas pengalihan dari pensteril). Pengesetan semula materi sebelum penyejukan akan memerlukan penggunaan tenaga dan sarung tangan harus dipakai (panas!) dan boleh menyebabkan (masih panas) selak muncul semula selepas selak penutup dibuka. Selepas penyejukan seal boleh diset semula tanpa menjatuhkannya ke bawah sekali lagi. Ia adalah pembukaan pertama sejak penyejukan ditunjukkan dengan jelas.

Kawalan Fungsi

Pematerian Kalis Usik

5

Pensterilan

Oleh kerana rekabentuk penutup keselamatannya, bekas-bekas SteriSet juga boleh disteril semasa disusun. Tinggi tindanan: <= 60 cm. Untuk mengelakkan kemalangan atau kerosakan mekanikal, jangan kendali bekas-bekas yang disusun secara tersentak-sentak. Untuk mencegah pemeluwapan yang terkumpul di satu bahagian (dan seterusnya menyebabkan masalah pengeringan), bekas-bekas harus diletakkan secara mendatar di dalam pensteril. Pembungkusan dalaman

Penggunaan pembungkusan dalaman yang mudah cth.balutan kain boleh membantu peringkat pengeringan akhir dan persembahan asepsis barangan steril. Saiz pembungkusan dalaman harus diukur supaya apabila ia dibentangkan semua dinding luar bekas dapat dilindungi. Sebagai satu alternatif kepada kain guna semula, bahan pakai buang yang boleh dilipat dengan mudah (tanpa tenun) juga boleh digunakan. Oleh kerana bahan tanpa tenun mempunyai rintangan aliran lebih tinggi berbanding kain, kami mengesyorkan dalam keadaan tersebut dulang bertebuk ditempatkan di arkus dan dipasang dengan pita pelekat sebelum muatan itu diletakkan di dalam bekas. Bungkusan tidak boleh dibuka semasa pensterilan dan menyekat salur masuk dan salur keluar bekas (tekanan aliran udara yang meningkat boleh merosakkan bekas). Oleh kerana masalah yang timbul dengan lipatan kertas keras, penggunaan kertas pensterilan adalah sama sekali tidak disyorkan. Untuk mengelakkan larut lesap warna dan seterusnya mengotorkan bekas, pembungkusan dalaman kalis warna atau bahan pracucian harus digunakan.

Penutup yang tidak dimateri dengan tidak betul boleh membahayakan kesterilan.

Contohnya, terdapat risiko tidak mencapai kesterilan jika bekas terlebih muatan atau sudut kain tersembul menghalang bekas daripada tertutup dengan betul.

Sekiranya prosedur pensterilan menyebabkan bekas pensterilan menjadi cacat dalam apa jua cara, maka tidak terdapat jaminan kesterilan. Dalam kes tersebut, keseluruhan kelompok tidak boleh digunakan dan satu siasatan harus dimulakan untuk mengetahui sebab (analisis rekod pensterilan; pemeriksaan pensteril dan juga pek steril; siasatan keatas sebab yang melibatkan ujian fungsian pada bekas pensterilan yang rosak).

Linen khas untuk bebutang jenis salir

Linen sebelah dalam

Jangan sekali-kali guna pembungkusan luar tambahan atau balutan kerana ia akan menyebabkan peningkatan dalam rintangan aliran yang boleh menyebabkan pensterilan (bukan pensterilan) atau merosakkan bekas (implosi).

Had operasi pensterilan ◆ Untuk memastikan penutup boleh ditutup dengan betul, bekas pensterilan mesti tidak dipenuhi melebihi aras bawah batas lekukan tepi pada dulang bekas. Penutup mesti terletak rata pada bahagian bawah tanpa dipaksa supaya ia tidak terhuyung-hayang walaupun apabila clasp dibuka. Ia juga mesti berkemungkinan untuk menutup clasp tanpa tekanan tambahan pada penutup dan selepas menutup penutup mesti kekal disamping rim. ◆ Dalam kes pensterilan instrumen, berat muatan (termasuk dulang bertebuk) tidak boleh melebihi 10kg, kerana lembapan sisa boleh kekal meskipun penggunaan bahan untuk membantu proses pengeringan. ◆ Dengan muatan kain (atau yang sama), berat muatan tidak boleh melebihi 6.5 –7 kg. ◆ Untuk mencegah kerosakan kepada bahagian bekas atau muatannya, kami syorkan bekas diangkut dengan penutupnya sekerap yang mungkin. ◆ Sebagai peraturan am, kandungan hanya boleh dkendalikan selepas proses penyejukan (DIN 58953/9 mengesyorkan 30 minit dalam udara tenang (tanpa angin)).

Tutup penutup dengan betul

Kecacatan bekas

Tiada pembungkusan luar tambahan

Risiko tidak mencapai kesterilan

6

Keselamatan

Kad / penunjuk data

Kami mengesyorkan penggunaan kad dokumentasi dengan penunjuk proses kimia di bingkai pemegang luar bekas (lihat juga DIN 58953/9). Kad-kad ini membantu mengesahkan bahawa bekas digunakan dengan betul dan memudahkan prestasi dokumentasi.

Penggunaan tambahan penunjuk pensterilan kimia di dalam bekas sama sekali tidak perlu. Secara amnya, penunjuk tersebut berupaya membuktikan bahawa satu prosedur pensterilan telah dijalankan, tetapi juga tidak mampu seperti kad luaran untuk menunjukkan sama ada kandungan bekas sebenarnya telah mencapai kesterilan (ia hanya menunjukkan kandungan pada tempat penunjuk adalah steril). Sekiranya ia digunakan, kami syorkan ianya ditempatkan di tengah muatan kerana ini kebiasaannya titik paling kritikal. Penggunaan contohnya penunjuk kimia tunggal dalam bekas ujian “kes paling teruk” tertentu adalah dianggap alternatif wajar kepada dokumentasi kelompok yang diperolehi dengan cara menempatkan penunjuk kimia di setiap pek steril tunggal. Sekiranya “pek kes paling teruk” menunjukkan “kesterilan“, maka terdapat keberangkalian yang lebih rendah buat prosedur untuk gagal (contohnya disebabkan oleh perubahan spontan seperti peredaran udara yang tidak mencukupi oleh kerana materi pintu yang rosak) berbanding jika penunjuk diletakkan di dalam bekas biasa. Nota Dokumentasi kelompok tidak menggantikan pemeriksaan tetap dan dokumentasi pensteril (ujian pengudaraan; ujian pensterilan dengan penunjuk kimia dan biologi; ujian vakum-bocor, dsb.).

Sekiranya prosedur penunjuk tidak digunakan, maka langkah-langkah organisasi lain harus memastikan bahawa tiada yang tidak disteril – dan kemudian bekas yang tidak disteril – dilepaskan secara tidak sengaja.

Injap pemeluwapan

Sebahagian masalah pengeringan dengan alatan (seperti set alatan lebih muatan) boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan bekas yang dipasang dengan injap salir pemeluwap di bahagian tapak. Bekas tersebut dilengkapi dengan takungan bersama salur keluar tengah, yang ditutup rapat oleh injap yang dikawal suhunya. Injap dibuka dalam program 134 °C apabila suhu naik melebihi 130 °C, lalu membenarkan pemeluwap disalir keluar semasa pensterilan. Semasa fasa pengeringan, injap pemeluwap tertutup sementara ia masih berada di dalam pensteril apabila suhu mula-mula jatuh dibawah 110 °C. Ia dibuka semula hanya apabila suhu naik kembali melebihi 130 °C, yang bermakna pilihan ini adalah berkaitan dengan tiada risiko sama sekali pada suhu penyingkiran yang tipikal iaitu 75 – 80 °C.

Program 121 °C

Injap pemeluwapan piawai tidak terbuka semasa program pensterilan 121°C kerana sebab-sebab di atas (injap pemeluwapan untuk 121 pensterilan tidak boleh didapati secara pilihan). Nota: Untuk bekas dengan injap salir pemeluwap pada tapak, pemeluwap sepatutnya boleh menitiskan tapak tanpa halangan. Ini boleh dicapai dengan menggunakan balutan kain dengan lubang tengah. Dimensi yang disyorkan untuk lubang di dalam kain adalah 40x20 cm (atau 20x20 cm untuk bekas bersaiz separuh).

Bekas harus dialihkan dari pensteril di penghujung program, selewat-lewatnya dalam masa 1 jam selepas program tamat: sekiranya ditinggalkan untuk tempoh yang lama di dalam kebuk tertutup dan panas, suhu suis salir mungkin akan naik sekali lagi, lalu membuka semula injap salir dan menyebabkan risiko tidak mencapai kesterilan apabila dibawa keluar! Secara khususnya, dalam kes pensterilan muatan kecil (< 2 kg), bekas mesti dialihkan dari pensteril dengan segera di penghujung program. Injap pemeluwap dengan atakmen materi mesti sentiasa diskru dengan betul dan dipegas tegang (tekan dengan ibu jari untuk memeriksa pegas tegangan, lihat gambar 23, 24).

Amaran

Sila patuhi masa pensterilan

7

Selepas Pensterilan Untuk mengelakkan kemalangan (kelecuran, jatuhan, dsb.), bekas yang masih panas tidak boleh dikendalikan dengan tangan yang terdedah, meskipun dilindungi dengan pemegang bertebat secara terma (salutan silikon). Selepas penyingkiran dari pensteril, bekas tidak boleh disejukkan kepada suhu bilik secara tergesa-gesa (cth. jangan letakkan pada permukaan yang sejuk atau mendedahkan kepada drauf yang sejuk), kerana penyejukan pantas yang berlebihan boleh mengakibatkan pemeluwapan semula wap air di dalam bekas dengan pengumpulan pemeluwap yang tidak diingini. ◆ Masa penyejukan selama 30 minit harus diberikan sebelum mengendalikan bekas (seperti diperincikan di dalam DIN 5895379;2000)! Penyimpanan / Pengangkutan Kesterilan boleh dikekalkan di dalam bungkusan yang betul semasa penyimpanan hospital bersih untuk tempoh tanpa had. Walau bagaimanapun, bergantung pada tempoh dan keadaan penyimpanan, pencemaran luaran berlaku dan ini mewakili risiko yang berkemungkinan semasa penggunaan, pengangkutan dan persembahan asepsis yang berikutnya. Menurut penyelidikan saintifik (lihat juga DIN 58953/9;2000) faktor risiko ini boleh dikurangkan dengan langkah-langkah berikut: ◆ Penggunaan pembungkusan luaran ◆ Penyimpanan dibawah keadaan dilindungi habuk ◆ Had tempoh penyimpanan

Tempoh penyimpanan

DIN 58953 bahagian 9: Sep 2000 (jadual 2) mengesyorkan, – tanpa menyatakan ianya komprehensif, – menghadkan tempoh penyimpanan kepada 6 bulan (dilindungi habuk dan penyimpanan kering disediakan – dengan atau tanpa pembungkusan dalaman), tetapi juga rujukan terhadap tanggungjawab pengarah perubatan untuk menetapkan tempoh penyimpanan yang boleh diterima secara individu.

◆ Penyimpanan kering dibawah keadaan terkawal (pencemaran udara rendah, kelembapan yang berterusan, dsb, etc.) ◆ Pengendalian adalah bebas getaran

◆ Pembungkusan secara mekanikal tidak rosak

Sekiranya perkara ini diikuti, maka risiko pencemaran semula akan dihadkan terhadap kesan-kesan pencemaran yang terkumpul semasa penyimpanan. Tidak seperti jenis pembungkusan yang lain, konsep penutup perlindungan bekas SteriSet adalah kaedah yang mudah untuk menghapuskan potensi risiko ini (cth. oleh penyahjangkitan kapas kesat penutup perlindungan atau menggunakan model S). Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan peraturan DIN 58953/9 yang berikut; 2000 –“Prosedur operasi untuk bekas pensterilan.“ Apabila menyimpan atau mengangkut bekas steril dibawah keadaan hospital tak standard (cth. pengangkutan luar rumah; getaran kuat, perubahan melampau suhu, apabila terdapat bahaya sentuhan dengan cecair, kelembapan tinggi, atau perubahan tekanan yang pantas disebabkan oleh pengangkutan kapal terbang atau trak), maka pembungkusan dalaman dan pembungkusan pengangkutan untuk melindungi pencemaran habuk harus digunakan untuk mengurangkan risiko yang berkaitan .

Persembahan asepsis Kandungan sesebuah bekas hanya boleh dipertimbangkan sebagai steril jika bekas telah disteril dengan betul dan pada masa pembukaan kuncinya tidak diusik atau dihentak. Sekiranya bekas perlu dibuka selepas tempoh penyimpanan yang lama atau selepas penyimpanan dibawah keadaan tidak sempurna, maka kami mengesyorkan ♦ sama ada dengan menggunakan model S

(penutup perlindungan boleh alih secara berasingan sebagai peringkat pertama, lihat rajah 16–19)

♦ atau mengelap penutup tidak berlubang dengan penyahjangkitan sebelum pengendalian.

Secara amnya, bekas harus dikendalikan dengan cara kerosakan mekanikal boleh dikurangkan. Kedua-dua selak penutup bekas mesti dibuka untuk membolehkan penutup diangkat dengan sempurna. Pembukaan satu bahagian sahaja (selak) dengan bahagian yang lain masih tertutup berkemungkinan besar merosakkan selak yang masih tertutup atau tutupan dan mencacatkan bekas.

hot!

Perkara lain yang penting

Kes khas

Amaran

Selepas Pensterilan

8

En

glis

h

Di dalam dewan bedah, bekas-bekas SteriSet kebiasaannya dilindungi daripada pencemaran langsung dengan darah atau protin, kerana ia dilindungi dengan kertas atau disingkirkan dari bilik sebelum pembedahan dijalankan. Pengalaman telah menunjukkan bahawa bekas “bersih” secara optik adalah tidak dibebankan secara mikrobiologi (biobeban) sehingga ke tahap ini boleh mempengaruhi keberkesanan pensterilan Walau bagaimanapun, jika ini tidak boleh dikecualikan (pemeriksaan oleh kakitangan kawalan kebersihan, contohnya oleh ujian sentuhan permukaan), bekas harus dibersihkan/dinyahjangkit sebelum penggunaan seterusnya. Keserasian dengan bahan Tapak bekas (dulang), penutup dalam dan penutup luar dibuat daripada aluminum beranod. Pemadanan dan injap (dan juga penutup perlindungan sekiranya pilihan ini dipilih) adalah dibuat daripada keluli tahan karat 1.4301 yang berkilat secara elektro dan tahan bahan kimia. Apabila memilih agen dan kaedah cucian dan penyahjangkitan, perhatian yang khusus mesti diberikan terhadap toleransi aluminum dan juga perkara-perkara berikut: ◆ Jangan gunakan bahan cucian berbuih (serbuk) atau berus logam lelas atau bahan lain yang sama. ◆ Jangan gunakan bahan yang mengandungi halogen atau klorida kerana terdapat bahaya kakisan, meskipun pada keluli tahan karat! ◆ Pembilasan yang menyeluruh mesti menyingkirkan semua sisa agen pencuci. ◆ Bahagian individu mesti dikeringkan sepenuhnya dan disimpan di tempat kering selepas daripada cucian/penyahjangkitan, ◆ Agen cucian yang dipilih mesti sesuai untuk kualiti air yang ada! Untuk cucian dan penyahjangkitan terma (pilihan pertama) kami mengesyorkan: ◆ dalam kes air yang dinyahgaram sepenuhnya: cucian dengan cth. pencuci berenzim pH-neutral NEODISHER MEDIZYM pada suhu lebih kurang 55 °C atau MediClean hingga 60°C atau Medi Clean Forte pada maks. 45°C dan seterusnya penyahjangkitan terma semasa pembilasan akhir dengan penggunaan air yang dinyahgaram sepenuhnya.

◆ Cucian dalam kes hanya air lembut: penggunaan bahan beralkali sederhana, tanpa klorus (seperti NEODISHER SeptoClean/cecair atau NEODISHER MA/serbuk) pada suhu lebih kurang 55 oC diikuti oleh penyahjangkitan terma dengan air dinyahgaram sepenuhnya. Untuk cucian kimia dan penyahjangkitan (pilihan kedua) kami mengesyorkan: Penggunaan bahan pH-neutral atau asid lemah seperti NEODISHER DEKONTA (satu gabungan produk cucian & penyahjangkitan) dan: ◆ dalam kes air yang dinyahgaram sepenuhnya: Penggunaan bantuan pembilasan akhir neutral seperti NEODISHER TN. ◆ dalam kes hanya air lembut: Penggunaan bantuan pembilasan akhir serasi beralkali sederhana dan air lembut seperti NEODISHER TS.

Sila ambil perhatian:

a) Air paip biasa hanya boleh digunakan ketika sejuk, oleh itu ia tidak sesuai untuk cucian. b) Air lembut hanya patut digunakan hingga maks. 60 °C : ■ Pembilasan: hanya << 60 °C ■ Cucian: hingga maks. 65 °C – apabila pencuci yang sesuai dipilih suitable cleaner selected (lihat cadangan) ■ Penyahjangkitan terma: TIDAK berkaitan ! (air lembut yang panas boleh mendegradasikan endapan aluminum putih!) c) Air dinyahgaram (kualiti EN 285, lampiran B) ■ Pembilasan: sesuai sehingga 95 °C ■ Cucian: dengan gabungan pencuci yang sesuai (lihat cadangan) ■ Penyahjangkitan terma: sesuai sehingga 95 °C Risalah “Penyelenggaraan wajar instrumen“ kumpulan kerja Jerman “Persediaan instrumen sekarang preparation“ memberi panduan berharga seterusnya untuk memproses semula peranti perubatan boleh guna semula: Lihat cth. PDFbrochure dibawah www.a-k-i.org Larutan pencuci / penyahjangkitan yang sesuai ditawarkan oleh: ◆ Chemische Fabrik Dr. Weigert: kumpulan the MediClean - Medizym - Neodisher: www.drweigert.de ◆ Henkel-Ecolab: kumpulan Sekumatic: www.ecolab.com ◆ Arahan untuk persediaan penggunaan semula produk-produk perubatan mengikut peraturan EN 17664:2004 boleh didapati di www.wagner-steriset.de/Catalogs

Mesin-mesin cucian

Penutup dalam dan luar harus diasingkan (lihat diagram 5 – 8), dan diletakkan secara pepenjuru di dalam bakul cucian. Bahagian bawah harus disongsangkan dan menghala ke bawah.

Penyahjangkitan

Penyahjangkitan harus diperiksa bukan hanya untuk toleransi kimia terhadap aluminum (lihat di atas) tetapi juga untuk keberkesanan. Oleh itu kami mengesyorkan agar memilih penyahjangkitan dengan toleransi bahan yang terbukti dari Senarai VII yang dikeluarkan oleh “Deutsche Gesellschaft für Hygiene und Mikrobiologie“ / DGHM (= Masyarakat Jerman untuk Kebersihan dan Mikrobiologi).

Cadangan adalah tidak wajib. Pematuhan kepada cadangan adalah bukan jaminan bahan boleh bertoleransi dengan agen pencuci. Apabila bahan-bahan tersebut digunakan secara manual, arahan penggunaan harus diikuti dengan tepat untuk memastikan kesan dan kerosakan yang tidak wajar terhadap bahan dapat dielakkan. Perhatian khusus harus diberikan bagi memastikan bahan-bahan yang dipilih ditoleransi oleh bahan dan juga kepekatan, nisbah campuran, kualiti air, masa dedahan, suhu dan kesan mencampurkan pelbagai agen pencuci yang berbeza. Jika ada sebarang keraguan, sila hubungi pengeluar agen pencuci untuk mengetahui sama ada agen ditoleransi oleh aluminum dibawah keadaan penggunaan yang dipilih. ◆ Oleh kerana tiada warna beranod tahan kimia secara amnya, kami mengesyorkan bahagian aluminum beranod yang berwarna dicuci sebaik-baiknya secara manual dengan menggunakan cucian neutral dan bahan penyahjangkitan dan air dinyahgaramkan sepenuhnya. Perhatian NEODISHER adalah satu tanda dagang berdaftar “Chemische Fabrik Dr. Weigert“, Hamburg, Jerman

Cucian dan Penyahjangkitan

Kualiti air

Sila baca arahan sebelum menggunakan detergen

9

Wagner GmbH Telefon +49 (89) 12 11 01- 0 Kilang untuk Peralatan Perubatan Faks +49 (89) 13 30 99 Schulstraße 16 a [email protected] D - 80634 München/Germany www.wagner-steriset.de