penapis udara.pptx

Upload: faiz-munir

Post on 07-Mar-2016

400 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PENAPIS UDARA

PENAPIS UDARATUJUAN PENAPIS UDARAFungsi utama penapis udara adalah bagi menyaring segala kekotoran seperti habuk dalam udara dari memasuki sistem enjin kenderaan.

KESAN

Penjagaan penapis udara amatlah penting kerana ianya boleh merosakkan enjin jika tidak diselenggara dengan baik.Membersihkan udara sebelum masuk ke dalam enjin melalui karburator.Mengurangkan kelajuan udara yang masuk, dengan itu akan menjimatkan penggunaan bahan api.Menolak percikan voltan tinggi semasa terjadinya back fire.Mengambil hawa panas dari exhaust manifold untuk tujuan pengeluwapan bahan api sebelum masuk ke dalam silinder dan dengan ini pembakaran akan mudah dilakukan.PENAPIS UDARAYANG DIPASANG PADA MUNCUNG KARBURETOR ADALAH BERTUJUANPenapis udara mempunyai beberapa jenis yang biasa iaitu :Basahan minyak (oil wetted).Elemen lipatan kertas (paper pleated element).Mandi minyak (oil bath).Centrifugal pre-cleaner.

JENIS-JENIS PENAPIS UDARA

Pada penapis jenis ini, ia dapat memberikan satu penapisan yang sempurna di mana kadar habuk yang masuk adalah berkurangan. Bahan yang digunakan pada sistem ini ialah satu gelungan wayar yang diselang selikan (wire mesh) yang diselaputi dengan minyak. Segala kotoran akan melekat pada minyak. Penapis ini mestilah sentiasa dicuci pada setiap 8,000 km atau 5,000 km. Cara mencuci penapis jenis ini ialah dengan mencuci gelungan wayar dengan petrol atau paraffin. Setelah itu hendaklah dikeringkan dan kemudiannya lumur semula dengan minyak enjin sebelum dipasang biarkan minyak yang berlebihan menitis terlebih dahulu.

1. JENIS BASAHAN MINYAK (OIL WETTED)BASAHAN MINYAK (OIL WETTED)

Basahan Minyak (Oil Wetted)

Penapis jenis ini pula menggunakan kertas sebagai alat penapisnya. Kertas ini dikenali sebagai resin impregnated paper element.

2 JENIS ELEMEN LIPATAN KERTAS (PAPER PLEATED ELEMENT)

Binaan pada kertas ini dibuat berlipat-lipat dan padanya juga terdapat lubang-lubang yang sangat halus. dengan melipat-lipat kertas ini,ia dapat mengadakan permukaan tapisan yang sangat luas dan dapat mengelakkan penapis ini dari tersumbat.

(Kebiasaannnya penapis ini ditukar pada tiap-tiap 16,000km hingga 20,000 km.)

Mandian Minyak (OIL BATH)

IA TERDIRI DARIPADA 2 PERINGKAT.

Peringkat pertama udara masuk secara berpusar akan menyebabkan habuk-habuk yang ada bersamanya melekat pada permukaan minyak yang bertakung.

- Pada peringkat kedua pula sebahagian dari minyak akan naik dibawa oleh udara yang masuk melaluinya ke elemen pusaran wayar besi (steel mesh wire element). Di sini segala kotoran yang melekat pada minyak tadi akan melekat pula pada elemen wayar.Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik. i) Udara yang masuk secara berpusar akan mengeluarkan segala habuk-habuk melalui lubang-lubang kecil yang dibuat perumah nya (casing) secara kuasa balingan. ii) Kemasukan udara yang berpusar ini akan membawa segala habuk- habuk masuk bersama-samanya. Tetapi habuk ini akan tercampak keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang dibuat pada atas perumah ini. iii) Kuasa balingan terhasil dari pusaran udara yang masuk tadilah yang sebenarnya menolak segala habuk-habuk tadi. Udara itu boleh berpusar adalah kerana reka bentuknya terutama sekali pada vane yang telah dibuat mengikut sudut tertentu. Rawatan pada penapis jenis ini tidaklah rumit. Hanya yang perlu kita pastikan bahawa intake vane tidak tersumbat.

4 JENIS EMPAR (CENTRIFUGAL TYPE)

Rajah: Centrifugal pre-cleaner