standard pengiktirafan baru dan...

14
1 LEM/TEK/44 (BAHAGIAN G) Mac 2012 Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Standard Pengiktirafan Baru dan Pengiktirafan Semula Berdasarkan Kaedah Program Pendidikan Berterusan (Continuous Education Programme - CEP) No. Dokumen : JKPPPS/7 STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN PENGIKTIRAFAN SEMULA BERDASARKAN KAEDAH PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN (CONTINUOUS EDUCATION PROGRAMME - CEP) Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Batu 24, Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor Laman web: www.aelb.gov.my Tel: 03-892258888 Faks: 03-89223685

Upload: hoangthien

Post on 06-Feb-2018

287 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

1

LEM/TEK/44

(BAHAGIAN G)

Mac 2012

Lembaga Perlesenan Tenaga

Atom (AELB)

Standard Pengiktirafan Baru

dan Pengiktirafan Semula

Berdasarkan Kaedah

Program Pendidikan

Berterusan (Continuous

Education Programme - CEP)

No. Dokumen :

JKPPPS/7

STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN

PENGIKTIRAFAN SEMULA

BERDASARKAN KAEDAH

PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN

(CONTINUOUS EDUCATION PROGRAMME - CEP)

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Batu 24, Jalan Dengkil

43800 Dengkil

Selangor

Laman web: www.aelb.gov.my

Tel: 03-892258888 Faks: 03-89223685

Page 2: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

2

Standard ini telah disedia oleh Jawatankuasa Kebangsaan Persijilan Pegawai

Perlindungan Sinaran (JKPPPS). Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada:

1. Prof. Dr. Abd. Aziz Tajuddin

(Pengerusi)

Universiti Sains Malaysia

2. Prof. Madya Dr. Muhamad

Samudi Yasir

Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Dr. Abd. Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tanpa Musnah Malaysia

(MSNT)

4. Dr. Noriah Mod Ali Agensi Nuklear Malaysia

5. Ir. Dr. Mohamad Puad Abu Agensi Nuklear Malaysia

6. Tn. Hj. Azizin Zainudin Petronas Nasional Berhad

7. Tn. Hj. Yaziz Yunus Wakil industri

8. En. Bazli Sapiin Kementerian Kesihatan Malaysia

9. Pn. Azleen Mohd. Zain Pusat Perubatan Universiti Malaya

10. Pn. Monalija Kostor Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

11. Pn. Noor Fitriah Bakri Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

12. Pn. Noraini Razali

(Setiausaha)

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Page 3: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

3

BIL KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Tujuan 1

2. Pendahuluan 1

3. Justifikasi pelaksanaan Program Pendidikan Berterusan

(CEP)

2

4. Jenis Aktiviti CEP 2

5. Penetapan Kaedah Pelaksanaan CEP

a. Pengiktirafan pekerja iaitu pengiktirafan baru atau

pengiktirafan semula

b. Agensi penganjur kursus

2

6. Tarikh Kuatkuasa 4

7. Lampiran 1: Aktiviti CEP dan Mata Pemberat serta Contoh

Pengiraan Pemarkahan CEP

5

8. Lampiran 2: Buku Log CEP 8

Page 4: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah
Page 5: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

1

TUJUAN

1. Dokumen ini bertujuan memberi panduan kepada Pegawai Perlindungan Sinaran

(PPS)/ Penyelia Sinaran (PY) dan lain-lain jawatan yang setara termasuk Pengendali

Perunding, Tenaga Pengajar dan lain-lain jawatan untuk permohonan pengiktirafan baru atau

pengiktirafan semula dengan menggunakan kaedah Program Pendidikan Berterusan (CEP).

PENDAHULUAN

2. Subperaturan 16 (1), Peraturan-peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan

Sinaran Keselamatan Asas) 2010 menyatakan bahawa pemegang lesen hendaklah mengambil

kerja seorang PPS dan Subperaturan 16(2) pula menyatakan walau apa pun Subperaturan (1),

pemegang lesen boleh mengambil kerja seorang pakar yang berkelayakan sebagaimana yang

diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjalankan kewajipan seorang PPS.

3. AELB menetapkan bahawa seseorang PPS/PY yang dilantik hendaklah lulus

Peperiksaan Persijilan PPS sebagaimana yang ditetapkan oleh AELB. Peperiksaan yang

dikendalikan oleh AELB adalah bertujuan menguji tahap pemahaman calon mengenai

penggunaan radas, prosedur perlindungan sinaran, prosedur kendalian biasa, prosedur semasa

keadaan luar biasa dan sebagainya.

4. Pada masa ini tempoh maksimum pengiktirafan baru sebagai PPS/PY yang diberi oleh

AELB adalah selama 5 tahun. Mereka yang akan tamat pengiktirafannya dan masih ingin

menjadi PPS/PY, dikehendaki memohon kepada AELB untuk mendapatkan pengiktirafan

semula dengan cara:

a. Tanpa menduduki peperiksaan dengan mengemukakan maklumat berikut:

i. Mengemukakan permohonan kepada AELB tidak kurang daripada 30

hari dan tidak lebih daripada 60 hari sebelum pengiktirafannya tamat;

ii. Mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan semasa bertugas

sebagai PPS/PY;

iii. Tidak putus tugas (practice) melebihi setahun dan ini hendaklah

disahkan oleh Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL)

dengan menandatangani Perkara 5 di dalam borang permohonan;

iv. Telah menghadiri kursus perlindungan sinaran (yang dikendalikan oleh

agensi yang diiktiraf dalam tempoh 3 tahun terakhir perkhidmatannya

sebagai PPS/PY; dan

v. Bagi aktiviti Radiografi Industri (NDT), PPS/PY berkenaan mestilah

tidak pernah menerima dos terkumpul melebihi 18 mSv/tahun

kalendar.

b. Dengan menduduki peperiksaan yang akan melalui proses seperti

pengiktirafan baru.

Page 6: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

2

JUSTIFIKASI PELAKSANAAN CEP

5. Berdasarkan kepada Perkara 4.a.iv di atas, seseorang PPS/PY dan Pengendali

Perunding serta lain-lain jawatan yang memohon untuk lantikan semula hanya perlu

menghadiri kursus perlindungan sinaran sekali dalam tempoh 3 tahun.

6. AELB hanya mengiktiraf kursus perlindungan sinaran yang berbentuk kursus

refresher dan awareness yang diikiraf, dan tidak ada peruntukan bagi kursus-kursus lain.

Syarat dilihat kurang memberi galakan dan insentif kepada PPS/PY dan Pengendali Perunding

untuk terus meningkatkan ilmu dan kompetensi dalam bidang tugas sebagai PPS/PY. Oleh

itu, bagi meningkatkan ilmu dan kompetensi khususnya dalam keselamatan sinaran, PPS/PY

dan Pengendali Perunding perlu mengikuti CEP.

7. CEP bermaksud sebarang kursus, seminar, persidangan atau program latihan lain yang

berkaitan dengan sekuriti dan keselamatan sinaran mengion yang boleh diterima sebagai

memenuhi sebahagian daripada kehendak untuk memastikan PPS/PY dan Pengendali

Perunding mendapat maklumat atau pengetahuan yang terkini berhubung dengan sekuriti dan

keselamatan sinaran bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggung jawab

dengan baik dan sempurna .

8. Tujuan CEP ini juga adalah untuk menggalakkan PPS/PY dan Pengendali Perunding

sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta kesedaran di dalam perlindungan

sinaran bagi memastikan keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan teknologi nuklear dan

sinaran selamat, terjamin dan terkawal. Selain itu, ia juga bagi memastikan PPS/PY dan

Pengendali Perunding yang dilantik lebih berkualiti dan produktif dalam meningkatkan

kemajuan dalam kerjaya.

JENIS AKTIVITI CEP

9. Berikut merupakan 6 aktiviti CEP berkaitan perlindungan sinaran (mengion) yang

telah dikenalpasti dan perlu diikuti oleh PPS/PY dan Pengendali Perunding bagi membolehkan

pengiktirafan semula:

a. Kursus yang diiktiraf oleh AELB

b. Kursus dalaman (inhouse training) anjuran pemegang lesen sendiri

c. Persidangan/ Seminar/ Bengkel/ Dialog/ Taklimat

d. Aktiviti badan ikhtisas/ Persatuan

e. Pengiktirafan kepakaran

f. Penerbitan/ Penulisan

PENETAPAN KAEDAH PELAKSANAAN CEP

10. Penetapan kaedah pelaksanaan CEP terbahagi kepada 2 iaitu:

a. Pengiktirafan pekerja iaitu pengiktirafan baru atau pengiktirafan semula

a.1. Kaedah Pengiktirafan Baru

Page 7: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

3

i. PPS/PY dan Pengendali Perunding hendaklah dilantik terlebih dahulu

oleh pemegang lesen dengan mengemukakan permohonan kepada AELB

seperti yang ditetapkan .

ii. Bagi calon yang memohon pengiktirafan kurang daripada tempoh

setahun selepas tarikh lulus peperiksaan, tempoh sah perlantikan

adalah 5 tahun .

iii. Walaubagaimanapaun, sekiranya calon telah lulus peperiksaan PPS

dan tidak mengemukakan permohonan untuk diiktiraf sebagai PPS, PY

atau Pengendali Perunding selepas setahun dari tarikh lulus

peperiksaan PPS, calon berkenaan perlu mengemukakan rekod

penglibatan beliau dalam aktiviti CEP dan tempoh sah pengiktirafan

adalah bergantung kepada mata pemberat CEP yang diperolehi pada

tahun semasa.

a.2. Kaedah Pengiktirafan Semula

i. Sekiranya PPS/ PY dan Pengendali Perunding ingin melanjutkan

tempoh pengiktirafan selepas tamat tempoh sah, tempoh sah

pengiktirafan semula bagi jawatan yang dipohon adalah bergantung

kepada purata mata pemberat CEP bagi tempoh 3 tahun iaitu purata

jumlah keseluruhan mata bagi aktiviti (Lampiran 1) .

ii. Tempoh sah pengiktirafan semula PPS/ PY dan Pengendali Perunding

dan lain-lain jawatan, yang diperolehi oleh pemohon adalah

berdasarkan jumlah mata pemberat CEP yang ditetapkan seperti

berikut:

> 30 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 5 tahun

21 - 30 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 3 tahun

11 - 20 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 2 tahun

0 - 10 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 1 tahun

iii. Calon hendaklah mengemukakan buku log sepertimana Lampiran 2

untuk penilaian AELB.

11. Walaubagaimanapun, sekiranya calon gagal mencapai 20 mata untuk 3 kali berturut-

turut semasa pembaharuan, PPS/PY dan lain-lain jawatan perlu dinilai semula untuk tujuan

verifikasi semula pengiktirafan.

12. Selain itu, setiap pekerja sinaran perlu menghadiri dan mengumpul sekurang-

kurangnya 10 mata pemberat untuk setiap tahun bagi memastikan semua pekerja sentiasa

mendapat ilmu pengetahuan yang terkini mengenai perlindungan sinaran.

b. Agensi penganjur kursus

b.1. Kaedah atas Penganjur Kursus

Page 8: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

4

i. Dalam melaksanakan kaedah CEP, latihan atau kursus perlindungan

sinaran terbuka kepada semua penganjur kursus perlindungan sinaran

dan ianya tidak tehad kepada pemegang lesen di bawah Akta

Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) sahaja.

ii. Oleh yang demikian, bagi penganjur kursus perlindungan sinaran yang

memerlukan pengiktirafan mata CEP daripada AELB, penganjur

hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis dengan

mengemukakan maklumat kursus perkara berikut:

Tempoh dan tarikh

Agenda

Objektif dan sasaran

Kandungan dan silibus

iii. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 6

bulan sebelum kursus diadakan.

TARIKH KUATKUASA

13. Kaedah CEP ini berkuatkuasa 1 April 2012.

Page 9: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

5

Lampiran 1

AKTIVITI CEP DAN MATA PEMBERAT SERTA CONTOH PENGIRAAN

PEMARKAHAN CEP

A. Jenis Aktiviti CEP dan Mata Pemberat

Bil Aktiviti Mata

Pemberat

Catatan

1. Kursus yang diiktiraf oleh

AELB

1.1 Sehari (8 jam) 5

1.2 2 hari atau lebih 10

1.3 Kurang dari 8 jam Jumlah jam x

0.5

2. Kursus dalaman (inhouse

training) anjuran

pemegang lesen sendiri

2.1 Peserta 1

2.2 Penceramah 3 Mata maksimum setahun adalah 12

setahun

3. Persidangan/ Seminar/

Bengkel/ Dialog/ Taklimat

Penganjur perlu kemukakan

agenda dan silibus

Kursus selain awareness dan

refresher perlu dinilai

berdasarkan mata pemberat

3.1 Peserta 5 Sekiranya terlibat di peringkat

antarabangsa, mata pemberat x 2

3.2 Pembentang kertas kerja 15

3.3 Jumlah jam yang telibat

dengan topik perlindungan

sinaran

Jumlah jam x

0.5

Contoh: suatu persidangan

diadakan selama 3 hari,

walaubagaimanapun topik

perlindungan sinaran hanya 6 jam.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Batu 24, Jalan Dengkil

43800 Dengkil

Selangor www.aelb.gov.my

Tel: 03-89225888 Fax: 03-89223686

Page 10: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

6

Bil Aktiviti Mata

Pemberat

Catatan

Oleh yang demikian, jumlah jam

yang diambilkira untuk CEP

adalah 6 jam

4. Aktiviti badan ikhtisas/

Persatuan

4.1 Presiden/ Naib Presiden/

Setiausaha/ Bendahari

10

4.2 AJK 5

4.3 Ahli Biasa 3

5. Pengiktirafan kepakaran

5.1 Penggubal, Pemeriksa,

Juruaudit, Penilai

10

5.2 Pembantu Pemudah cara 5

5.3 Menghadiri mesyuarat dan

terlibat dengan aktiviti yang

berkaitan

3

5.3.1 Pengerusi 5 Sekiranya terlibat di peringkat

antarabangsa, mata pemberat x 2

5.3.2 AJK 3

5.3.3 Ahli 2

6. Penerbitan/ Penulisan

6.1 Editor 20

6.2 Penilai 10

Page 11: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

7

Lampiran 1

B. Kaedah Sistem Pemarkahan CEP

Bagi mendapatkan pengiktirafan semula, kaedah pemarkahan adalah seperti berikut:

Mata CEP untuk tahun Pertama [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] = a mata

Mata CEP untuk tahun Kedua [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] = b mata

Mata CEP untuk tahun Ketiga [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] = c mata

Purata untuk 3 tahun { (a+b+c)/3 } = d mata

Contoh pengiraan:

Seseorang calon PPS atau pekerja sinaran hadir untuk kursus seperti berikut:

Tahun 2011- Peserta kursus refresher anjuran Agensi Nuklear Malaysia

Tahun 2011- Peserta persidangan/ taklimat anjuran AELB

Tahun 2012 - Pembentang kertas kerja pada persidangan perlindungan sinaran

anjuran Agensi Nuklear Malaysia

Tahun 2012- Peserta persidangan di mana topik perlindungan sinaran hanya 4

jam

Tahun 2012 dan tahun 2013 - Penceramah kursus awareness untuk pekerja

sinaran sebanyak 3 kali setahun

Oleh yang demikian, pengiraan mata CEP untuk 3 tahun adalah seperti berikut:

Mata CEP untuk tahun 2011 [5 + 5] = 10 mata

Mata CEP untuk tahun 2012 [15 + 4(0.5) + 10 ] = 22 mata

Mata CEP untuk tahun 2013 [10] = 10 mata

Jumlah = 42 mata

Purata yang dikumpul untuk 3 tahun = 42/3 = 14 mata

Oleh itu, tempoh sah pengiktirafan semula sebagai PPS adalah selama 2 tahun

Page 12: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

8

Lampiran 2

BUKU LOG PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN (CEP)

Buku Log ini hendaklah dilengkapkan oleh semua calon sebelum mengemukakan permohonan pengiktirafan baru atau pengiktirafan semula kepada AELB

Nama: Jawatan:

No Kad

Pengenalan:

No. Kad Pekerja

Sinaran (jika ada):

Alamat

Pejabat:

Syarikat:

No. lesen:

Sila catatkan semua rekod aktiviti CEP dalam jadual dibawah

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Batu 24, Jalan Dengkil

43800 Dengkil

Selangor www.aelb.gov.my

Tel: 03-89225888 Fax: 03-89223686

PERLU DILENGKAPKAN OLEH PEMOHON PERLU DILENGKAPKAN OLEH OBTL

Tarikh

penglibatan

Kategori

CEP (1-6)

Penerangan aktiviti CEP

(senaraikan aktiviti) Tempat Penganjur

Bil.

jam /

hari

Mata

Pemberat

*Kaedah

verifikasi

Tandatangan

OBTL/ Tarikh

Page 13: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

9

PENGIRAAN MATA PEMBERAT (Pemohon perlu melengkapkan pengiraan mata pemberat yang dikumpul untuk 3 tahun terakhir)

a. Mata pemberat CEP untuk tahun Pertama [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] = .............. mata

b. Mata pemberat CEP untuk tahun Kedua [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] = .............. mata

c. Mata pemberat CEP untuk tahun Ketiga [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] = .............. mata

d. Purata untuk 3 tahun { (a + b + c) / 3 } = .............. mata

UNTUK KEGUNAAN AELB SAHAJA

Tarikh permohonan: Rujukan permohonan:

Jumlah mata pemberat diperolehi:

Catatan/ Ulasan Pegawai Penilai:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

Keputusan:

LULUS/ GAGAL

( ....................................................)

b.p: Ketua Pengarah

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Tarikh: ..........................................

Page 14: STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/en/guides/LEM-TEK/LEM-TEK-44G.pdf · Mac 2012 Lembaga Perlesenan ... Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tan pa Musnah

10