spm 1999 kertas 1

20
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1999 FIZIK Kertas 1 Satu jam lima belas minit ©1999 Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan 2. Jawab semua soalan Maklumat yang berikut mungkin berfaedah ( simbol-simbol mempunyai makna yang biasa): 1. a = (v - u)/t 2. Momentum = mv 3. F = ma 4. Tenaga kinetik = ½mv 2 5. Tenaga keupayaan = mgh 6. = m/V

Upload: rosmini-abdul-rahman

Post on 15-Dec-2015

168 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

exam

TRANSCRIPT

Page 1: Spm 1999 Kertas 1

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

 

PEPERIKSAAN PERCUBAANSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1999

 

 FIZIK 

Kertas 1Satu jam lima belas minit

 

©1999 Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA

 

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan                  

Maklumat yang berikut mungkin berfaedah ( simbol-simbol mempunyai makna yang biasa):

1. a = (v - u)/t 2. Momentum = mv 3. F = ma 4. Tenaga kinetik =  ½mv2 5. Tenaga keupayaan = mgh

6.  =  m/V

7. Haba, Q = mc 8. (PV)/T   = pemalar 9. E = mc2

10. V =   f 

Page 2: Spm 1999 Kertas 1

11. g = 10ms-2 12. Kuasa =   tenaga/masa 13.. Halaju cahaya, c =   3 x 108 ms-1 14. 1 eV = 1.6 x 10-19 J 15. Ketumpatan air =   1000 kgm-3

16.  = (ax)/D

 Bahagian  A( 60 markah)

  Bagi  soalan 1 hingga 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.  Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan  ruangan  yang sepadan pada kertas jawapan.  

1.  Sebuah segiempat berukuran  5.5 cm x 4.0 cm.  Berapakah luas permukaan segiempat ini   dalam  unit m2 ?

 A     0.0022 m2  B     0.022   m2  C     0.22     m2  D     2.2       m2

Rajah 12. Rajah  1 menunjukkan graf  halaju-masa sebuah troli. Berapakah purata halaju troli  tersebut?

 A    1.7  cms-1  B    6.7  cms-1   C  75.0  cms-1  D  13.3  cms-1

Page 3: Spm 1999 Kertas 1

Rajah 2

3.  Rajah 2 menunjukkan daya 3 N dan 4 N bertindak dari satu titik P. Berapakah paduan  daya yang bertindak ?

  A 3.7 N   B 5.0 N   C 6.1 N   D 7.0 N

4.  Sebuah teksi bandaraya Kuala Lumpur menggunakan petrol pada kadar 2 g setiap saat.   Jika jumlah tenaga yang tersimpan di dalam petrol itu ialah 60 kJ/g, dan kecekapan enjin  teksi itu adalah 30% , kirakan kuasa output enjin teksi tersebut.

  A        54 W   B   6,000 W   C 18,000 W   D 54,000 W

5.  Gas ekzos yang dikeluarkan dari enjin jet mempunyai

  A     jisim yang besar   B     inersia yang kecil   C     tekanan yang rendah   D     momentum yang besar

6.  Pernyataan yang manakah berkaitan dengan Hukum Gerakan  Newton Kedua.

  A     Suatu objek akan terus dalam keadaan diam atau gerakan linear selagi tiada   daya luar yang bertindak ke atasnya.

  B     Suatu objek yang jatuh bebas dalam pecutan graviti mengalami daya iaitu berat

  C     Setiap tindakan ada tindakbalas yang sama tetapi berlawanan arah.

Page 4: Spm 1999 Kertas 1

  D     Satu jisim yang besar memerlukan daya yang besar untuk menggerakkan atau   memberhentikannya

Rajah 3

7.      Sebuah troli X yang berjisim  2 kg menuruni landasan licin dari ketinggian 80 cm seperti   Rajah 3 di atas.  Berapakah halaju troli X dalam unit ms-1 ketika sampai di dasar landasan.

  A     16.0   B       8.0   C       4.0   D       2.0

8. Satu jasad sedang bergerak di permukaan ufuk yang licin berlanggar dengan tembok dan melantun balik mengikut jalan asalnya. Jika pelanggaran itu tak kenyal,graf yang manakah benar untuk menunjukkan perubahan halaju v dengan masa t.

9.  Penyebaran molekul-molekul cecair atau gas secara sendiri dari kawasan berketumpatan tinggi ke kawasan berketumpatan rendah dikenali sebagai

Page 5: Spm 1999 Kertas 1

  A     Gerakan Brown   B     Peresapan   C     Pengewapan   D     Penyerapan

10.  Semua faktor-faktor berikut mempengaruhi pemalar kekenyalan suatu spring yang  digantung dengan beban secara mencancang kecuali

  A     Diameter lilitan spring   B     Panjang spring   C     Jisim beban   D     Jenis spring

11.  Sejenis cecair yang mempunyai ketumpatan   akan mengalami penambahan isipadu   sebanyak 50 kali apabila bertukar menjadi wap.  Ketumpatan berubah menjadi

  A     0.02

  B     0.2

  C     2

  D     20

12.  Sebuah tangki air yang besar  biasanya terdapat pada sebuah bangunan tinggi seperti  rumah pangsa. Air yang keluar melalui sebuah pili pada aras bawah adalah lebih laju  daripada air yang keluar pada aras yang lebih tinggi. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh

  A     tekanan atmosfera berhampiran permukaan bumi lebih tinggi   B     jarak antara aras bawah dengan tangki air lebih besar   C     tekanan air bergantung kepada jarak antara pili dan aras permukaan air di    dalam tangki   D     saiz air di aras bawah lebih besar.

Rajah 4

Page 6: Spm 1999 Kertas 1

13.  Rajah 4 di atas menunjukkan sebuah kereta mainan sedang ditarik menggunakan seutas  tali kenyal yang mempunyai pemalar kekenyalan 50 N m-1.   Jika kereta  mainan bergerak  dengan halaju seragam di atas permukaan yang mempunyai daya geseran 2 N,  berapakah  pemanjangan tali kenyal itu ?

  A     0.004 cm   B     0.04   cm   C     0.4     cm   D     4.0     cm  

 Rajah 5

14.  Rajah 5 menunjukkan graf  perubahan tekanan sejenis gas terhadap perubahan suhu. Jika  tekanan 1 atm = 105 Nm-2 , berapakah nilai P0 dalam unit Nm-2 ?

  A   6 x 105   B   7 x 105   C   8 x 105   D 16 x 105   15.  Seketul plumbum yang mempunyai muatan haba tentu 150 Jkg-

1 oC-1  dibiarkan jatuh  bebas dari atas sebuah bangunan yang tingginya 50 m. Suhu plumbum itu meningkat  sebanyak 3.3 oC.  Pernyataan yang manakah di antara berikut adalah salah

  A     semua tenaga keupayaan awal plumbum bertukar menjadi tenaga haba   B     kenaikan suhu plumbum lebih tinggi sekiranya jisim plumbum lebih besar   digunakan   C     1 kg plumbum akan menyerap 150 J tenaga untuk meningkatkan suhu sebanyak   1 oC.   D     lebih tinggi bangunan dari mana plumbum itu jatuh lebih besar nilai kenaikan   suhu plumbum

Page 7: Spm 1999 Kertas 1

16.  400 g cecair pada suhu 100 oC perlu disejukkan kepada 88  oC dengan mencampurkan  100 g cecair yang sama.  Berapakah suhu awal cecair 100 g itu ?

  A     28 oC   B     36 oC   C     40 oC   D     76 oC

17.  Nukleus radium -226 telah mereput menjadi 1/32 daripada keaktifan asalnya selepas 8000  tahun.  Berapakah separuh hayat radium-226 ini ?

  A     4000 tahun   B     2000 tahun   C     1600 tahun   D     1500 tahun

18.  Antara berikut yang manakah benar tentang sifat  sinar-X ?

  A     Dipesong oleh medan magnet   B     Mempunyai cas negatif   C     Menghasilkan kesan pendarfluor apabila terkena bahan seperti zink sulfida   D     Kurang laju daripada halaju cahaya    19.  Sebuah kanta penumpu dengan jarak fokus  x cm menghasilkan  satu imej yang nyata,  tertonggeng dan lebih kecil dari objek.  Berapa jauhkah objek itu patut diletakkan  daripada kanta ?

  A       x     cm   B     2x     cm   C     1.5x  cm   D     3x     cm

Rajah 6

20.  Rajah 6 di atas menunjukkan penggunaan kanta penumpu sebagai kanta pembesar.   Untuk mendapatkan imej maya yang

Page 8: Spm 1999 Kertas 1

lebih besar saiznya, pelarasan yang manakah di  antara berikut patut dilakukan ?

  A     Gerakkan kanta mendekati objek dan jarak objek < f.   B     Gerakkan kanta menjauhi objek dan jarak objek < f.   C     Gerakkan kanta mendekati objek dan f < jarak objek < 2f   D     Gerakkan kanta menjauhi objek dan f < jarak objek < 2f  

Rajah 721.  Rajah 7 menunjukkan sebuah mahkota kaca yang mempunyai indeks biasan 1.52.  Satu  sinar cahaya ditujukan kepada mahkota itu.  Manakah lintasan yang betul bagi cahaya itu  keluar dari mahkota.  

  Rajah 8

22.  Rajah 8 menunjukkan susunan radas satu eksperimen untuk melihat corak medan elektrik  antara dua plat logam selari.  Minyak sawit digunakan dalam eksperimen kerana

  A     ia adalah konduktor haba yang baik   B     ia bukan konduktor elektrik   C     ia dapat mengapungkan biji bijian   D     medan elektrik terbentuk dengan mudah dalam minyak sawit.

   

Page 9: Spm 1999 Kertas 1

Rajah 9

23.   Rajah 9 menunjukkan lima buah perintang serupa R1, R2, R3, R4 dan R5 yang disambung  dalam satu litar. Di antara pasangan-pasangan titik di bawah, yang manakah mempunyai  beza keupayaan  sifar.

  A     M dan O   B     Q dan N   C     P dan Q   D     M dan P

24.     Sebiji mentol berlabel 24 V, 12 W disambungkan ke bekalan kuasa 24 V.  Hitungkan   jumlah cas yang mengalir melaluinya apabila mentol itu menyala selama 5 minit.

  A    2.5  C   B   10.0 C   C 150.0 C   D 600.0 C  

Rajah 10

25.  Rajah 10 menunjukkan pandangan atas sebuah meter gelung bergerak.  Skala bacaan  yang sekata disebabkan oleh

Page 10: Spm 1999 Kertas 1

  A     teras besi jati   B     medan magnet jejarian   C     magnet kekal   D     daya pulih spring yang sekata    

Rajah 1126.  Rajah 11 menunjukkan arus lawan masa  bagi bekalan  ulang alik.  Nilai puncak arus itu  ialah

5 A.  Jika arus ini dialirkan melalui perintang 20   , berapakah tenaga haba yang  dibebaskan setiap saat?

  A      125 watt   B      250 watt   C      500 watt   D       1000 watt    

(a) (b) (c)Rajah 12

  27.  Sebuah osiloskop sinar katod (OSK) disambungkan merentasi perintang R dalam litar  seperti yang ditunjukkan pada rajah 12 (a).  Rajah 12 (b) menunjukkan surihan yang  dapat diperhatikan pada skrin OSK. Arus yang mengalir mengikut arah pusingan jam  dianggap sebagai positif.  Satu diod disambung sesiri dalam litar itu seperti ditunjuk  pada rajah 12 (c). Yang manakah di antara berikut dapat dilihat pada skrin OSK bagi litar  12 (c) itu  

Page 11: Spm 1999 Kertas 1

A C

B D

 

 28.  Jika isyarat input  P = 01001001 dan isyarat input Q = 10101010 dikenakan pada input  satu get TAK-DAN, isyarat outputnya adalah

  A     00001000   B     11100011   C     00011100   D     11110111  

 Rajah 13

29.  Rajah 13 menunjukkan litar sebuah  penerima radio ringkas. Di antara komponen- komponen  berikut, yang manakah berfungsi untuk memilih siaran radio kegemaran    anda ?     A     P   B     Q   C     R   D     S

Page 12: Spm 1999 Kertas 1

30.  Pernyataan-pernyataan berikut adalah benar mengenai sistem komputer kecuali

  A     Sistem digital berfungsi berdasarkan beza keupayaan rendah (logik 0) atau    beza keupayaan tinggi (logik 1).   B     ROM ialah ingatan kekal dalam komputer.   C     RAM ialah ingatan yang tidak kekal.   D     Unit  pemprosesan pusat hanya terdiri daripada dua bahagian utama iaitu aritmetik logik dan unit kawalan.

Soalan-soalan 31 hingga 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul.  Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C dan D.

31.  Di antara sistem-sistem berikut boleh dijadikan jam

  I.       ayunan bandul ringkas   II.      ayunan spring berbeban   III.     getaran atom   IV.     Reputan radioaktif

  A     I dan II sahaja                                 C     I, III dan IV sahaja   B     I, II dan III sahaja                            D     I, II, III dan IV kesemuanya  

 Rajah 14

32.  Rajah 14 menunjukkan gambarfoto stroboskop bagi gerakan sebiji guli di atas satu satah  ufuk. Dari gambarfoto itu, kesimpulan yang manakah boleh dibuat tentang gerakan guli  itu?

  I.       Guli bergerak dengan pecutan sekata.   II.      Gerakan guli tanpa geseran.   III.     Laju guli bertambah.   IV.     Daya paduan guli adalah sifar.

  A     I dan III sahaja                                 C     II dan IV sahaja   B     I, II dan III sahaja                             D     I, II, III dan IV kesemuanya  

Page 13: Spm 1999 Kertas 1

 33.  Yang manakah di antara fenomena-fenomena berikut berlaku disebabkan oleh  pengurangan tegangan permukaan cecair ?

  I.       Cucian pakaian  menggunakan serbuk  sabun menjadi lebih bersih.   II.      Gula lebih mudah larut dalam air minuman yang panas.   III.     Kapal laut mudah tenggelam apabila melalui sungai.   IV.     Titisan air panas lebih mudah membasahi permukaan meja daripada air sejuk.

  A     I, II, III, IV kesemuanya                     C     I dan II sahaja   B     I dan IV sahaja                                   D     II dan III sahaja

34.  Antara langkah-langkah berikut yang manakah boleh mengurangkan tekanan gas yang   terkandung  dalam suatu bekas tertutup ?

  I.       Mengurangkan jisim gas.   II.      Mengurangkan isipadu gas.   III.     Mengurangkan  suhu gas.   IV.     Mengurangkan jisim bekas gas.

  A     I, II dan III sahaja                              C     II dan IV sahaja   B     I dan III sahaja                                   D     II  

 Rajah 15

35.  Satu imej I yang terang  dan jelas bagi objek di titik O dibentuk di atas skrin S oleh kanta  L, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 15 di atas.Objek itu kemudian dijauhkan dari  kanta ke kedudukan O'. Di antara kaedah-kaedah berikut, yang manakah boleh membantu  membentuk satu imej yang jelas di atas skrin lagi sekali ?

  I .        Skrin dijauhkan daripada kanta L.   II.       Sebuah kanta pencapah diletakkan bersentuhan dengan kanta L, di sebelah   kanan.   III.      Sebuah kanta penumpu lain diletakkan bersentuhan dengan kanta L di sebelah   kanan.

Page 14: Spm 1999 Kertas 1

  IV.     Satu bongkah kaca segiempat tepat diletak di sebelah kiri kanta, berserenjang   dengan OI dan bersentuhan dengan kanta itu.

  A     I, II  dan III sahaja                         C     II dan IV sahaja   B     I dan III sahaja                               D     I, II, III dan IV kesemuanya    

   X Y Z

  Rajah 16

36.  Rajah 16 di atas menunjukkan tiga corak interferens X, Y, dan Z yang diperolehi apabila   cahaya putih dipancarkan melalui dwicelah dan tiga  penuras warna yang berbeza. Di  antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah yang benar ?

  I.        Corak-corak interferens di atas adalah berbeza disebabkan oleh kesan pembelauan   yang berbeza  apabila cahaya melalui dwicelah.   II.     Warna-warna yang mungkin untuk X, Y dan Z adalah kuning, merah dan ungu   masing-masing.   III.     Warna cahaya Z terbelau paling sedikit di antara ketiga-tiga warna.   IV.     Warna cahaya Y mempunyai panjang  gelombang yang paling pendek.

  A      I dan II sahaja                                 C     I, III dan IV sahaja   B      II dan IV sahaja                               D     I, II dan III sahaja    

(a) (b)

Page 15: Spm 1999 Kertas 1

 Rajah 17

37.  Rajah 17 (a)  menunjukkan satu litar untuk mengkaji kesan pemanasan ke atas rintangan    filamen  mentol . Rajah 17(b) menunjukkan graf  hubungan antara bezaupaya ,V dan arus,  I yang diperolehi daripada eksperimen ini.  Pilih yang benar mengenai  rintangan filamen

  I.        Rintangan filamen adalah tetap.   II.       Rintangan boleh diperolehi dengan menghitung hasil bahagi antara bezaupaya   dengan nilai arus pada  mana-mana titik di atas graf.   III.      Rintangan filamen bertambah dengan bezaupaya.   IV.     Rintangan filamen bertambah dengan suhu.

  A     I sahaja                                      C     II, III dan IV sahaja   B     I dan II sahaja                             D     I, II, III dan IV kesemuanya  

 Rajah 18

38.  Seseorang pelajar telah mempamirkan voltan output sebuah penjana arus ulangkaji pada   skrin OSK seperti rajah  18.  Apabila penjana diputar semakin laju, apakah yang dapat  diperhatikan ?

  I.       Amplitud  lebih besar.   II.      Jarak antara puncak X ke puncak Y berkurang.   III.     Voltan puncak tidak berubah.   IV.     Bilangan puncak berkurang.  

  A     I dan II sahaja                             C     II dan III sahaja   B     I dan IV sahaja                             D     III dan IV sahaja    

Page 16: Spm 1999 Kertas 1

Rajah 19

39.  Yang manakah pernyataan-pernyataan berikut mengenai pesongan alur elektron oleh beza  keupayaan di antara plat P dan Q pada Rajah 19 adalah benar.

  I.        Plat P adalah negatif.   II.       Pesongan bertambah  besar jika bezaupaya bertambah.   III.     Pesongan bertambah besar jika elektron bergerak lebih perlahan.   IV.     Pesongan berkurang apabila kedua-dua plat  dijauhkan.

  A     I, II dan III sahaja                     C     II dan III sahaja   B     I dan II sahaja                           D     II, III dan IV sahaja  

 Rajah 20 

40.  Rajah 20 di atas menunjukkan sebuah alat kaji cuaca yang diikatkan pada hujung sebiji   belon dengan seutas tali.Belon itu berada pada suatu ketinggian yang tetap. Di antara  pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar.

  I.     Daya paduan yang bertindak ke atas belon adalah sifar.   II.     Daya tujah bertambah apabila ketinggian belon bertambah.   III.     Isipadu belon bertambah apabila ketinggian belon berkurangan.

Page 17: Spm 1999 Kertas 1

  IV.     Jika tali belon itu putus, belon akan mengalami pecutan ke atas.

  A     II dan III sahaja                         C     I dan IV sahaja   B     I, II dan IV sahaja                      D     I, II, III dan IV kesemuanya  

***** SOALAN TAMAT *****