sosiolinguistik bbm3204

19
SOSIOLINGUISTIK BBM3204 Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram [email protected] 0192161174 1

Upload: newman

Post on 29-Jan-2016

79 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SOSIOLINGUISTIK BBM3204. Dr. Norazlina Hj . Mohd Kiram [email protected] 0192161174. RAGAM BAHASA. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

1

SOSIOLINGUISTIK

BBM3204

Dr. Norazlina Hj. Mohd [email protected]

0192161174

Page 2: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

2

RAGAM BAHASA

Za’ba (1965) menyatakan, ragam bahasa ialah beberapa jenis bahasa yang khas. Ia merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada pendengar dan pembaca.

Ragam Bahasa merupakan variasi bahasa menurut pemakaian, yang berbeda-beda menurut topik yang dibicarakan, menurut hubungan pembicara, kawan bicara, orang yang dibicarakan, serta menurut medium pembicara (Bachman, 1990).

Page 3: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

3

RAGAM BAHASA

Jenis-jenis Ragam Bahasa:1. Bahasa Sindiran2. Bahasa Menggiat3. Bahasa Mengejek4. Bahasa Terbalik5. Bahasa Merajuk6. Bahasa Tempelak7. Bahasa Herdik8. Bahasa Melampau9. Bahasa Naik10. Pertanyaan Ingkar11. Bahasa Seruan/Mengeluh12. Bahasa Berulang 13. Bahasa Bertimbal14. Bahasa Bukan15. Bahasa Jenaka

Page 4: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

4

BAHASA SINDIRAN

Za’ba (2002:211-220) menyatakan:

Perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan tepat, hanya disinggung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak suka hendak menyebutkan secara terang. Tetapi jika orang yang ditujukan itu mengerti maka terlebih dalam maknanya daripada perkataan yang dikatakan secara berterus terang.

Page 5: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

5

BAHASA SINDIRAN

Contoh:

• “Aku rasa aku seorang aje yang kerja di sini”.• “Buat ajelah apa yang kau suka, inikan pejabat ayah kau”.

• Pergi seberang membeli ikan, Ikan dibilang satu-satu, Dulu ditatang umpama intan, Sekarang dibuang umpama batu.

Page 6: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

6

BAHASA MENGGIAT

Tiada tepat, seakan-akan sindiran tetapi tidak berisi kiasan. Tujuannya untuk mengusik, bersenda-senda sahaja dan kadang-kadang bersungguh-sungguh betul sehingga boleh menerbitkan perasaan malu. Contoh:

• Amboi, besarnya hati teman kita ni, nak kahwin dua!• Wah, ada hati juga rupanya orang tua ni!• Kalau selalu nak minta belanja, bila pulak nak kayanya?

Page 7: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

7

BAHASA MENGEJEK

Bahasa yang mengata akan seseorang/kumpulan dengan perkataan yang tepat tetapi dengan gaya yang mengajukkan keburukannya serta mempermain-mainkan dia supaya nampak bodohnya, sia-sianya atau supaya ditertawakan orang akan dia.

Kadang-kadang disampaikan dalam bentuk sindiran, giatan atau bahasa terbaik. Contoh:

• Gelagat buah rambutan jantan, orang berbunga awak berbunga, orang berbuah awak haram.

• Lihatlah sendiri. Begini rupanya orang yang yang cintakan bahasa! Tahniah! Tahniah!

Page 8: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

8

BAHASA TERBALIK

Bahasa yang menggunakan perkataan berakas daripada maksud yang dikehendakkan. Orang yang mendengar faham akan maksudnya, iaitu lawan daripada yang dikatakan itu. Contoh:

• Lain kali datanglah lagi, boleh aku beri hadiah yang lebih besar.• Amboi, paginya awak datang kerja. Inilah contoh pekerja yang rajin!.

Page 9: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

9

BAHASA MERAJUK

Bahasa yang menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil hati oleh sebab sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina dan tidak patut dilakukan. Contoh:

• Kita ini melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak meluakkan. • Sudahlah! Kita boleh cari sendiri. Harta orang tetap harta orang, manakan boleh menjadi harta kita.

Page 10: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

10

BAHASA TEMPELAK

Bahasa tepat yang menunjukkan kesalahan seseorang secara tepat dan langsung. Ibaratnya seperti “memulangkan paku buah keras”. Contoh:

• Dulu masa aku ingatkan, kau jawab, “Tahulah aku”. Sekarang apa khabar? • Aku dah kata jangan, tapi kau nak buat juga. Sekarang siapa nak tanggung?

Page 11: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

11

BAHASA HERDIK

Bahasanya lebih keras dan bernada mengejek. Bertujuan untuk menunjukkan kesalahan pada masa sekarang dan bukannya pada masa yang telah lalu. Contoh:

• Engkau ini memang tak sedar diri. Cuba cermin diri kau dahulu!. • Inilah dia orang muka tak malu! Hidup dengan meminta simpati orang sahaja.

Page 12: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

12

BAHASA MELAMPAU

Bahasa yang menyatakan sesuatu perkara itu sangat besar dengan perkataan melebih-lebih daripada yang sebenar. Walau bagaimanapun, orang yang mendengarnya mengerti bukan sungguh-sungguh seperti yang dimaksudkan oleh perkataan itu. Contoh:

• Sudah berzaman aku tunggu kau! • Buah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari, Hingga kering lautan Melaka, Barulah saya mungkiri janji.

Page 13: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

13

BAHASA NAIK

Bahasanya yang menyebutkan sesuatu daripada yang paling rendah, kemudian perlahan-lahan, langkah demi langkah naik ke atas hingga ke puncaknya. Contoh:

• Mula-mula dia mengambil satu dua ringgit, kemudian dia mencuri beberapa puluh ringgit, selepas itu dia meragut gelang emas orang, akhirnya dia merompak dan membunuh!. • Kalau dia tipu sekali aku boleh terima, jika dua kali sabar lagi, masuk kali ketiga memang cari penyakit!.

Page 14: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

14

PERTANYAAN INGKAR

Bahasa yang disusunkan dengan cara pertanyaan tetapi bukannya pertanyaan tidak tahu. Sebaliknya, pertanyaan seolah-olah mengejek kerana hendak menguatkan benarnya jawapan yang sudah diketahui atau yang disifatkan sudah tentu. Terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Pertanyaan yang ditinggalkan kepada pembaca atau pendengar sahaja menjawab sendiri.2. Pertanyaan yang dijawab oleh orang yang bertanya

itu sendiri kerana hendak menguatkan sesuatu keputusan.

Page 15: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

15

BAHASA SERUAN/MENGELUH

Bahasa yang digunakan bertujuan untuk menzahirkan perasaan atau emosi tetapi tidak dilepaskan semua perasaan itu. Contoh:

• Entahlah! Allah sahaja yang tahu kesusahan aku!• Ah! Tak dapat aku gambarkan perasaan cintaku kepada dia!• Wah! Cantiknya cincin ini!

Page 16: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

16

BAHASA BERULANG

Bahasa yang diulang-ulang untuk menguatkan maksud atau tujuannya. Contoh:

• Bangkitlah! Bangkitlah! Sinsingkan lengan, mari kita bekerja, bekerja, bekerja, kerana itulah kunci kejayaan.

• Berhutang! Ia berhutang! Hutang kepada ah long, Hutang kepada benggali, Hutang kepada ceti dan sekarang hutang kad kredit.

Page 17: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

17

BAHASA BERTIMBAL

Bahasa yang mempertentangkan dua keadaan yang seolah-olah berlawanan. Kerap digunakan dalam peribahasa. Contoh:

• Ikut hati mati, ikut rasa binasa.• Takut kerana salah berani kerana benar.• Alah membeli menang memakai.

Page 18: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

18

BAHASA BUKAN

Bahasa yang menggunakan kata ‘bukan’ mendahului sesuatu kata lain. Contoh:

• Bukan mudah membuatnya.• Bukan main comel budak ini.• Bukan bodoh aku ini.

Page 19: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

19

BAHASA JENAKA

Bahasa yang menggunakan satu perkataan dengan dua makna. Contoh:

• Makan hati berulam jantung.• Kalau tidak oleh sebab tak makan ini, tidak kujualkan parangku ini.