sosiolinguistik
TRANSCRIPT
SOSIOLINGUISTIKPensyarah: En. Zubaidi bin Ahmad
Nama: mohd Syafiq bin A. GhaniNo Kad Pengenalan: 911106-11-5365
Kursus: PPISMP Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah Ambilan Jun 10
Kumpulan: Pemulihan (B)Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis
DEFINISI DAN KONSEPSosiolinguistik- Kajian tentang kesan seluruh aspek
kehidupan manusia termasuk nilai – nilai budaya, pencapaian dan konteks sesuatu bahasa itu digunakan.
- Sosiolinguistik juga merupakan bagaimana sesuatu bahasa itu berbeza antara kumpulan mengikut variasi sosial seperti etnik, agama, status, jantina, dan taraf pendidikan serta bagaimana ia boleh digunakan bagi meletakkan individu tersebut dalam sesuatu kategori seperti taraf sosial ataupun taraf ekonomi.
DEFINISI DAN KONSEPSosiolinguistik- Penggunaan bahasa yang berbeza daripada
satu tempat dengan tempat yang lain yang disebut dialek dan juga perbezaan bahasa antara kelas sosial.
- Sosiolinguistik berasal daripada 2 patah perkataan:
1) Sosiologi : Meliputi hal – hal yang berkaitan dengan ilmu tentang segala jenis hal masyarakat.
2) Linguistik : Ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia.
PANDANGAN TOKOHStork dan Widdowson(1983)- Linguistik merupakan satu bidag kajian dan subjek kajiannya
ialah bahasa.
o Fishman(1972)- Sosiolinguistik ialah sifat- sifat khusus bagi variasi bahasa,
fungsi bahasa dan pemakaian bahasa dalam jalinan interaksi serta perubahan antara ketiga-tiganya dalam masyarakat penutur bahasa tersebut.
o Nabbahan(1984)- Sosiolinguistik sebagai studi atau pembahasan tentang bahasa
yang berhubungan dengan penutur bahasa itu sebagai anggota masyarakat.
SOSIOLOGI BAHASABerasal daripada dua patah perkataan iaitu
sosiologi dan bahasa.Bahasa merujuk kepada alat untuk
berkomunikasi dalam proses sosialisasi yang diberikan pemerian oleh ahli linguistik secara formal dan abstrak atau kadang-kadang kaku.
Bahasa juga bermaksud suatu sistem tanda yang berhubungan dengan semiotik, iaitu terdiri daripada unsur tanda dan hubungan antara unsur tersebut.
SOSIOLOGI BAHASAUnsur bahasa terdiri daripada fonem (unit
terkecil dalam bahasa yang berperanan untuk membezakan makna), morfem (unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai makna), dan kata yang dapat dibentuk daripada fonem dan morfem.
Bahasa terdiri daripada unsur fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.
PANDANGAN TOKOHFerdinand de Saussaure (1857-1913)- Bahasa ialah pola-pola umum dalam
pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seorang individu dalam suasana tertentu.
o Edward Sapir (1884-1939)- Bahasa ialah manusiawi semata-mata dan
kaedah tidak instingif dalam menyampaikan gagasan, perasaan, dan kehendak dengan saranan-saranan sesuatu sistem simbol yang dikeluarkan secara voluntari.
PANDANGAN TOKOHFishman (1991)- Sosiologi bahasa mengkaji interaksi antara dua
aspek tingkah laku manusia, iaitu penggunaan bahasa dan organisasi sosial tentang tingkah laku.
- Beliau turut mengatakan bahasa terbahagi kepada dua iaitu sosiologi bahasa diskriptif dan sosiologi bahasa dinamik.
- Sosiologi bahasa diskriptif cuba mengemukan norma-norma penggunaan bahasa.
- Sosiologi bahasa dinamik pula cuba menjwab soalan persoalan apakah yang menyebabkan perubahan pada kadar yang berlainan dalam organisasi tentang penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap bahasa.
PANDANGAN TOKOHIa juga cuba menerangkan mengapa dan
bagaimana organisasi menjadi berlainan dalam rangkaian sosial menjadi berlainan dalam rangkaian sosial atau masyarakat yang sama dalam dua keadaan yang berbeza tentang penggunaan bahasa dan tingkah laku tehadap bahasa.
KOMUNITI BAHASAKomuniti bahasa merupakan konsep dalam
sosiolinguistik yang menerangkan sedikit sebanyak tentang perbezaan kumpulan manusia yang menggunakan bahasa dalam satu entiti dan saling berkongsi penerimaan itu dalam kalangan mereka.
CIRI KOMUNITI BAHASABerubah-ubahKelas dan statusPertentangan kelasDialek sosialEvolusi SosialKetidaksamaan komunitiInteraksi komunitiMobiliti sosial
BAHASA BAKUBahasa baku juga disebut sebagai bahasa
standard atau bahasa piawai.Bahasa baku jguga merupakan satu daripada
kepelbagaian bahasa yang telah diberikan status undang-undang, sama ada secara rasmi atau separuh rasmi.
Bahasa baku digunakan di sekolah-sekolah dan media massa.
Pengguna bahasa bagi sesebuah negara biasanya menganggap bahasa ini lebih betul dan dijadikan asas.
Bahasa baku ditentukan melalui pengunaanya atau kelas sosial yang tertentu
Antara ciri yang menentukan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa baku adalah seperti yang berikut:
1) Mempunyai sistem perkamusan yang mengandungi perbendaharaan kata dan ejaan yang standard.
2) Mempunyai tatabahasa yang menentukanbentuk, peraturan, dan struktur bahasa.
3) Mempunyai sistem sebutan standard yang dapat dijadikan panduan oleh pendduna bahasa sebagai sebutan yang betul.
4) Terdapat institusi yang memperkenalkan penggunaan bahasa itu dan dijadikan autoriti untuk menguatkuasakan penggunaannya seperti dalam bidang pendidikan dan pusat pengajian.
5) Bahasa itu digunakan secara meluas oleh masyarakat di tempat awam seperti di mahkamah.
6) Sistem bahasa, pengejaan, tatabahasa dan sebutan bahasa standard itu diajarkan di sekolah-sekolah
Di sesetengah negara, bahasa baku menjadi satu isu sosial dan politik.
Di Malaysia, terdapat bahasa Melayu baku yang merujuk kepadda bahasa Melayu yang seragam dan variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Malaysia dalam situasi rasmi.
Bahasa baku memberi penekanan pada aspek sebutan, manakala dari segi ejaan masih sama dan tidak menimbulkan banyak masalah kepada masyarakat.
PerkamusanKamus ialah buku yang mendeskripsikan
sesuatu kata seperti ejaan, sebutan, golongan kata, makna, cara penggunaan, etimologi, dan beberapa perkara tentang kata bergantung pada kesempurnaan sesebuah kamus.
Peristilahan• Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait
rapat dengan proses pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat.
Idiolek boleh berubah melalui perhubungan dengan idoelek lain dan seterusnya berubah dari satu generasi ke satu generasi yang lain
3. Kontinum Dialek Kontinum deialek dikatakan wujud apabila
dua atau lebih bahasa atau dialek yang berbeza bergabung antara satu sama lain tanpa persempadanan yang jelas.
KD merujuk kepada dialek-dialek yang digunakan merentasi sebuah kawasan geografi yang luas.
Cth: Bahasa Cina yang digunakan di seluruh dunia, tetapi sistem ejaan sama tetapi tulisan tersebut ditulis mengikut bunyi dialek tertentu.
Laras BahasaLaras bahasa ialah bidang sesuatu bahasa yang
digunakan untuk tujua tertentu.Laras bahasa digunakan untuk keadaan atau situasi
di sekitar yang berlainan.Laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang
hendak diperkatakan seperti istilah, ungkapan, dan intonasi yang berlainan.
Contoh laras bahasa: politik, agama, sains, surat kiriman, undang-undang, perbahasan dan sebagainya.
Dalam aktiviti berbahasa, laras bahasa meliputi bentuk penulisan dan lisan.
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan merupakan bentuk bahasa
yang digunakan dengan tujuan pengiklanan dan peringatan.
Pengiklanan memerlukan bahasa yang tepat, ringkas, dan berkesan supaya dapat diketahui oleh pengguna.
Fungsi iklan juga dapat mengubah sikap dan mempengaruhi dalam membuat keputusan.
Bahasa yang digunakan bersifat memujuk, menyuruh, mengumpan, membanding dan mengisytiharkan kepada orang ramai.
Kaedah dan Laras Bahasa IklanKaedah memujukKata-kata memujuk pengguna supaya tertarik dan
membeli barangan. Contoh:- Tawaran khas untuk hari raya- Kulit wajah anda menjadi lebih halus dan licin- Menampilkan bentuk badan yang anggun
Kaedah MengumpanBahasa yang digunakan boleh memikat pengguna
supaya tidak tertangguh membeli barang tersebut. Contoh:
- Tawaran istimewa, beli satu percuma satu.
Jualan penghabisan stok. Tawaran sehingga 70 %.
Barangan separuh harga, hanya dua hari sahaja.
c. Kaedah PerbandinganMenunjukkan kelebihan satu-satu baranagn
berbanding dengan barangan lain yang sama fungsinya. Contoh:
- Serbuk pencuci x mencuci lebih bersih daripada serbuk pencuci Y.
- X menjadikan gigi anda lebih putih.- X membunuh nyamuk lebih berkesan.
Laras bahasaLaras bahasa ialah bidang sesuatu bahasa yang
digunakan untuk tujuan tertentu.Laras bahasa digunakan untuk keadaan atau situasi
di sekitar yang berlainan.Laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang
hendak diperkatakan seperti istilah, ungkapan dan intonasi yang berlainan.
Contoh laras bahasa: politik, agama, sains, surat kiriman, undang-undang, perbahasan dan sebagainya.
Dalam aktiviti berbahasa, laras bahasa meliputi bentuk penulisan dan lisan.
Laras bahasa undang - undangBanyak menggunakan kata – kata khusus.Istilah tersebut diberikan tafsiran yang khusus dan
spesifik merujuk kepada fasal , klausa, akta dan kanun.
Contoh istilah- perintah Sekolah Henry Gurney ertinya sesuatu perintah yang dibuat oleh mahkamah menghantar seseorang orang muda ke sekolah Henry Gurney.
Kanak – kanak ertinya seseorang dibawah umur empat belas tahun.
Orang muda ertinya seseorang telah mencapai umur belas tahun dan di bawah umur lapan belas tahun.
Laras bahasa undang – undang menggunakan klausa dan ayat dalam bentuk ayat penyata yang sukar difahami oleh orang awam.
Setiap kontinuen klausa dalam sesuatu fasal perlu difahami sebelum memahami keseluruhan fasal.
Contoh: Mahkamah boleh dengan notis yang
dialamatkan kepada pegawai penjaga penjaga penjara mengkehendaki mana – mana orang dalam penjara dibawa ke hadapannya bagi apa – apa maksud
Laras bahasa sukanLaras bahasa sukan mudah difahami keranan menggunakan
istilah khusus dan spesifik.Laras bahasa ini mudah difahami kerana digunakan oleh
orang awam dan murid sekolah.Contoh perkataan- tendangan, balingan, pengadil, lonjakan
dan sebagainya.Ayat digunakan kebanyakannya adalah ayat penyata dan
ayat tunggal.Contoh ayat digunakan:Peraturan tendangan percuma dalam permainan bola sepak.
Tendangan percuma langsung – dibuat terus tanpa menyentuh pemain lain. Jika tendangan itu masuk ke dalam gol, ia dikira sah.
Laras bahasa ekonomiLaras bahasa ekonomi bersifat ilmiah dan formal serta
mementingkan ketepatan makna dan fakta.Bagi penggunaan orang awam biasanya menggunakan
kata – kata yang mudah difahami.Banyak menggunakan ayat penyata yang bersifat
diskriptif yang menjelaskan tentang kewangan, pasaran saham, perniagaan, pelaburan asing, produk ekonomi dan sebagainya.
Contoh:a. Ekonomi dapat menghasilkan dua barangan sahaja,
iaitu barang pengguna dan barang modal.b. Semua faktor pengeluaran telah digunakan
sepenuhnya.
Laras bahasa matematikDigunakan dalam bidang matematik berkaitan dengan
pengiraan dan algebra.Ayat yang digunakan berbentuk diskriptif dan ringkas.Melibatkan penggunaan formula, angka dan simbol yang
spesifik.Contoh: tambah (+), tolak (-), darab (x), bahagi(/),
bersamaan (=), lebih besar daripada (>), lebih kecil daripada (<).
Contoh laras bahasa matematik:
Sebelum kita cuba mencari penyelesaian bagi ketaksamaan jenis ini, terlebih dahulu diberikan takrifnya seperti berikut: ax + b<0
Laras bahasa agamaMempunyai ciri – ciri khusus yang berbeza dengan
laras bahasa lain.Laras bahasa agama Islam melibatkan penggunaan
ayat Al-Quran dan kata – kata dalam bahasa arab.Banyak membicarakan hal – hal ketuhanan,
kerasulan, sejarah Islam, soal hukum – hukum suruhan dan larangan berkaitan agama Islam.
Terdapat kosa kata daripada bahasa Arab yang diterima dalam bahasa Melayu seperti wajib, nikah, sah, batal, rezeki, batin.
Laras bahasa ini lebih mengutamakan maksud agar tidak menimbulkan salah tafsiran pembaca.
Contoh:Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu. Mudah – mudahan kamu bertakwa.