sopiah binti marjuki @ ismail - fp.utm.my · baik dan berkesan (tajul ariffin et al, 2007). menurut...

27
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL Universiti Teknologi Malaysia

Upload: others

Post on 18-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS PELAJAR TAHUN SATU

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa
Page 3: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS PELAJAR TAHUN SATU

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

ii

Page 5: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

iii

Page 6: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah syukur

ke hadrat Allah yang Maha Esa atas limpah kurnia nya memberikan ketabahan dan

kecekalan serta kesihatan yang baik ke atas insan yang lemah lagi daif ini sehingga dapat

menyempurnakan penulisan untuk projek PSM ini.

Untuk…

Ayahanda,

Terima kasih dengan pengorbanan ini

Semoga Allah sahaja yang membalasnya

Buat….

Bondaku yang tercinta

Doa suci dan restu dari bonda

Hanya Allah sahaja yang mengetahui

Serta anak-anakku yang disayangi,

Nursyafira dan Mohd Yamin Akmal

“Tiada yang lebih bermakna selain dari pengorbanan, dorongan serta doa suci kalian

sepanjang perjuangan ini. Hanya Allah Jua yang membalasnya.

Page 7: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

v

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Esa atas limpah dan kurnia nikmatnya

dalam memberi keyakinan serta ketabahan hati dalam menyempurnakan penulisan kajian

ini dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada

penyelia projek kajian ini, iaitu Encik Ahmad Johari Bin Sihes di atas bimbingan dan

nasihat beliau sepanjang tempoh penyelidikan dan penulisan kajian ini dijalankan.

Semoga Allah akan memuliakan dan memberkati serta merahmati beliau atas segala

usaha, tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi.

Penghargaan terima kasih ini juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan projek ini.

Page 8: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan

digunakan dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengakaji faktor latar

belakang pelajar, pengajaran pensyarah, sikap pelajar dan pengaruh rakan sebaya. Kajian

ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, yang menggunakan 150 orang pelajar

tahun satu Fakulti Pendidikan. Sampel yang dipilih adalah secara rawak kelompok.

Instrumen yang digunakan ialah dengan soal selidik yang mengandungi dua bahagian

iaitu maklumat diri dan faktor-faktor yang dikaji. Soal selidik diuji melalui kajian rintis

bagi mendapatkan kebolehpercayaan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS). Analisis yang dibuat

diterjemahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian yang berada di

tahap min yang tinggi, ialah faktor pengajaran pensyarah dan faktor sikap. Faktor-faktor

yang berada di tahap sederhana ialah faktor rakan sebaya dan faktor latarbelakang.

Beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah diberikan agar dapat meningkatkan lagi

pencapaian pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris.

Page 9: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the factors that influence the learning with

the use of English language. Descriptive study in the form of survey is used for this

study. The studies includes students’ background, lecturers’ teaching, student’s attitude

and the influence of peer group. Sample use consist of 150 first year student from the

faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The Sample were chosen

randomly cluster technique. The instrument is questionnaires. The questionnaires

consist, that are student’s background factors studied. The questionnaires were tested

through pilot study to obtain its reliability. Data obtained are analyzed using Statistical

Package for the Social Science (SPSS) software. Analysis were reported in frequency and

percentage and mean. Research finding showed that lecturers’ teaching and students’

attitude were the factors with a mean value that has a greater influence on the usage of

English in learning. While peer influence and background factor have less influence on

the usage of English in learning among the first year students. Suggestions and

recommendations given are consistent with the research findings.

Page 10: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv BAB PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 11: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

ix 1.7 Skop dan Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Bahasa Inggeris 11

1.8.2 Pembelajaran 11

1.8.3 Pelajar 11

1.8.4 Penggunaan 12

1.8.5 Latar Belakang 12

1.8.6 Sikap 12

1.8.7 Rakan Sebaya 13

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN 14 2.1 Pengenalan 14

2.2 Pembelajaran Bahasa Inggeris 15

2.3 Latar belakang Pelajar Terhadap 18

Pembelajaran Bahasa Inggeris

2.4 Pengajaran Pensyarah Menggunakan 21

Bahasa Inggeris

2.5 Sikap Pelajar terhadap Pembelajaran 23

Bahasa Inggeris

2.6 Pengaruh Rakan Sebaya terhadap 25

Pembelajaran Bahasa Inggeris

2.7 Penutup 27

3 METODOLOGI KAJIAN 28 3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 29

Page 12: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

x 3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Skop Kajian 30

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Analisis Data 32

3.8 Penutup 33

4 ANALISIS DATA 34

4.1 Pengenalan 34

4.2 Data Demografi 35

4.3 Analisis Persolan Kajian 43

4.3.1 Analisis Data Soalan kajian 1 43

4.3.2 Analisis Data Soalan kajian 2 46

4.3.3 Analisis Data Soalan kajian 3 49

4.3.4 Analisis Data Soalan kajian 4 52

4.3.5 Min Keseluruhan soalan kajian 55

4.4 Penutup 55

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN 56 5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan 57

5.2.1 Faktor latar belakang pelajar 57

5.2.2 Faktor pensyarah 59

5.2.3 Faktor sikap 61

5.2.4 Faktor rakan sebaya 63

5.3 Rumusan 65

5.4 Cadangan Kajian 67

5.4.1 Peranan pensyarah 67

5.4.2 Peranan pelajar 68

5.4.3 Peranan fakulti 69

Page 13: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

xi 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.6 Penutup 70

Bibliografi 71

Lampiran 77

A Set Borang Soal Selidik 77

B Pengesahan soal selidik 86

C Surat Akuan 87

Page 14: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

xii

SENARAI JADUAL

NO . JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jadual Pemarkahan untuk 30

Skala Likert.

3.2 Pekali Alpha Cronbach 31

3.3 Pengkelasan Skor Skala Likert 32

3.4 Julat Min bagi Persoalan Kajian 33

4.1 Taburan mengikut Jantina 35

4.2 Taburan mengikut Bangsa 36

4.3 Taburan mengikut Umur 37

4.4 Taburan mengikut Pekerjaaan ibu bapa 37

4.5 Taburan Pencapaian SPM 38

4.6 Taburan Pencapaian Akademik 39

4.7 Taburan Bahasa Pengantar 39

4.8 Taburan Lokasi Menengah 40

4.9 Taburan Bilangan Penggunaan 40

Bahasa Inggeris

4.10 Taburan Tahap Penggunaan 41

4.11 Taburan perkembangan di UTM 42

4.12 Taburan pelajar mengikut kursus 42

4.13 Respon Terhadap Faktor Latar Belakang 44

4.14 Respon Terhadap Pensyarah 47

Page 15: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

xiii 4.15 Respon Terhadap Sikap 50

4.16 Respon Terhadap Rakan Sebaya 53

4.17 Min Keseluruhan Berdasarkan Faktor-Faktor 55

Page 16: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN 4.1 Graf peratusan faktor latar belakang 47

4.2 Graf peratusan faktor pensyarah 50

4.3 Graf peratusan faktor sikap 52

4.4 Graf peratusan faktor rakan sebaya 55

Page 17: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

xv

SENARAI SINGKATAN SPA - Bachelor of Technology and Education (Civil Engineering)

SPE - Bachelor of Technology and Education (Electrical Engineering)

SPJ - Bachelor of Technology and Education (Mechanical Engineering)

SPH - Bachelor of Technology and Education (Living Skills)

SPP - Bachelor of Science and Education (Physics)

SPT - Bachelor of Science and Education (Mathematics)

SPK - Bachelor of Science and Computer with Education (Chemistry)

SPF - Bachelor of Science and Education (Physics)

SPM - Bachelor of Science and Education (Mathematics)

SPC - Bachelor of Science and Education (Chemistry)

SPS - Bachelor of Science and Education (Sport Science)

SPL - Bachelor of Science and Education (Sport Science)

SPI - Bachelor of Science and Education (Islamic Studies)

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi

SPSS - Statistical Package for the Social Science

Page 18: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf

dunia untuk menjadi sebuah negara membangun sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Penggunaan dan kemahiran bahasa Inggeris amat penting dalam era globalisasi.

Kebanyakan kerajaan di negara membangun, termasuk Malaysia mula menekankan

dan menggesa masyarakat mereka yang ingin maju dan mempunyai daya saing supaya

berusaha menguasai bahasa Inggeris. Menurut Abdul Rahim (2005), bahasa Inggeris

yang menyalurkan pemikiran dan budaya barat amat penting untuk pemodenan dan

kemajuan masyarakat Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga memastikan bahawa kurikulum

pendidikan negara menepati keperluan pasaran kerja dan industri khususnya dalam

penguasaan bahasa terutama bahasa Inggeris, pembentukan kemahiran dalam sains dan

teknologi, serta pemerolehan ilmu pengetahuan dan teknologi terkini (cutting-edge

knowledge and technology). Dengan itu, tenaga kerja tempatan akan berupaya

berinteraksi dengan dunia luar dan dapat melibatkan diri secara aktif dalam forum

Page 19: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

2

antarabangsa. Oleh itu, penggunaan dan kemahiran bahasa Inggeris amat penting

dalam era globalisasi (Pembangunan Pendidikan, 2001).

Pada tahun 2002, kerajaan telah memutuskan penggunaan bahasa Inggeris

sebagai bahasa penghantar mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah

hingga ke tingkatan enam dan matrikulasi. Pelaksanaan keputusan itu telah bermula

pada tahun 2003 di tahun satu dan empat (peringkat sekolah rendah), di tingkatan satu,

empat dan enam bawah (di peringkat sekolah menengah) dan juga di pusat matrikulasi.

Menurut Awang Azman (2008), kelemahan pelajar menguasai bahasa Inggeris ialah

pencetus utama pengajaran pembelajaran Sains dan Matematik.

Menurut Musa Mohamad (2002) dalam Tajul Ariffin, Roslee, Rahimawati

(2007), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan bahasa

Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan

juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan

menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris

bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat. Penggunaan yang

kerap di sekolah sudah pasti akan membantu pelajar terutamanya pelajar bumiputera

memahirkan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris. Cadangan penggunaan bahasa

Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dibuat untuk membantu pelajar

meningkatkan penguasaan bahasa itu di samping memantapkan kefahaman kedua-dua

mata pelajaran tersebut. Ini adalah alasan yang baik untuk berubah dan menyediakan

masyarakat Malaysia yang mampu menguasai bahasa Inggeris serta bersedia

menghadapi era globalisasi dengan penuh keyakinan.

Agenda ini juga merupakan satu cabaran kepada profesion keguruan. Guru-

guru di Malaysia perlu berusaha menguasai bahasa Inggeris bagi membolehkan

mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab memberikan pengetahuan dan

mendidik generasi muda yang berdaya maju. Perubahan ini sebagai satu cabaran

profesion keguruan yang perlu diterima dan dilaksanakan dengan positif. Kemampuan

Page 20: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

3

guru bagi menghidupkan semangat belajar untuk mengajar khususnya dalam bahasa

Inggeris, adalah suatu kualiti professional yang boleh membantu guru menerima

cabaran ini dan melaksanakan tugas tersebut dengan berkesan.

Kelemahan menggunakan bahasa Inggeris perlu ditangani dengan lebih

objektif dan praktis. Pelbagai bentuk kemahiran perlu dikembangkan kepada pelajar

seperti kemahiran berfikir, kemahiran menulis, dan kemahiran komunikasi perlu

mendasari perkembangan profesion keguruan. Kementerian Pendidikan telah

memandang serius keperluan ini dari semua aspek termasuk keperluan kurikulum

pendidikan sendiri dan penyediaan tenaga pengajar yang terlatih bagi mendidik

generasi yang merealisasikan matlamat tersebut. Penguasaan bahasa Inggeris penting

kerana dunia telah mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa sejagat. Malaysia

memerlukan tenaga mahir yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan

baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007).

Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting

dan bahasa antarabangsa yang perlu dipertingkatkan kemahirannya di kalangan pelajar,

terutamanya di luar bandar. Bahasa ini juga membolehkan generasi muda Malaysia

bersaing di peringkat global dan bahasa yang akan mendorong mereka untuk lebih

berjaya. Kelemahan pelajar dalam bahasa Inggeris perlu ditangani dengan lebih

objektif dan praktis oleh guru-guru. Peranan guru, khususnya guru-guru Sains dan

Matematik yang terpaksa mengajar menggunakan bahasa Inggeris boleh dikira sebagai

satu cabaran kepada profesion ini. Tugas utama pendidik ialah membuka seluas-

luasnya ruang kepada pelajar memperkembangkan potensi serta melengkapkan diri

dengan sebanyak kemahiran yang releven dengan keperluan semasa.

Menurut Abdul Rahim (2005), beberapa masalah seperti kekurangan guru

bahasa Inggeris yang berkelayakan, pengajaran berpusatkan guru, bilangan murid

dalam satu kelas yang ramai, pengajaran bahasa untuk lulus peperiksaan, status bahasa

Inggeris yang masih ditakuk lama, dan dari aspek budaya dan sastera perlu diatasi.

Page 21: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

4

Reformasi pendidikan perlu dilakukan agar dapat melahirkan generasi guru yang

berkemahiran dalam menangani cabaran dunia tanpa sempadan untuk menghasilkan

generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Menurut Asmah (1989) dalam Tajul Ariffin et al (2007), matlamat bahasa

Inggeris pada peringkat negara ialah untuk menyatakan kegunaan dan peranannya

dalam pembangunan negara serta kedudukan bahasa tersebut dalam hubungan

antarabangsa. Dalam erti kata lain, bahasa Inggeris adalah perlu sebagai bahasa

pengetahuan yang mesti dikuasai dengan mahir sekiranya kita tidak mahu ketinggalan

di belakang selaras dengan peredaran zaman.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pihak kerajaan menerangkan bahawa galakan yang diberikan kepada Institusi

Pengajian Tinggi (IPTA) tentang penggunaan bahasa Inggeris adalah didorongkan oleh

keperluan pembangunan negara (Ismail Mohd Salleh, 2007). Kalau Malaysia hendak

menjadi sebuah negara maju, maka pelajar mesti sedia menggunakan bahasa Inggeris

dengan meluas kerana bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.

Menurut Sahbulah (2002) dalam Tajul Ariffin (2007), Perdana Menteri ketika itu

mengumumkan kerajaan akan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris secara serentak di semua peringkat, pelbagai pihak memberi reaksi

positif. Hishammudin Hussein (2002) dalam Tajul Ariffin et al (2007), pula

menyatakan apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk faedah semua iaitu pengetahuan

menerusi pembelajaran bahasa Inggeris.

Menurut dasar pendidikan kebangsaan (1970), bahasa Inggeris bukanlah bahasa

rasmi tetapi bahasa kedua penting dan diajarkan sebagai bahasa kedua yang utama di

sekolah-sekolah di Malaysia. Dalam hal ini perlulah diringkaskan pengertian bahasa

kedua sebagaimana yang difahami oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Bahasa

Page 22: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

5

Inggeris telah diberi kedudukan sebagai bahasa kedua memandangkan kepentingannya

dalam sistem pendidikan dan hubungan antarabangsa (Puteri Roslina, 2004). Menurut

Asmah (1989) dalam Puteri Roslina (2004), pengajaran dan pembelajaran bahasa

Inggeris sebagai bahasa kedua bergantung kepada keadaan sosiopolitik negara. Hal ini

berkait rapat dengan persoalan pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau

ESL (English As A Second Language). Bahasa Inggeris di Malaysia dikatakan

mempunyai peranan yang sama atau hampir sama dengan bahasa kebangsaan dalam

kehidupan rakyat seharian.

Keperluan dan kepentingan mempelajari bahasa ini semakin mendesak

berikuatan peranannya sebagai bahasa teknologi maklumat dan komunikasi (Utusan

Malaysia, 2002). Mengikut Atan Long (1978), bagi menguasai sesuatu bahasa itu,

bermula dengan memahami percakapan dan dikuti oleh kebolehan bertutur manakala

kebolehan membaca bergantung kepada peluang untuk mempelajari kaedah

penguasaan tersebut.

Seperti yang diketahui, pembelajaran berterusan adalah elemen yang dititik

beratkan pada masa kini. Keadaan ini perlu diambil perhatian kerana, sesetengah

pihak menganggap dan mengakui bahawa pembelajaran berterusan amat diperlukan

sebagai alternatif pembelajaran yang diperoleh secara formal. Pembelajaran yang

diperoleh secara berterusan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman

seterusnya dalam kehidupan seharian (Mohd Azhar, 2004). Pembelajaran secara

berterusan menggunakan bahasa Inggeris ini sememangnya membolehkan pelajar

mengembangkan tahap intelektual, minat dan motivasi bagi mendapatkan hasil

daripada pendidikan yang dijalani.

Walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua terpenting selepas bahasa

Melayu, namun kurang daripada sepuluh peratus rakyat Malaysia yang boleh

menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi (Fasold, 1999). Persediaan awal

perlu dijalankan supaya pelajar tidak menghadapi masalah menggunakan bahasa

Page 23: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

6

Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi tujuan keperibadian kebangsaan. Kebanyakan

pelajar menganggap pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris adalah sukar,

kompleks, rumit dan sukar difahami.

Mahasiswa merupakan golongan yang berada dalam gelombang intelektual.

Sebagai antara modal insan terpenting negara, mahasiswa memainkan peranan yang

signifikan untuk menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Golongan

mahasiswa di Malaysia lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun mereka

mendapat pendidikan rasmi di sekolah selama enam belas tahun, namun penguasaan

bahasa Inggeris masih lemah. Ini mungkin disebabkan penggunaan bahasa Melayu

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Tajul Arifin et al, 2007).

Menurut Siti Mariam (2004) dalam Tajul Arifin et al (2007), sejak sepuluh tahun yang

lepas didapati tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa adalah lemah

dan 4000 mahasiswa masih menganggur. Masalah kelemahan bahasa Inggeris

berpunca daripada tiadanya motivasi dan penggunaan bahasa itu.

Dalam konteks negara Malaysia, perbezaan individu atau latar belakang

seseorang memang menjadi satu perkara yang jelas. Menurut Sahabuddin (2007),

perbezaan individu perlu menjadi salah satu perkara yang perlu diambil kira dalam

usaha membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah. Kefahaman mengenai

perbezaan individu mempercepatkan usaha mencari jalan menyelesaikan masalah

tersebut.

Ibu bapa perlu memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk belajar

bahasa Inggeris walaupun bahasa tersebut bukan merupakan bahasa ibunda dengan

menerangkan kepada mereka tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam dunia

pendidikan dan pekerjaan. Menurut Stacey, Mary (1991), guru telah mula menghargai

peranan peranan ibu bapa dalam perkembangan anak-anaknya. Guru mendapati

bahawa pengalaman pelajar di luar sekolah juga penting dalam pembelajaran.

Page 24: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

7

Bagi Esah Sulaiman (2004), profesion pendidikan agak berbeza dan kompleks

jika dibandingkan dengan profesion lain seperti perubatan, kejuruteraan dan

perniagaan. Kemahiran dan kaedah tertentu yang digunakan dalam pengajaran belum

pasti lagi sesuai bagi semua pelajar. Guru yang berkesan perlu memiliki nilai kendiri

yang positif serta berkeupayaan mengenal dan memahami keadaan persekitaran dan

sentiasa bersedia menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Guru yang berkesan

akan dapat berperanan sebagai pemimpin, pengasuh, pembimbing, dan pengajar

(Azizi, 2005). Abdul Fattah (1994) pula menyatakan bahawa faktor-faktor utama

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ialah guru , bahan rujukan, alat bantu

mengajar, sekolah dan latar belakang pelajar tersebut.

Tajul Arifin et al (2007), menyatakan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris

dalam sejumlah kalangan lepasan sekolah dan universiti hendaklah diatasi dengan

memberikan tumpuan kepada masalah pengajaran bahasa Inggeris di sekolah, maktab

dan universiti, terutama dengan melengkapkan guru dan pensyarah yang betul-betul

mahir menguasai bahasa dan kaedah pengajarannya, melengkapkan prasarana seperti

makmal bahasa, menyemak sukatan pelajaran agak sesuai dengan keperluan negara

dan menambah waktu pengajaran mata pelajaran itu.

Bagi menimbulkan semangat dan keinginan belajar bersungguh-sungguh pula

mereka perlu diberi kesedaran akan pentingnya bahasa Inggeris dan mengapa mereka

perlu mempelajari bahasa ini. Menurut Lester D. Crow (1983), sikap individu

berkembang dari semasa ke semasa. Sesetengah daripada sikap itu dibentuk tanpa

arahan, dan yang lainnya pula adalah hasil dari rancangan cermat oleh seseorang atau

mendapat galakan dari beberapa orang tertentu. Menurut Blair (1991) dalam Galda,

Cullinan dan Stricklan (1993), sikap dan minat adalah tingkah laku yang dipelajari,

mudah diresapi , serta mempunyai kaitan dan personaliti dan pembelajaran individu.

Pelajar-pelajar adalah berbeza jika ditinjau dari segi jumlah masa belajar yang

berterusan.

Page 25: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

8

Sebagai remaja, pelajar lebih banyak berbincang tentang kebimbangan

peribadi. Menurut Goodlad and Hirst (1989) dalam Zuraidah (2007), tutoring rakan

sebaya ialah satu sistem pengajaran di mana individu belajar membantu antara satu

dengan lain melalui proses mengajar. Terdapat pelajar yang memerlukan rakan tetapi

tidak tahu bagaimana membina perhubungan. Menurut Zuraidah (2007), pelajar masih

berada di dalam proses pembentukan sahsiah yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor,

satu daripadanya adalah pengruh rakan sebaya. Pengaruh ini mungkin berlaku secara

nyata ataupun secara disedari ataupun tidak disedari oleh pelajar itu sendiri. Rakan

sebaya merupakan model yang ditiru oleh seseorang pelajar. Mereka boleh menjadi

sumber bantuan kepada guru dan kaunselor dan menjadikan proses pembelajaran

sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sudah pasti akan

membantu pelajar terutamanya pelajar bumiputera memahirkan diri dalam penggunaan

bahasa Inggeris. Cadangan penggunaan bahasa ini adalah alasan yang baik untuk

berubah. Ia perlu bagi menyediakan masyarakat Malaysia yang mampu menguasai

bahasa Inggeris dan bersedia menghadapi era globalisasi dengan penuh keyakinan.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dibincangkan, kajian ini

menumpukan kepada beberapa persoalan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun satu, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Beberapa faktor perlu dikaji bagi melihat

pemasalahan ini.

Sehubungan dengan ini, kajian yang dibuat mengambil beberapa faktor untuk

menentukan sejauh manakah faktor-faktor seperti, latar belakang pelajar, pengajaran

Page 26: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

9

pensyarah, sikap pelajar dan rakan sebaya mempengaruhi pembelajaran menggunakan

bahasa Inggeris .

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Menentukan sama ada latar belakang pelajar mempengaruhi pembelajaran

menggunakan bahasa Inggeris.

1.4.2 Menentukan sama ada pengajaran pensyarah mempengaruhi pembelajaran

menggunakan bahasa Inggeris.

1.4.3 Menentukan sama ada sikap pelajar mempengaruhi pembelajaran

menggunakan bahasa Inggeris.

1.4.4 Menentukan sama ada rakan sebaya mempengaruhi pembelajaran

menggunakan bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan Kajian.

Berikut adalah persolan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini:

1.5.1 Apakah tahap pengaruh latar belakang pelajar terhadap pembelajaran

menggunakan bahasa Inggeris ?

Page 27: SOPIAH BINTI MARJUKI @ ISMAIL - fp.utm.my · baik dan berkesan (Tajul Ariffin et al, 2007). Menurut Sufean Hussin (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa

1.5.2 Apakah tahap pengajaran pensyarah terhadap pembelajaran menggunakan

bahasa Inggeris?

1.5.3 Apakah tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran menggunakan bahasa

Inggeris?

1.5.4 Apakah tahap rakan sebaya terhadap pembelajaran menggunakan bahasa

Inggeris?