sombong bawa padah (slaid)

9
Sombong Membawa Padah

Upload: zuereesdin

Post on 28-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

  • Sombong

    Membawa Padah

  • Pn. Shukrini Binti HashimSK Taman Seri SinarKuala Lumpur

    Pn. Noraini Binti Andi AripSK Sentul (1)Kuala Lumpur

  • Gab si kambing hitam tinggal di tebing sebatang sungai. Gib si kambing putih pula tinggal di tebing yang bertentangan. Ada sebatang jambatan kayu yang telah usang merentangi sungai itu. Pada suatu hari Gab hendak menyeberang sungai. Dia pun berjalanlah dengan angkuhnya.

    Akulah kambing yang paling kuat sekali di dunia ini Katanya dengan megah.

  • Gib juga hendak menyeberang sungai. Mereka bertembung ditengah-tengah jambatan. Aku yang sampai duluakulah yang patut menyeberang dulu Kata Gab.

    Tidak! Aku yang sampai dulu.. kata Gib juga.

    Mana boleh....biarlah aku menyeberang dulu! kata Gab berang

    Baiklahmari kita lihat siapa yang lebih kuat.kata Gib Pula.

    Mereka pun saling bertolakan di atas jambatan itu.

  • Jambatan yang usang itu, mula bergoyang-goyang. Gab dan Gib tidak menyedarinya. KKKKKKKRRRRRIANG.KKKKRRRRRRIUK.KKKKKKRRRRIANGKKKKKKKRRRIUK..KKKKRRRRRREEEEEEEK .RRRRRUUUUUM

    Jambatan itu tiba-tiba putus dan runtuh. Gab dan Gib pun jatuh ke dalam sungai. Gab dan Gib terkapai-kapai kerana tidak tahu berenang. Tolong..tolong.kami nak lemas.tolong

  • Tiba-tiba lalu seekor kambing tua yang bernama Gub. Gub tanpa berlengah menghulurkan dahan kayu ke arah Gab dan Gib. Gab dan Gib pun dapat naik semula ke darat. Kenapalah kamu ni Gab dan Gib..itulahsetiap hari kerja kamu asyik bergaduh.saja kata Gub.Kami berebut hendak menyeberang sungaitetapi jambatan itu sempit.Semasa kami sedang bertolak-tolakan, tiba-tiba jambatan itu putus dan kami jatuh ke dalam sungaiKata Gab.

  • Haaaaaaaa.itulah balasannya kepada orang yang tidak mahu bertolak ansur.sepatutnya aku biarkan kamu berdua mati lemas tadi. Kata Gub.

    Kami minta maaf lain kali kami tak kan bergaduh lagi terimakasih Gub kerana telah menyelamatkan kami. Kata Gib pula.

    Sejak hari itu Gab da Gib hidup aman dan damai. Mereka saling tolong menolong dan bertolak ansur.

  • Pengajaran dari cerita tadi Kita janganlah bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri. Kita hendaklah saling bertolak ansur supaya hidup kita aman dan damai.