solat ubat kepada penyakit sosial

6
Solat Ubat Kepada Penyakit Sosial Mohd Khir Johari bin Abas Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ungku Omar. [email protected] 1 Pendahuluan Pelbagai kajian yang dijalankan mengkaji tentang penyakit masyarakat dan pelbagai kaedah diutarakan bagi menyelesaikannya. Pengkaji hanya memfokus satu dari berberapa titik kajian yang berharga itu. Ilmu Psikologi melihat bahawa tindak balas manusia dan reaksinya berpunca dari personaliti yang celaru, jiwa tidak tenang, kekusutan minda dan seumpamanya. Keseluruhan penyakit terebut terfokus kepada jantung. Dalam masa yang sama Islam melihat jantung memainkan peranan penting dalam solat. Jantung adalah tempat yang melahirkan khusyu. Justeru pengkaji ingin melihat hubungkait Solat-Jantung-Penyakit sosial. 2 Pensyariatan berasakan kemaslahatan. Para ulamak Usul Fiqh dan Fiqh berkonsensus bahawa maslahah adalah inti kepada pensyariatan, 1 bermatlamat menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia dalam perlaksanaannya. 2 Setiap hukum yang dipertanggungjawabkan ke atas mukallaf mengandungi hikmah tersembunyi yang membawa kebaikan atau menghindarkan kemudharatan 3 dunia dan akhirat, bersumberkan al-Quran dan al-hadith. 4 1 Ahmad Munif Suratmaputra, Filsafat Hukum Islam Al-Ghazali Maslahah Murslah dan Rilevensinya dengan Pembaharuan Hukum Islam, ( Jakarta : Penerbit Pustaka Firdaus, 2002) 1. Yusuf al-Qaradhawi, fiqh Maqasid ,79. ‘Izz al-Din ibn ‘Abd Salam, Qawa’id al -Ahkam fi Masalih al-Anam, ( Damsyiq : Dar al-Qalam, 2000), 14. Najm al-Di al-Tufi, Risalah fi ri’ayah al-Maslahah, (Kaherah : al-Dar al-Masriyah al-Lubnaniyah, 1993) 25. Al- Amidi (1387H),al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam,( Riyadh : Dar al-Sami’I, 2003), 3: 339-340. Muhammad Abu Zahrah ,Usul al-Fiqh ( Kaherah : Dar al-Fkr al-‘Arabi, t.t), 277. Yusuf al-Qaradhawi, Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al- Islamiyah,(beirut : Muassasah al-Rislah, 1993), 53. 2 ‘Abd al-Karim al-Zaydan, al-Madkhal li Dirasah al-Syari’ah al-Islamiyah, ( Iskandariah : Dar Umar al-Khattab, t.t ) 46-49, 202. Muhammad Salam Madkur, Usul al-Fiqh al-islam, cet1 ( Kaherah : Dar al-Nahdah al-‘Arabiya, 1976) 173. Al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad bin Umar, al-Mahsul, ( Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, t.th ), 2:434. Al-Ghazali, Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad, Al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul, ( Beirut : Muassasah al-Risalah, 1997 ), 1:416. ‘Izz al-Din ibn ‘Abd Salam, Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, ( Damsyiq : Dar al-Qalam, 2000),7 3 Selamat Hashim, Maslahah Dalam Perundangan Hukum Syarak, ( Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2010 ), 55 4 Mohd Nazri bin Asiabu, “Penggunaan Maslahah Dalam Fatwa : Kajian Kes Bagi Fatwa -Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia”, (Disertasi Sarjana Syariah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004), 16-20

Upload: kami05053950

Post on 25-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Bagaimana solat berfungsi merawat penyakit ummat.

TRANSCRIPT

  • Solat Ubat Kepada Penyakit Sosial

    Mohd Khir Johari bin Abas

    Pensyarah

    Jabatan Pengajian Am,

    Politeknik Ungku Omar.

    [email protected]

    1 Pendahuluan

    Pelbagai kajian yang dijalankan mengkaji tentang penyakit masyarakat dan pelbagai

    kaedah diutarakan bagi menyelesaikannya. Pengkaji hanya memfokus satu dari berberapa titik

    kajian yang berharga itu. Ilmu Psikologi melihat bahawa tindak balas manusia dan reaksinya

    berpunca dari personaliti yang celaru, jiwa tidak tenang, kekusutan minda dan seumpamanya.

    Keseluruhan penyakit terebut terfokus kepada jantung. Dalam masa yang sama Islam melihat

    jantung memainkan peranan penting dalam solat. Jantung adalah tempat yang melahirkan

    khusyu. Justeru pengkaji ingin melihat hubungkait Solat-Jantung-Penyakit sosial.

    2 Pensyariatan berasakan kemaslahatan.

    Para ulamak Usul Fiqh dan Fiqh berkonsensus bahawa maslahah adalah inti kepada

    pensyariatan,1 bermatlamat menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia dalam

    perlaksanaannya.2 Setiap hukum yang dipertanggungjawabkan ke atas mukallaf mengandungi

    hikmah tersembunyi yang membawa kebaikan atau menghindarkan kemudharatan3 dunia dan

    akhirat, bersumberkan al-Quran dan al-hadith.4

    1 Ahmad Munif Suratmaputra, Filsafat Hukum Islam Al-Ghazali Maslahah Murslah dan Rilevensinya dengan

    Pembaharuan Hukum Islam, ( Jakarta : Penerbit Pustaka Firdaus, 2002) 1. Yusuf al-Qaradhawi, fiqh Maqasid

    ,79. Izz al-Din ibn Abd Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, ( Damsyiq : Dar al-Qalam, 2000), 14. Najm al-Di al-Tufi, Risalah fi riayah al-Maslahah, (Kaherah : al-Dar al-Masriyah al-Lubnaniyah, 1993) 25. Al-Amidi (1387H),al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam,( Riyadh : Dar al-SamiI, 2003), 3: 339-340. Muhammad Abu Zahrah ,Usul al-Fiqh ( Kaherah : Dar al-Fkr al-Arabi, t.t), 277. Yusuf al-Qaradhawi, Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al-Islamiyah,(beirut : Muassasah al-Rislah, 1993), 53. 2 Abd al-Karim al-Zaydan, al-Madkhal li Dirasah al-Syariah al-Islamiyah, ( Iskandariah : Dar Umar al-Khattab, t.t ) 46-49, 202. Muhammad Salam Madkur, Usul al-Fiqh al-islam, cet1 ( Kaherah : Dar al-Nahdah al-Arabiya, 1976) 173. Al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad bin Umar, al-Mahsul, ( Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, t.th ),

    2:434. Al-Ghazali, Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad, Al-Mustasfa min Ilm al-Usul, ( Beirut : Muassasah al-Risalah, 1997 ), 1:416. Izz al-Din ibn Abd Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, ( Damsyiq : Dar al-Qalam, 2000),7 3 Selamat Hashim, Maslahah Dalam Perundangan Hukum Syarak, ( Skudai : Penerbit Universiti Teknologi

    Malaysia, 2010 ), 55 4 Mohd Nazri bin Asiabu, Penggunaan Maslahah Dalam Fatwa : Kajian Kes Bagi Fatwa-Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, (Disertasi Sarjana Syariah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004), 16-20

  • Melalui penelitian secara induktif mendapati para ulamak menjadikan maslahah

    sebahagian dari perbahasan utama maqasid al-syariah.5 Maslahah turut menjadi frasa kata

    yang sering diulang-ulang dalam kitab-kitab mereka. Para sarjana islam mengidentifikasi

    maslahah sebagai prinsip, sumber hukum, doktrin, konsep, metod dan teori.6 Kepelbagaian

    terma yang digunakan menggambarkan kepentingannya untuk difahami. Sebahagian daripada

    para ulamak pula mempopularkan ungkapan :

    7

    Bermaksud :

    Dimana sahaja kamu temui al-maslahah maka di situ adanya syariat Allah.8

    Ungkapan ini menggambarkan keutamaan makna hukum iaitu kemaslahatan berbanding

    hukum itu sendiri. Ianya secara tidak langsung memberi ruang kepada akal untuk mencari

    makna tentang hukum dan memaknakannya.

    3 Solat.

    Dalam al-Quran Allah menyebut sebanyak 67 kali perkataan 9 dan sekali

    perkataan menjadikannya 68 kali, perkataan yang terkembang dari juga disebut

    sebanyak 68 kali. Dengan jumlah yang sama berulang perkataan dan .10 Pengkaji

    melihat wujudnya hubungan signifikan antara solat, malaikat, al-quran dan selamat. Kajian

    lanjut berkaitan dengannya sangat-sangat diharapkan.

    Fokus perbahasan terhadap berberapa ayat antaranya11

    :

    5 Yusuf Ahmad Muhammad al-Badawi, Maqasid al-Syari'ah 'inda Ibnu Taimiyah, (Jordan : Dar al-Nafais, 2000),

    283. 6 Asmawi M.Ag, Konseptualisasi Teori Maslahah, https://www.academia.edu/9998895 dicapai pada 18 Mac 2015. 7 Muhammad Najib al-Mutii, Kitab al-Majmu Syarh al-Muhazzab li al-Syairazi, ( Jeddah : Maktabah al-Irsyad, t.t) 22:16 . Hasbi ash-Shiddieqy, Falsafah Hukum Islam, ( Jakarta :Bulan Bintang, 1975), 331 8 Dr. Yusuf al-Qardawi tidak setuju dengan ungkapan ini dan menafikan ungkapan ini tatkala disandarkan kepada ibnu al-Qayyim dan Ibnu Taimiyah. Bahkan beliau turut mencadangkan ungkapan yang lain bagi menggantikan

    ungkapan tersebut. Ungkapan yang disyorkan adalah : Bermaksud : Dimana sahaja ditemui syariat Allah maka kedapatan maslahah bagi hamba. Lihat Fiqh Maqasid

    Qardawi, 116

    9 Tidak termasuk perkataan pecahan darinya seperti . 10 Abd al-Razzaq al-Nawfal, Al-'ijaz al-'Adadi li al-Quran al-Karim, ( beirut : Dar al-Kitab al-'Arabi, 1987), 147-

    151 11 Pemilihan ayat berdasarkan perbahasan terus dan perbahsan ini adalah perbahasan ringkas. Pengkaji sedia

    membuat kajian lanjut seandainya memerlukan tuntutan sedemikian.

  • i. Al-Ankabut, 29:45.

    Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-

    Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah

    dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih

    besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu

    kerjakan.

    Al-Qurtubi : Perkataan solat bermaksud menunaikannya pada waktunya, dengan bacaannya,

    rukunya, sujudnya, duduknya, tasyahhudnya dan segala yang berkitan dengannya. Solat

    menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukan. Bahkan beliau berpandangan solat yang

    menjadi penghalang adalah solat yang difahami dari pelbagai ayat al-Quran dan hadith-hadith

    Nabi SAW iaitu yang difahami, yang dihayati, khusu dan seumpamanya. 12

    Ibn al-Kathir : Solat mengandungi dua titik penting iaitu mencegah perbuatan keji dan

    mungkar. Dengan ketekunan yang mampan akan membuahkan sedemikian.13

    Al-Nasafi : Solat yang konsisten dapat menghalang perbuatan seperti zina dan perbuatan yang

    ditegah syara dan akal.14

    ii. Maryam, 19:59.

    Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta

    menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab

    (dalam neraka).

    i. Al-Zuhaily : Setelah Allah menceritakan tentang umat terdahulu daripada para nabi dengan

    sifat terpuji, Allah memotret gambaran umat terkemudian yang meninggalkan suruhan agama 12 Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, Al-Jami li al-Ahkam al-Quran, ( Kaherah : Dar al-Hadith, 2002), 7:308-309. 13 Ibnu kathir, Tafsir al-Quran al-Azhim, (Kaherah : Dar al-Hadith, 2002), 6:296. 14 Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud al-Nasafi, Tafsir al-Nasafi, ( Beirut : Dar Kutub al-Ilmiah, 1995), 2:292-293.

  • dan melakukan larangannya. Antara perbuatan yang mereka lakukan adalah terjerumus ke arah

    penzinaan, meminum arak, mengikut syahwat dan meninggalkan solat. Al-Syaukani

    berpandangan mereka yang mengakhirkan waktu solat, meninggalkan fardhu-fardhunya,

    syarat-syaratnya, dan rukun-rukannya termasuk dalam mencuaikan solat.15

    ii. Al-Qurtubi : Generasi manusia diteruskan dengan generasi yang rosak. Keadaan ini hampir

    berlakunya kiamat tatkala telah pergi sabahagian para ualamak. Mereka telah menerpa lorong-

    lorong penzinaan.16

    4 Kajian Literatur

    Banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan ibadah solat dan kesannya terhadap psikologi,

    spritual, akal, personaliti dan sebagainya. Antara kajian yang dilakukan di peringkat sarjana

    Universiti Malaya sepanjang 2007-2015 adalah :

    i. Terdapat korelasi yang signifikan pada p

  • 4.1 Jantung dalam al-Quran

    Perkataan jantung dalam bentuk singular sebanyak 53 kali dan dalam bentuk plural

    sebanyak 104 kali dalam al-Quran. Hampir keseluruhan ayat menyentuh tentang

    fikiran, perasaan, kesedaran, penakulan dan seumpamanya.

    Antara ayat-ayat yang menyentuh tentang perkara tersebut adalah ; Al-Baqarah : 10, al-

    Maidah : 52, al-Anfal : 49, al-Taubah : 125, al-Hajj : 53, al-Nur 50, al-Ahzab :12 , 32

    dan 60, Muhammad : 20 dan 29, al-Muddathir : 31.

    4.2 Apa ada dengan Jantung.

    Kajian mendapati bahawa minda, akal, kecerdikan, perasaan dan segala bentuk kepandaian

    terletak pada Jantung dan bukannya otak.

    Berberapa fakta hasil kajian Dr Abd Daim Al-Kaheel.

    Profesor Gary Schwartz Pakar psikiatri,University of Arizona, dan Dr. Linda Russek

    percaya bahawa Kuasa jantung mampu menjadi Penyimpanan dan pemprosesan

    maklumat .

    Dr Gary telah menjalankan penyelidikan termasuk lebih daripada 300 kes pemindahan

    jantung, dan mendapati bahawa mereka mengalami perubahan psikologi yang drastik

    selepas pembedahan

    Jantung berdenyut sejak seseorang masih janin dalam rahim ibu dan selepas 21 hari

    kehamilan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.

    Apabila mereka menjadi dewasa jantung mengepam lebih daripada tujuh puluh ribu

    liter darah, amaun ini dipam semasa mengembang dan menguncup.

    Ia berdegup setiap hari lebih daripada seratus seribu kali, dan apabila ia menjadi tujuh

    puluh tahun umur anda untuk mengepam juta tong darah dalam tempoh ini.

    Dan sesetengah penyelidik hari ini percaya bahawa jantung adalah salah satu yang

    mengarahkan otak di tempat kerja, dan setiap sel jantung menyimpan memori. Dr

    Schwartz mengatakan bahawa sejarah kita ditulis dalam setiap sel dalam badan kita.

    Menurut Dr J. Andrew Armour dalam setiap sel jantung, terdapat set otak yang sangat

    kompleks.

  • 5 Jantung dalam hadith.

    Nabi s.a.w bersabda menghuraikan tentang punca kepada sebahagian penyakit :

    . 20

    Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, tatala ia baik, baiklah

    keseluruhan jasad dan tatkala ia rosak rosaklah keseluruhan jasad, ia adalah jantung.

    Nabi SAW secara jelas menyebutkan bahawa segala perkara yang baik dan merosakkan

    berpunca dari jantung21

    . Di sinilah letaknya titik yang mengarahkan akal untuk memikirkan,

    kaki untuk berjalan, tangan untuk bertindak dan sebagainya.

    6 Kesimpulan.

    i. Setiap perintah yang datang dari Allah SWT mengandungi kemaslahatan bagi manusia

    khususnya solat. Walau pun kita tidak dapat memahami kelebihan sebahagian besar perkara

    ibadah tetapi ia tidak menafikan keutamaannya dalam pembentukan kemaslahatan manusia.

    i. Dari pelbagai sumber nas dan pandangan para ulamak solat merupakan ibadah yang mampu

    membentuk individu yang sihat imannya.

    ii. Pengkaji turut berpandangan, solat itu sendiri adalah ibadah yang mempunyai kedudukan

    yang tinggi, tetapi perlu dibezakan antara solat dan orang yang bersolat ibarat pisau dn cara

    penggunaan pisau.

    iii. Kebanyakkan penyakit masyarakat hari ini adalah berpunca dari hati yang rosak apath lagi

    mati.

    iv. Justeru langkah yang perlu dilakukan adalah mendorong solat yang ditunaikan untuk

    menghidupkan hati (Jantung)

    20: : - : - 52 : :

    21 Masyarakat melayu sudah sekian lama dan sebati dengan istilah hati, walaupun maksud asalnya adalah jantung. Pengkaji tidak berhajat menghurai polimik pengistilahan ini terlalu panjang. Justeru untuk kajian ringkas ini pengkaji mengembalikan al-qalb kepada maksud bahasanya iaitu jantung.