solat jemaah

Upload: cokelatmanggis

Post on 01-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

solat jemaah

TRANSCRIPT

Solat Jemaah (dari buku nadia)Tarif solat jemaah:Solat dari segi bahasa berasal daripada bahasa arab bermaksud doa dan dari segi istilah syara ialah Ertinya: Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan member salam, berdasarkan kepada beberapa syarat tertentu.

Jemaah dari segi bahasa ialah satu perhimpunan. Maka yang dimaksudkan dengan solat jemaah dari segi syara pula ialah mewujudkan satu ikatan dan pertalian diantara imam dan makmum. Oleh yang demikian solat jemaah akan terhasil dengan seorang imam dan seorang makmum.

Pesyariatan solat jemaah: Tuntutan solat jemaah keatas orang Islam adalah berdasarkan kepada dalil Al-Quran , Al-Sunnah dan Al-Ijma.1) Dalil Al-Quran

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Nisa ayat 102 :

Maknanya : Dan apabila engkau (Muhammad) berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu engkau hendak melaksanakan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata mereka, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat) maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah dating golongan yang lain yang belum solat,lalu mereka solat denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap sedia dan menyandang senjata mereka. Orang-orang kafir ingin agar kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu sekaligus. Dan tidak mengapa kamu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat suatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu sakit dan bersiap-siap sedialah kamu. Sungguh Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu.

Ayat di atas memerintahkan sembahyang jamaah pada ketika ketakutan dalam peperangan, maka sudah tentu dalam masa aman lebih dituntuti.2) Dalil Sunnah, antara lainnya :

: ( ) : " "( )

Ertinya : Baginda bersabda Solat jamaah itu lebih afdal daripada solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat .Dan dalam riwayat yang lain : lebih daripada solat seorang diri dengan dua puluh lima darjat.

Imam Nawawi berkata dalam kitabnya " di dalam memahami dua hadith tersebut, sebenarnya tidak ada penentangan di antara du riwayat hadith itu, kerana yang sedikit (25) tidak menafikan yang banyak (27) atau pada mulanya Nabi mengkhabarkan yang sedikit kemudin diberitahu pula bahawa Allah S.W.T. menambahkan lagi dengan limpah kurniaNYA, atau perbezaan itu berlaku kerana bebrbeza keadaan orang-orang yang bersembahyang dari segi bilangan sedikit atau banyaknya.

3) Dalil IjmaSesungguhnya para sahabat telah ijma bahawa solat jamaah itu adalah diperundangkan atau dituntut melaksanakannya selepas berlaku peristiwa hijrah. Menurut sejarah, semasa Baginda berada di Makkah selama 3 tahun selepas dilantik menjadi Rasul, Baginda solat tanpa berjamaah dan ketika itu orang Islam berada dalam keadaan tertekan dan tertindas, lantas masing-masing solat di rumah.

Pengertian (dari bukuBimbingan.)Solat berjamaah ialah solat yang didirikan oleh sekurang-kurangnya dua orang atau lebih , dan seorang daripada mereka (yang lebih fasih bacaannya dan memahami serta mengetahui hokum-hukum Islam) akan menjadi imam kepada yang lain, dan kedudukan tempat berdiri imam itu lebih ke hadapan daripada yang lain (makmun).Hukum Solat BerjamaahSolat berjamaah hukumnya ialah sunat muakkad (yang mati dituntut ke atas orang Islam mengerjakannya), iaitu bagi orang yang tidak ada halangan untuk melakukannya.Ia berpandukan pada sebuah hadith

Fadilat Solat Jamaah:Kelebihan dan Keistimewaan solat jemaah ternyata pada hadith yang lalu iaitu dua puluh lima atau dua puluh tujuh darjat daripada melebihi solat seorang diri, selain daripada itu terdapat banyak hadith-hadith lain yang menggalakkan kita melekukan solat secara berjemaah an beberapa fadilat lain yang disebutkan . Diantara lain, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

Ertinya: Berilah khabar gembira kepada mereka yang sering berjalan dalam keadaan gelap gelita menuju masjid (kerana ingin bersolat jamaah) dengan cahaya yang sempurna di hari Qiamat.

Ertinya: Diriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawasanya Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda :Kalaulah manusia tahu tentang kelebihan yang ada pada azan dan saf yang pertama,kemudian mereka tidak memperolehinya melainkan dengan cabut undi nescaya mereka akan membuat undian untuk mendapatkannya, dan kalaulah mereka tahu tentang fadhilat yang ada pada pemergian lebih awal ke tempat solat berjamaah, nescaya mereka berlumba-lumba kepadanya. Dan kalaulah mereka tahu betapa besarnya fadhilat solat Isya dan Subuh nescaya mereka akan pergi bersolat jamaah walaupun dalam keadaan merangkak.

Hikmah dan Rahsia Solat JamaahTidak dapat dinafikan lag bahawa solat berjamaah itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia di sebaliknya. Dapat memupuk mahabbah Dapat saling mengenali atau taaruf Memupuk semangat tolong-menolong sesama Islam Menanamkan prinsip kasih-sayang dalam hati orang-orang Islam Mewujudkan ukhuwah persaudaraan Islamiah Saling

Hukum solat berjemaah

Hukum berjamaah ini berbeza-beza sesuai dengan perbezaan jenis solat yang dikerjakan secara berjamaah.Terkadang hukumnya fardhu seperti mendapatkan rakaat terakhir dari solat jumaat, terkadang merupakan syarat sah solat seperti dalam solat yang dilakukan secara jama.

Mengikut Imam Syafie, hukum solat berjemaah adalah samaada sunat muakad atau fardhu kifayah.

Solat berjemaah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang di kerjakannya.

1.Fardhu ain pada solat jumaat2.Fardhu kifayah pada solat fardhu3.Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang di sunatkan jemaah padanyaPermasalahan muwafiq dan masbuqMakmum dalam solat berjamaah ada 2 bahagian:1. Makmum Muwafiq2. Makmum Masbuq

Sebagai makmum,kita mungkin tidak akan lari dari situasi salah satu daripada 2 bahagian ini. Dengan ini,kita perlu mendalami dan mengetahui adakah kita muwafiq atau masbuq ketika menunaikan solat berjamaah dan apakah hukum-hukumnya an tanggungjawab keatas orang muwafiq dan masbuq.

Apa erti Muwafiq?Muwafiq ialah orang yang sempat berdiri bersama-sama Imam dalam satu tempoh masa yang memuatkan bacaan Al-Fatihah dengan berdasarkan kepada bacaan yang sederhana (tidak cepat atau lembut itu bukan diukur dengan bacaan dirinya atau imamnya) AtauMuwafiq itu ialah makmum yang dapat masa yang mencukupi untuk membaca Al-Fatihah dalam masa Imam berdiri, dan bacaan yang dimaksudkan itu ialah bacaan perrtengahan tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lembut.KEWAJIPAN SEORANG MAKMUM MUWAFIQ Pada umumnya, makmum muwafiq wajib membaca Fatihah dengan sempurna dan tidak harus ia tinggal sebahagian pun daripada ayat-ayat Fatihah. Adapun jika terkemudian makmum muwafiq daripada imamnya dengan sebab keuzuran tertentu hukumnya dimaafkan sehingga 3 rukun yang panjang, dengan tujuan membaca Fatihah atau menyempurnakannya. Maksud 3 rukun yang panjang itu ialah rukuk, sujud pertama dan sujud kedua, tidak termasuk iktidal dan duduk antara dua sujud kerana ia adalah rukun yang pendek. Sekiranya makmum itu selesai daripada Fatihahnya, sedangkan Imam berada dalam sujud yang kedua, maka hendaklah ia rukuk dan lakukan pekerjaan sembahyang mengikut tertib sembahyang dirinya kerana belum lagi berlalu keatasnya tiga rukun yang panjang. Kemudian apabila selesai makmum itu daripada sujudnya yang kedua, iapun bangun berdri untuk membaca Al-Fatihah. Kalau didapati Imam ketika itu dalam rukuk hendaklah ia rukuk bersama Imam dan gugurlah daripadanya bacaan Fatihah,kerana ia dikira masbuq pada rakaat itu.Maka jika ia dapat thomaninah dalam rukuk bersama-sama Imam sebelum Imam mengangkat kepalanya daripada had sekurang-kurangnya memadai pada rukuk, nescaya ia telah dikira mendapat rakaat kedua. Sebaliknya,jika tidak dapat thomaninah dalam rukuk bersama Imam,maka luputlah rakaat itu dan hendaklah ia tambah satu rakaat lagi, selepas Imam memberi salam. Jika makmum yang sudah selesai daripada sujud yang kedua itu bangun dan didapati Imamnya masih dalam berdiri (belum rukuk), maka sekiranya ia sempat berdiri bersama Imm dalam kadar masa yang memuatkan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana,nescaya ia adalah muwafiq yang wajib semurnakan bacaan Al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan daripada Imam dengan 3 rukun yang panjang pula,jika ada keuzuran. Sebaliknya jika tidak sempat berdiri dengan Imam kadar masa tersebut, maka ia adalah masbuq yang wajib membaca Al-Fatihah sekadar yang dapat sahaja dan apabila Imam rukuk wajiblah ia rukuk dan mesti tinggalkan bacaan yang baki lagi itu. Jika makmum yang sudah selesai daripada sujud yang kedua itu bangun berdiri sedangkan Imam sudah berada pada rukun selepas rukuk,wajiblah ia turut bersma-sama Imam pada perbuatannya ketika itu, dan hendaklah tambah satu rakaat lagi setelah Imam memberi salam. Kemudian hendaklah ia menambah satu rakaat selepas daripada salam Imamnya. Sekiranya makmum itu masih juga idak seelsai bacaan Fatihahnya sedangkan Imam hendak turun rukuk pada rakaat yang kedua, wajiblah ia berniat mufaraqoh kerana jika ia terkemudian dengan sengaja dalam hal ini tanpa niat mufaraqoh dan tahu pula hukumnya nescaya batal sembahyangnya. Namun begitu sekiranya Imam berada dalam tasyahud hendaklah ia tinggal bacaan Fatihah dan terus ikut Imam duduk, kemudian hendaklah ia menambah satu rakaat selepas salam Imamnya, atau ia tidak duduk bersama Imam pada tasyahud tetapi ia niat mufaroqoh dan selesaikan sembahyangnya dengan sendiri atas dirinya.

PENGERTIAN MASBUQMasbuq ialah mereka yang tidak sempat berdiri bersama Imam dalam suatu tempoh masa yang memuatkan bacaan Al-Fatihah dengan kadar bacaan yang sederhana.KEWAJIPAN MAKMUN MASBUQ. Makmum masbuq wajib membaca Al-Fatihah sekadar yang dapat sahaja, apabila Imam rukuk hendaklah ia berhenti daripada meneruskan bacaan Fatihah dan terus turut rukuk bersama Imam dengan syarat jka ia tidak membaca sesuatu yang sunat atau diam kerana terlupa atau kerana mendengar bacaan Imam. Gugurlah bacaan Fatihah yang baki lagi dan akan ditanggung oleh Imam. Tetapi jika ia tidak berhenti daripada membaca Al-Fatihah dan jadi ia terkemudianlah ia daripada Imam dengan tujuan untuk menyempurnakan bacaan Fatihah semuanya. Hukumnya : Sekiranya ia tidak sempat rukuk bersama Imam sekadar Thomaninah sebelum imam bangun daripada had sekurang-kurang memadai pada rukuk, luputlah rakaat itu. Maka hendaklah ia muwafaqah (beserta) dengan imam dimana rukun ia berada ketika itu, jika sebaliknya (tidak beserta Imam) bahkan ia sengaja rukuk dan tahu haramnya, batallah sembahyangnya. Oleh yang demikian , terkemudian makmum daripada Imam dengan tujuan tersebut adalah tidak dimaafkan, maka dengan ini sembahyangnya akan terbatal jika Imam mendahuluinya dengan dua rukun fili walaupun pendek. Adapun jika makmum masbuq itu membaca sesuatu yang sunat seperti doa Iftitah atau taawuz atau ia diam, maka wajiblah ia membaca Fatihah sekadar banyak huruf yang dibacanya atau sekadar lama masa diamnya menurut anggaran dengan fikirannya dan ia tidak harus rukuk sebelum selesai bacaan tersebut, kerana jika ia sengaja rukuk dan tahu haramnya maka batallah sembahyangnya. Tetapi jika ia rukuk dengan terlupa atau jahil,maka perbuatannya itu tidak dikira dan hendaklah ia tambah satu rakaat selepas salam Imamnya. Apabila ia selesai membaca Al-Fatihah sekadar yang wajib dibacanya sekiranya ia sempat bersama Imam dalam rukuk serta tomaninah,maka dapatlah rakaat itu. Sebaliknya jika tidak,luputlah rakaat itu dan hendaklah ia muwafaqoh (beserta) Imam dimana dan rukun ia berada ketika itu (iktidal atau tunduk sujud),janganlah ia sengaja rukuk disamping tahu haramnya, oleh itu wajiblah ia menggantikan satu rakaat selepas salam Imamnya. Jika belum selesai membaca Fatihah kadar yang wajib dibaca itu, sedangkan Imam hendak turun kesujud, maka wajiblah ia niat mufaroqoh dan tidak harus mengikut Imam lagi, kerana ia adalah wajib menyempurnakan Fatihahnya. Inilah hukum bagi orang masbuq yang sibuk dengan bacaan sunat.

PENGGANTIAN IMAM (ISTIKHLAF)Seseorang Imam,apabila ia keluar daripada menjadi Imam sama ada dengan turun (undur) kebelakang para makmum, atau keluar daripada sembahyang sebab berhadas atau seumpamanya, lalu orang lain mengganti Imam. Inilah yang dinamakan Istikhlaf. Hukumnya adalah harus sana ada pengganti (khalifah) melantik dirinya sendiri menjadi Imam atau ia dilantik oleh Imam atau para mkmum atau sebahagian daripada makmum.

SANDARAN HARUS ISTIKHLAFKeharusan Istikhlaf adalah berdasarkan kepada keharusan sembahyang dengan dua Imam secara bergilir-gilir,sebagaimana yang terjadi dalam kisah Abu Bakar As-Sidiq sewaktu Baginda Rasulullah S.A.W. sakit, Abu Bakar lah yang menjadi Imam sembahyang jamaah waktu itu. Kemudian pada suatu hari Baginda pun masuk masjid hendak sembahyang dan Abu Bakar ketika itu sedang mengimami sembahyang jamaah bersama para sahabat lain, lalu Abu Bakar mengundur kebelakang dan mendahulukan Rasulullah S.A.W. setelah beliau keluar menjadi Imam.Walaubagaimanapun, pada asal Istikhlaf itu hukumnya harus,tetapi kadangkala ianya menjadi haram . Dalam Istikhlaf sembahyang tidaklah disyaratkan khalifah (pengganti) itu berdiri berbetulan dengan Imam dan maju kehadapan daripada para makmum, bahkan sunat sahaja melangkah kehadapan itu. MUFAROQOH (BERCERAI) -Bercerai daripada Imam dan memutuskan Ikatan disebabkan kerana berhadas atau lainnya. Jika seseorang itu bertakbiratul Ihram dengan berniat menjadi makmum kemudian ia berniat mufaroqoh daripada mengikut Imam dan meneruskan sembahyangnya dengan sendiri, hukumnya harus jika keuzuran dan makruh tanpa uzur kerana ia mufaroqoh daripada jemaah yang dituntut secara waib ataupun sunat muakkad.

Diantara keuzuran yang membolehkan makmum mufaroqoh daripada Imamnya tanpa makruh adalah seperti berikut :1. Imam terlampau memanjangkan bacaanya.2. Imam sengaja meninggalkan sunat abad seperti tasyahud awal dan qunut, maka harus ia makmum mufaroqoh dengan tujuan untuk menunaikan sunat itu.3. Sakit4. Bimbang mengantuk menguasainya atau sesuatu yang merosakkan sembahyangnya.5. Ditakuti hilang atau binasa hartanya.6. Ditakuti ketinggalan rombongan.Mufaroqoh daripada Imam disebabkan keuzuran tidak meluputkan fadilat berjemaah, bahkan kadang kala mufaroqoh itu wajib seperti kedatangan sesuatu yang membatalkan sembahyang imamnya sedangkan ia tahu keadaan itu, maka wajiblah (mestilah) ia berniat mufaroqoh segera kalau tidak, nescaya batal sembahyangnya walaupun ia tidak ikut perbuatan Imam selanjutnya.