solat coe dari madrasah ke kepujian kelas pertama di · pdf fileketua pegawai eksekutif (ceo)...

1

Click here to load reader

Upload: buiquynh

Post on 07-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOLAT COE Dari madrasah ke Kepujian Kelas Pertama di · PDF fileKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Moha- ... mengatasi cabaran itu hingga ... Dari madrasah ke Kepujian Kelas Pertama di

Oleh AZAHAR [email protected]

JUMLAH Sijil Hak Memiliki (COE) Ken-deraan yang dikeluarkan bagi tempoh enambulan mendatang akan berkurangan, umumPenguasa Pengangkutan Darat (LTA) sema-lam.

Menurut LTA, sekitar 19,351 COE dipe-runtuk bagi bulan depan hingga Januari ta-hun depan – kurang 12.7 peratus daripadajumlah bagi tempoh enam bulan sebelum ini,iaitu Februari lalu hingga bulan ini.

Pengurangan itu sebahagian besar disebab-kan oleh pemotongan besar kuota COE bagikereta kurang 1,600 cc dan kategori terbuka.

Kuota COE bagi kereta kurang 1,600 cc,atau Kategori A, susut daripada 1,239 kepa-da hanya 786 setiap bulan – berkurang 36.6peratus.

Bagi kategori terbuka (Kategori E), yangboleh digunakan bagi semua jenis kenderaantetapi selalunya digunakan bagi mendaftarkereta 1,600 cc ke atas, kuota COE-nyaberkurang 21.4 peratus kepada 485 setiap bu-lan.

Kuota COE bagi kereta 1,600 cc ke atas(Kategori B) bertambah sedikit, daripada 669kepada 701 sebulan.

Bagi kenderaan komersial dan bas (Kate-gori C) kuota COE-nya bertambah kepada360 setiap bulan.

Kuota COE bagi motosikal bertambah 9peratus kepada 894 sebulan.

LTA dalam kenyataannya berkata kuotaCOE dari bulan depan hingga Januari terma-suk dua komponen, iaitu peruntukan kadarpertumbuhan kenderaan 1 peratus dan bilan-gan kereta yang dibatalkan pendaftarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Moha-med Taifoor Motoring, Encik Mohamed Tai-foor Mohamed, meramalkan harga COE bagiKategori A boleh melonjak kepada sekitar$70,000 dalam masa terdekat.

“Pengurangan 36.6 peratus bagi KategoriA merupakan pengurangan drastik. Ia akanmembawa kesan besar ke atas kedua-dua pi-hak, pengedar kereta dan pembeli.

“Harga kereta baru sekarang $100,000hingga $120,000, dengan harga COE menca-pai $59,421 dalam taruhan lalu. Harga akanmelonjak lebih tinggi sekiranya syarikat teksimembida secara agresif dalam taruhan-taru-han selanjutnya,” kata beliau ketika dihubu-ngi.

Walaupun turut meramalkan harga COEbagi Kategori A akan meningkat, Haji IsmailYusof, yang lebih dikenali sebagai ‘Dr Kere-ta’, berkata ia tidak akan begitu mendadak ke-rana permintaan tidak tinggi.

“Jangan lupa, pembeli masih terus dipe-ngaruhi ekonomi yang tidak menentu dan kri-sis hutang di Eropah.

“Pengamatan saya ialah ramai pembeli ba-ru tidak mampu membeli kereta baru seka-rang kerana harga agak tinggi sekarang. Inidapat dilihat daripada keadaan bilik-bilik pa-meran kereta yang jelas masih lengang,” katabeliau.

Oleh NUR’ADILAH [email protected]

CIK Nisha Mohd Rafiq me-mutuskan untuk melanjutkanpelajaran dari Madrasah WakTanjong Al-Islamiah ke politek-nik setelah menduduki peperik-saan Sijil Am Pelajaran (GCE)peringkat ‘O’ sekitar tujuh ta-hun lalu.

Langkah menukar haluan kealiran sekular bagi memburu mi-natnya dalam bidang sains itudisifatkannya sebagai satu caba-ran, apatah lagi memandangkanbeliau juga cemerlang dalam ali-ran ukhrawi, termasuk dalambahasa Arab.

Ternyata Cik Nisha berjayamengatasi cabaran itu hinggamemasuki Universiti NasionalSingapura (NUS), lulus SarjanaMuda Sains (Sains Hayat) de-ngan Kepujian Kelas Pertamadan terpilih sebagai penyampaiucapan perpisahan (valedicto-rian) di upacara penyampaianijazah, kelmarin.

Kini, Cik Nisha, 24 tahun, ba-kal menyertai program empattahun doktor falsafah (PhD)

yang ditawarkan bersama NUSdan King’s College London(KCL) di United Kingdom.

Beliau akan menceburi bi-dang mekanobiologi, satu bi-dang baru dalam sains dan keju-ruteraan yang menyelidik per-gerakan sel serta peranannya da-lam penyakit, seperti barah.

Ditemui selepas upacara pe-nyampaian kelmarin, Cik Nishaberkata beliau berjinak-jinakdengan bidang penyelidikan se-jak di Politeknik Singapura.

Di politeknik itu, beliau mun-cul sebagai pelajar terbaik da-lam kursus sains bioperubatan.

Di NUS, beliau merebut se-tiap peluang untuk meraih pe-ngalaman bekerja di makmal.

“Saya tidak mensia-siakanmasa cuti sekolah. Kalau cuti se-kolah jatuh pada Jun, awal dariDisember tahun sebelumnya sa-ya sudah menghubungi profe-sor-profesor untuk cuba bekerjadi makmal mereka,” ujar CikNisha.

Sejauh ini, beliau telah me-nyumbang sebagai salah se-orang penyelidik dan penulis ba-gi dua kertas penyelidikan ber-

asingan yang diterbitkan dalamdua jurnal sains antarabangsa –Current Pharmaceutical Designdan American Chemical Soci-ety (ACS) Polymer Preprints.

Dalam ucapannya kepada le-bih 350 siswazah kelmarin, CikNisha menggesa mereka supayaterus mencari pekerjaan yang di-minati meskipun dalam suasanaekonomi tidak menentu.

Cik Nisha anak sulung dari-pada tiga adik-beradik. Adik-nya, Cik Nafisah, 19 tahun,akan ke Kolej Imperial, juga diUnited Kingdom, manakala CikNatasha, 23 tahun, kini menun-tut di Universiti Islam Antara-bangsa Malaysia.

Ibunya guru bahasa Inggeris,Matematik dan Sains di Madra-sah Wak Tanjong, sementaraayahnya bekerja sambilan da-lam perniagaan import dan eks-port.

Ditanya tentang rahsia keja-yaan anak-anaknya, ibu Cik Ni-sha, Cik Nishani Abdullah, 49tahun, berkata: “Setiap kalianak saya menduduki peperik-saan, saya akan membacaSurah Yasin.”

Oleh ROSEBI MOHD [email protected]

DUA pegawai Melayu antaralebih 300 kakitangan yang me-nyumbang secara aktif dalamkerja peningkatan dan ubahelok Terminal 1, Lapangan Ter-bang Changi, yang akan dirasmi-kan Rabu depan.

Mereka ialah Encik AhamadiKamsidin, timbalan pengurus Ta-kenaka Engineers & Contrac-tors, syarikat Jepun yang terli-bat dalam ubah elok Terminal 1,dan Cik Fauziah Ali, pegawaikanan perkhidmatan pelanggansyarikat penyedia tenaga kerjabagi khidmat pelanggan Lapa-ngan Terbang Changi, P-Serv.

Projek peningkatan Terminal1 menelan belanja $500 juta danmengambil masa empat tahun,

dari 2008, untuk disiapkan.Pembukaannya akan dirasmi-

kan Menteri Negara (Pengangku-tan), Cik Josephine Teo.

Encik Ahamadi, 57 tahun,bertanggungjawab menyedia-kan pelbagai keperluan asas ba-gi kerja ubah elok itu, termasuklampu, air, mesin pemecah tem-bok dan janakuasa.

E Laporan lain 12

“Saya memainkan peranandalam perancangan, termasukbagi barang dan peralatan yangdiperlukan, serta penyeliaan pe-kerja.

“Cabaran utama kami ialahmenjalankan kerja dengan baikdan pantas bagi memenuhi ta-rikh siap. Terdapat 160 tahap ba-

gi kerja peningkatan itu, dengansetiap tahap mengambil masatiga bulan untuk siap.

“Oleh itu, saya dan pekerjasaya perlu terus bekerja 24 jamsecara bergilir bagi memenuhitarikh siap itu. Kami perlu beker-ja cepat tetapi penuh berhati-hati kerana operasi di Terminal1 berjalan terus seperti biasa.

“Kami cuba memastikan ker-ja tidak terlalu bising dan berha-buk dan juga tidak ada kerosa-kan pada paip air, kabel kompu-ter dan kawat. Alhamdulillah ka-mi dapat mengatasi semua masa-lah dan cabaran itu,” kata EncikAhamadi.

Cik Fauziah pula mengetuaipasukan pegawai perhubunganpelanggan yang sibuk melayanpenumpang dan pelawat denganlembut bagi menjawab semua

pertanyaan mereka.“ Ini terutamanya apabila pe-

numpang yang bergegas atau ke-lewatan mencari kedai atau pu-sat tuntutan cukai barangan danperkhidmatan (GST). Keadaanjuga berhabuk dan bising jadi ka-mi membelikan mereka air mi-numan untuk meredakan danmenyejukkan hati mereka.

“Kami perlu memberi ba-nyak penjelasan secara proaktifkepada penumpang bahawa ker-ja peningkatan sedang giat dija-lankan dan kami cuba sedayamungkin membantu dan mem-betulkan apa jua kekuranganyang terdapat.

“Apabila melihat wajah Ter-minal 1 yang segar, cerah dancanggih sekarang, rasanya se-mua usaha itu sangat berbaloi,”ujar beliau.

COEberkurangbagi Ogos

hinggaJanuari

Dari madrasah ke Kepujian Kelas Pertama di NUS

Staf Melayu turut main peranan

MICA (P) 046/11/2011 50 senhttp://cyberita.asia1.com.sg

PENINGKATAN TERMINAL 1

BANGGA: Cik Fauziah dan Encik Ahamadi berdiri di depan daya tarikan baru Terminal 1 – arca seni kenetik terbesar di dunia, yang dinamakan HujanKinetik, yang diperbuat daripada 1,216 butiran gangsa berbentuk titisan air hujan yang sentiasa bergerak bak tarian lembut. – Foto TAUFIK A. KADER

BERKAT TIDAK MENSIA-SIAKAN MASA:Cik Nisha lulus dengan Kepujian KelasPertama dalam bidang sains hayat dandipilih sebagai penyampai ucapanperpisahan. – Foto KHALID BABA

Jumaat, 13 Julai 2012 (23 Syaaban 1433)

Subuh ...................... 5.42Syuruk ..................... 7.05Zuhur ...................... 1.12Asar ........................ 4.36Maghrib ................... 7.17Isyak ........................ 8.31

Pengurangan besaruntuk kereta kurang1,600 cc dan kategoriterbuka, hargadijangka naik

DALAM NEGERI

DIUNDANG LAWAN QPR

FIESTA BUAHAcara tawar beraneka hasil keluaran dari Malaysia

Muka 2

SUDAH SIAP BERUNIFORMKedai urut dan spa penuhi peraturan baru yang berkuat kuasa mulai 1 JulaiMuka 4

Baihakki antara pemain sertai Sabah dalam perlawanan persahabatan

Muka 32

SUKAN

Peniaga mulakan khidmat terima tempahan dan hantar makananMuka 12

KHIDMAT PERIBADI

EKONIAGA

SOLAT