soalan3

33
1.0 PENGENALAN Penilaian ialah proses mendapat,menentukan dan memberi maklumat yang berguna ataupun menganalisis hasil pengukuran, bagi tindakan selanjutnya. Dalam proses pembelajaran penilaian adalah proses mengumpul maklumat, membuat analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun perkembangan kanak-kanak. Kini di prasekolah, istilah pentaksiran sering digunakan bersilih ganti dengan istilah penilaian. Namun,pentaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. Penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Di prasekolah, penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan. TUJUAN PENILAIAN Mengumpul maklumat berkenaan perkembangan kanak-kanak selepas ataupun semasa melakukan aktiviti kumpulan ataupun individu. Mengenal pasti kekuatan ataupun kelemahan setiap kanak- kanak. Menentukan pencapaian objektif pembelajaran dan keberkesanan pengajaran guru. Merekodkan maklumat bagi tujuan sewajarnya.

Upload: chinta-dekla

Post on 18-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Penilaian ialah proses mendapat,menentukan dan memberi maklumat yang berguna ataupun menganalisis hasil pengukuran, bagi tindakan selanjutnya. Dalam proses pembelajaran penilaian adalah proses mengumpul maklumat, membuat analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun perkembangan kanak-kanak. Kini di prasekolah, istilah pentaksiran sering digunakan bersilih ganti dengan istilah penilaian. Namun,pentaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. Penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Di prasekolah, penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.

TUJUAN PENILAIAN Mengumpul maklumat berkenaan perkembangan kanak-kanak selepas ataupun semasa melakukan aktiviti kumpulan ataupun individu. Mengenal pasti kekuatan ataupun kelemahan setiap kanak-kanak. Menentukan pencapaian objektif pembelajaran dan keberkesanan pengajaran guru. Merekodkan maklumat bagi tujuan sewajarnya. Mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi bagi dipertingkatkan ataupun diberi pengukuhan. Merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran Melapor kepada ibubapa. Menjalankan langkah-langkah pencegahan. Merujuk kepada professional.

2.0PERBEZAAN ANTARA FORMATIF DAN SUMATIF

ASPEKPENILAIAN FORMATIFPENILAIAN SUMATIF

KONSEPMengesan penguasaan kanak-kanak pada suatu hasil pembelajaran melalui pengujian yang dapat dibina danditadbir secara formal ataupun tidak formalMengesan pencapaian kanak-kanak dalam tempoh tertentu persekolahan melalui pengujian yang dijalankan secara formal

WAKTU PENILAIAN Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsungPada pertengahan ataupun akhir penggal/semester persekolahan

KAEDAHFormal:Pensel,Kertas.Tidak formal:Pemerhatian,soal jawab,latihan.Dibuat secara individu ataupun berkumpulanDibuat secara formal:Ujian pensel dan kertas,Lisan.Dijalankan secara berkumpulan.

SELEPAS PENILAIAN DIJALANKANMenjalankan tindakan susulan ke atas kanak-kanak:a.Aktiviti bimbingan bagi kemahiran yang belum dikkuasai.b.Aktiviti pengukuhan yang sudah mula dikuasai.c.Aktiviti pengayaan bagi memperkembangkan penguasaan kemahiran.Mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran.Memperbaiki kurikulum sdia ada.

Mengumpulkan kanak-kanak mengikut tahap penguasaan.

Banyak kaedah boleh digunakan oleh seseorang penyelidik ke atas kanak-kanak di persekolahan.tetapi kaedah yang kerap diguna di prasekolah ialah pemerhatianKONSEP PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Perkataan pemerhatian membawa maksud perbuatan melihat perilaku seseorang atau sesuatu tanpa perlu menyertainya. Pemerhatian dilakukan bagi mendapat informasi, bukan hanya melihat dengan pandangan yang kosong. Sebagai contoh, sekiranya kita memerhati pada jam dinding,sebenarnya kita bukan hanya melihat ukiran ataupun corak, tetapi bagi menentukan ataupun mengetahui berkenaan masa. Begitu juga apabila memerhati kanak-kanak yang sedang bermain blok kayu. Apakah yang kita perhatikan? Adakah warna-warna blok kayu atau pun perasaan kanak-kanak itu semasa bermain? Kekuatan tanganya? Idea kreatifnya? ataupun cara mereka bersosial bersama rakan?Setiap pemerhatian memerlukan interpretasi tersendiri pada maksud perlakuan kanak-kanak.Interpretasi penilaian akan memberikan keputusan sama ada tidak membuat apa-apa ataupun bertindak. Pemerhatian mungkin ada kalanya tidak signifikan walaupun ia dikesan. Namun, tidak mustahil akhirnya ia berguna bagi menginterpretasikan sesuatu maksud apabila berlaku insiden yang tidak dijangka. Melalui pemerhatian ,guru dapat memahami tingkah laku kanak-kanak serta menilai perkembangan mereka.Manakala penilaian adalah proses pengumpulan maklumat berkenaan kemajuan dan perkembangan murid. Proses penilaian dilakuakn melalui pemerhatian dengan menggunakan pelbagai kaedah. Dengan adanya penilaian,guru dapat mengenal pasti potensi, kekuatan ataupun kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.Seterunya dapat melakukan tindakan susulan jika perlu. Guru juga dapat mengembangkan potensi murid ke tahap optima dalam domain kognitif,afektif dan psikomotor.MENGAPA PEMERHATIAN PERLU SEBAGAI PENILAIAN? Perlu berikan bantuan Pembelajaran tambahan Penilaian Megukur pencapaian Komunikasi bersama kanak-kanak Pengubahsuaian Strategi P&P Komunikasi bersama ibu bapa Minat / potensi Mengetahui intervensi

Apabila guru melakukan pemerhatian, segala data dan informasi dikumpul serta dinilai.Penilaian dibuat bukan hanya pada perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan, tetapi juga perkembangan individu secara kursus. Ia digunakan bagi membuat tindakan susulan keatas kanak-kanak itu. Tindakan yang dibuat berdasarkan pemerhatian yang sudah dilakukan. Pemerhatian dilakukan bagi memahami tingkah laku kanak-kanak serta menilai perkembangan mereka. Oleh itu, tujuan pemerhatian dalam membuat penilaian adalah supaya guru dapat

Pemerhatian dapat memberikan petunjuk sekiranya bantuan perlakuan. Sebagai contoh semasa aktiviti mengunting ,seorang kanak-kanak tidak dapat memegang gunting dengan betul. Guru akan membantu dengan memegang tangan kanak-kanak itu serta menunjukkan cara mengunting dengan betul.

MENGETAHUI MINAT DAN POTENSI

Mengetahui Minat Dan PotensiPemerhatian menolong guru mengetahui minat dan kecenderungan kanak-kanak. Contohnya seorang kanak-kanak yang kerap melukis gambar kenderaan,mungkin meminati bidang automotif. Ini memberi peluang kepada guru memupuk dan memperkembangkan minat itu. Apabila guru menghargai hasil kerja kanak-kanak ,peningkatan harga diri kanak-kanak terserlah. Ada banyak lagi perkara yang dapat dikaitkan dengan pemerhatian seperti peningkatan hubungan antara rumah dan sekolah ataupun ibubapa dan sekolah apabila perbincangan berkenaan kanak-kanak dijalankan oleh kedua-dua pihak. Selain itu, dengan pengetahuan ini,minat dan kecenderungan kanak-kanak juga dapat diasah melalui pembanitan dalam pertandingan pertandingan tertentu.

Melakukan Aktiviti Pemulihan Ataupun Pengukuhan Melalui pemerhatian, guru boleh membuat penilaiian sama ada memberikan pemulihan ,latihan ataupun pengayaan. Kanak-kanak yang dilihat tidak dapat menulis huruf dengan betul akan dilatih menulis mengikut titik-titk dan diajar memegang alat tulis dengan betul berulang kali sehingga ia mencapai kemahiran yang perlu dikuasainya. Manakala kanak-kanak yang dilihat sudah dapat menulis dengan baik akan diberilatihan tambahan sebagai aktiviti pengkuhuan. Setelah itu, aktiviti pengayaan yang lebih mencabar boleh diberikan bagi mengasah minda dan bakat kanak-kanak.

MELAKUKAN INTERVENSI

Melakukan Intervensi Keselamatan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah perlu dititik baratkan. Melalui pemerhatian yang rapi, intervensi segera dapat menyelamatkan keadaan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sedang membuat tugasan dan, tetapi dikacau oleh rakanya, yang cuba mengambil pensel warna kanak-kanak itu. Dalam keadaan marah,kanak-kanak tadi mengeluarkan kata kata kesat sambil mencuba merebut kembali pensel warna. Dengan pantas guru perlu campur tangan sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Melalui pemerhatian ini penilaian ke atas kanak-kanak dapat dilakukan. Guru juga menyelidik status emosi kanak-kanak tersebut sekiranya perkara sedemikian melakukannya.

MENGUKUR PENCAPAIAN DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAKMelalui pemerhatian tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak dapat diukur. Sebagai contoh, kanak-kanak yang pada mulanya hanya tahu memegang berus dan menconteng akhirnya dapat melukis serta melakar gambar ibu dan ayahnya. Guru dapat melihat perkembangan motor halus serta tahap emosi kanak-kanak semasa melukis.Sebenarnay pelbagai jenis perkembangan dapat dikenal pasi semasa menjalankan aktiviti ini.Melalui inilah,pencapaian dalam perkembangan kanak-kanak dapat diukur dengan alat penaksiran yang ssesuai.

MEMBUAT PENILAIANPenilaian adalah proses mengumpul maklumat. Ia dapat dilihat melalui pelbagai cara. Pemerhatian adalah cara penilaian yang bermakna. Informasi dikumpulkan bagi mengukur perkembangan kanak-kanak mengikut tahap atau norma yang diteapkan. Ia mengukur tahap pencapaian kanak-kanak pada masa itu, dan mengenal pasti tahap selanjutnya yang dapat dicapai.

BERKONGSI MAKLUMAT BERKOMUNIKASI BERSAMA IBU BAPAPemerhatian yang direkodkan memperjelaskan kepadsa ibubapa berkenaan pencapaian anak-anak mereka. Pemerhatian yang dilakukan bukan perbandingan, tetapi lebih kepada kemahiran atau kemampuan yang sudah dan sepatutnya dicapai. Dengan adanya penilaian ini, ibubapa merasakan anak mereka berada di bawah pengawasan yang rapi. Guru yang prihatian pada setiap perkembangan kanak-kanak, bukan hanya member markah Kepada setiap ujian, malah mampu berkongsi idea dan pengalaman dalam mendidik kanak-kanak.

BERKONGSI MAKLUMAT DAN BERKOMUNIKASI BERSAMA KANAK-KANAKKadangkala pendapat kanak-kanak sering diketepikan. Semasa menjalankan pemerhatian, guru boleh menyoal kanak-kanak apa yang sudah mereka lakukan. Sebagai contoh dalam aktiviti mewarna, kanak-kanak disoal supaya membuat perbandingan antara aktiviti yang sama sebulan dahulu dengan apa yang dilakukan sekarang. Dengan menunjukkan hasil kanak-kanak itu, guru bertanya apakah persamaan dan perbezaan warna yang digunakan.Kanak-kanak bebas menyampaikan pendapat dan ini meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak itu.

MENGUBAHSUAI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSemasa pemerhatian dilakukan,guru boleh mengubahsuai aktiviti dengan melihat pendekatan yang sesuai dengan kanak-kanak. Adakah kanak-kanak itu lebih sesuai dengan pendekatan trial and error, arahan lisan ataupun diberi contoh. Dengan membuat refleksi pada proses pembelajaran,ia dapat membantu guru mengaplikasikan pengajaran yang sesuai dengan kehendak dan keperluan kanak-kanak.

Untuk tugasan ini penyelidik akan memilih kaedah pemerhatianke atas kedua dua orang kanak-kanak yang berumur antara 4-6 tahun. Tujuan pemerhatian ke atas kedua-dua kanak-kanak itu adalah untuk mendapat dan mengetahui perkembangan kognitif dan berubahan tingkahlaku pada mereka.2 REKOD MAKLUMAT KANAK-KANAK Untuk tujuan kajian ini penyelidik telah memilih dua orang kanak-kanak iaitu Clatina a/p clerence dan Naves a/l Ravi .Mereka masing masing 6 tahun2.1 Sebab sebab penyelidik memilih Clatina a/p Clerence.

2.1.1 Sebab pilih ClatinaUntuk kerja kursus ini saya memilih Clatina yang berumur enam tahun untuk membuat pemerhatihan dan penilaian.Saya memilih dia kerana dia selalu tidak menyiapkan kerja sekolah dan tinggalkan buku-buku di rumahnya.Kadang-kadang dia datang ke sekolah lambat dan memakai pakaian biasa.Dia juga cepat rasa bosan dan mengantuk.Dia juga selalu memberitahu bahawa ibu-bapanya tidak sayang dia dan kurungkan di bilik.Ibunya adalah seorang pekerja kilang dan setiausaha belia Melaka.Dia jarang duduk di rumah dan banyak keluar.Ayahnya bekerja di kilang tetapi dia mengambil berat tentang anaknya.Clatina juga mudah menangis.Kadang-kadang dia memberitahu dia takut dengan guru.Dia sentiasa diam dan suka marah.Apabila guru dokong dan sayang murid lain,Clatina asyik memerhatikan sahaja.Clatina juga seorang kanak-kanak yang mudah marah orang lain.Dia juga seorang penyayang.Dia suka mengambil berat tentang adiknya.Apabila guru telah mengambil strategi pengajaran dan membuat dia mengembangkan potensi dia.Dia ada banyak perubahan dalam tingkahlaku dia.Penyelidik juga dapat mengetahui masalah dia,dan dapat tolong dia.Segala perubahan Akid dapat membantu guru untuk membetulkan cara pengajaran dan menjadi guru yang berpengetahuan dan penyayang.

2.1.2 Sebab penyelidik memilih Naves a/l RaviSaya telah memilih Naves a/l Ravi iaitu enam tahun untuk membuat penilaian dan pemerhatian kerja kursus ini.Saya memilih dia kerana dia seorang pemalu,penakut semasa lima tahun.Apabila enam tahun penyelidik mendapati banyak perubahan pada diri Naves dan tingkahlakunya.Selain itu,Penyelidik memilih Naves kerana ibunya adalah seorang suri rumah dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya.Ibunya selalu mengantar Naves lalu suka bertanya tentang perkembangan dia.Selain diatas faktor makanan naves juga sebab utama penyelidik memilih dia.Dia tidak makan seperti kanak-kanak lain.dia hanya makan roti,ikan & goreng,kokoranch,dan minum susu sahaja.dia selalu memberitahu bahawa dia sayang ibubapanya.dan guru.Dia juga suka kawan kawan di kelas dan adik-beradik dia.Dia tidak suka membuat kerja kumpulan kerana kawan-kawanya membuat kerjanya lambat dan kadang-kadang kumpulanya tidak dapat bintang yang banyak.Dia juga sentiasa memberitahu bahawa dia nak jadi macam Vijay iaitu pelajar tahun lepas yang cemerlang dalam semua aspek.Penyelidik pilih dia untuk mengetahui apa berubahan yang ada pada dia tahun ini.Selain itu penyelidik juga ingin mengaji kanak-kanak yang ibubapanya yang mengambil berat dan kurang mengambil berat.segala perubahan Naves tahun ini membuktikan bahawa penyelidik menjalankan tugas sebagai guru yang ada potensi .

2.2 INSTRUMEN PEMERHATIANTerdapat beberapa instrument yang digunakan dalam pemerhatian.Ianya bargantungkepada tujuan,aktiviti dan lokasi pemerhatian dijalankan.Instrumen pemerhatian boleh dikategorikan kepada penerangan ,persempelan,skala kadar dan senarai semak.Setiap kategori pula mempunyai cara masing-masing seperti yang dipamerkan dalam kotak dibawah.

Penerangan Rekod anekdot Rekod berterusanPersampelan Persampelan masa Persampelan peristiwaSkala Kadar Angka Abjad Grafik SemantikSenarai Semak Perkembangan

Instrumen pemerhatian yang digunakan oleh penyelidik untuk membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kedua-dua kanak-kanak ialah rekod anekdot dan senarai semak.2.2.1REKOD ANEKDOTDalam pengajaran seharian di tadika ,anda mungkin dapat mengesan tingkahlaku kanak-kanak yang luar jangkaan.Rekod yang anda lakukan mengenai peristiwa ini dikatakan sebagai rekod anekdot. Rekod anekdot ialah catatan yang dibuat oleh pengasuh atau guru secaa tidak formal mengenai sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan,perkembangan bahasa,pola interaksi sosial,kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya. Merekod ppemerhatian yang tertumpu kepada individu. Merekod peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang. Membuat catatan ringkas mengenai tingkahlaku yang luar dari kebiasaan sama ada positif atau negatif Anda harus mengelak daripada menggunakan perkataan yang agak mengelirukan seperti pandai,nakal,kurang ajar,baik,cemerlang. Guna ayat pendek tetapi padat seperti:i) Mengambil bahagian dengan aktifii) Ambil masa terlalu lama untuk menyiapkan iii) Mempunyai masalah menyebut Rekod ringkas menceritakan tentang satu insiden atau peristiwa yang menunjukkan tingkahlaku penting dan signifikan kepada aspek perkembangan kanak-kanak yang boleh dijadikan rujukan tingkahlaku yang akan dating. Rekod anekdot menceritakan maklumat tingkahlaku dan peristiwa pada masa tertentu. Rekod anekdot merupakan rekod yang menerangkan peristiwa pada masa yang singkat,sesingkat beberapa saat atau minit. Rekod anekdot memastikan rekod tentang peristiwa,bila,di mana,siapa dan apa yang berlaku Laporan individu ini boleh dikongsi dengan ibubapaKelebihan Rekod Anekdot Pemerhati tidak perlu latihan yang khusus. Pemerhatian ini berbentuk terbuka. Pemerhati boleh menulis apa yang dilihat Pemerhati boleh menyaksikan peristiwa dan insiden yang tidak dijangkakan pada bila-bila masa. Pemerhati boleh melihat dan merekod tingkahlaku yang ketaraKelemahan Rekod Anekdot Tidak memberi gambaran yang jelas kerana rekod sesuatu peristiwa atau insiden hanya menarik minat pemerhati sahaja. Ia bergantung kepada terlalu banyak memori pemerhati dan ia direkodkan selepas peristiwa berlaku. Peristiwa atau insiden dikhuatiri disalah ertinya. Sukar untuk analisa dan tidak membuktikan secara saintifikTips penulisan:Merekod pemerhatian amat penting kerana perkara yang diperhatikan berlaku,bergerak atau bercakap terlalu pantas.Berikut adalah panduan kepada anda untuk merekod pemerhatian agar pemerhatian anda lebih tepat.Maklumat yang perlu direkod adalah: Ekspresi muka Bahan interaksi Interaksi dengan rakan dan guru Pergerakan badan Bahasa tubuh Bahasa yang diucapkan Masa tumpuan2.2.2 SENARAI SEMAKKaedah pemerhatian ini adalah merujuk pada senarai tingkahlaku atau perkembangan kanak-kanak. Kaedah yang paling mudah dalam merekod perkembangan kanak-kanak. Senarai semak atau inventori juga mestilah berasaskan kepada tujuan dan perkembangan yang boleh dikaitkan dengan kemahiran yang dilihat. Senarai semak yang disusun biasanya mengikut urutan. Pemerhati mestilah memastikan kewujudan tingkahlaku yang diperhatikan. Senarai semak tidak menunjukkan darjah kemajuan tingkahlaku yang diperhatikan. Pemerhati hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat/amalan yang lebih tepat. Senarai semak digunakan dengan berbagai cara bergantung kepada objektif dan tujuan yang dilakukan. Untuk penilaian secara individu kemungkinan senarai semak yang berbeza digunakan kepada kanak-kanak yang berbeza tetapi senarai semak yang sama boleh digunakan sekiranya melibatkan semua kanak-kanak ,Perkara yang penting adalah tarikh dan masa tingkahlaku itu berlaku.KELEBIHAN : Mudah dan berkesan Boleh memerhati ramai kanak-kanak pada satu masa. Memberi gambaran yang jelas mengenai perkembangan kanak-kanak.KELEMAHAN: Maklumat yang diperolehi tidak terperinci. Tidak member tahap penguasaan. Tidak menyatakan bagaimana perkembangan berlaku. Hanya bergantung pada senarai yang disediakan.

1.0 PROSES PEMERHATIHANProses pemerhatian telah dibuat oleh penyelidik dengan menggunakan borang anekdot keatas kedua-dua kanak-kanak tersebut.Penyelidik juga mencatat bilaperistiwa itu berlaku ,tarikh.Penyelidik dapat mengkaji kanak-kanak tersebut dengan mengguna dengan bahan bercetak.

3.0.1 Cara membuat pemerhatianKanak-kanak diberikan aktiviti.Setiap tingkahlaku kedua kanak-kanak penyelidik dapat mencatat dalam borang senarai semak.setiap tingkahlaku Clatina dan Naves telah dicatat dalam borang tersebut.

3.2 Laporan PemerhatianSetelah saya membuat kajian terhadap Clatina dan Naves,Penyelidik dapat mengetahui bahawa kanak-kanak memang ada ciri kebaikan dalam diri mereka.Pada keseluruhannya kanak-kanak ini telah menunjukkan peningkatan dari semua aspekdi atas dari tahun lepas dan tahun ini.Mereka telah menunjukkan keyakinan diri dalam semua aspek.walau begaimanapun mereka perlukan bimbingan dan galakan untuk mencapai ke peringkat yang lebih optima.Dari laporan memerhatian di atas penyelidik dapat mengetahui bahawa Clatina hanya mempunyai masalah kasih sayang di rumah.Dia tidak dapat kasih sayang yang secukupnya dan pemerhatian dari ibu.selain itu,dia juga seorang penyayang keatas adik beradik dia.Naves pula menunjukkan sikap,yang berlainan dari tahun lepas.Dia sangat berani dan ada cirri kepimpinan.Beliau juga menunjukkan sifat toleransi dan kerjasama.Dia menunjukkan bayak sikap positif di kelas.Dia mula suka tolong kawan-kawanya di kelas.Dia juga sudak minat membuat aktiviti kumpulan.Pada keseluruhanya penyelidik mendapati bahawa apabila adanya kasih sayang dan pemerhatian yang sepenuhnya kanak-kanak ini dapat dibentuk menjadi insan yang berguna kepada keluarga,masyarakat dan Negara.Yang paling utamanya ialah guru tadika .Beliau yang sangat berdekatan dengan mereka dan merekalah mencorakkan kanak-kanak ini.Setiap berubahan tingkahlaku kanak-kanak dipengaruhi faktor persekitaran,keluarga,masyarakat,sekolah dan Negara.

2.0 TINDAKAN SUSULANPenilaian keatas setiap kanak-kanak yang bersifat formatif memerlukan guru melakukan tindakan susulan bagi memastikan sejauh mana kanak-kanak dapat menerima pembelajaran yang disampaikan.Seperti yang kita sedia maklum,di dalam sesebuah kelas kanak-kanak tadika terdiri daripada kebelbagaian lingkungan sosioekonomi dan budaya.Kadar perkembangan dan pembelajaran setiap individu adalah berbeza.Selepas menilai,guru boleh mengenalpasti kanak-kanak yang belum menguasai dan yang telah menguasai.Melalui aktiviti bimbingan dan pengayaan dalam tindakan susulan,guru boleh mempertingkatkan penguasaan kanak-kanak dalamperkembangan dan pembelajaran.

Tindakan susulan ialah aktiviti yang dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan perkembanagn dan pembelajaran kanak-kanak dikenalpasti selepas penilaian dianalisis.Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti bimbingan dan pengayaan.

TUJUANTindakan susulan dilakukan untuk: Memastikan kelemahan kanak-kanak tidak terhimpun sehingga terjejas perkembangan dan pembelajaran seterusnya:Kanak-kanak ini perlu bimbingan.Pencapaian kanak-kanak yang tidak sampai ke tahap perkembangan yang sebenar mengikut umur yang sama denganya memerlukan bentuk aktiviti yang berbeza.Aktiviti itu hendaklah dibentuk sesuai dengan masalah pembelajaran yang dihadapinya. Mempertingkatkan kekuatan pembelajaran kanak-kanak:Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan lagi sifat ingin tahu,semagat berdikari,daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Mencadangkan kepada ibubapa pakar rujuk yang berkaitan dengan keistimewaan yang ada pada kanak-kanak itu.

4.1 Penyelidik telah menyediakan aktiviti pengayaan,pengukuhan dan bimbingan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak yang dia memerhati dan membuat penilaian.Aktiviti bimbinganAda kalanya hasil penilaian menunjukkan kedua-dua kanak-kanak itu belum dapat menguasai kemahiran yang dibelajari.Dalam keadaan ini,bimbingan telah diberikan bagi membantu kanak-kanak mengatasi masalah ini supaya kelemahan mereka tidak terus terkumpul.Penyelidik telah merancang aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mereka sesuai dengan aras penguasaan semasa mereka.Contohnya,apabila mereka masih belum dapat menbaca suku kata dengan betul selepas empat bulan berada di tabika.Penyelidik menggunakan kaedah-kaedah lain seperti membaca terus suku kata tanpa mengeja.Tindakan ini dapat memastikan proses pembelajaran tidak terencat dan boleh diteruskan.Penyelidik telah kreatif dalam memilih aktiviti bimbingan supaya kedua kanak-kanak itu tidak menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran atau pengetahuan yang dirancang.Penyelidik juga member bimbingan secara personal kerana kelemahan itu mungkin kesan pada emosi kanak-kanak.Kanak-kanak akan mudah rasa rendah diri sekiranya beliau mengetahui dirinya mempunyai kelemahan berbanding rakan sebaya.Bimbingan secara personal juga memudahkan kanak-kanak menguasai kemahiran yang diajar kerana penyelidik dapat mengenal pasti aspek sebenar bantuan yang diperlukan olek kanak-kanak itu.Proses penilaian perlu dilaksanakan semula selepas aktiviti bimbingan dijalankan.Ini bagi menetukan sejauh mana tindakan susulan yang dijalankan membantu kanak-kanak.Penilaian semula ini juga bakal menentukan tindakan susulan yang seterusnya dan dapat memberikan maklumat yang baru ataupun tidak.

AKTIVITI PENGUKUHANApabila Clatina dan Naves mula menguasai kemahiran atau pengetahuan yang baru dipelajari,aktiviti-aktiviti pengukuhan telah diberi.Ini dilakukan supaya kemahiran dan pengetahuan yang mula dikuasai mereka berdua akan memberikan kesan yang berpanjangan.Sebagai contoh apabila mereka berdua mula minat membuat aktiviti dalam kumpulan dengan minat,aktiviti pengukuhan bagi menguatkan minat aktiviti kumpulan seperti kolaj,lengkapkan puzzle,membuat persembahan dalam kumpulan,menyanyi,menari,telah diberikan.Selain itu kumpulan terbaik telah diberi hadiah ataupun ganjaran.Tujuanya supaya penglibatan mereka dalam aktiviti kumpulan dapat meningkat dan kanak-kanak berasa lebih berminat.Maka aktiviti pengukuhan diberi supaya aspek yang sudah dibelajari diperkukuhkan dan penghasilannya berlaku secara semula jadi.AKTIVITI PENGAYAAN Selepas kemahiran atau aspek yang sepatutnya dibelajari sudah dikuasai oleh mereka,maka penyelidik menyediakan aktiviti yang lebih mencabar telah diberi.aktiviti pengayaan adalah aktiviti-aktiviti yang dapat membawa mereka ke tahap kebolehan yang lebih tinggi menggunakan kemahiran atau pengetahuan yang sudah mereka kuasai.Selain itu,penyelidik dapat mengembangkan dan memperluaskan sifat ingin tahu mereka,aktiviti pengayaan juga memberi peluang kepada Clatina dan Naves untuk berdikari dan menunjukkan kreativiti mereka.Contohnya apabila mereka berdua sudah menguasai kemahiran mengeja dan menilis suku kata ,aktiviti berbentuk teka silang kata yang menggunakan gambar sebagai pembayang boleh diberi.Aktiviti ini kemahiran sedia ada mereka kerana bagi melaksanakan aktiviti ini.mereka perlu memikirkan jawapan berpandukan gambar,diikuti dengan membunyikan sukukata dan perkataan,kemudianya Menulis jawapan di petak yang betul.Aktiviti pengayaan ini menginterasikan kemahiran menulis dan membaca mereka berdua 4.2 Maklum balas: perbincangan dengan ibubapaSemasa melaksanakan penilaian dan pemerhatian terhadap Clatina dan Naves penyelidik juga membuat temu bual dengan ibubapa kedua dua kanak-kanak tersebut.Selain itu beliau juga sering menelifon ibupaba mereka untuk mengetahui berubahan yang ada pada mereka.Penyelidik juga meminta ibubapa mereka mencatat perubahan ada pada anak mereka dalam satu kertas.ini juga dapat membantu penyelidik mengetahui perubahan mereka lebih mendalam lagi.Untuk ibubapa mengetahui perkembangan anak-anak mereka dalam pembelajaran dan kemehiran lebih mendalam lagi maka penyelidik juga men gadakan perjumpaan dengan ibubapa iaitu hari terbuka Tabika .Segala komitmen daripada ibubapa dapat membantu lagi penyelidik membuat penilaian dengan senag dan mudah.Lebih lagi penyelidik dapat mengetahui lagi tentang dan perkembangan kanak-kanak lebih mendalam lagi. 4.3 PENGUBAHSUAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penyelidik mengambil banyak tindakan untuk menambahkan perasaan minat dan ingin belajar dalam hati Clatina dan Naves.Pada mulanya penyelidik memastikan kedua-dua murid tersebut sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah,iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada mereka dan member layanan individu kepada mereka.Dengan cara ini,mereka tidak akan berasa bosan dan tidak mungkin menimbulkan masalah dalam pembelajaran.Selain itu,penyelidik juga mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.Penyelidik juga mempelbagaikan kaedah pengajaran dan banyak mengunakan alat bantu mengajar,dan seperti radio,televisyen,dan slaid untuk menarik minat belajar.Penyertaan kedua dua kanak-kanak tersebut dalam proses pengajaran pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan atau gelisah.Selain itu,penyelidik juga menghormati kedua kanak-kanak itu seperti manusia biasa.Layanan baik yang diberikan telah merapatkan hubungan guru dan murid.Hubungan rapat seperti ini dapat mewujudkan perasaan selesa dan ingin belajar dikalangan pelajar.Pujian telah diberikan kepada murid yang menyiapkan tugasan dengan baik.Perasaan Berjaya dan diiktiraf akan menimbulakan perasaan belajar. Teknik pengajaran yang berpusatkan guru berubah kepada teknik berpusatkan murid-murid agar keperluan mereka dapat dilayani.Aktiviti yang dirancangkan hendaklah menarik minat mereka dan menyeronokkan kanak-kanak.Di samping itu,pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.Murid-murid berasa gembira dan tidak ada masalah dalam pembelajaran.Bahan pengajaran yang disediakan oleh guru perlulah sesuai dengan kebolehan murid-murid ,tidak terlalu susah sehingga mengecewakan mereka dan tidak terlalu mudah sehingga tidak mencabar langsung.Dengan ini,keperluan murid yang lemah dan murid yang cerdas akan dapat dipenuhi.Murid-murid yang kehendak mereka dipenuhi kurang cenderung untuk menimbulkan masalah dalam pembelajaran.Penggunaan alat bantu mengajar perlu digiatkan oleh guru.Alat-alat mengajar seperti slaid,pita rakaman,radio,televisyen,carta,kad imbasan dan gambar berwarna perlu digunakan dengan meluas.Penggunaan alat-alat tersebut akan mewujudkan suasana yang menyeronokkan murid-murid.Perhubungan guru dan murid dan antara murid dengan murid juga akan bertambah rapat.Situasi seperti ini akan menyebabkan murid-murid ingin ke sekolah dan dengan itu mengurangkan masalah dalam pembelajaran. Seperti pengajaran rakan sebaya,perbincangan,kumpulan berlaku secara semula jadi.Guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan pembimbing.Apabila kanak-kanak belajar dan bermain bersama,masalah dan kekeliruan sering berlaku.Guru boleh membantu menyelesaikan masalah,membimbing mereka bercakap mengikut giliran,mencungkil perasaan dan sikap,merumuskan isi dan membuat kesimpulan.Tajuk-tajuk yang dibincagkan boleh terdiri daripada aktiviti yang akan dijalankan.peristiwa yang berlaku atau bercerita.Perbincangan secara kelas atau kumpulan kecil boleh dijalankan.Bagi setiap jawapan yang diberikan kanak-kanak ucapkan Terima Kasih. Penggunaan computer di kalangan kanak-kanak bukanlah merupakan pengganti guru atau tambahn pada kurikulum.Tetapi computer adalah behagian yang penting di dalam kurikulum bersepadu jika penggunaanya dirancang di dalam kurikulum menyeluruh,jika kanak-kanak menggunakannya secara aktif dan jika bahan softwareyang sesuai dipilih.Kecerdasan (IQ)kanak-kanak boleh dikukuhkan dengan penggunaan computer jika guru menyediakan pelbagai pengalaman,pelbagai kecekapan,peluang pembelajaran dan melahirkan perasaan.Kajian terdahulu menunjukkan kepentingan computer di dalam menggalakkan kemahiran kognitif dan bahasa.Komputer boleh juga memupuk pelbagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative,kreatif,emosi dan pemikiran logic dan kritikal.Misalnya,kanak-kanak boleh menggunakan computer sebagai pelukis,bercerita,penulis,mereka bentuk dan pemikiran logic.Penggunaan computer boleh disepadukan dengan penggunaan multimedia. Guru seharusnya cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah murid.Sesi kaunseling yag dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek akademik,kerjaya dan peribadi.Dengan cara ini,masalah murid dapat dikurangkan dan perasaan kkecewa tidak mungkin dialami.Guru perlu mengambil cara yang paling berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas dapat berkesan dan dapat melahirkan insane yang berguna kepada sekolah,keluarga,masyarakat dan Negara.

4.4 Apabila mengadakan berubahan dalam pengajaran dan pembelajaran kedua dua kanak-kanak dapat menunjukkan sikap minat untuk datang ke sekolah dan belajar dengan penuh bersemangat.Selain itu,kanak-kanak juga tidak menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran atau pengetahuan yang dirancang.Apabila adanya berubahan maka kanak-kanak bersedia bagi menerima pengajaran dalam masa yang berpanjangan.Kanak-kanak mengembangkan lagi sifat ingin tahu,semangat berdikari,daya usaha serta bakat kepimpinan mereka.Perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat mengalakkan kanak-kanak dapat menyoal guru tentang aspek pelajaran yang belum difahami.Murid-murid dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajran sebagai pelajar pelajar yang aktif.Murid dapat peluang untuk mengemukakan pendapat mereka.Keyakinan diri murid-murid dapat dipupuk melalui interaksi.sifat kepimpinan murid dapat dibina ketika terlibat dalam perbincangan kumpulan.Kemahiran bersosialisasi dapat dibina dan dikembangkan.Nilai-nilai murni seperti kerjasama,bertoleransi,tolong-menolong dan bertimbang rasa dapat dipupuk.Guru lebih memehami masalah murid dan dengan itu lebih berupaya membantu mereka sama ada dari segi akademik mahupun peribadi.Melalui interaksi juga penyelidik dapat mengenal pasti kelemahan murid-muridnya.Harga diri murid dapat ditingkatkan apabila dibenarkan mengemukakan idea.Interaksi menggalakkan pembentukan kemahiran berkomunikasi murid-murid.keseluruhannya Perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran membantu mengembangkan potensi kanak-kanak.3.0 KESIMPULAN

Melalui kerja kursus ini saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang Pemerhatian.Pemerhatian merupakan satu kaedah penilaian di mana apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak.Kita sebagai guru akan memerhatikan begaimana kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti atau bagaimana mereka menguruskan diri mereka sendiri.Selain itu saya juga dapat belajar cara menyedia dan nyatakan maklumat kanak-kanak.Seterusnya saya juga dapat belajari menggunakan instrument pemerhatihan terhadap kanak-kanak.Selain itu,saya juga dapat membelajari merancang dan mengelolaaktiviti susulan dan tindakan susulan yang sesuai bagi meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak. Selain itu memahami tentang aspek-aspek pemerhatihan dan penilaian kanak-kanak secara mendalam lagi.Selain ini kerja kursus ini memberi banyak pengajaran seperti cara pengumpulan maklumat menggunakan pendekatan terus dan pendekatan tidak langsung.Kerja kursus ini juga meliputi instrument pemerhatian dan instrument lisan yang boleh digunakan di kalangan kanak.Selain itu,saya juga dapat membelajari cara membuat penilaian secara menyeluruh yang merangkumi domain kognitif,afektif dan psikomotor.Terdapat beberapa aspek perkembangan dalam setiap domain.Saya baru mengetahui bahawa hasil kerja kanak-kanak adalah himpunan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang mereka berada di tabika.Selain di atas saya juga mengetahui maksud tindakan susulan dan bagaimana mengaplikasikan tindakan susulan. Dengan adanya kerja kursus ini baru saya mengetahui menulis cara pelaporan dilakukan dan memastikan portfolio setiap kanak-kanak dikemskinikan sebelum menyampaikan kepada ibubapa atau penjaga. Selain tindakan guru ibu bapa dan masyarakat di kawasan tersebut juga memainkan peranan penting untuk kejayaan seseorang kanak-kanak.Ibu bapa dan guru mempunyai tugas utama ataupun model untuk mengenal pasti dan berusaha membantu perkembangan anak-anak.semua pihak harus memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang bijak pandai dan beraklah mulia.

RefleksiSaya amat berbangga kepada kerana memberi tugasan ini kepada saya. Sebelum saya memulakan tugasan ini saya menganggapkan membuat Pemerhatian dan penilaian terhadap kanak-kanak adalah satu kerja yang senang tetapi di sebaliknya ia adalah satu kerja yang sukar untuk saya. Setelah balik dari kurusus saya pun mula mencari bahan untuk tugasan saya. Saya mulakan tugasan saya untuk mendapatkan bahan rujukan. Pada mulanya saya beranggapan senang untuk membuat Pemerhatian dan Penilaian tetapi sebaliknya saya terpaksa selalu menelifon kawan saya..Banyak kali saya telifon kawan saya sampai dia adakalanya marah,ini kerana bimbang kerjanya tidak dapat siap.Tapi saya cuba kumpulkan segala maklumat.Kawan saya tidak membenarkan saya pergi rumah dia kerana dia sibuk dengan program jabatan dia.Keesoknya saya pula pergi keperpustakaan untuk mencari bahan rujukan untuk meyiapkan tugasan. Dan akhirnya kawan saya dan saya bercadang pergi ke rumah kawan saya iaitu di Duria Tunggal sahaja.Awal pagi kami pun pergi Durian Tunggal iaitu ke tadika dia dan merangka kertas kerja kami dengan bahan yang kami cari. Kami juga berkongsi maklumat untuk meyiapkan tugasan. Setelah perbincangan saya pun mula menaip tugasan kami yang telah di rangka.saya berasa sangat letih ini kerana saya terpaksa membuat tugasan lain juga.Kadang-kadang kala saya berasa bersalah kerana saya tidak memberi tumpuan untuk meyiapkan tugasan saya.Tetapi semasa saya membuat tugasan ini,banyak cabaran telah saya hadapi.Saya tidak pernah masalah untuk membuat tugasan tugasan sebelum ini.Selepas balik dari kursus saya habertungkus- lumus untuk menyiapkan tugasan ini.Tetapi setiap hari saya terpaksa membuat persediaan untuk penyampaian hari kanak-kanak di tadika kami. 7..Selain itu saya juga terpaksa mengajar anak sya Maheshvara keran dia akan menduduki peperiksaan U.P.S.R. tidak lama lagi. Saya terpaksa berhenti membuat tugasan ini,supaya menjelaskan kerja itu.Saya juga terpaksa menyiapkan Manual (sejarah Tadika saya),Ini kerana Hari penyampaian sijil adalah sambutan terakhir untuk tadika kami bagi tahun ini.Waktu itu,saya memang sibuh dan,kadang-kadang saya lupa untuk makan.Waktu itu memang hati saya takut kerana belum siap tugasan,tetapi saya rasa penat lalu tidak buat kerja.Saya berasa penat sanggat kerana semua kerja di tadika saya seorang sahaja membuat ,pembantu saya kurang memberi pertolongan dan kerjasama.Walaubagaimanapun saya curi masa juga untuk pergi rumah kanak-kanak yang saya membuat pemerhatian dan penilaian.Saya membuat berbincangan dengan ibubapa kanak-kanak itu.Baru saya memahami bahawa kanak-kanak saya sayang saya dari ibubapa mereka.Setiap kali ibubapa memberitahu bahawa anak-anak mereka selesa di sisi saya, membuatkan saya terkilan lalu menangis.Waktu itu baru saya sedar bahawa anak murid saya anggap saya sebagai ibu mereka dan saya juga boleh melahirkan insan yang berguna dan pengajaran pembalajaran yang saya adakan di tadika merangsang kedua kanak-kanak itu.Apabila habisnya segala program saya telah berniat menyiapakan tugasan saya.Walaupun saya telah menghadapi pelbagai rintangan namun atas usaha saya dan kerajinan saya serta sokongkan kawan saya serta tidak lupai tuhan yang amat menyayangi saya yang selalu bersama saya untuk menyiapkan tugasan ini.Apabila saya mendapat input yang baru saya dapat menambah ilmu dan kadang-kala berasa salah kerana ingat anak murid saya yang cinta saya. Baru saya sedar kejayaan dan perkembangan anak murid saya adalah di tangan saya.Saya akan menggunakan segala nasihat ,cadangan yang diberi untuk melicinkan lagi proses pengajjaran dan pembelajaran di kelas saya.Saya anggap segalanya sebagai panduan dalam hidup saya.Saya baru sedar bahawa untuk membuat penilaian dan pemerhatiann bukanlah kerja yang senang. Saya akan jadikan tugasan saya sebagai panduan untuk masa depan nanti.Saya ingin mengucapkan berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk meyiapkan tugasan saya.Sekian Terima Kasih.!!!!!