soalan umum tk1

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 31-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Soalan Umum TK1

    1/7

    1. Hukuman-hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib kecuali

    A. Tahan Kerja.

    B. Lucuthak emolumen.

    C. Tangguh pergerakan gaji.

    D. Buang kerja.

    2. Bayaran Wad bagi seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalamhospital-hospital Kerajaan hanya boleh dikecualikan sekiranyapegawai itu

    A. jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar Ibu Pejabat.

    B. mempunyai gaji kurang daripada RM500.00 sebulan.

    C. Jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di pejabat.

    D. Menerima rawatan kurang daripada dua minggu.

    3. Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh PihakBerkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh

    I. tiga bulan

    II. empat bulan

    III enam bulan

    IV. dua belas bulan

    A. I dan II sahaja

    B. I, II dan III sahaja.

    C. I, III dan IV sahaja.

    D. II, III dan IV sahaja

  • 8/14/2019 Soalan Umum TK1

    2/7

    4. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaranlebih masa adalah kerja-kerja yang

    A. dilakukan di luar Ibu Pejabat yang melebihi daripada waktu bekerja.

    B. perlu dibuat pada waktu malam.

    C. dilakukan sebelum jam 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang.

    D. dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugasbiasa.

    5. Dokumen terperingkat yang dihantar melalui peti atau beg berkunciadalah dikehendaki menggunakan

    A. Sampul pos berdaftar

    B. sampul surat biasa

    C. sistem dua lapis sampul surat.

    D. sistem satu sampul surat sahaja.

    6. Surat-surat yang dikeluarkan oleh mana-mana Kementerian, Jabatan atau

    Agensi perlu diberi pengkelasan keselamatan mengikut

    A. peringkat keselamatan kandungan fail itu.

    B. kepentingan kandungan surat.

    C. garis panduan Pejabat Keselamatan Kerajaan.

    D. panduan Keselamatan Jabatan.

  • 8/14/2019 Soalan Umum TK1

    3/7

    7. Satu kulit fail yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama dengan failasal hendaklah dibuka dan ditandakan sebagai Jilid II apabila

    A. kulit fail asal itu dan kandungannya basah terkena hujan.

    B. terlalu banyak lampiran di dalam fail asal itu.

    C. had muatan di dalam fail asal itu telah dicapai.

    D. kandungan fail asal itu telah mencapai angka seratus ataumelebihi 1 inci ketebalannya.

    8 Kertas Minit yang diletakkan di bahagian sebelah kiri kulit fail adalah

    digunakan untuk tujuan-tujuan berikut, kecuali

    A. merekodkan butir-butir tindakan ke atas panggilan telefonberkenaan perkara dalam fail.

    B. mencatatkan pengedaran fail.

    C. merekodkan surat-surat masuk dan keluar.

    D. mencatatkan hasil-hasil perbincangan berkaitan isi kandunganfail.

    9. Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan adalah

    I. Cuti rehat

    II. Cuti pemulihan dan cuti kuarantin

    III. Cuti kemalangan

    IV. Cuti Sakit Lanjutan

    A I, II dan III.

    B I, II dan IV.

    C II dan IV.

  • 8/14/2019 Soalan Umum TK1

    4/7

    D II, III dan IV.10 Seseorang pegawai awam yang ditamatkan perkhidmatannya atas sebab

    berikut boleh dilantik semula ke dalam Perkhidmatan Awam.

    A. Sumpah palsu.

    B. Tidak Lulus peperiksaan yang ditetapkan.

    C. Prestasi kerja tidak memuaskan.

    D. Diwartakan tidak hadir bekerja.

    11 Salah satu daripada perkara di bawah ini tidak seharusnya terkandungdi dalam sesebuah fail

    A. Surat-surat dan salinan surat-surat yang diterima.

    B. Salinan surat-surat yang dikeluarkan.

    C. Draf-draf surat.

    D. Minit-minit bebas.

    12 Elaun Makan layak di bayar sekiranya

    A. Pegawai diarahkan bertugas di luar ibu pejabat tidak lebih 24 jam.

    B. Pegawai diarahkan bertugas diluar ibu pejabat dalam lingkungan10 kilometer.

    C. Pegawai diarahkan bertugas diluar ibu pejabat melebihi 24 jam.

    D. Makanan disediakan oleh tempat menganjur.

  • 8/14/2019 Soalan Umum TK1

    5/7

    13. Kenyataan di bawah adalah betul mengenai Cuti Separuh Gaji kecuali

    A. Hanya layak kepada pegawai kerana keadaan kesihatankeluarga terdekat.

    B. Jumlah cuti separuh gaji adalah tidak melebihi 180 hari.

    C. Pegawai wanita yang bersalin bagi anak lebih lima orang bolehmengambil cuti separuh gaji bagi menggantikan cuti bersalin.

    D. Orang yang mengambil cuti separuh gaji hanya dibayar separuhdari gaji nya.

    14. Jumlah cuti sakit yang dikeluarkan oleh klinik swasta tidak bolehmelebihi

    A. 14 hari setahun

    B. 15 hari setahun

    C. 30 hari setahun

    D. 45 hari setahun

    15. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji kepada pegawainya

    berdasarkan syarat-syarat di bawah kecuali

    A. Cuti haji hanya sekali dalam tempoh perkhidmatan pegawai.

    B. Jumlah cuti haji yang boleh diluluskan adalah 40 hari.

    C. Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan dan bekerja tidakkurang 4 tahun.

    D. Jumlah cuti haji yang boleh diluluskan adalah 42 hari.

  • 8/14/2019 Soalan Umum TK1

    6/7

    16. Sekiranya pegawai tersebut menjalankan tugas rasmi di luar IbuPejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang daripada 24 jam,

    jenis elaun yang layak dituntut adalah

    A. Elaun Makan

    B. Elaun harian

    C. Elaun makan dan bayaran sewa hotel.

    D. Elaun Gantian

    17 Iklan kekosongan jawatan bagi kumpulan kakitangan rendah dan buruhkasar hendaklah :

    A. Diiklankan di dalam akhbar berbahasa Melayu sahaja.

    B. Dibuat secara temuduga terbuka.

    C. Dipamerkan di papan kenyataan jabatan.

    D. Diiklankan di dalam akhbar tempatan yang utama.

    18 Anggota Perkhidmatan Awam yang dilantik mengikut Sistem SaraanBaru (SSB) boleh disahkan dalam perkhidmatan apabila memenuhisyarat-syarat berikut, kecuali :

    A. setelah melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan pada gredjawatan tersebut.

    B. Setelah hadir dengan jayanya kursus Induksi.

    C. Setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan.

    D. Setelah lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jikaperlu).

  • 8/14/2019 Soalan Umum TK1

    7/7

    19. Salah satu dari cuti berikut bukan merupakan cuti yang diberi keranaperkhidmatan yang melayakkan

    A. Cuti Rehat

    B. Cuti Sakit

    C. Cuti Separuh Gaji

    D. Cuti Tanpa Gaji

    20. Encik Sudan disahkan mengidap penyakit Tibi oleh pegawai perubatankerajaan. Kelayakan cuti sakit penyakit Tibi setahun adalah

    A. 12 bulan

    B. 24 bulan

    C. 36 bulan

    D. 46 bulan