soalan turn in angle rosees lihi

6
Soalan 1: Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan? Jawapan: langkah pertama yang akan diambil ialah dengan melakukan SWOT analysis iaitu untuk melihat kelemahan, halangan, kebaikan dan peluang yang boleh diambil bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. selain itu, aktiviti pengiklanan juga akan dilakukan dengan giat untuk memastikan perniagaan sentiasa mendapat sambutan. Soalan 2: Multimodality Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction Jawapan: Teori multi modality merupakan satu set gaya pembelajaran yang melibatkan mod-mod yang menarik seperti visual, teks serta bahan pengajaran yang bersifat elektronik yang dapat menarik minat pelajar atau pembaca. Teori ini juga merupakan satu proses komunikasi yang berlangsung antara pengguna dengan media elektronik. Komunikasi ini berjalan dengan baik jika maklumat yang ingin disampaikan oleh tenaga pengajar melalui media dapat diterima dan difahami oleh para pelajar dan pelajar dapat memberi tindak balas yang tepat kepada maklumat tersebut. Multi modality juga merupakan satu proses di mana guru menyediakan bahan-bahan pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Melalui teks yang pelbagai ini, murid-murid berpeluang untuk menggunakan mod-mod linguistik, visual dan audio bagi mendapatkan pengalaman, pengana lisaan maklumat serta mengaplikasikan maklumat yang berguna untuk mereka. Multi modality instruction pula menyediakan assignment dan maklumat yang penting sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan dan senang untuk dilayari. maklumat ini merupakan maklumat yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran pelajar untuk memudahkan pelajar membuat persediaan awal sebelum memulakan pembelajaran. Assignment 1: Sila respon untuk isu ini pula i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

Upload: kodklon

Post on 06-Jul-2015

202 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan turn in angle rosees lihi

Soalan 1:

Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?

Jawapan:

langkah pertama yang akan diambil ialah dengan melakukan SWOT analysis iaitu untuk melihat kelemahan, halangan, kebaikan dan peluang yang boleh diambil bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. selain itu, aktiviti pengiklanan juga akan dilakukan dengan giat untuk memastikan perniagaan sentiasa mendapat sambutan.

Soalan 2:

MultimodalityApakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction

Jawapan:

Teori multi modality merupakan satu set gaya pembelajaran yang melibatkan mod-mod yang menarik seperti visual, teks serta bahan pengajaran yang bersifat elektronik yang dapat menarik minat pelajar atau pembaca. Teori ini juga merupakan satu proses komunikasi yang berlangsung antara pengguna dengan media elektronik. Komunikasi ini berjalan dengan baik jika maklumat yang ingin disampaikan oleh tenaga pengajar melalui media dapat diterima dan difahami oleh para pelajar dan pelajar dapat memberi tindak balas yang tepat kepada maklumat tersebut. Multi modality juga merupakan satu proses di mana guru menyediakan bahan-bahan pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Melalui teks yang pelbagai ini, murid-murid berpeluang untuk menggunakan mod-mod linguistik, visual dan audio bagi mendapatkan pengalaman, pengana lisaan maklumat serta mengaplikasikan maklumat yang berguna untuk mereka. Multi modality instruction pula menyediakan assignment dan maklumat yang penting sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan dan senang untuk dilayari. maklumat ini merupakan maklumat yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran pelajar untuk memudahkan pelajar membuat persediaan awal sebelum memulakan pembelajaran.

Assignment 1:

Sila respon untuk isu ini pula i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

Page 2: Soalan turn in angle rosees lihi

Jawapan:

i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran Akronim untuk learning style VARK iaitu Visual, Aural, Read/Write dan Kinestethic. Dalam pembelajaran ini penggunaan video akan menarik minat pelajar untuk menyertai sesi pembelajaran. selain itu, penggunaan video juga akan menggalakkan interaksi yang aktif di antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru untuk membincangkan apa yang mereka telah lihat dan secara tidak langsung pembelajaran secara konstruktivisme dalam dilakukan. Murid-murid akan berbincang dengan guru apa yang mereka lihat melalui video tersebut serta maklumat yang mereka perolehi setelah menonton video tersebut. kaedah pembelajaran menggunakan video ini amat sesuai bagi pelajar2 yang lemah dalam pemahaman tentang sesuatu perkara.

ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning Pembelajaran ubiquitous ialah satu pendekatan pembelajaran merentas masa dan tepat. Pembelajaran jenis ini bukan hanya menumpu dalam bilik darjah sahaja tetapi pelajar2 boleh belajar dari pelbagai lokasi dan pada bila2 masa. Pembelajaran jenis ini biasanya digunakan dalam pembelajaran jarak jauh dalam talian internet yang melibatkan penggunaan video. guru berkomunikasi dengan para pelajar melalui video dan pembelajaran jenis ini telah diamalkan di Negara Republik Korean dengan berpaksikan kemahiran abad ke-21 dalam program ICT In Education.

iii)Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS ( higher order thinking skills) Dalam HOTS (higher order thinking skills/ pemikiran tahap tinggi) penggunaan video dapat menggalakkan pemikiran yang kreatif dan kritis dikalangan pelajar terutama bagi menyelesaikan masalah-masalah yang diwujudkan oleh guru semasa sesi pembelajaran. selain itu, penggunaan video ini juga akan mewujudkan gaya pembelajaran inkuiri dan eksplorasi di kalangan pelajar. Banyak persoalan dapat ditimbulkan melalui tayangan video yang disediakan dan seterusnya perbincangan yang lebih mendalam akan berlaku antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. ini akan menggalakkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar.

iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar melalui penggunaan video dalam proses p&p kemahiran komunikasi interpersonal pelajar dapat dipertingkatkan. ini jelas terbukti apabila kaedah pengajaran ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar prasekolah menunjukkan kesan yang positif. selain pelajar prasekolah, pelajar-pelajar peringkat rendah, menengah dan ipta turut mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik jika penggunaan video digunakan dalam sesi p&p.

v)Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. melalui penggunaan video dalam sesi p&p, ia dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam diri setiap pelajar kerana tayangan yang dibuat akan memberi gambaran sebenar

Page 3: Soalan turn in angle rosees lihi

tentang perkara-perkara yang berlaku di perekitaran kita. selain itu, media elektronik jenis ini sangat mampu mempengaruhi gaya pemikiran seseorang individu, sebagai contoh, tayangan video berkaitan dengan keburukan merokok akan memberi kesedaran yang mendalam kepada para pelajar apabila mereka melihat kesan-kesan merokok ke atas orang yang penghisap rokok.

Assignment 2

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Jawapan:

kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas ialah; i) masa proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu jika terdapat masalah semasa tayangan video dijalankan ii) masalah kekurangan peralatan yang mencukupi terutama bagi sekolah-sekolah luar bandar iii) masalah jika berlakunya gangguan2 yang tidak diduga seperti terputus bekalan elektrik semasa video tengah ditayangkan iv)ruang kelas yang tidak sesuai atau terlalu sempit

Assignment 3

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas?

Jawapan:

i)Sebelum; sebelum menggunakan video dalam kelas guru haruslah memastikan bahawa kandungan video yang ingin ditayangkan adalah bersesuaian dengan topik yang ingin disampaikan pada hari tersebut. seterusnya, guru juga haruslah memastikan semua peralatan yang ingin digunakan untuk membuat tayangan video tersebut dapat berfungsi dengan baik tanpa ada sebarang gangguan. semua kabel haruslah disambung dengan betul dan laptop disediakan lebih awal. Video yang ingin ditayangkan juga haruslah diuji dahulu sebelum kelas bermula. ini bagi mengelakkan masa yang diperuntukkan untuk proses p&p terganggu.

ii) semasa; Semasa video sedang ditayangkan, pastikan bunyi video terebut cukup kuat dan dapat didengar oleh para pelajar dengan jelas dan terang. Elakkan membuat penerangan semasa video ditayangkan. Biarkan pelajar memberi tumpuan yang penuh kepada sesi tayangan dahulu. Pastikan cahaya tidak terlalu terang sehingga menyukarkan pelajar untuk melihat gambaran video dengan baik.

iii) selepas;

Page 4: Soalan turn in angle rosees lihi

Selepas tayangan video dibuat, guru akan bersoal jawab dengan pelajar tentang apa yang telah disaksikan sebentar tadi. Guru kemudian nya menerangkan isi kandungan video tersebut dan mengaitkannya dengan pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya pelajar diberi peluang untuk berkongsi pendapat mereka berkenaan video dan topik pembelajaran pada hari tersebut. Sesi refleksi berkaitan tayangan video juga dilakukan. Setelah sesi p&p tamat, guru akan memastikan semua peralatan tayangan diletakkan di tempat yang sepatutnya. kabel dan suis dipadamkan bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

Manipulatives merupakan satu idea yang menggunakan pusat pembelajaran sebagai pusat pengajaran. Ia mengkehendaki guru agar memilih bahan, unit dan model pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Selain itu, bahan yang dipilih hendaklah sepadan dengan keupayaan dan stail pembelajaran seseorang pelajar. Guru haruslah memilih kaedah yang bersesuaian dengan topik yang hendak diajar. Ia turut memberi peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan berkaitan pembelajaran mereka. Terdapat tiga jenis manipulatives iaitu penggunaan objek sebenar, model dan mock up (olok-olok). Objek sebenar adalah seperti duit syiling, binatang, peralatan dan sebagainya. Ia sangat sesuai bagi pelajar merasai pengalaman sebenar penggunaan objek dalam kehidupan seharian mereka. Ia turut berfungsi untuk membina pengalaman yang konkrit dikalangan pelajar.

Model pula merujuk kepada persembahan 3D objek sebenar. ia menyediakan pandangan dasar yang tidak mustahil dengan objek sebenar. Ia boleh membangkitkan semangat dan penemuan di samping membantu menajamkan kemahiran kognitif dan psikomotor seseorang pelajar.

Mock up mempersembahkan cara yang komplek. Ia memberi peluang pelajar merasai atau mengalami aspek-aspek penting dalam aktiviti kehidupan yang sebenar tanpa menghadapi sebarang risiko.

Soalan 1: berikan satu contoh manipulative dan bagaimana anda menggunakannya termasuk dengan

objektif anda menggunakan manipulative tersebut.

Satu contoh manipulative yang akan saya gunakan dalam pengajaran saya ialah real object (objek

sebenar). Tujuan saya memilih real object ialah kerana dengan membawa real object dalam pengajaran

di bilik darjah atau luar bilik darjah, para pelajar akan dapat merasai pengalaman sebenar menggunakan

objek tersebut.

Soalan 2. buat satu pengajaran yang merangkumi lawatan (secara sebenar atau virtual/maya). berikan

satu web yang boleh digunakan untuk lawatan tersebut.

Page 5: Soalan turn in angle rosees lihi

Due : Nov, 20, 2012

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?

Literasi video merupakan sebarang format media elektronik yang menggunakan “picture motion” untuk menyampaikan pesanan atau pengajaran yang boleh dirujuk sebagai video.

2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.

Lima konsep utama semasa menonton video ialah;

1. pengarang membina/membentuk mesej

2. mesej yang disampaikan perlu menggunakan format, kreativiti dan teknologi yang unik.

3. setiap penonton mentafsirkan mesej secara berbeza.

4. Setiap mesej mempunyai nilai dan pandangan yang berbeza.

5. Kebanyakan mesej yang dibina bertujuan untuk mempromosikan Sesuatu tujuan yang spesifik.

3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Aplikasi video dalam pendidikan dapat membantu pelajar merasai seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses pembuatan kertas dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar memahami bagaimana sebatang kayu kertas diproses untuk menghasilkan kertas yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Selain itu, pengaplikasian video dalam pembelajaran juga dapat membantu pelajar mengubah sikap mereka. Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran, juga dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran. Di samping itu pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melalui ’gerak perlahan’ dan pegun. Seterusnya penggunaan video dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar.

4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?

Page 6: Soalan turn in angle rosees lihi

Dokumentari

Video dokumentari merupakan medium utama untuk melihat dokumentasi yang pernah berlaku secara

sebenar untuk dibawa ke dalam kelas. Ianya dibuat berdasarkan fakta. Mengisahkan kisah benar

mengenai orang dan tempat. Contohnya persembahan dokumentari ialah National Geographic yang

banyak menayangkan tentang pembelajaran subjek geografi, alam sekitar, budaya, sains dan pelbagai

lagi yang boleh dilihat.

Dramatization

Video dapat membawa pelajar terpesona dengan tayangan dipaprkan. Ia juga merupakan tempat yang

sangat baik untuk membina sahsiah pelajar dan sikap positif dalam bidang seperti budaya, kurang upaya,

harga diri, dan bekerjasama.

Video Storytelling(Bercerita)

Bercerita merupakan kemahiran yang penting untuk membentuk pelajar dari semua peringkat umur. Ia

membolehkan pelajar menjadi kreatif semasa membentuk penulisan mereka, literasi visual dan

kemahiran penghasilan video. Matlamat utama ialah untuk mengajar pelajar agar mereka boleh mengajar

dan belajar daripada satu sama lain.

Virtual Fields Trips

Ia boleh membawa pelajar ke tempat-tempat yang mereka tidak mungkin dapat pergi. Ia membina dan

meningkatkan pengetahuan yang di perolehi daripada buku teks bacaan, penerangan internet atau

mendengar ceramah-ceramah. Pelajar dapat membayangkan keadaan sebenar yang berlaku setelah

melihat tayangan ini.

5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.

Terdapat dua langkah utama dalam proses memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik

darjah ialah;

a) Integrasi sumber-sumber yang berguna adalah untuk mencari video yang akan menyokong

pencapaian objektif pelajaran anda.

b) Menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya sama dengan matlamat

anda dan memenuhi keperluan pelajar anda.