rekacipta dan inovasi 2011 institut kemahiran belia...

13
REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TEMERLOH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 1.0 PENGENALAN DAN LATARBELAKANG Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Peringkat IKBN 2011, Kementerian Belia dan Sukan diadakan untuk memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi di kalangan pelajar bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan fungsi. Pertandingan Rekacipta dan Inovasi IKBN 2011 juga telah diadakan pada sambutan Hari Belia Negara yang telah diadakan pada 28 Mei 2011 di Putrajaya bagi menyokong perhimpunan sejuta belia. Bagi menyahut cabaran tersebut, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh telah menghantar dua projek inovasi dalam pertandingan tersebut bagi kategori Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan berasaskan kepada tema Teknologi Hijau. Tajuk projek tersebut ialah Mushroom Media Bagging Machine dan Seed Planter. 2.0 TUJUAN PROJEK INOVASI Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memupuk daya kreatif dan inovasi di kalangan pelajar IKBN Temerloh disamping memberi pendedahan tentang faedah-faedah hasil dari projek inovasi. 3.0 PELAKSAAN PROJEK INOVASI 3.1 Mushroom Media Bagging Machine 3.1.1 Sinopsis Projek 3.1.1.1 Perbincangan Masalah : Mesin yang sedia ada hanya dapat membungkus satu media sahaja dalam satu operasi. Membuang masa operator untuk menunggu penghasilan satu media.

Upload: hanhu

Post on 26-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

REKACIPTA DAN INOVASI 2011

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TEMERLOH

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

1.0 PENGENALAN DAN LATARBELAKANG

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Peringkat IKBN 2011, Kementerian Belia dan Sukan

diadakan untuk memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi di kalangan pelajar bagi

mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan fungsi. Pertandingan Rekacipta

dan Inovasi IKBN 2011 juga telah diadakan pada sambutan Hari Belia Negara yang telah

diadakan pada 28 Mei 2011 di Putrajaya bagi menyokong perhimpunan sejuta belia.

Bagi menyahut cabaran tersebut, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh telah

menghantar dua projek inovasi dalam pertandingan tersebut bagi kategori Teknologi

Kejuruteraan Mekanikal dan berasaskan kepada tema Teknologi Hijau. Tajuk projek

tersebut ialah Mushroom Media Bagging Machine dan Seed Planter.

2.0 TUJUAN PROJEK INOVASI

Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memupuk daya kreatif dan inovasi di kalangan

pelajar IKBN Temerloh disamping memberi pendedahan tentang faedah-faedah hasil dari

projek inovasi.

3.0 PELAKSAAN PROJEK INOVASI

3.1 Mushroom Media Bagging Machine

3.1.1 Sinopsis Projek

3.1.1.1 Perbincangan Masalah :

Mesin yang sedia ada hanya dapat membungkus satu media sahaja

dalam satu operasi.

Membuang masa operator untuk menunggu penghasilan satu media.

Page 2: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

Kuantiti habuk kayu yang diisi ke dalam bekas tadahan sedikit dan

menyebabkan operator mesin terpaksa bekerja keras untuk mencapai

target harian.

3.1.1.2 Kaedah Ujikaji :

Kajian dimulakan dengan lawatan di tapak semaian cendawan.

Idea tercetus apabila keadaan operasi mesin yang boleh dimaksimumkan

penggunaannya.

Idea disokong oleh pemilik tapak semaian tersebut.

3.1.1.3 Jangkaan Keputusan :

Mengurangkan kos pembelian mesin.

Menjimatkan masa.

Mengurangkan kos penggunaan elektrik.

Mengurangkan penggunaan kaji pekerja.

Memaksimumkan penggunaan elektrik.

3.1.2 Pengenalan Projek

Mushroom Media Bagging Machine direka untuk memudahkan proses

“bagging”. Pertanian cendawan tiram ini dikomersialkan dalam bentuk yang

lebih maksimum di dalam kawasan semaian yang minimum/kecil. Dengan cara

ini, penghasilan cendawan dapat diperbanyakan jumlahnya tanpa mengubah

bau, warna, rasa dan zatnya. Projek ini berkait rapat dengan tema Pertandingan

Rekacipta dan Inovasi peringkat IKBN 2011. Teknologi hijau yang dimaksudkan

dengan pencemaran, penjimatan tenaga yang digunakan, guna semula dan

mesra pengguna. Projek ini telah merangkumi kesemua elemen-elemen

teknologi hijau dimana pembuatan mesin ini menjimatkan penggunaan elektrik,

masa dan menambah pengeluaran pembungkusan “bagging” dalam satu

Page 3: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

operasi. Mesin ini telah ada dipasaran tetapi penggunaan elektriknya tidak dapat

dimaksimumkan.

3.1.3 Objektif Projek

i. Meningkatkan pengeluaran media dalam jangka masa yang amat singkat

dan menjimatkan tenaga pekerja.

ii. Selaras dengan teknologi hijau yang digambar-gambarkan masa kini

dimana penjimatan tenaga yang digunakan, mesra alam, penggunaan

semula dan mesra pengguna.

iii. Memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha mengkomersialkan

pertanian mereka.

3.1.4 Metodologi Pembangunan Produk

Page 4: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

3.1.4.1 Peralatan

Lathe Machine

Milling machine

Grinder machine

Drilling machine

SMAW welding

MIG welding

Soldering

3.1.4.2 Komponen

BIL ITEM SPESIFIKASI KUANTITI

1 Single V-Pulley Normal 2

2 Roda Diameter 10 4

3 Bearing D25, D20 3

4 Rod D25, D20 3

5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2

6 Switch ON/OFF Standard 1

7 Motor DC Standard 1

8 Belting Standard 2

9 Double V-Pulley Normal 1

10 Zinc plate 2m x 1m 1

11 Push button Standard 1

12 Bolt 10mm x 25mm 8

3.1.4.3 Rekabentuk

Page 5: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

3.1.4.4 Proses Pembuatan

Bil Gambarajah Penerangan

1

Membina rangka mesin dengan menggunakan proses kimpalan Metal Inert Gas (MIG Weld).

2

Membina tapak untuk meletak motor penghidup dengan menggunakan Vertical Milling Machine.

3

Membuat gerudi dan lorong gerudi dengan menggunakan proses kimpalan Metal Arc Welding (SMAW) dan Lathe Machine.

Page 6: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

4

Membina bilah pengacau dengan menggunakan proses kimpalan MIG.

5

Memasang tali sawat pada Single V-Pulley dan Double V-Pulley.

6

Membentuk sistem pengimbang yang merangkumi sistem pengunci pulley di bahagian atas mesin.

Page 7: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

7

Proses mengecat mesin.

8

Hasil produk.

3.1.5 Kegunaan Projek

3.1.5.1 Tujuan :-

Membantu pengusaha cendawan dari segi kewangan dan masa.

3.1.5.2 Aplikasi

Memasukkan sebatian habuk kayu ke dalam media.

Memampatkan sebatian habuk kayu dalam media.

3.1.5.3 Kebaikan

Menjimatkan masa.

Tidak menggunakan wang yang banyak.

Membolehkan penghasilan produk dengan banyak.

Dapat menghasilkan produk dengan berkualiti.

3.1.5.4 Kesan ke atas persekitaran

Tidak menghasilkan pencemaran udara, bunyi dan air.

Tidak menjejaskan kesihatan pengguna semasa mengendalikannya.

Page 8: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

3.1.6 Elemen Inovatif / Kreatif

3.1.6.1 Produk

Penggunaan motor ditukar.

Gerudi pengisi habuk kayu ditambah.

Mudah dialih.

3.1.6.2 Proses

Menghasilkan 2 media dalam 1 proses berbanding mesin yang sedia

ada yang menghasilkan 1 media dalam 1 proses.

Menjimatkan masa.

Meningkatkan pengeluaran media.

3.1.7 Implikasi Kewangan

3.1.8 Kesimpulan

Mesin ini direka khas untuk pengusaha cendawan. Mesin ini menampung 2kg

sebatian habuk kayu. Selain itu, rekabentuk pada tali sawat digunakan boleh

dilaras sama ada kendur atau tegang. Terdapat ruang yang disediakan untuk

memasukkan sebatian habuk kayu. Sebatian habuk kayu yang dimampatkan ke

dalam media tidak menjejaskan persekitaran tempat kerja. Sebatian habuk kayu

ini masih boleh digunakan setelah 5 kali tuaian cendawan. Sebatian habuk kayu

ITEM KUANTITI HARGA

(RM)

Bolt 8 Push button 1 Zinc plate 1 Double V-Pulley 1 Belting 2 Motor DC 1 Switch ON/OFF 1 Angle Iron 2 Rod 3 Bearing 3 Roda 4 Single V-Pulley 2

JUMLAH 500

Page 9: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

yang telah luput penggunaannya, ianya boleh dijadikan sebagai baja kepada

tanaman seperti anak-anak pokok. Oleh itu, mesin ini telah mengaplikasikan salah

satu aspek teknologi hijau dengan menggunakan semula sebatian habuk kayu.

3.2 Seed Planter

3.2.1 Pengenalan Projek

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memelihara sumber dan

alam semulajadi bagi menangani impak negatif akitiviti manusia. Penciptaan

mesin yang dinamakan SEED PLANTER tidak langsung akan mencemarkan alam

sekitar kerana tiada penggunaan bahan bakar. Ia selamat digunakan dan

menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan.

3.2.2 Objektif Projek

i. Mengurangkan kadar penggunaan tenaga dalam masa yang sama

meningkatkan pembangunan ekonomi.

ii. Direka untuk menjimatkan kos petani kecil dan memberi pulangan yang

lumayan.

iii. Dari segi masa pula ia dapat memperbanyakan penanaman dalam

sesuatu tempoh masa.

iv. Yang paling utama mesin ini dicipta adalah untuk mengawal pencemaran

alam sekitar daripada terus tercemar.

Page 10: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

3.2.3 Methodologi Pembangunan Projek

3.2.3.1 Peralatan

PERALATAN KEGUNAAN

MESIN MILLING Buat lubang,bore dan tap

MESIN LATHE Silinder

MIG Penyambungan

3.2.3.2 Komponen

BIL BAHAN SPESIFIKASI KUANTITI

1 Hollow square 20mm×20mm 2

2 Roda Φ30cm 4

3 Round square 6m 2

4 corong Biasa 1

5 Paip getah 10 cm 1

Page 11: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

3.2.3.3 Proses Pembuatan

Rangka projek

Prose membuat rangka

Membuat kon

Proses membuat kon dan corong

penyalur

Proses menyecat

Proses mengecat dilakukan

Page 12: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

3.2.4 Kegunaan Projek

3.2.4.1 Tujuan :-

Produk ini digunakan untuk membantu petani-petani kecil dalam

menghasilkan tanaman yang lebih cepat.

3.2.4.2 Aplikasi:-

Berguna untuk memelihara alam sekitar daripada terus tercemar.

Menjimatkan masa petani dalam proses penanaman biji benih.

Memberi pulangan yang memuaskan petani yang mengusahakan

tanaman kecil-kecilan.

3.2.5 Elemen Inovatif / Kreatif

Pengubahan telah di buat dari segi penggunaan motor kepada

pegerakan mekanikal sahaja.

Pengubahan dari segi reka bentuk produk iaitu produk direka dengan

lebih efisyen lagi bagi memudahkan petani.

3.2.6 Implikasi Kewangan

BIL ITEM KUANTITI HARGA

1 Roda 4 RM 100

2 Hollow square 1 RM 25

3 Round square 1 RM 30

4 corong 1 RM20

5 Paip getah 1 RM10

JUMLAH RM 185

3.2.7 Kesimpulan

Sebagai kesimpulanya,produk yang dihasilkan ini sedikit sebanyak membantu

mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pemanasan global yang berlaku pada

masa kini adalah disebabkan oleh ketidaksedaran masyarakat kita tentang

penjagaan alam sekitar yang membimbangkan. Sebagai masyarakat yang

Page 13: REKACIPTA DAN INOVASI 2011 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/457-mushroom-media-bagging... · 4 Rod D25, D20 3 5 Angle Iron 1”x1”, 2”x2” 2 6 Switch

perihatin dalam memelihara alam sekitar dan menyahut seruan kerajaan, mesin

SEED PLANTER ini dicipta.

4.0 PENUTUP

Kedua-dua projek tersebut telah mewakili IKBN Temerloh ke Pertandingan Rekacipta dan

Inovasi IKBN 2011. Kedua-duanya Berjaya mendapat tempat yang baik walaupun tidak

memenangi sebagai juara. Walaubagaimanapun, pengalaman yang diperolehi daripada

penghasilan projek telah berjaya membuka mata pelajar tentang pentingnya idea inovatif

dan kreatif dalam pembangunan sesuatu projek bermula dari pemilihan projek. Salah satu

projek iaitu Mushroom Media Bagging Machine akan dihantar sekali lagi meakili IKBN

Temerloh di dalam pertandingan Anugerah Inovasi Negara 2011 di amping beberapa projek

baru yang lain.