soalan tulisan cantik minggu bahasa

4
CONTOH KARANGAN AZAM SAYA PADA TAHUN INI Setiap awal tahun, ramai orang mempunyai azam tertentu. Tujuan seseorang itu mempunyai azam adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan sesuatu yang diingini. Saya sebagai murid Tahun Tiga juga mempunyai azam. Azam saya pada tahun ini ialah ingin berjaya dalam pelajaran. Saya berazam untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR). Apabila saya berjaya dalam peperiksaan itu, saya berpeluang untuk naik terus ke tahun empat. Ramai kawan saya berkata, susah untuk berjaya, tetapi saya yakin boleh. Saya terpaksa berusaha dari awal tahun lagi untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan tersebut. Saya bersungguh-sungguh menelaah pelajaran. Mata pelajaran yang saya tekankan ialah Bahasa Melayu, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Saya tidak mahu berusaha pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Selepas bersolat, saya berdoa agar azam saya menjadi kenyataan. Bimbingan guru amat saya harapkan. Ibu dan ayah turut membantu saya dengan membeli buku tambahan dan memberi galakan. Saya yakin azam saya akan menjadi kenyataan. NAMA :.................................................. TAHUN : 2 Arahan : Salin semula dengan tulisan yang cantik dan kemas.

Upload: wida-wasli

Post on 03-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bahasa

TRANSCRIPT

CONTOH KARANGAN

AZAM SAYA PADA TAHUN INISetiap awal tahun, ramai orang mempunyai azam tertentu. Tujuan seseorang itu mempunyai azam adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan sesuatu yang diingini. Saya sebagai murid Tahun Tiga juga mempunyai azam. Azam saya pada tahun ini ialah ingin berjaya dalam pelajaran.Saya berazam untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR). Apabila saya berjaya dalam peperiksaan itu, saya berpeluang untuk naik terus ke tahun empat. Ramai kawan saya berkata, susah untuk berjaya, tetapi saya yakin boleh.Saya terpaksa berusaha dari awal tahun lagi untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan tersebut. Saya bersungguh-sungguh menelaah pelajaran. Mata pelajaran yang saya tekankan ialah Bahasa Melayu, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Saya tidak mahu berusaha pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan.Selepas bersolat, saya berdoa agar azam saya menjadi kenyataan. Bimbingan guru amat saya harapkan. Ibu dan ayah turut membantu saya dengan membeli buku tambahan dan memberi galakan. Saya yakin azam saya akan menjadi kenyataan.

NAMA :.................................................. TAHUN : 2

Arahan :Salin semula dengan tulisan yang cantik dan kemas.

CITA-CITA SAYA

Setiap murid tanpa mengira latar belakang keluarga tentu mempunyai cita-cita. Cita-cita amat penting bagi seseorang murid. apabila kita mempunyai cita-cita, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh sesuatu yang kita inginkan.

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan. Apabila saya menjadi doktor, bolehlah saya merawat kedua-dua ibu bapa saya. Saya mahu mereka berbangga dengan kejayaan saya.

Saya juga dapat membantu orang daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Oleh sebab banyak orang yang berpendapatan sederhana, saya hanya mengenakan bayaran murah. Melalui cara ini, banyak orang yang boleh mendapat rawatan dengan cepat dan murah.

Bagi memastikan cita-cita saya menjadi kenyataan, saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Nasihat guru saya ikuti dan pesanan ibu serta ayah saya turuti. Kata orang, belakang parang diasah boleh tajam, inikan otak manusia. Sebab itu saya rajin belajar agar cita-cita saya menjadi kenyataan.

NAMA :..................................................... Tahun : 3

Arahan: Salin semula dengan tulisan yang cantik dan kemas.

KEGEMARAN SAYA

Setiap orang mempunyai kegemarannya tersendiri. Kegemaran ialah aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa yang terluang. Salah satu kegemaran saya ialah membaca buku cerita. Saya suka membaca semua jenis buku cerita. Antaranya ialah cerita penyiasatan, seram, atau tentang kekeluargaan. Aktiviti membaca dapat memperluas ilmu dan meningkatkan penguasaan bahasa saya.

Saya juga gemar mengumpul setem. Setiap kali abang, kakak, atau ayah menerima surat, saya akan mendapatkan setem daripada mereka. Setem-setem yang saya peroleh saya simpan dalam sebuah album. Menerusi aktiviti ini, saya dapat mengetahui tentang hari-hari perayaan dan hari-hari yang bersejarah.

Saya juga gemar menonton televisyen. Biasanya saya menonton televisyen sesudah menyelesaikan kerja sekolah. Saya menonton televisyen pada sebelah petang. Pada waktu malam, saya menonton televisyen bersama keluarga.

Saya juga suka melawat ke tempat-tempat yang menarik. Biasanya apabila cuti penggal, ayah akan membawa kami sekeluarga melawat ke tempat yang bersejarah seperti Melaka ataupun tempat-tempat peranginan seperti Pulau Tioman. Melawat kesesebuah tempat juga boleh menambahkan pengetahuan. Walaupun saya mempunyai banyak kegemaran, tetapi saya pastikan kegemaran saya itu tidak mengganggu pelajaran.

NAMA :....................................................... Tahun : 1

Arahan: Salin semula dengan tulisan yang cantik dan kemas.

GURU KESAYANGAN SAYA

Cikgu Dahlia merupakan guru yang amat saya sayangi. Saya menyayangi Cikgu Dahlia kerana dia bersikap baik terhadap anak-anak muridnya. Walaupun Cikgu Dahlia bukan guru kelas, tetapi dia amat mesra dengan kami. Bagi mereka yang tidak memahami pelajaran yang diajar, Cikgu Dahlia akan menerangkan hingga kami benar-benar faham.

Cikgu Dahlia mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Dia selalu menasihati kami agar membaiki penguasaan Bahasa Melayu. Cikgu Dahlia juga mencadangkan agar kami banyak membaca supaya dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.

Cikgu Dahlia berumur 32 tahun. Dia sudah berkeluarga. Dia mempunyai dua orang anak, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Menyulam merupakan kegemaran Cikdu Dahlia. Alas meja, alas sofa dan kain penutup televisyen disulamnya sendiri.

Cikgu Dahlia tidak suka murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Saya selalu menyiapkan tugasan yang diberi. Bukan saya sahaja yang menyayangi Cikgu Dahliaa, tetapi kawan-kawan yang lain juga menyayanginya.