soalan temuduga jururawat pelatih u29

5
SOALAN LAZIM TEMUDUGA JURURAWAT 1. Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang Anda pohon) 2. Kenapa Anda memilih menjadi jururawat? (soalan ni semata- mata ingin mengetahui tahapminat anda je kot, terutamanya kepada jururawat lelaki) 3. Apa beza klinik dan hospital? 4. Apa fungsi organ-organ badan? 5. Apakah penyakit terkini yang Anda ketahui? Berikan punca penyakit tersebut. Selain itu anda juga perlu ketahui dan hadam tentang gred jawatan yang Anda pohon, rujuk maklumat di bawah sebagai panduan. a. Peringkat jawatan jururawat dalam sektor awam: ~ Dalam latihan \ Tamat latihan ~ Jururawat pelatih U29 \ Jururawat Terlatih U29 (Diploma holder) ~ Jururawat masyarakat pelatih U19 \ Jururawat Masyarakat U19 (Certificate holder) Ini adalah gred jawatan dalam sektor awam. U19 – Jururawat Masyarakat U29 – Jururawat Terlatih U32 – Ketua Jururawat (Sister) U36, U38, U40 – Penyelia Jururawat (Matron) U41 & U42 – Jururawat Terlatih (biasanya pengajar,pengarah kolej) 6. Selain itu,biasa juga ditanya tentang diri sendiri sahaja..hanya mahu melihat keyaki

Upload: sakura-rena

Post on 22-May-2015

23.387 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan temuduga jururawat pelatih u29

SOALAN LAZIM TEMUDUGA JURURAWAT1. Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang Anda pohon)2. Kenapa Anda memilih menjadi jururawat? (soalan ni semata-mata ingin mengetahui tahapminat anda je kot, terutamanya kepada jururawat lelaki)3. Apa beza klinik dan hospital?4. Apa fungsi organ-organ badan?5. Apakah penyakit terkini yang Anda ketahui? Berikan punca penyakit tersebut.

Selain itu anda juga perlu ketahui dan hadam tentang gred jawatan yang Anda pohon, rujuk maklumat di bawah sebagai panduan.

a. Peringkat jawatan jururawat dalam sektor awam:

~ Dalam latihan \ Tamat latihan

~ Jururawat pelatih U29 \ Jururawat Terlatih U29 (Diploma holder)

~ Jururawat masyarakat pelatih U19 \ Jururawat Masyarakat U19 (Certificate holder)

Ini adalah gred jawatan dalam sektor awam.

U19 – Jururawat MasyarakatU29 – Jururawat Terlatih

U32 – Ketua Jururawat (Sister)U36, U38, U40 – Penyelia Jururawat (Matron)

U41 & U42 – Jururawat Terlatih (biasanya pengajar,pengarah kolej)

6. Selain itu,biasa juga ditanya tentang diri sendiri sahaja..hanya mahu melihat keyaki korang semasa bercakap so,kepada yang akan menghadapi temuduga,

TUGAS JURURAWAT

Pada pendapat aku..antara kerjaya yang mencabar dan memerlukan kecekapan yang tinggi pada zaman sekarang adalah kerjaya Jururawat.kalau anda pernah berada di Hospital-hospital kerajaan sudah pasti anda pernah melihat dan berpeluang bertemu dengan jururawat ini..dan kalau lebih bernasib baik akan menemui jururawat pelatih yang melaksanakan sesi praktikal mereka.sekali imbas..kerja-kerja yang dilakukan mereka yang bergelar jururawat ni nampak mudah..namun, hanya mereka yang mempunyai tahap kesabaran dan juga komitmen yang tinggi sahaja yang mampu melaksanakan tugasan dengan baik.Mereka melakukan kerja-kerja mereka dan tidak putus-putus memberikan  kata-kata semangat kepada pesakit yang mereka jaga.Mereka juga sabar melayan kerenah pesakit yang pelbagai.Tugas-tugas mereka juga pelbagai mengikut lokasi mereka bekerja..mereka yang bergelar jururawat perlu fleksible.mampu menguruskan semua kerenah yang berlainan.kebiasaannya, jururawat lebih sinonim dengan kaum hawa.tetapi sekarang.lelaki juga boleh menjadi jururawat.jangan

Page 2: Soalan temuduga jururawat pelatih u29

fikirkan yang 'male nurse' ini adalah lelaki lembut.tidak sama sekali.malah,dengan adanya male nurse ini akan lebih memudahkan kerja-kerja jururawat kaum hawa melaksanakan kerja-kerja mereka seharian.Nasihat aku kepada sesiapa yang ingin menjadikan Jururawat sebagai kerjaya mereka,jangan memilih kerjaya ini dengan keadaan yang terpaksa..bukakan hati dan minda anda.tugas Jururawat amat mulia dan amat berisiko.p/s: mengorbankan keselamatan diri demi menyelamatkan nyawa pesakit.

Tidak kira waktu mahupun tempat, yang mereka tahu amanah mesti dilaksanakan. Seiring dengan kemajuan dunia perubatan, tugas jururawat kini tidak lebih kepada berbakti namun kemahiran menggunakan peralatan perubatan berteknologi tinggi juga perlu dikuasai.

Lima tahun berkhidmat sebagai jururawat menjadikan Mohd Idlan Abdul Kadir seorang insansabar. Menggalas tugas di Unit Rawatan Rapi ICU dan Unit Rawatan Koronari CCU di Hospital Putrajaya, dia mengakui tugas yang dipikul tidak semudah disangka. Bukan sahaja perlu mahir mengendalikan peralatan hospital, cabaran mengendalikan pesakit kritikal juga

menguji mental dan emosinya terutama saat melihat pesakit bertarung nyawa.

MOHD IDLAN ABDUL KADIR/JURURAWAT"Kita bekerja dengan manusia, seperti yang kita tahu, orang yang sakit ni emosi dia tak stabil,

jadi kita kena banyak sabar dan perlu menenangkanlah pesakit."

DATUK FATHILAH ABDUL WAHAB/PENGARAH KEJURURAWATAN KKM "Jururawat kita yang sekarang ni, adalah yang multitasking dan multiskilling dan kita mesti ada juga positif attitude atau komunikasi yang lebih berkesan kepada pelanggan kita. Kita

groupkan together baru dapat jururawat yang berkualiti untuk rawat pesakit kita."(pelbagai tugas dan pelbagai kemahiran)

Bagi yang bertugas di pedalaman, cabaran pastinya lebih besar termasuk mereka yang berkhidmat di atas bot klinik bergerak.Bertugas di atas bot, kadang kala berhari-hari, pasti

memberi pengalaman berbeza kepada jururawat. ZALIHA SUHAILI/JURURAWAT

"Demi tugas, sebab sebenarnya kami memang suka dengan tugasnya. Sangat terujalah sebab bila kita pergi ke tiap-tiap tempat lain-lain bangsa, lain-lain ugama sidak empun ya kita

mengalaminya lain-lain budaya."

Latihan reflektif

Reflective diari merupakan satu bentuk pengalaman yang di ceritakan dalam bentuk diari bertujuan untuk mengimbau kembali pengalaman atau insiden yang telah berlaku di mana ianya sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan menambah pengalaman sepanjang kehidupan seharian kita. Sebelum memulakan laporan, pelatih terlebih dahulu perlu meminta persetujuan daripada pengajar untuk memperolehi nilai-nilai positif dan negative untuk di sebalik pengalaman yang telah dilalui. Dalam reflective diari ini perlu mengimbas kembali dan analis setiap teori, perasaan dan nilai semula tentang insiden tersebut. Pelatih hendaklah mendapat sokongan dari pengajar dan juga rakan-rakan untuk meningkatkan pengetahuan di samping dapat mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah berdasarkan insiden tersebut. Reflective diari penting untuk meningkatkan mutu pekerjaan, dan menggalakkan seseorang untuk berfikir secara kritis di mana ianya disebut sebagai ‘critical thinking’. Selain itu, ianya juga memberi panduan dan rujukan kepada seseorang pelatih untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama, lebih berhati-hati dalam menjalankan pekerjaan dalam seharian dan dapat mengikuti ‘standard of prosedure’ yang ditetapkan untuk mengekalkan sikap

Page 3: Soalan temuduga jururawat pelatih u29

KEPENTINGAN REFLECTIVE PRACTICE 1. Meningkatkan mutu kerja seseorang individu dengan cara mengikut prosedur manual kerja yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih kritis. 2. Dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan contohnya jururawat sabar melayan karenah pesakit, kerja berpasukan serta proaktif.3. Mengurangkan risiko kecederaan kepada jururawat melalui amalan membasuh tangan atau dengan cara mengasingkan pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. 4. Membantu mengurangkan medico-legal keatas jururawat contohnya jururawat mendokumentasikan dengan betul,melapor kejadian abnormal kepada doctor dengan segera,memastikan setiap prosedur ke atas pesakit yang memerlukanconsent telah ditandatangani oleh pesakit, perawatan mengikut standard of procedure yang telah ditetapkan.

Reflektif Praktis untuk pelatih Jururawat Amalan reflektif merupakan satu aspek penting dalam perawatan kejururawatan. Reflective practice merujuk kepada keupayaan seorang jururawat untuk mengimbas kembali sesuatu kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil belajar melalui kejadian tersebut. Reflective practice juga merupakan satu cara untuk meneroka dengan lebih tentang persepsi atau pandangan seseorang. Amalanreflektif menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman-pengalamansetelahberfikir mengenainya dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-pendekatan pembelajaran teori.      Reflective practice ini diperolehi semasa sesi praktikal di wad samada melalui pengalaman sendiri atau pengalaman rakan. Mengumpul dan berkongsi pengalaman dapat menggalakkan pemahaman dan pembelajaran sendiri.Ianya juga merupakan satu cara meningkatkan kemahiran profesional dan prestasi masa depan dengan menilai keadaan dan kesilapan-kesilapan telah ditekankan dalam banyak profesion termasuk bidang kejururawatan.           RUMUSAN

          Setelah melakukan tugasan ini,saya dapat merumuskan bahawa reflective practice ini amat berguna terhadap pelatih agar dijadikan pengajaran serta tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.            Pengajaran yang didapati dari peristiwa yang berlaku boleh dijadikan contoh untuk masa hadapan bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi. Dengan itu,akan menjamin keselamatan pesakit.            Selain dari pengalaman sendiri,pelatih juga dapat mengambil pengajaran melalui pengalaman kawan-kawan pelatih sendiri untuk mengelakkan ianya berlaku terhadap diri sendiri.Reflektif practice ini penting untuk mewujudkan nilai accountability dalam bidang kejururawatan.            Kesalahan yang saya lakukan pada masa kini akan saya jadikan pengajaran untuk mengelakkan ianya berulang pada masa yang akan datang.