soalan spm krsv 2011

20
TERHAD [Lihat halaman sebelah 2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 2611/3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari – Julai 1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan. 4. Semua contoh ilustrasi yang dipamerkan dalam setiap tugasan tidak dilukis mengikut skala sebenar. Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.

Upload: fuatmar

Post on 29-Jun-2015

1.174 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan spm krsv 2011

TERHAD 1 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 2611/3PENDIDIKAN SENI VISUALKAJIAN REKAAN SENI VISUALKERJA KURSUSKertas 3Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspekyang ditetapkan.

4. Semua contoh ilustrasi yang dipamerkan dalam setiap tugasan tidak dilukis mengikutskala sebenar.

Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.

Page 2: soalan spm krsv 2011

TERHAD 2 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) wajibmelaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akandianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Hasil Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan dalam tahun semasapeperiksaan.

3. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus ini secara individu dari bulan Februarihingga bulan Julai.

4. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakancetakan komputer.

5. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditirudaripada mana-mana pihak.

6. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuranlebih kurang 28 cm × 38 cm.

7. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasandan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

8. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kalisesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

9. Calon mestilah memenuhi kesemua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatgred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik (pencapaian minimum 60 %setiap aspek) sahaja akan dicatatkan dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkanoleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak MencapaiTahap Minimum tidak akan dicatatkan di dalam sijil.

10. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigahelai sahaja.

11. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

12. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkanmenghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

13. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio. Calondigalakkan menjilid hasil kajian.

14. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjangmasa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

Page 3: soalan spm krsv 2011

TERHAD 3 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 1

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : HIASAN DALAMAN

PRODUK : RUANG BACAAN KANAK-KANAK

SITUASI

Sebuah Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak memerlukan reka bentuk hiasan dalamanuntuk ruang bacaan.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bacaan untukkanak-kanak dengan hiasan yang sesuai.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bacaan.

2. Koleksi pelbagai gambar jenis perabot dan peralatan yang sesuai.

3. Lukisan pelan lantai untuk sudut bacaan mengikut skala.

4. Lakaran dan olahan perabot serta peralatan yang dipilih.

5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai yang dipilih.

6. Kajian warna pada reka bentuk hiasan dalaman yang pilih.

7. Lukisan dari sudut pandangan berbeza mengikut skala.

8. Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik.

9. Lukisan persembahan dalam situasi yang sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 4: soalan spm krsv 2011

TERHAD 4 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, hasil model reka bentuk ruang bacaan anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : PanjangLebarTinggi

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.

- 40 cm- 30 cm- 20 cm

30 cm

40 cm

20 cm

Page 5: soalan spm krsv 2011

TERHAD 5 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 2

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA ASEMBLAJ

SITUASI

Sebuah syarikat perkapalan antarabangsa akan mengadakan pameran kapal layar di tempatanda. Sebuah arca asemblaj akan diletakkan di pintu masuk bilik pameran.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca asemblaj.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai arca asemblaj.

2. Koleksi gambar pelbagai kapal layar sebagai sumber ilham.

3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.

4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih.

5. Lakaran reka bentuk arca asemblaj.

6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.

7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.

8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.

9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 6: soalan spm krsv 2011

TERHAD 6 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, hasil reka bentuk arca asemblaj anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : PanjangLebarTinggi

Warna : Bebas

Tema : Perkapalan

Teknik : Arca Asemblaj

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

- mengikut kesesuaian- mengikut kesesuaian- 40 cm

40 cm

Page 7: soalan spm krsv 2011

TERHAD 7 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 3

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : ILUSTRASI

PRODUK : ILUSTRASI HIASAN TOPI KELEDAR

SITUASI

Sebuah syarikat pengeluar topi keledar akan menganjurkan satu pertandingan ilustrasi hiasantopi keledar terbaru keluaran syarikat itu.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi hiasan topi keledar yangbermotifkan fauna di Malaysia.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai topi keledar.

2. Koleksi gambar pelbagai fauna di Malaysia sebagai sumber ilham.

3. Lukisan realistik fauna yang dipilih.

4. Lakaran reka bentuk topi keledar.

5. Lukisan hamparan reka bentuk topi keledar yang dipilih mengikut skala.

6. Lakaran olahan fauna yang dipilih.

7. Lakaran reka letak ilustrasi yang dipilih.

8. Kajian warna pada lakaran reka letak yang dipilih.

9. Lukisan sebenar hasil karya dari tiga sudut pandangan berbeza.

10. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.

11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 8: soalan spm krsv 2011

TERHAD 8 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, hasil ilustrasi topi keledar hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Bilangan warna : Bebas

Motif : Fauna di Malaysia

Teknik : Bebas kecuali kolaj

Contoh:

Nota:

1. Anda boleh membuat ilustrasi di atas topi keledar sebenar.

Page 9: soalan spm krsv 2011

TERHAD 9 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 4

BIDANG : KRAF

TAJUK : TEMBIKAR

PRODUK : LAMPU HIASAN

SITUASI

Seorang pengusaha kilang tembikar ingin mengeluarkan produk lampu hiasan yang bolehdiletakkan di ruang tamu rumah. Lampu hiasan ini mestilah mempunyai reka bentuk modendan futuristik namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk lampu hiasan.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai bentuk lampu hiasan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai sumber motif.

3. Lakaran reka bentuk lampu hiasan.

4. Lakaran pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai idea.

5. Lakaran olahan reka corak bersesuaian dengan reka bentuk.

6. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.

7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih.

8. Lukisan sebenar reka bentuk yang dipilih dari tiga sudut pandangan berbeza.

9. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 10: soalan spm krsv 2011

TERHAD 10 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan model lampu hiasan anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Tanah liat

Ukuran minimum : PanjangLebarTinggi

Bilangan warna : Bebas

Motif : Tradisional

Teknik : Teknik lingkaran, kepingan dan picit

Reka bentuk : Moden dan futuristik

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah dibakar.

2. Hasil kerja boleh disepuh atau diwarna dengan menggunakan warna yang sesuai.

- 10 cm- 10 cm- 30 cm

minimum 10 cm

30 cm

Page 11: soalan spm krsv 2011

TERHAD 11 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 5

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : KAD UCAPAN

PRODUK : KAD UCAPAN TIGA DIMENSI

SITUASI

Sebuah Persatuan Alam Sekitar ingin menghasilkan kad ucapan tiga dimensi bagi jualanamal sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu kad ucapan tiga dimensi yangbertemakan alam sekitar dan bermotifkan flora dan fauna.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai kad ucapan tiga dimensi.

2. Koleksi gambar berkaitan flora dan fauna.

3. Koleksi muka taip.

4. Lakaran reka bentuk kad ucapan.

5. Lukisan realistik motif yang dipilih.

6. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.

7. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.

8. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.

9. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.

10. Lukisan tiga dimensi kad ucapan.

11. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

13. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 12: soalan spm krsv 2011

TERHAD 12 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, kad ucapan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran minimum : PanjangLebar

Bilangan warna : Bebas

Media : Bebas

Teknik : Catan

Kapsyen : Sesuai dengan situasi

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

- 30 cm- 22 cm

30 cm

22 cm

Page 13: soalan spm krsv 2011

TERHAD 13 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 6

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : PEMBUNGKUSAN

PRODUK : PEMBUNGKUSAN MAKANAN

SITUASI

Syarikat Delima Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi kayu.Syarikat ini ingin memasarkan kerepek keluarannya ke pasaran antarabangsa.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pembungkusankerepek ubi kayu tersebut.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai pembungkusan makanan ringan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi muka taip.

3. Koleksi motif yang bersesuaian dengan tajuk.

4. Lakaran reka bentuk pembungkusan.

5. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih mengikut skala.

6. Lukisan realistik motif yang dipilih.

7. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.

8. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.

9. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.

10. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.

11. Lukisan tiga dimensi pembungkusan yang dipilih.

12. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

13. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

14. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 14: soalan spm krsv 2011

TERHAD 14 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk pembungkusan anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : PanjangLebarTinggi

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Catan

Kapsyen : Suci

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

- mengikut kesesuaian- mengikut kesesuaian- 30 cm

Mengikut kesesuaian

Mengikut kesesuaian

30 cm

Page 15: soalan spm krsv 2011

TERHAD 15 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA BENTUK PENERBITAN

PRODUK : PAPAN CERITA

SITUASI

Sebuah syarikat kosmetik ingin menerbitkan iklan bagi mempromosikan produk terbarukecantikan wanita.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan papan cerita sebanyak lapan bingkaiuntuk mengiklankan produk kecantikan tersebut.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai iklan produk kecantikan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi gambar pelbagai produk kecantikan wanita.

3. Lukisan realistik produk kecantikan yang dipilih.

4. Lakaran pelbagai bentuk figura manusia atau yang berkaitan.

5. Lakaran kenit olahan idea papan cerita berserta catatan.

6. Lakaran tiga set cadangan papan cerita berdasarkan sumber idea yang dipilihdan catatan.

7. Lukisan sebenar papan cerita yang dipilih mengikut urutan dan jalan cerita sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

9. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 16: soalan spm krsv 2011

TERHAD 16 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, papan cerita anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran : 30 cm × 20 cm setiap bingkai

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Catan

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah dikemas dan dibingkaikan.

30 cm

20 cm

Page 17: soalan spm krsv 2011

TERHAD 17 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 8

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA CORAK

PRODUK : REKA CORAK SET PINGGAN MANGKUK

SITUASI

Sebuah syarikat pinggan mangkuk memerlukan reka corak cawan dan piring keluarannya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak yang menggambarkankeindahan flora dan fauna pada produk tersebut.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis cawan dan piring.

2. Koleksi gambar flora dan fauna sebagai sumber ilham.

3. Lakaran reka bentuk cawan dan piring.

4. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.

5. Lakaran olahan motif flora dan fauna.

6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.

7. Kajian warna pada reka letak.

8. Lukisan sebenar cawan dan piring.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 18: soalan spm krsv 2011

TERHAD 18 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak cawan dan piring tersebut hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : PiringCawan

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Catan

Contoh:

Nota:

1. Anda boleh menggunakan cawan dan piring sebenar bagi membuat reka corak.

- diameter antara 13 cm – 15 cm- tinggi : antara 6 cm – 8 cm- lebar : antara 6 cm – 8 cm

13 cm – 15 cm

6 cm – 8 cm

6 cm – 8 cm

Page 19: soalan spm krsv 2011

TERHAD 19 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 9

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN

PRODUK : CETAKAN SARING

SITUASI

Sebuah hotel ingin menghias lobi menunggunya dengan satu cetakan.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu karya cetakan yangmenggambarkan keindahan alat muzik tradisonal.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai cetakan.

2. Koleksi gambar alat muzik tradisional.

3. Lukisan realistik tiga alat tradisional.

4. Olahan motif berdasarkan sumber ilham.

5. Lakaran reka letak motif.

6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.

7. Kajian warna.

8. Lukisan sebenar cetakan.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

12. Lampiran minimun tiga edisi cetakan mengikut turutan.

Page 20: soalan spm krsv 2011

TERHAD 20 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan tersebut hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Blok cetakan saring

Ukuran : 30 cm × 30 cm

Bilangan warna : Bebas

Motif : Alat muzik tradisional

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah dibingkaikan.

TUGASAN TAMAT

30 cm

30 cm