soalan-soalan lazim berkaitan perkhidmatan penghantaran ... · pdf file4. apakah perbezaan...

6
Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan? Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan adalah perkhidmatan untuk menghantar kenderaan penumpang, kenderaan berkapasiti ringan dan motosikal dengan menggunakan kapal laut dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. 2. Siapakah yang menawarkan perkhidmatan ini? Perkhidmatan ini ditawarkan oleh syarikat Konsortium Logistik Berhad (KLB) dan Pos Malaysia Berhad selaku ejen yang dilantik. 3. Dimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini? Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan ini di pejabat pos dan Pusat Pos Laju terpilih seperti di bawah: A. Pejabat Pos i. Pejabat Pos Besar Pulau Pinang ii. Pejabat Pos Butterworth iii. Pejabat Pos Besar Shah Alam iv. Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur v. Pejabat Pos Besar Johor Bahru vi. Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu vii. Pejabat Pos Besar Kuching viii. Pejabat Pos Sandakan ix. Pejabat Pos Tawau x. Pejabat Pos Bintulu xi. Pejabat Pos Sibu B. Pusat Pos Laju (PPL) i. Pusat Pos Laju Pulau Pinang ii. Pusat Pos Laju Butterworth iii. Pusat Pos Laju Shah Alam iv. Pusat Pos Laju Kuala Lumpur v. Pusat Pos Laju Klang vi. Pusat Pos Laju Petaling Jaya vii. Pusat Pos Laju Bangi viii. Pusat Pos Laju Batu Caves ix. Pusat Pos Laju Johor Bahru x. Pusat Pos Laju Kota Kinabalu xi. Pusat Pos Laju Kuching

Upload: hanhu

Post on 06-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran ... · PDF file4. Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena? Kedua-dua

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan? Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan adalah perkhidmatan untuk menghantar kenderaan

penumpang, kenderaan berkapasiti ringan dan motosikal dengan menggunakan kapal laut dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

2. Siapakah yang menawarkan perkhidmatan ini?

Perkhidmatan ini ditawarkan oleh syarikat Konsortium Logistik Berhad (KLB) dan Pos Malaysia Berhad selaku ejen yang dilantik.

3. Dimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan ini di pejabat pos dan Pusat Pos Laju terpilih seperti di bawah:

A. Pejabat Pos i. Pejabat Pos Besar Pulau Pinang ii. Pejabat Pos Butterworth iii. Pejabat Pos Besar Shah Alam iv. Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur v. Pejabat Pos Besar Johor Bahru vi. Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu vii. Pejabat Pos Besar Kuching viii. Pejabat Pos Sandakan ix. Pejabat Pos Tawau x. Pejabat Pos Bintulu xi. Pejabat Pos Sibu

B. Pusat Pos Laju (PPL) i. Pusat Pos Laju Pulau Pinang ii. Pusat Pos Laju Butterworth iii. Pusat Pos Laju Shah Alam iv. Pusat Pos Laju Kuala Lumpur v. Pusat Pos Laju Klang vi. Pusat Pos Laju Petaling Jaya vii. Pusat Pos Laju Bangi viii. Pusat Pos Laju Batu Caves ix. Pusat Pos Laju Johor Bahru x. Pusat Pos Laju Kota Kinabalu xi. Pusat Pos Laju Kuching

Page 2: Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran ... · PDF file4. Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena? Kedua-dua

4. Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena?

Kedua-dua kaedah ini sering digunakan dalam penghantaran kenderaan. Walau bagaimanapun, Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan menggunakan sistem parkir berlapis (seperti tempat letak kereta bertingkat) di dalam kapal. Kapal bagi Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan ini adalah khas untuk mengangkut kenderaan sahaja dan tidak ada membawa kontena lain.

5. Apakah jenis kenderaan yang boleh dihantar melalui Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan?

Jenis kenderaan yang boleh dihantar melalui Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan adalah seperti motosikal, kenderaan penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan pacuan empat roda, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan van.

6. Siapakah yang patut saya hubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan

ini? Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila kunjungi pejabat pos dan Pusat Pos Laju terpilih seperti yang tersenarai di atas.

7. Bolehkah saya menghantar motosikal melalui Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan? Ya. Motosikal boleh dihantar menggunakan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, caj perkhidmatan tertakluk kepada kapasiti enjin (cc) motosikal tersebut.

8. Di manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan perkhidmatan ini? Borang permohonan boleh didapati di:

Kaunter pejabat pos terpilih

Kaunter Pos Laju terpilih

9. Di manakah saya boleh mendapatkan jadual dan sebut harga bagi perkhidmatan penghantaran ini? Jadual penghantaran kenderaan boleh didapati di:

Kaunter pejabat pos terpilih

Kaunter Pos Laju terpilih

www.pos.com.my

Sebut harga boleh didapati di:

Kaunter pejabat pos terpilih

Kaunter Pos Laju terpilih

10. Adakah harga yang tersenarai dalam sebut harga sudah termasuk semua jenis bayaran? Harga dalam sebut harga termasuk:-

i. Caj terminal untuk pelabuhan destinasi ii. 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

11. Apakah cara-cara pembayaran bagi perkhidmatan ini? Pembayaran boleh dibuat secara tunai di pejabat pos dan Pusat Pos Laju terpilih.

Page 3: Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran ... · PDF file4. Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena? Kedua-dua

12. Bolehkah saya menggunakan kad kredit atau cek untuk membuat bayaran? Pembayaran menggunakan kad kredit dan cek tidak diterima.

13. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan ketika berurusan di kaunter Pejabat Pos dan Pusat Pos Laju terpilih?

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

i. Salinan kad pengenalan/MyKad (depan dan belakang) ii. Salinan geran pemilikan kenderaan (depan dan belakang) iii. Salinan surat pelepasan dari bank (jika masih terikat dengan pinjaman dari institusi

Kewangan)

14. Di manakah saya perlu menghantar kenderaan saya? A. Luar Lembah Klang: Kenderaan perlu dihantar ke yard KLB di (Prai, Pasir Gudang, Kota Kinabalu, Kuching) Vehicle Transit Centre (VTC), dalam masa tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pelayaran.

B. Kawasan Lembah Klang:

Kenderaan perlu dihantar ke yard KLB di (Pelabuhan Utara,Klang) Vehicle Transit Centre (VTC) dalam masa tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh pelayaran.

15. Perlukah saya mendapatkan perlindungan insurans ketika penghantaran kenderaan dilakukan? Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membeli perlindungan insurans bagi melindungi kenderaan

daripada sebarang kerosakan atau kehilangan. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan pada kenderaan tersebut, pihak KLB atau Pos Malaysia tidak akan bertanggungjawab dan tiada sebarang bayaran gantirugi akan diberikan kepada pelanggan.

16. Adakah KLB menyediakan insurans marin? Berapakah caj insurans marin di pasaran? Ya. KLB turut menyediakan Insurans marin tetapi hanya atas permintaan pelanggan sahaja, dan caj tambahan akan dikenakan. Pelanggan juga boleh menghubungi syarikat-syarikat Insurans marin lain untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

17. Berapakah bayaran untuk caj pelabuhan? Caj pelabuhan hanya boleh ditentukan apabila kenderaan tiba di destinasi.

18. Adakah saya perlu mengeluarkan radio dan barangan berharga lain semasa penghantaran?

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mengeluarkan semua barangan berharga dan barangan yang boleh ditanggalkan di dalam kenderaan semasa proses penghantaran. Pihak KLB atau Pos Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan tersebut.

19. Jika kenderaan sudah tidak lagi terikat dengan pinjaman bank, adakah saya masih perlu mendapatkan surat perlepasan dari bank?

Page 4: Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran ... · PDF file4. Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena? Kedua-dua

Surat pelepasan dari bank tidak diperlukan jika kenderaan anda sudah tidak terikat dengan pinjaman bank.

20. Apakah syarat-syarat dan dokumen yang wajib dibawa semasa menghantar kenderaan?

i. Syarat-syarat:

A. Luar Lembah Klang: Kenderaan perlu dihantar ke yard KLB di (Prai, Pasir Gudang, Kota Kinabalu, Kuching) Vehicle Transit Centre (VTC) dalam masa tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pelayaran.

B. Kawasan Lembah Klang:

Kenderaan perlu dihantar ke yard KLB di (Pelabuhan Utara,Klang) Vehicle Transit Center (VTC) dalam masa tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh pelayaran.

ii. Dokumen-dokumen yang wajib dibawa: Jika pemilik kenderaan hadir:-

a. Resit pembayaran asal/MyKad b. Kad pengenalan asal c. Borang “Salinan Pemilik” Permohonan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaaan yang telah disahkan

Jika Pemilik Kenderaan TIDAK hadir:-

a. Resit pembayaran asal b. Kad pengenalan asal penghantar kenderaan c. Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan d. Borang “Salinan Pemilik” Permohonan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaaan yang telah disahkan

iii. Pihak KLB akan mengeluarkan borang penerimaan kenderaan kepada pelanggan yang

merupakan borang Delivery Order atau Survey Report sebagai pengesahan penerimaan kenderaan.

21. Sekiranya kenderaan saya telah sampai ke destinasi, adakah pihak KLB akan menghubungi saya untuk proses pengambilan kenderaan? Pihak KLB akan menghubungi pelanggan apabila kenderaan sudah tiba di destinasi (untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sahaja).

22. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mengambil kenderaan? Dokumen yang perlu dibawa adalah:

a. Salinan resit pembayaran b. Kad Pengenalan/MyKad asal penerima c. Salinan Borang Permohonan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaaan yang telah disahkan

Page 5: Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran ... · PDF file4. Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena? Kedua-dua

23. Adakah pemilik kenderaan perlu hadir semasa menghantar dan mengambil kenderaan? Bagi perkhidmatan port-to-port:

Pemilik kenderaan tidak perlu hadir semasa menghantar dan mengambil kenderaan. Dokumen sokongan adalah wajib dibawa semasa menghantar dan mengambil kenderaan.

24. Jika saya lewat mengambil kenderaan saya, adakah sebarang caj akan dikenakan?

Pihak pelabuhan akan mengenakan caj penyimpanan kenderaan jika kenderaan lewat diambil dan caj bergantung kepada pihak pelabuhan.

25. Berapa lamakah tempoh penyimpanan percuma yang dibenarkan oleh KLB sebelum caj tambahan dikenakan jika tidak mengambil kenderaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan?

Tempoh penyimpanan percuma yang ditawarkan oleh KLB adalah berdasarkan lokasi pelabuhan seperti berikut:

Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah : 8 jam Pelabuhan Kuching, Sarawak : 3 hari Pelabuhan Utara, Klang : 5 hari

26. Adakah pelanggan dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan semasa penghantaran dilakukan?

Tidak. Pelanggan tidak dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan semasa penghantaran dilakukan.

27. Bolehkan saya menghantar kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan? Ya. Pelanggan boleh menghantar kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan.

28. Bolehkah saya mewakilkan dua (2) nama sebagai penerima untuk penghantaran ini? Pelanggan tidak dibenarkan untuk meletakkan dua (2) nama sebagai wakil penerima. Hanya SATU nama dibenarkan.

29. Adakah saya perlu memenuhkan tangki petrol kenderaan semasa menghantar kenderaan ke pelabuhan? Pelanggan bertanggungjawab memastikan kandungan petrol yang ditinggalkan tidak kurang separuh dari tangki kenderaan.

30. Adakah saya perlu menanggalkan nombor plat kenderaan saya semasa penghantaran? Nombor plat kenderaan tidak perlu ditanggalkan semasa penghantaran.

31. Adakah kenderaan masih boleh diambil jika penerima terlupa untuk membawa dokumen yang diperlukan untuk mengambil kenderaan?

Pengirim perlu memastikan dokumen yang diperlukan dibawa oleh penerima. Kenderaan tidak akan dilepaskan sekiranya tiada dokumen yang sah diberikan.

Page 6: Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran ... · PDF file4. Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena? Kedua-dua

32. Saya telah tersalah mengisi / ingin menukar maklumat penerima dalam borang permohonan.

Apakah yang perlu dilakukan? Pelanggan perlu memaklumkan sebarang perubahan kepada pihak KLB dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh kapal dijadualkan berlepas. Sekiranya kapal telah berlepas, pelanggan perlu menanggung sendiri sebarang caj tambahan yang dikenakan (jika ada).

33. Saya telah melakukan pembayaran penuh kepada KLB. Walau bagaimanapun, saya ingin membatalkan penghantaran kenderaan. Adakah saya boleh mendapatkan semula pemulangan wang pembayaran?

Bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dipulangkan.