soalan sjh3053 dimmi

Upload: angeline-hazel

Post on 10-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejARAH

TRANSCRIPT

Peperiksaan Format IPG

No. Kod :SJH3053No Kod :SN 1234

BAHAGIAN A( 60 markah )Jawab semua soalan.Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya.

aHuraikan konsep etnik peribumi di Sarawak ?[ 5 Markah ]

bHampir 60% penduduk di Sarawak terdiri daripada etnik Iban yang mengamalkan kehidupan tradisonal yang amat unik dan berbeza dengan etnik peribumi yang lain.Berdasarkan contoh-contoh tertentu, huraikan ciri-ciri kehidupan yang diamalkan oleh etnik Iban di Sarawak.[ 15 markah ]

Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II, telah menyebabkan Vyener Brook mahu menyerahkan Sarawak kepada pemerintahan Kerajaan British. aJelaskan faktor yang mendorong Vyner Brooke menyerahkan bumi Sarawak kepada Kerajaan British pada tahun 1946.[ 5 markah ]

b Berdasarkan pengetahuan anda, analisis mengapa penentangan rakyat Sabah terhadap barat kurang ketara jika dibandingkan dengan penentangan rakyat Sarawak.[ 15 markah ]

Kesan daripada pendudukan Jepun di Sabah dan di Sarawak pada tahun 1941, telah menimbulkan kesedaran berpolitik dalam kalangan masyarakat di Sabah dan di Sarawak.

aJelaskan tujuan penubuhan parti-parti politik di Sabah sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963[ 5 markah ]

bParti Kebangsaan Sarawak ( Sarawak National Party) ialah parti tertua dalam kalangan kaum Dayak yang ditubuhkan pada 10 April 1961. Analisis perjuangan parti tersebut.[ 15 markah]

Cadangan pembentukan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada negara luar terutamanya dari Indonesia dan Filipina. Indonesia telah melancarkan Dasar Konfrontasi dengan melancarkan Ganyang Malaysia sebagai tanda penentangan.

aJelaskan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak Indonesia dalam konsep Ganyang Malaysia.[ 5 markah ]

bSejauh manakah tindakan yang dilakukan oleh Malaysia dalam menghadapi konfrontasi dengan Indonesia[ 15 markah ]

3

BAHAGIAN B( 40 markah )Jawab semua soalan.Sebelum kedatangan Barat, Sabah dan Sarawak mempunyai sistem pemerintahan tradisional yang berteraskan etnik peribumi. Namun begitu keadaan ini telah mengalami perubahan yang ketara selepas kedatangan Barat di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan sistem pemerintahan masyarakat di Sabah dan di Sarawak selepas kedatangan pihak Barat.[ 20 markah ]

1. Zaman pendudukan Jepun di Borneo Utara dan di Sarawak telah memperlihatkan kesengsaraan hidup dalam kalangan masyarakat dikedua-dua negeri.

Berdasarkan pernyataan di atas, buat penilaian tentang kesan pemerintahan Jepun di Borneo Utara dan di Sarawak.[ 20 markah ]

...Bahawasanya, oleh kerana suatu perjanjian yang diperbuat pada sembilan hari bulan julai tahun Seribu sembilan ratus Enam Puluh Tiga antara persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan Malaysia...

( Petikan ucapan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra AlHaj)

Berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman ketika pemasyhuran Malaysia pada 16 Sepetember 1963, Analisis cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.[ 20 markah ]

4