soalan sbp dan kedah 2009

21
KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH NEGARA CONTOH SOALAN : Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mempelajari sejarah negara. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. PENDAHULUAN Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Syajaratun juga bermaksud salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. Muhd. Yusuf Ibrahim – sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. ISI PENTING o Supaya dapat memahami sejarah tamadun awal bangsa kita. Contoh : Zaman Paleolitik, Zaman Noelitik dan Zaman Logam o Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi. o Membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia. o Menghayati pegorbanan tokoh pemimpin Negara yang mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Contoh : Tunku Abdul Rahman Putra yang berusaha menuntut kemerdekaan negara.

Upload: zaidan930711

Post on 18-Jun-2015

1.240 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

soalan percubaan SBP dan Kedah SPM 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH NEGARA

CONTOH SOALAN :

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mempelajari sejarah negara. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENDAHULUAN Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon

atau pokok. Syajaratun juga bermaksud salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. Muhd. Yusuf Ibrahim – sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai

sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

ISI PENTING

o Supaya dapat memahami sejarah tamadun awal bangsa kita. Contoh : Zaman Paleolitik, Zaman Noelitik dan Zaman Logam

o Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi.

o Membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia.

o Menghayati pegorbanan tokoh pemimpin Negara yang mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Contoh : Tunku Abdul Rahman Putra yang berusaha menuntut kemerdekaan negara.

o Mengajar kita sikap berhati-hati supaya kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi.

PENUTUP

Sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran. Mempelajari sejarah dapat memupuk semangat patriotisme serta bangga akan negara

sendiri. Sejarah membantu kita menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan

negara.

Page 2: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

KESAN NEGATIF FILEM KEPADA REMAJA

CONTOH SOALAN: Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif filem kepada remaja. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENDAHULUAN

Filem atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman

secara umum. Perkatan 'filem' datangnya dari filem fotografi yang merupakan perantara utama

wayang tersebut dicetak, dipanggil pita filem.

ISI – ISI PENTING

Terpengaruh dengan aksi – aksi tertentu seperti rempitCth : Filem Rempit

Lebih mendorong berlakunya gejala sosialCth : Filem yang berunsurkan pergaulan bebas antara berlainan jantina

Melunturkan budaya bangsa dan maruah bangsa dengan mengikuti budaya baratCth : Remaja kini terpengaruh dengan tarian Barat

Membuang masa kepada remaja kerana kebanyakan filem pada masa kini tidak meyampaikan mesej yang tepatCth : Filem tidak memberi pengajaran kepada remaja

Remaja lebih gemar menggunakan bahasa yang terdapat di dalam filemCth : Bahasa yang tidak sopan (mencarut)

PENUTUP

Filem memberi banyak kesan negative kepada remaja

Ibu bapa perlulah mengawal tontonan filem terhadap anak – anak

Agar remaja pada masa kini dan generasi remaja yang akan datang akan menjadi manusia yang berkeperibadian mulia dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

Page 3: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI MASALAH REMAJA MASA INI

CONTOH SOALAN : Terdapat pelbagai strategi untuk mengatasi masalah remaja. Pelbagai pihak khususnya ibu bapa haruslah prihatin dalam memastikan remaja sentiasa cemerlang dalam setiap aspek. Huarikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja masa ini.

PENDAHULUAN Marcapada ini, kita sering terdengar masalah remaja yang berlaku di Malaysia

Masalah ini dapat didapati pada media massa, akhbar dan majalah.

Ibu bapa perlulah memainkan peranan

ISI – ISI PENTING

Menerapkan nilai – nilai murni dalam diri anak – anak dari kecil.Huraian : Didik anak secara lembut dahulu semasa kecil supaya mudah diikuti

Sentiasa mengambil berat walaupun sibuk dengan kerja.Cth : Ibu bapa menelefon anak di rumah semasa waktu kerja

Memberi didikan agama yang secukupnya.Huraian : Ibu bapa perlu mengorbankan sedikit wang untuk pembiayaan sekolah agama

Mengawal aktiviti sosial anak – anak dengan rakan – rakan.Huraian : Membenarkan anak berkawan dengan orang yang boleh dipercayai sahaja.

Lebih meluangkan masa kepada anak – anak di rumah apabila waktu lapang.Cth : Menggunakan masa dengan berkelah pada hujung minggu.

PENUTUP

Ibu bapa adalah aset penting dalam mendidik anak – anak ke jalan yang lurus.

Peranan ini tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.

Supaya remaja yang berkualiti dapat dilahirakan untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Page 4: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

PERANAN MALAYSIA DALAM MEMBASMI PENULARAN PENYAKIT BERBAHAYA

SEPERTI H1NICONTOH SOALAN : Penularan penyakit berjangkit seperti influenza H1N1 memberi impak kepada seluruh warga dunia. Kerjasama nagara di seluruh dunia amat perlu dalam menangani krisis penyakit berjangkit ini. Ulas peranan Malaysia dalam membasmi penularan penyakit berbahaya ini.

PENDAHULUAN

Pada zaman era globalisasi ini, ramai rakyat yang telah menghidapi penyakit seperti H1N1.

Bukan negara kita sahaja, malah negara lain juga turut mengalami perkara yang sama.

Kerajan perlu mengambil langkah mencegah penyakit H1N1.

ISI – ISI PENTING Menjadikan pengisian borang pengisytiharan kesihatan sebagai mandatori.

Huraian : Menghukum jika enggan. Pemeriksaan kesihatan suhu badan bagi penumpang dari luar negara yang mempunyai

penularan yang tinggi.Cth : Amerika Syarikat, Melbourne dan Manila ( berisiko untuk Malaysia).

Penyediaan topeng muka oleh operator pengangkutan untuk mereka yang bergejala influenza.Huraian : Mengelakkan daripada penyakit merebak dengan luas

Penguatkuasaan undang-undang sedia ada oleh pihak berkuasa tempatan untuk kebersihan tandas-tandas awam.Huraian : Menyembur pembunuh virus

Pelalian vaksin influenza bermusim untuk golongan berisiko Huraian : Mereka yang bekerja di barisan hadapan iaitu pekerja Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa.

PENUTUP

Langkah ini amat penting bagi mencegah penayakit ini daripada terus merebak kepada orang lain.

Kerajaan dan rakyat perlu mengamalkan langkah ini Supaya rakyat yang sihat dapat dijana dan rakyat hidup dengan aman dan harmoni.

Page 5: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

KEPENTINGAN NILAI MURNI DALAM MASYARAKAT HARI INI

CONTOH SOALAN :

Orang Daik memacu kuda,Kuda dipacu deras sekali, Buat baik berpada – pada,Buat jahat jangan sekali.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan nilai murni dalam masyarakat hari ini.

PENDAHULUAN

Bangsa Melayu dikenali dengan kekayaan unsur nilai murni dan budi bahasa yang tinggi.

Pada masa kini, masyarakat luar atau pelancong sering memandang serong terhadap bangsa Melayu kerana hakisan penerapan nilai murni yang terlalu tinggi.

Masalah ini perlu diambil tahu oleh seluruh rakyat Malysia.

ISI – ISI PENTING

Nafas baru kepada masyarakat untuk menjadi satu masyarakat bertamadun Huraian : Mampu menjadikan negara kita lebih baik untuk didiami.

Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semua peraturan atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat.Huraian : Segala kerja dapat dilakukan dengan selesa dan mudah

Menjelmakan sikap generasi muda yang mematuhi peraturan Huraian : Melalui sikap mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsur jenayah atau tidak bermoral.

Imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat antarabangsa.Huraian : Pelancong asing akan sentiasa hormat terhapad rakyat Malaysia

Mengerartkan hubungan antara kaum Huraian : Kerana dalam pemupukan nilai murni memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum.

Page 6: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

PENUTUP

Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Page 7: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

SUMBANGAN ANDA UNTUK MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN

RAKYAT MALAYSIA

CONTOH SOALAN : Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk megekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

PENDAHULUAN

Malaysia mempunyai banyak warisan budaya mengikut kaum masing – masing.

Kebanyakan warisan ini diwarisi sejak zaman kesultanan Melayu.

ISI – ISI PENTING

Menyertai pertandingan atau persembahan yang berunsurkan budaya warisan.Huraian : Menghayati persembahan tersebut

Keluarga : Melarang anak terpengaruh dengan budaya luar seperti budaya barat.Huarian : Mengurangkan aktiviti sosial terhadap rakan yang sudah terpengaruh.

Sekolah : Mengadakan kempen atau pameran tentang warisan budaya yang terdapat di Malaysia.Huraian : Mengadakan sekurang – kurangnya sekali setahun.

Masyarakat : Mengamalkan budaya mengikut kaum masing – masing dalam kehidupan harian.Huraian : Tidak mencaci budaya warisan bangsa lain

Kerajaan : Mengadakan festival atau persembahan ketika menjelang hari perayaan kaum masing – masing.Huraian : Mengadakan persembahan tarian zapin ketika menjelang Hari Raya.

PENUTUP

Warisan budaya sangat penting bagi membuktikan rakyat Malaysia mempunyai tamadun.

Kita seharusnya berusaha mengekalkan budaya ini

Supaya mendapat penghormatan daripada masyarakat luar.

Page 8: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

PERANAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK – ANAK MEMANFAATKAN INTERNET

CONTOH SOALAN : Teknologi internet kini telah maju. Ibu bapa berperanan penting dalam mengawal kecenderungan anak – anak melayari internet tanpa berasa risau dab bimbang. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa mendidik anak – anak memanfaatkan internet dalam kehidupan seharian.

PENDAHULAN

Pada zaman yang serba canggih ini, penggunaan internet sangat luas dalam kalangan kanak – kanak, remaja dan dewasa.

Penggunaan internet sangat penting dalam kehidupan kerana banyak maklumat atau sumber dapat diperoleh daripada internet.

Tetapi, sebahagian pengguna internet telah salah gunakannya seperti manghantar virus dan menonton video lucah.

ISI – ISI PENTING

Ibu bapa perlu berada di samping anak – anak ketika mereka menggunakan internet.Huraian : Melarang anak membuka laman web berunsurkan sosial

Menggalakkan anak membuka laman web yang berunsurkan ilmiah.Huraian : Lebih memberi banyak faedah seperti e-tutor dan Score A

Memberi anak – anak menggunakan internet ketika perlu sahaja Huraian : Mencari maklumat untuk melaksakan kerja sekolah dengan lebih mudah.

Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak – anak.Huraian : Ibu bapa tidak membuka laman web yang dilarang kepada anak

Ibu bapa perlu memasang pengawal pencarian internet Huraian : Memasang ‘Firewall’

KESIMPULAN

Ibu bapa perlulah mendidik anak – anak memanfaatkan internet dengan betul.

Peranan ini janganlah diabaikan supaya negara dapat melahirkan generasi yang terbilang dan gemilang.

Page 9: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

KEMASUKAN WARGANEGARA ASING MENINGGALKAN BEBERAPA IMPLIKASI

CONTOH SOALAN : Kemasukan warganegara asing ke beberapa buah negara lain meninggalkan pelbagai implikasi. Jelaskan pernyataan ini.

PENDAHULUAN Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah

kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki

lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan

pelbagai masalah.

ISI – ISI PENTING

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Page 10: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

PENUTUP

Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan

masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi

minoriti di tanah airnya sendiri.

Page 11: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

KEPETINGAN PELABURAN MASA DEPAN

CONTOH SOALAN : Sediakan payung sebelum hujan sering kali menjadi prinsip mereka yang gemar akan pelaburan. Sebagai pegawai bank, anda diminta menyampaikan ceramah tentang kepentingan pelaburan masa depan. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

PENDAHULUAN

Ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis. Mengucapkan tanda kesyukuran kerana berpeluang memberi ucapan. Menekankan kepada hadirin dan hadirat bahawa pelaburan masa depan sangat penting.

ISI – ISI PENTING Pelaburan mempunyai ciri atau pendekatan terbaik

Huraian : Menjana simpanan masa depan untuk pendidikan jangka panjang generasi muda.

Supaya dapat meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat negara ini Huraian : Membuat persediaan awal dan perancangan yang baik untuk keperluan pendidikan tinggi dan masa depan anak-anak yang lebih terjamin.

Supaya dapat memberikan pulangan yang kompetitif Huaraian : Berdasarkan kecemerlangan pengurusan pelaburan yang telah ditunjukkan selama ini.

Membantu dalam meningkatkan ekonomi diri dan keluarga, masyarakat dan negara.Huraian : Kehidupan akan lebih senang dan terjamin

Memberi peluang kepada masyarakat Malaysia terutamanya bumiputera Huarian : Memiliki kepentingan ekuiti dalam sektor korporat melalui pembahagian dalam bentuk unit-unit saham amanah telah berjaya menebus maruah bangsa kita.

PENUTUP Membuat kesimpulan terhadap isi – isi utama yang disampaikan ketika ceramah. Menekankan rakyat untuk melabur untuk masa depan supaya masa depan rakyat

Malysia akan lebih cerah terutamanya untuk pendidikan.

Page 12: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

LANGKAH – LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH USAHAWAN UNTUK

MENCAPAI STANDARD KUALITI BARANGAN – ANTARABANGSA

CONTOH SOALAN : “Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa” ialah slogan kerajaan kea rah mencapai standard kualiti barangan antarabangsa. Bincangkan langkah – langkah yang boleh dilakukan oleh usahawan tempatan supaya hasrat ini menjadi realiti.

PENDAHULUAN Penyelidikan dan pembangunan merupakan aktiviti yang penting ke arah meningkatkan

kualiti hidup masyarakat. Antara pihak yang terlibat ialah SIRIM. SIRIM telah mengambil berbagai langkah untuk mempertingkatkan usaha-usaha

membantu perkembangan industri melalui program-program teknologi perindustrian dan kualiti.

ISI – ISI PENTING Penggunaan teknologi termaju dalam proses rekabentuk, pengeluaran dan kejuruteraan.

Huraian : Mempertingkatkan kecekapan pengeluaran, produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran di samping menghasilkan produk yang kualitinya tinggi dan konsisten.

Menggalakkan barangan-barangan buatan di negara ini Huraian : Agar mendapat tempat di pasaran antarabangsa.

Memastikan skim-skim pengesahan kualiti yang terdapat di SIRIM adalah skim-skim bertaraf antarabangsa.Huraian : Barangan lebih mudah mendapat kepercayaan pengguna

Mandapatkan pengiktirafan dengan beberapa negara yang penting kepada perkembangan perdagangan negara ini telah pun diperolehi.Huraian : Sebagai sokongan kuat terhadap hasil pengeluaran barangan.

Mendapatkan sokongan daripada badan-badan pengesahan luar negeri untuk memberi kepercayaan dan sanggup mengadakan kerjasama teknikal.

Page 13: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

PENUTUP

Langkah – langkah tersebut hendaklah dilaksanakan oleh pihak yang terlibat.

Supaya ekonomi dapat terus berkembang dan membangun di peringkat global.

PENDIDIKAN INDUSTRI – MENJURUS KEPADA BIDANG TEKNOLOGI UNTUK

Page 14: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

MELAHIRKAN TENAGA KERJA YANG MAHIR DALAM BIDANG PERINDUSTRIAN

CONTOH SOALAN : Pendidikan industri ialah pendidikan yang menjurus kepada bidang teknologi untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang perindustrian. Tulis rencana tentang kesan pendidikan tersebut kepada masyarakat.

PENDAHULUAN Pada masa kini, teknologi semakin berkembang dari masa ke semasa. Penggunaan teknologi banyak diaplikasikan dalam kehidupan harian. Teknologi sangat penting dalam membantu perkembangan industri negara. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pendidikan industri kepada pelajar bagi

melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang perindustrian.

ISI – ISI PENTING Dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti.

Huraian : Menjamin hasil pengeluaran yang lebih menguntungkan Sesuatu produk dapat dihasilkan dengan lebih cepat dan mudah.

Huraian : Melalui penggunaan teknologi yang canggih dan maju. Ekonomi negara akan cepat membangun.

Huraian : Hasil daripada keuntungan yang diperoleh oleh negara Pekerja akan memperoleh hasil atau gaji yang lebih lumayan.

Huraian : Kerajaan akan memberi banyak bonus kepada pekerja. Melahirkan masyarakat yang berfikiran jauh ke hadapan.

Huraian : Melalui penggunaan teknologi moden, masyarakat mampu berfikir penciptaan teknologi yang baharu dan lebih canggih

PENUTUP Pendidikan industri sangat penting kepada pelajar lepasan Sijil Penilaian

Menengah(SPM).

Ibu bapa perlu manggalakkan anak mereka menceburi bidang ini supaya ekonomi negara akan terus membangun seterusnya nama Malaysia akan harum di persada antarabangsa.

CERPEN / SKRIP DRAMA – KONFLIK REMAJA

Page 15: Soalan Sbp Dan Kedah 2009

CONTOH SOALAN : Tulis sebuah cerpen atau skrip drama berdasarkan tema “Konflik Remaja”/

PENDAHULUAN Menceritakan latar belakang watak utama dan beberapa watak sampingan. Menceritakan serba sedikit tentang kehidupan watak utama. Menceritakan perkara yang sering dilakukan dalam kehidupan seharian.

ISI – ISI PENTING Menceritakan cabaran / halangan / dugaan hidup / konflik / masalah yang dihadapi dan

sukar untuk diselesaikan.Huaraian : Cabaran tersebut sebaiknya dihadapi sendirian

Menonjolkan usaha – usaha watak utama menyelesaikan masalah tersebut.Huraian : Watak tersebut telah banyak mengorbankan masa, harta dan wang.

Usaha tersebut gagal dilakukan.Huraian : Watak hamper berputus asa dan tidak sanggup meneruskan kehidupan.

Mendapat pertolongan dan sokongan daripada watak sampingan.Huraian : Bersama – sama menempuh cabaran tersebut.

Berkat usaha yang bersungguh – sungguh dan tawakal, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah.Huraian : Watak berasa sungguh gembira dan bersyukur kepada tuhan.

Sepanjang menempuh cabaran tersebut, watak utama mendapat banyak pengalaman dan pengajaran untuk meneruskan kehidupan seterusnya.Huraian : Watak akan lebih berhati – hati ketika melakukan sebarang kerja.

PENUTUP Kehidupan watak utama lebih tenang. Memberi sedikit pengajaran yang jelas kepada pembaca.